3.2.6 Sistem
keselamatan video dalam kenderaan ( VSS- 512)
VSS-512 merupakan sistem keselamatan video
dalam kenderaan yang kompak, dengan tujuan keselatan bagi pemandu dan
keselamatan kenderaan. Sesuai digunakan bagi kenderaan seperti teksi, kenderaan
polis, dan jenis-jenis pengangkutan yang lain. Sistem ini mampu mengawal
aktiviti penumpang dan pencegahan daripada vandalisme serta menjamin keselatan
pemandu kenderaaan tersebut. Sistem VSS-512 mengandungi unit kamera siang atau
malam, alat perakam dan sistem kawalan pusat rakaman. Visual kameranya hitam
putih yang membolehkan kamera tersebut berfungsi efektif pada waktu siang
mahupun pada waktu malam. Alat perakam disimpan dan disorok didalam peti,
dengan tujuan untuk mengurangkan risko daripada dikeasan ataupun dirosakkan.
Alat perakam juga diletakkan didalam peti yang boleh dialihkan, dengan tujuan
dapat memudahkan ia dipindahkan dari kenderaan kepada unit pemain rakaman.
(Jika berlaku kemalangan ataupun bekalan tenaga mengalami masalah)Rakaman juga
dapat disimpan selama dua jam kerana ia telah dibina bersama “ built-in backup
power”.
3.3 Lensa
3.3.1 Pengenalan
Kamera litar tertutup tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi,
tetapi memerlukan lensa yang berkualiti tinggi serta bersesuaian.
3.3.2
Ciri- ciri lensa yang digunakan:
- Kualiti optic yang tinggi
- lensa yang boleh dicantumkan
- lensa manual
- lensa DC
- lensa video
- mekanisma lensa automatic yang tahan lasak
- Format 1/3” dan ½”
3.3.2
Bagaimana memilih lensa yang betul?
- mengukur kadar maksimum kelebaran ‘W’ pada pandangan.
- kenalpasti dan mengukur jarak ‘D’ di antara kamera dan objek yang dilihat.
- gunakan jenis kamera yang sesuai seperti ½” ataupun 1/3”.
3.4 Operasi
Sistem Kamera Litar Tertutup
Kamera video
akan merakam imej yang dilihat dan akan terus menghantar isyarat video ataupun
input kepada unit pemprosesan maklumat (processor). Unit pemprosesan maklumat
akan memproses maklumat yang diterima daripada isyarat video dan akan
menghantarnya kepada perakam (recorder). Fungsi perakam ini adalah bertujuan
untuk menyimpan data dan menukarkan isyarat video yang dihantar oleh unit
pemprosesan maklumat. Isyarat video yang diterima dari unit pemprosesan
maklumat (processor) akan ditukar kepada isyarat audio dan dihantar kepada
mikrofon dan skrin paparan. Untuk skrin paparan, ia menerima dua isyarat iaitu
isyarat video dan isyarat audio. Perakam juga menghantar isyarat video kepada
cerakin (analyzer).
3.5 Faktor
pemilihan
3.5.1 Pengenalan
Terdapat pelbagai faktor yang boleh
dipertimbangkan mengapa sistem CCTV harus digunakan dibangunan Fakulti
Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Faktor kewangan, faktor
kekeangan tenaga, faktor keberkesanan dan faktor kecanggihan sistem maklumat
merupakan salah satu aspek yang perlu diambil kira mengapa sistem CCTV harus
dipasang di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.
3.5.1.1 Faktor
Kos
Kos
pemasangan sistem litar tertutup adalah berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Sebagai contoh, harga untuk pemasangan empat kamera CCTV tidak melebihi empat
ribu ringgit( bergantung pada jenis). Kos pemasangan kos operasi pada permulaan
projek adalah agak membebankan Unit keselamatan, namun kberkesanan sistem ini harus
diambil kira. Sebagai contoh, sistem ini mamapu mengawal sesuatu kawasan 24jam
sehari dan mampu menambahkan kecekapan sistem keselamatan Unit Keselamatan UTM.
Selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan moden. Unit
keselamatan tidak harus bergantung 100% kepada kaedah konservatif dalam
menjalankan tugas.
3.5.1.2 Faktor
undang-undang
Sebagai langkah keselamatan, penggunaan
CCTV pada sesuatu bangunan adalah tidak melanggar undang-undang. Walau
bagaimanapun, penggunaan CCTV adalah terhad kepada kawasan awam. Penggunaan
CCTV dalam kawasan peribadi seperti bilik pensyarah, tandas dan bilik kuliah
adalah tidak dibenarkan kerana menggangu hak peribadi individu.
3.5.1.3 Faktor
Teknologi
Teknologi
sistem litar tertutup adalah canggih dan terkini. Hasil video dan kejituan
gambar imej boleh dilihat dengan jelas. Sebagai contoh dahulunya sistem litar
tertutup dalah hitam putih, namun kini boleh diperolehi dalam keadaan paparan
imej berwarna.
3.5.1.4 Faktor
liputan dan aras kawalan
Kekangan tenaga manusia dapat diatasi
dengan penggunaan sistem kamera litar tertutup. Hal ini kerana, CCTV dapat
menolong Unit Keselamatan untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif dengan
ruang liputan dan aras kawalan yang lebih besar. Sebagai contoh, Unit Keselamatan
tidak perlu menaiki tangga untuk memeriksa setiap tingkat bangunan, kerana
sistem CCTV dapat membantu Unit Keselamatan memantau keadaan pada setiap
tingkat bangunan tersebut.
