1.1 FALSAFAH IDEALISME
Merupakan
falsafah yang terawal di mana tokoh penting dalam falsafah ini ialah Plato, Rene Descates, Baruch dan
lain-lain. Falsafah ini menekankan kerohanian dan kejiwaan dianggap pekara
penting dalam kehidupan manusia. Dunia bukanlah kebendaan tetapi merupakan
sistem falsafah yang menekankan kepada pemusatan fikiran dan kerohanian.
Dalam persoalan metafizik, idealisme
menganggap asas kewujudan adalah dalam bentuk kerohanian serta pemikiran bukan
berbentuk fizikal atau material. Dalam persoalan epistemologi pula, pengetahuan
hanya diperolehi setakat yang mampu melalui cara selain daripada kaedah
saintifik. Antaranya dengan menggunakan keimanan, keautoritarian, intuisi dan
juga taakulan. Persoalan aksiologi menganggap nilai dan etika adalah mutlak. Ia
adalah ciptaan Tuhan dan bersifat hakiki. Kebaikan dan kecantikan yang dinilai
pada masa kini adalah tetap dan tidak berubah pada masa lain.
1. 2 FALSAFAH REALISME
Tokoh yang terlibat adalah Aristotle, Broundy, Pestalozzi dan Immanuel Kant. Realiti ialah hasil
daripada interaksi individu dengan persekitaran atau hasil daripada pengalaman
individu. Persoalan epistemologi
mengikut realisme apa yang diperhatikan atau diamati bukanlah yang dibentuk
oleh pemikiran tetapi yang sebenarnya ialah wujud dengan sendirinya. Semasa
dilahirkan fikiran manusia adalah kosong dan mereka akan belajar melalui
pengalaman yang diterima atau dilihat.
Persamaan nilai adalah tetap.
Sesuatu nilai itu biasanya diukur dengan penaakulan. Nilai individu yang di
anggap baik adalah yang diterima oleh masyarakat. Nilai yang kekal adalah hasil
daripada tabii. Persoalan metafizik berbeza bagi setiap golongan, asasnya semua
benda termasuk fikiran dan kerohanian adalah realiti.
1.3 FALSAFAH PRAGMATISME
Di perkenalkan oleh Charkes Sanders Pierce, William James
dan John Dewey. Pekara penting yang
menjadi pegangan ialah pengalaman dan penyelesaian masalah. Perkara utama
falsafah ini ialah untuk membina kehidupan manusia dan memenuhi keperluannya.
Persoalan metafizik, fahaman ini
mempercayai bahawa pengalaman menggambarkan realiti, di mana ianya ialah
gabungan antara interaksi individu
dengan alam sekeliling. Persoalan epistemologi, menyatakan manusia akan dapat
pengetahuan dengan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah yang
dibuat. Tentang nilai aksiologi, ia
mempercayai bahawa nilai adalah relative dan ia boleh berubah-ubah mengikut
masa atau mengikut sesuatu masyarakat.
1.4 FALSAFAH
EKSISTENSIALISME
Antara tokoh falsafah ini adalah Jean Paul Sartre, Albert
Camus, Martin Haideigger dan Maurice Merlean-Ponty ( Van Scottes,
1976). Falsafah ini terlalu individulistik dan terlalu bergantung pada faktor
yang subjektif seperti intuisi, kejiwaan, penghayatan emosi dan perasaan dalaman
seseorang.
Dalam persoalan metafizik, ia
menganggap realiti didefinisikan oleh individu itu sendiri. Manusia harus
menerima hakikat bahawa selepas dilahirkan ia membesar dan seterusnya menyedari
tentang kewujudanya, keadaan dirinya dan kehidupannya. Persoalan epistemologi
pula, menyatakan manusia mengetahui melalui pengalamanya. Samada betul atau
salah tidak menjadi persoalanya kerana benar atau salah adalah relatif dan
boleh berubah-ubah dari masa kesemasa. Dalam persoalan nilai, ia mencadangkan
seseorang tidak perlu mematuhi sebarang norma atau nilai yang ditetapkan oleh
sesuatu masyarakat. Nilai adalah asas bagi seseorang individu dan ia tidak
boleh ditentukan oleh faktor luar. Ia bersifat individi atau hak peribadi.
