1.0 PENGENALAN
Kami telah menghasilkan satu produk yang
dikenali sebagai ’SINKI CERIA MUDAH ALIH’ setelah membuat beberapa tinjauan,
pemerhatian dan kajian. Produk ini telah dipilih setelah kami mengenalpasti
masalah yang dihadapi dan juga selepas hasil pencetusan idea. Idea ini
juga timbul hasil daripada pemerhatian
yang dibuat semasa cuti semester yang lepas. Pengalaman sendiri juga banyak memainkan peranan
dalam pencetusan idea ini.
Setelah mengambil kira banyak aspek
seperti bahan dan komponen, cara pembuatan, kepentingan produk, keupayaan
kendiri dan sebagainya, maka kami telah membuat keputusan untuk membuat projek rekacipta
yang diberi nama ‘SINKI CERIA MUDAH ALIH’. Ianya bersesuaian dengan definisi
reka cipta iaitu penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau
pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa
akan datang. Produk yang telah dihasilkan ini diharap dapat memberi manfaat dan
berpotensi untuk dipasarkan.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Orang kurang upaya adalah seseorang yang
tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian
daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan semasa dari segi fizikal atau mental
dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.
Kebiasaannya, orang kurang upaya boleh
dikategorikan seperti orang tua, orang sakit, cacat fizikal atau orang istimewa
yang mempunyai masalah untuk menguruskan diri mereka dan bergerak dari satu
tempat ke tempat lain selain menggunakan kerusi roda.
Golongan ini memerlukan penjaga atau orang
lain yang dapat membantu menguruskan tentang diri mereka dan memerlukan bantuan
dalam menjalani kehidupan seharian mereka seperti mandi, bergerak, makan, minum
dan sebagainya. Biasanya orang kurang upaya atau dipanggil pesakit memerlukan
penjaga berada di sisinya sepanjang masa untuk memenuhi keperluan mereka kerana
kadangkala pesakit hanya mampu berbaring atau duduk sahaja di dalam bilik dan pergerakan
mereka terbatas. Ini akan menyukarkan aktiviti seharian mereka seperti bergerak
ke dapur untuk mendapatkan minuman, pergi ke bilik air untuk mandi dan
kadangkala akan menyukarkan si penjaga kerana setiap kali pesakit ingin
membasuh tangan, penjaga akan membawa semangkuk air kepada pesakit. Melalui
kekurangan dan masalah yang di alami oleh orang kurang upaya, maka kami telah
mencipta satu produk yang dikenali sebagai ’SINKI CERIA MUDAH ALIH’.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Masalah timbul apabila kami
melihat orang yang kurang upaya seperti orang sakit, orang tua, dan orang cacat
melakukan kegiatan harian yang amat sukar dan memerlukan penjaga untuk
membantunya menguruskan diri. Kadangkala mereka tidak dapat bergerak. Lazimnya,
golongan ini tidak berupaya melakukan aktiviti harian mereka seperti mandi, mencuci
tangan dan lain-lain.
Setelah kami membuat kajian
dan soalselidik secara ringkas serta melalui pengalaman sendiri, kami dapat
beberapa masalah yang timbul dan sehinggalah membawa kepada terhasilnya produk ciptaan
kami ini. Antara masalahnya ialah:
3.1 Pergerakan orang kurang upaya seperti orang
sakit, orang tua dan orang cacat adalah amat terhad dan tidak dapat bergerak
dengan bebas. Contohnya, pesakit hendak bergerak ke dapur untuk mencuci
tangan.
3.2 Pesakit memerlukan bantuan
orang lain untuk bergerak untuk mendapatkan sumber bekalan air.
3.3 Keperluan di waktu-waktu terdesak. Contohnya,
tiba-tiba pesakit hendak muntah, pesakit
akan terpaksa muntah di tepi katil dan tidak sempat untuk ke bilik air atau sinki yang jauh daripada tempatnya. Kadangkala
juga, pesakit memerlukan mangkuk
untuk muntah atau meludah.
4.0 PRODUK SEDIA ADA DI PASARAN
Berikut
disenaraikan beberapa ciri produk ’SINKI’ yang terdapat di pasaran.
Antaranya ialah;
4.1 Produk
yang sedia ada adalah sinki yang berbentuk statik dan kekal di
tempatnya yang tidak dapat di alihkan ke mana-mana.
4.2 Biasanya,
sinki terletak di tempat yang terhad kedudukannya. Contohnya
di bahagian dapur, bilik air dan ruang
tamu.
4.3 Sinki
yang telah sedia ada mempunyai ketinggian yang tidak sesuai
dengan pesakit yang menggunakan kerusi
roda ataupun pesakit yang
hanya berada di atas katil sahaja. Ianya
menyukarkan pesakit yang tersebut
untuk menggunakannya.
4.4 Kegunaan
dan kefungsian sinki adalah terhad penggunaannya. Ianya
hanyalah sebagai tempat untuk melakukan
pencucian pada tahap
minimum. Contohnya, hanya untuk mencuci
tangan.
