Want to know more, please click

Followers

Pages

Wednesday, September 28, 2011

SEJARAH AWAL KAUNSELING DI BARAT

1.1       Kaunseling vokasional di sekolah

Kaunseling vokasional dan aktiviti bimbingan vokasional di sekolah merupakan langkah awal dalam pembangunan bidang kaunseling.  Pada tahun 1908, Frank Parsons telah menubuhkan sebuah agensi swasta iaitu Vocational Bureau( Biro Vokasional ) bagi membimbing para remaja dalam memilih, menyediakan diri dan menceburi bidang pekerjaan.  Setelah itu, sebelum beliau meninggal pada 1909, beliau telah membangunkan satu proses yang dipanggil Vocational Counseling dalam proses membimbing para remaja.  Dalam tahun itu juga beliau telah melantik seramai 117 orang guru di sekolah menengah dan rendah di Boston sebagai kaunselor vokasional.  Pada 1910, kira - kira 30 buah bandar di US telah mula membangunkan program penempatan kerja dan perancangan vokasional.  Keadaan ini seterusnya membawa kepada pengenalan subjek kaunseling vokasional di universiti Havard iaitu pada tahun 1911 dan 2 tahun selepas itu National Vocational Guidance Association ditubuhkan.

             Selepas kematian Parsons’ pada 1909, sebutan Vocational guidance mula digantikan dengan Vocational Counseling dimana beliau menekankan pada kaunseling individu, analisis kendiri, dan menyatakan bahawa pilihan individu boleh diganti dengan mementingkan pembahagian maklumat kerjaya melalui aktiviti bimbingan kelompok.  Penekanan beliau dalam bimbingan kerjaya diperkukuhkan lagi dengan pemberian dana oleh kerajaan negaranya kepada sekolah - sekolah awam sebagai sokongan kepada pendidikan vokasional melalui  Smith-Huges Act (1917).

1.2       Pendidikan progresif dan kaunseling sekolah

Pada tahun 1920, pendidikan progresif telah diperkenalkan kedalam sekolah - sekolah oleh ahli falsafah, John Dewey.  Beliau mengatakan bahawa pendidik yang progresif adalah berbeza sedikit dari segi pendekatan asas yang digunakan dalam pengajaran.  Namun demikian, semua pendidik bersetuju bahawa sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mengubah persekitaran pelajar dan membimbing anak - anak dalam perkembangan peribadi, sosial, dan moral.  Perkembangan pendidikan progresif tidak berterusan apabila ianya dikritik oleh ibubapa, guru, dan masyarakat awam.  Akhirnya pada tahun 1930 hampir semua aktiviti bimbingan tidak berfungsi dan sehingga pada tahun 1940, sebanyak 10 peratus sekolah menengah mempunyai seorang atau lebih staf yang menjadikan kaunseling sebagai pekerjaan separuh masa.  Dua per tiga daripada sekolah tersebut tidak mempunyai kaunselor dan kaunselor sementara.

1.3       Pengaruh Humanistik dan perkembangan psikologi

Pada tahun 1940, ahli psikologi Humanistik dan psikiatari yang berbangsa yahudi datang ke Amerika Syarikat bagi mengelakkan diri daripada dibinasakan oleh tentera Nazi pada perang dunia ke-2.  Mereka menekankan pada keadaan dan keupayaan manusia yang turut memberikan kesan pengaruh kepada ahli psikologi Amerika Syarikat seperti Rollo May, Abraham Maslow, dan Carl Rogers.  Selepas perang dunia ke-2, berjuta - juta veteran perang memerlukan penyesuaian diri kepada kehidupan bermasyarakat.  Kongres iaitu dibawah G.I Bill of Rights, menyediakan kolej atau tabung latihan vokasional kepada veteran perang yang berminat.  Pada tahun 1944, pusat bimbingan vokasional Veteran Administration (VA)  ditubuhkan di kolej - kolej bagi membantu veteran dalam mengenalpasti matlamat utama semasa mempelajari bidang vokasional.  Selain itu, VA menetapkan spesifikasi kepada kaunselor vokasional dan mereka dinamakan sebagai Ahli Psikologi Kaunseling.  Maka dengan ini bermulalah perkembangan era psikologi kaunseling yang akhirnya sampai ke Negara kita.  
    
2.0       PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA            

           Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan dan kemestian kepada negara.
Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini.
Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.
Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.
Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.
Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989. Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;
·         Memajukan amalan kaunseling secara professional
·         Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
·         Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
·         Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.
·         Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. 
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...