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
2.1 FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan
di sekolah adalah suatu usaha bersama dalam suasana harmonis, bertanggungjawab
ke arah menimbulkan suatu situasi pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan
ke arah remaja yang percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, rajin dan cergas serta percaya kepada diri
sendiri.
2.2 VISI SEKOLAH
Sekolah
Kebangsaan Taman Perling cemerlang dalam semua bidang pada Tahun 2009.
2.3 MISI SEKOLAH
-
Menguruskan
dan menyampaikan Pengajaran & Pembelajaran yang berkualiti
-
Melahirkan
murid yang cemerlang dalam akademik
-
Melahirkan
murid yang aktif dalam kokurikulum
-
Melahirkan
murid yang berakhlak mulia
-
Melahirkan
guru yang cemerlang dan berwawasan
-
Mengurus
dan mentadbir sekolah dengan cekap dan telus
-
Membina
iklim perhubungan manusia yang mesra, pengasih dan penyayang
-
Memastikan
persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat
3. PENDIDIKAN KHAS
Falsafah
Pendidikan Khas adalah serupa dengan Falsafah Pendidikan Biasa. Perkembangan
optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri serta boleh menyedari
potensi sendiri bagi seorang individu dan seorang masyarakat. Falsafah
Pendidikan bagi kanak-kanak Khas juga menyediakan peluang-peluang yang sama
kepada kanak-kanak ini seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk
perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.
Perbezaan
antara kanak-kanak khas dengan normal ialah mereka mengalami kecacatan iaitu
autisme, sindrom down, cacat akal ringan, cacat akal berat, hyperaktif,
hypoaktif, spastik dan pintar cerdas. Kalau kita tidak berfikiran jauh, kita
menganggap apakah yang boleh dilakukan dan disumbangkan oleh kanak-kanak
tersebut melihatkan sifat fizikalnya atau mindanya tidak sempurna. Pemikiran
tersebut boleh memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut seperti
mengabaikannya.
Bagi
mengelakkan keadaan tersebut mejadi parah, maka pendidikan khas diwujudkan. Pendidikan Khas ialah program
yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuklah
penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik pembelajaran & pengajaran
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar seperti perkembangan mental, kestabilan
emosi dan integrasi sosial.
Kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak
yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai
mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana
atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam
ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi
(5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan
ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga
kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
………… “Kanak-kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai
pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari
rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
3.1 Matlamat Pendidikan Khas
1. Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial
dan jasmani kanak-kanak luar biasa
2. Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang
asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
3. Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya
tidak menjadi suatu kecacatan
4. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran
dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak
khas
5. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat
biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat
Diharapkan dengan adanya usaha tersebut dapat
memberi manfaat yang berguna kepada kanak-kanak tersebut. Pada suatu hari
nanti, kanak-kanak tersebut dapat berdikari menguruskan dirinya sendiri tanpa
mengharapkan pertolongan orang lain dan seterusnya dapat meringankan beban ibu
bapa. Apabila dewasa kelak, diharapkan pelajar tersebut mendapat pekerjaan
berdasarkan kemahiran yang telah mereka kuasai.
3.2 Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu
usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mennguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Kebangsaan Negara
3.3 Misi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan pendidikan,
latihan dan bimbingan yang relevan dan berkualiti secara berterusan untuk
melahirkan insan istimewa yang berakhlak, berilmu, berkemahiran, menyedari
potensi diri sendiri, boleh derdikari serta mampu merancang dan menguruskan
kehidupan sendiri.