5.0 OBJEKTIF
Rekaan ini diharap akan dapat
membantu golongan-golongan yang memerlukan. Antara objektif kami menghasilkan produk ini ialah:
5.1 Menyediakan Kemudahan Untuk
Golongan Orang Kurang Upaya
Melalui produk ini, diharap ianya dapat
digunakan sebaik-baiknya oleh golongan berkenaan seperti orang sakit, orang tua
dan orang cacat. Lazimnya, golongan seperti ini sukar untuk bergerak ke mana-mana
terutamanya untuk mendapatkan sumber bekalan air. Biasanya, penjaga yang menguruskan
mereka akan membawa mereka ke bilik air untuk memandikan mereka atau penjaga
akan sentiasa membawakan semangkuk air untuk membasuh tangan pesakit. Situasi
ini dilihat agak menambahkan bebanan kepada si penjaga. Maka, dengan adanya
produk ini ianya dapat memudahkan golongan-golongan seperti dinyatakan dapat
melakukan kerja-kerja yang ingan seperti membasuh tangan, meludah, muntah,
membasahkan kain untuk mengelap badan, memberus gigi dan sebagainya.
5.2 Menyediakan Produk Yang
Mempunyai Ketinggian Bersesuaian
Saiz ketinggian bagi produk kami juga
adalah bersesuaian untuk pesakit samada yang berkerusi roda atau pesakit yang
hanya duduk di tepi katil yang tidak dapat bergerak. Dengan ketinggian yang
sesuai, dapatlah mereka menggunakannya dengan lebih selesa.
5.3 Menyediakan Produk Yang Mudah
Alih
Produk
ini mempunyai sifat mudah alih. Ia bermaksud produk yang dicipta boleh dibawa
ke mana-mana atau mudah di gerakkan ke satu tempat ke tempat yang lain. Dengan
adanya roda di bahagian keempat-empat kaki sinki, maka sinki tersebut dapat
bergerak dan menjadikannya mudah dialihkan ke mana-mana. Bersesuaian dengan kegunaannya untuk orang
kurang upaya yang tidak dapat bergerak. Biasanya, pergerakkan pesakit adalah
terhad dan pesakit kadangkala hanya dapat berada di atas katil dan di dalam
bilik atau di bahagian tertentu sahaja. Selaras dengan itu, produk ini dapat
dibawa hampir dengan pesakit, di mana ia akan memudahkan samada pesakit atau
penjaganya menggunakannya.
5.4 Menyediakan Produk Yang
Menjimatkan Penggunaan Ruang
Saiz
produk yang telah kami hasilkan ini sederhana besarnya seterusnya dapat
menjimatkan ruang di sekitar kawasan pesakit. Contohnya di bilik pesakit,
klinik, hospital, bilik dan sebagainya.
5.5 Membantu Meringankan Tugas
Penjaga Atau Petugas
Dengan
menggunakan produk ciptaan kami ini, pesakit dapat berdikari dan secara tidak
langsung dapat mengurangkan bebanan penjaga dan petugas kerana mereka tidak
perlu lagi sentiasa membawa semangkuk air untuk pesakit membasuh tangan,
membasahkan tuala untuk mengelap badan pesakit atau mencuci muntah. Ini kerana pesakit
boleh muntah di terus sinki dan lain-lain lagi aktiviti hanya boleh dilakukan
oleh pesakit sendiri.
5.6 Memudahkan Penyimpanan Barang
Terdapat satu bahagian kecil untuk penyimpanan
barang di bahagian bawah tangki air pada produk
ciptaan kami ini. Barang-barang keperluan asas pesakit ataupun golongan
orang kurang upaya boleh diletakkan di bahagian ini seperti berus gigi, ubat
gig, pencuci muka, pinggan, cawan dan sebagainya. Dengan yang demikian,
barang-barang dan alatan tersebut akan nampak lebih tersusun dan kemas.
5.7 Menambahkan Suasana Keceriaan
Produk
kami telah dibina berkonsepkan keceriaan. Di samping kefungsian yang amat
berguna kepada pesakit, ianya juga dapat menggembirakan dan menceriakan pesakit
melalui lukisan-lukisan yang terdapat di bahagian hadapan sinki ditambah lagi
dengan warna asas produk kebiruan yang memberikan suasana lembut dan ketenangan.
Dengan ini, pesakit akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan dan
kebosanan yang dihadapi.
6.0 GOLONGAN SASARAN
Kami
telah mensasarkan kepada beberapa golongan yang bersesuaian dengan produk kami
seperti :
6.1 Individu dan Orang Persendirian
Kami
mensasarkan golongan persendirian sebagai salah satu golongan sasaran yang akan
menggunakan produk kami. Individu dan orang persendirian yang dimaksudkan
adalah seperti orang sakit, orang kurang upaya dan orang cacat atau istimewa.