3.5.1.5 Faktor
pengurusan dan sistem operasi
Sistem operasi CCTV tidak memerlukan
penyelenggaraan yang kerap. Selain itu, pengurusan operasi CCTV adlah tidak
begiru rumit. Hal ini kerana, Unit Keselamatan boleh menubuhkan Unit CCTV bagi
memantau sistem operasi dan mengawal CCTV dari dalam bilik kawalan sahaja
dengan wujudnya unit CCTV, kecekapan Uit Keselamatan UTM dapat dipertinkatkan
lagi dan sekaligus dapat mengurangkan kadar kecurian dan kadar jenayah lain di
Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
3.6 Perbandingan
sistem operasi kawalan litar tertutup dengan operasi tenaga manusia Unit
Keselamatan UTM
Bab IV
Kesimpulan
daripada dapatan kajian
4.0 Kesimpulan
dan cadangan
Berdasarkan
kajian kes yang dilakukan, kecuaian dari pihak pentadbiran juga menyebabkan kes
kecurian meningkat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sebagai contoh, pintu
bilik kuliah tidak dikunci setelah digunakan. Ini membolehkan pihak yang tidak
bertanggung jawab mengambil kesempatan dengan mencuri LCD projektor ataupun
komputer dari bilik kuliah. Kekangan tenaga manusia juga merupakan salah satu
faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes kecurian di Fakulti Kejuruteraan
Elektrik. Adalah mustahil untuk pegawai keselamatan yang bertugas untuk
melakukan rondaan pada setiap jam di seluruh kawasan UTM.
Selaras
dengan kemajuan komunikasi dan teknologi, pihak
Unit Keselamatan UTM harus mewujudkan Unit CCTV bagi mengawal
keseluruhan UTM dengan pemantauan menggunakan CCTV. Ini sekaligus, dapat
menambahkan kecekapan Unit Keselamatan dalam menjalankan tugas. Hal ini kerana,
Unit CCTV dapat memantau keadaan selama 24jam. Jika berlaku kes jenayah, Unit
CCTV dapat menghubungi pegawai keselamatan yang sedang bertugas untuk membuat
tindakan di kawasan tersebut. Pemantauan dengan menggunakan CCTV diyakini dapat
mengurangkan kadar kes jenayah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Selain itu,
pemasangan CCTV ini haruslah menyeluruh di seluruh kawasan UTM dan dihubungkan
pada Unit Kawalan CCTV.
Untuk memastikan sesuatu kes dapat
diselesaikan dengan mudah, pihak Unit Keselamatan haruslah menggunaan sistem
CCTV yang bermutu tinggi dari segi paparan imej dan bukannya jenis hitam putih.
Dari segi kos, tidak dinafikan bahawa pemasangan CCTV yang berwarna dan bermutu
tinggi adalah mahal. Tetapi jika dilihat dari aspek yang lain, penggunaan
sistem CCTV ini adalah untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Maka, tidak
rugi jika menggunakan sistem CCTV yang bermutu dan berwarna, demi keselamatan
warga UTM dan harta benda. Selain itu, penggunaan CCTV yang bermutu tinggi
dapat membantu pihak keselamatan untuk menangkap suspek kerana dapat
mengenalpasti wajah dan ciri-ciri suspek dengan lebih jelas.
Sikap peka sesama warga UTM juga harus
dipupuk. Sebagai contoh, pihak keselamatan UTM boleh mempraktikkan kaedah
RAKANCOP seperti yang dilakukan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia. Mustahil
bagi pihak Unit Keselamatan untuk menjalankan tugas dengan lebih efisyen tanpa
bantuan dan sokongan dari warga UTM. ‘Mata-mata’ ini dapat menyampaikan
maklumat kepada pihak keselamatan secara terus. Bak kata pepatah, yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Prestasi dan kecekapan Unit Keselamatan
UTM pastinya meningkat jika kekuatan yang sedia ada kini ditambah dengan
penggunaan teknologi canggih seperti sistem CCTV. Gabungan tenaga manusia dan
teknologi pastinya mampu menambahakan kecekapan sesuatu produk. Kelemahan
tenaga manusia seperti tidak mampu membuat pemantauan selama 24jam setiap hari,
pastinya dapat diatasi dengan mengunakan sistem CCTV dengan lebih menyeluruh.
Sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah yang menghantui warga UTM seperti
kehilangan harta benda di dalam bilik, kes kecurian motosikal, kes kecurian
kereta dan vandalisme yang semakin berleluasa. Sudah tiba masanya, Unit
Keselamatan mempraktikkan penggunaan teknologi yang canggih disamping dengan
bantuan serta sokongan dari seluruh warga UTM untuk membanteras kegiatan
jenayah yang semakin berleluasa.
Rujukan
- ________. 7 Ogos 2006. “PJ to have more CCTV cameras”. New Straits Times. Malaysia.
- ________. 2005. “Use of Closed Circuit Television Cameras on UNL’s Lincoln Campus; For the purposes of Safety, Security, Facilities Management University”. University of Nebraska, Lincoln.
- Carnegie Community. July 1999. “Closed Circuit Television Surveillance of Public Space in Vancouver”. Vancouver.
- Gill, M& Spriggs. 2005. “A 2005 Assessing the Impact of CCTV. Home Office Research Study 292”. London, Home Office.
- www.bockoptronics.ca
- www.telegraph.co.uk
- www.philipscsi.com
- www.bsi-global.com/Security/Electronic/ BS 7958: 1999. xalter
- www.aic.gov.au/publications/tandi2
No comments:
Post a Comment