3.4 Visi Pendidikan Khas
Menempatkan Kelas Khas ke
tahap kebanggaan dan kepercayaan masyarakat khasnya dan Negara amnya melalui
kejaan yang dicapai dalam :-
- penguasaan kemahiran oleh individu murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dari segi kualiti dan kuantiti.
- mengembangkan potensi individu murud-murid melalui didikan, latihan, bimbingan dan pimpinan sebagai usaha membolehkan mereka hidup berdikari dan menikmati kehidupan yang sempurna.
- membina amalan disiplin yang baik, perkembangan jasmani dan kemasyarakatan yang sihat, pembentukan moral dan penerapan nilai-nilai yang terpuji.
- meningkatkan rasa tanggungjawab di kalangan pentadbir, guru dan murid bagi menjamin kelicinan perlaksanaan tugas dan aktiviti sekolah dengan lebih lengkap, berterusan dan berkesan.
- mewujudkan suasana kelas yang kondusif bagi perkembangan sahsiah yang sempurna.
3.5 Moto Pendidikan Khas
BERILMU BERAKHLAK BERDIKARI
Objektif
-
mengusai
kemahiran kognitif, psikomotor dan persepsi melalui penumpuan semasa proses
pembelajaran
-
meningkatkan
minat murid untuk belajar kerana bahan sokongan digunakan lebih efisien
-
mengamalkan
nilai-nilai islam dalam kehidupan
seharian untuk murid beragama islam
-
menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
-
meningkatkan
disiplin diri melalui penglibatan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun
-
mengusai
kemahiran komunikasi
-
mempunyai
keyakinan dan konsep kendiri yang positif
-
mengembangkan
potensi, bakat, daya kreatif dan intelek
-
mengusai
kemahiran asas kehidupan
3.6 Kelas Pendidikan Khas
-
Kelas
Pendidikan Khas (masalah pembelajaran) di sekolah in dijalankan mengikut kaedah
stesen. Mempunyai tujuh stesen pembelajaran dan satu bilik pengurusan, jumlah
murid adalah seramai 34 orang, 9 orang guru termasuk seorang Guru Penolong
Kanan Pendidikan Khas dan tiga orang pembantu pengurusan murid. Jawatan
Penolong Kanan Pendidikan Khas hanya layak untuk sekolah yang mempunyai lebih
daripada 25 orang murid yang berkeperluan khas
-
Melalui
kaedah stesen, murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Guru berada di
stesen pembelajaran mengikut matapelajaran yang diajar. Murid akan bergerak
dalam kumpulan ke stesen pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Ini bertujuan menggalakkan mereka untuk bersosial dan mematuhi arahan.
-
Melalui
Diagnosa perubatan, OKU yang diketegorikan di bawah masalah pembelajaran
meragkumi
a. Lewat perkembangan
b. Down sindrom
c. Slow learner
d. Autisme
e. Attension Defect Hyperactive (ADHD)
f. Terencat akal (mental retardation)
g. Masalah pembalajaran Spesifik seperti
Dyslesia, Dysgraphia dan lain-lain
3.7 Teknik / Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
Bermain sambil belajar
Bermain juga merupakan satu kemahiran yang
penting untuk perkembangan pemerolehan bahasa, pemikiran dan imaginasi.
Permainan yang sesuai di antaranya ilah permainan yang berbentuk aktiviti
harian dan yang beleh menggalakkan pemprosesan maklumat dan berfikir.
Di antara kemahiran yang berguna untuk
kanak-kanak ialah bermain dengan deria seperti sentuhan dan penglihatan,
bermain alat permainan dengan betul, bermain alat permainan yang diperlukan
konsentrasi, bermain sembunyi dan cari, bermain dengan permaianan yang boleh
dimanipulasi, permainan set yabg perlukan imaginasi seperti set makan, set
rumah dan set doktor serta permainan-permainan yang simbolik kepada aktiviti
harian.
No comments:
Post a Comment