Golongan ini boleh menggunakannya secara peribadi seperti di rumah mereka.
Kadangkala bilik yang berada di rumah jauh daripada bilik air malah sukar mendapatkan
bekalan air. Maka produk yang telah kami hasilkan ini amat bersesuaian untuk
golongan seperti ini.
6.2 Pihak Swasta Dan Kerajaan
Pihak
swasta dan kerajaan juga adalah satu lagi golongan yang kami telah sasarkan untuk
menggunakan produk kami seperti di hospital dan klinik-klinik kerajaan dan
swasta. Kadangkala, terdapat pesakit yang tidak mampu bergerak langsung dan
hanya mampu berada di katil pesakit
sahaja. Tambahan lagi, katil pesakit pula jauh daripada bilik air atau jauh
dari sumber air. Ini akan menyukarkan samada jururawat atau penjaganya untuk
menguruskan diri pesakit seperti mengelap badan pesakit, membersihkan kotoran
pada pesakit dan lain-lain lagi. Maka, sekiranya produk kami ini digunakan,
ianya akan dapat memudahkan bebanan mereka.
7.0 POTENSI PRODUK
Sebelum menghasilkan produk ini, kami
telah menjalankan tinjauan dan pemerhatian bagi menentukan potensi-potensi yang
perlu ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna khususnya bagi golongan
sasaran kami. Selain daripada penyelesaian masalah yang tercetus hinggalah
kepada terhasilnya produk ini, kami telah melakukan proses penambahbaikan dari
segi fungsi dan keperluan lain yang bersesuaian bagi produk yang telah kami
hasilkan. Antara potensi-potensi yang terdapat pada produk kami adalah seperti
berikut:
7.1 Saiz Yang Sederhana Besar
Produk
yang telah kami hasilkan ini adalah bersaiz sederhana. Ini menambahkan lagi
keistimewaan pada produk kami ini dan memberi sesuatu yang unik dan menarik
dari segi rekabentuknya.
7.2 Menjimatkan Penggunaan Ruang
Daripada
saiz yang sederhana, secara tidak langsung produk yang telah kami hasilkan ini
dapat menjimatkan ruang. Ia tidak memerlukan ruang yang besar dan ia sesuai diletakkan
di tepi pesakit supaya mereka dapat menggunakannya dengan mudah.
7.3 Mudah Alih
7.4 Ketinggian Boleh Dilaras
Produk
yang telah kami hasilkan ini boleh dilaras dari segi ketinggiannya. Produk kami
ini boleh mencapai ketinggian secara maksimum sebanyak 1 kaki tinggi. Kelebihan
ini adalah amat bersesuaian mengikut kehendak pengguna samada pengguna seperti
pesakit yang berkerusi roda atau berada di atas katil sahaja.
7.5 Menampilkan Konsep Keceriaan
Produk
ini berkonsepkan keceriaan. Ceria dari segi rekabentuknya, penggunaan warna
asas kebiruan pada produk dan ceria pada lukisan-lukisan yang terdapat pada
bahagian perspek yang digunakan.
7.6 Peralatan Tambahan
Selain
daripada fungsi yang memenuhi objektif produk, kami telah menambahkan
kefungsiannya dengan menyediakan ruang kecil berbentuk almari yang dapat
menyimpan barang-barang asas keperluan pesakit seperti sudu, pinggan, cawan,
baju-baju, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan lain-lain. Ruang tersebut
boleh dilihat dibahagian bawah tepi produk kami ini. Malah kami juga telah
meletakkan palang untuk penyangkut tuala di bahagian hadapan sinki untuk kegunaan
pesakit. Kedudukan palang yang bersesuaian memudahkan pengguna mencapai dan
meletakkan kembali tuala tersebut setelah digunakan.
7.7 Pengesan Aras Air
Kadangkala,
pengguna tidak sedar apabila bekas tadahan air buangan telah berada pada tahap
penuh dan ini akan mengakibatkan limpahan air berlaku. Melalui kelemahan ini,
kami telah meletakkan pengesan aras air pada bekas takungan air kotoran tersebut.
Apabila aras air sampai kepada tahap yang telah disetkan (menghampiri kadar
penuh), litar penggera akan ’on’ (litar lengkap) seterusnya akan menghasilkan
bunyi dan lampu akan berkelip menandakan air tadahan kotoran telah penuh.
Sehubungan dengan itu, penjaga tahu yang
bekas tadahan air kotoran tersebut perlu dikosongkan semula. Pengesan aras air
ini boleh dialihkan dan diangkat kerana ia adalah alat yang berasingan dengan
bekas takungan tesebut.
Click ads for your tq or like.
kalau air dalam tong tu dah habis mcm mane eh. kite kene refil selalu ke mcm mane
ReplyDeletesalam..sy bermunat utk mengetahui lebih lanjut lg tentang produk ini.bagaimana sy hendak menghubungi pihak encik?
ReplyDeletewlkmslm. maaf saudara, itu shj yg sy ada.
ReplyDelete