SENARAI KES-KES PERBICARAAN DI HADAPAN YANG ARIF HAKIM:
PUAN MAZNAH BINTI HARON
HARI: RABU TARIKH:
13 JANUARI 2010 JAM: 11.30 PAGI
MAHKAMAH TRIBUNAL JOHOR BAHRU
NORAINI BINTI ABD JALIL - PIHAK YANG MENUNTUT
CHAN FURNITURE (M) SDN BHD - PIHAK PENENTANG
BARANGAN ELEKTRIK
SEBAB KEPUTUSAN
Dalam tuntutan ini pihak
yang menentang (PYM) telah memfailkan tuntutan kepada tribunal terhadap
penentang iaitu Chan Furniture (M) Sdn Bhd
untuk menuntut home theater yang telah dibawa ke kedai tersebut untuk
dibaiki. Malangnya home theater tersebut telah hilang. Harga barang tersebut
adalah RM 2280 dan PYM telah membayar 9 kali ansuran iaitu RM95/bulan maka
jumlah ansuran yang telah dibayar oleh PYM sebanyak RM 855. PYM telah membeli
barang tersebut dari P memandangkan pada masa tersebut P sedang membuat promosi
iaitu pakej RM 10 untuk pembayaran pertama.
Persoalan utama kes ini
ialah PYM tidak berpuas hati dengan servis yang telah dijalankan oleh P kerana bagaimana
home theater tersebut boleh hilang daripada tanggungjawab. PYM ingin menuntut
ganti rugi yang setimpal dengan barangan tersebut dan membatalkan kontrak
pembelian.
HURAIAN KES
Pihak
penentang yang diwakili oleh pengurus cawangan, En Liu dan seorang saksi iaitu
Cik Ima berjawatan credit controller manakala PYM diwakili oleh Pn Noraini
Binti Abd Jalil. Kedua-dua pihak berasaldari Mersing.
Pada 21/5/2008, PYM telah
membeli sebuah home theater secara ansuran. Pada bulan Ogos 2009, home theater
tersebut telah didapati rosak dan PYM telah membuat aduan ke P supaya home
theater tersebut dibaiki. PYM membuat aduan melalui telefon. Pihak P telah
mengarahkan 2 orang pekerja iaitu En Maha dan seorang lagi pergi ke rumah PYM
dengan menaiki lori maka home theater tersebut dibawa ke P. PYM mendakwa tiada
resit yang menyatakan bahawa 2 orang pekerja tersebut telah mengambil barang
elaktrik tersebut dari rumah PYM. Pihak P mendapati bahawa barang tersebut telah
tamat jaminan dan dan menyarankan kepada P jika hendak dibaiki, barang tersebut
hendaklah dibawa ke kilang Samsung yang terletak di Johor Baharu.
Pihak PYM mengambil
keputusan di dalam talian agar home theater tersebut tidak perlu dibaiki di
kilang Samsung dan membayar deposit agar syarikat tersebut membaikinya. Sebulan
selepas itu, PYM membawa deposit RM 50 untuk deposit baiki. ingin mencari pihak lain yang tahu untuk
membaikinya. Cik Ima memberitahu bahawa barang PYM tiada dalam simpanan P
dengan alasan bahawa suami PYM telah mengambil barang tersebut. Suami PYM
menidakkan apa yang diperkatakan oleh Cik Ima. PYM telah pergi ke kedai untuk
berbincang mengenai masalah tersebut secara bersemuka. P tidak mahu
bertanggungjawab atas kehilangan tersebut dan meminta wang ansuran.
Dari keterangan P, syarikat
tersebut telah menerima laporan tentang kerosakan home theater daripada PYM. P
mengesahkan bahawa 2 orang pekerja telah pergi ke rumah PYM dengan lori untuk
mengambil barang tersebut. Pada 18/9/2009, bahagian pengurusan kredit telah
mengesahkan bahawa PYM telah membayar RM 570/6 bulan.
P mendakwa suami PYM
telah mengambil barang tersebut dan ini boleh dipertikaikan bahawa tiada
tandatangan pada resit barang itu diambil. Kemungkinan orang lain yang menyamar
menjadi suami PYM dan seterusnya mengambil barang tersebut.
Setelah mendengar
kedua-dua penjelasan daripada pihak PYM dan juga pihak P, hakim tribunal telah
membuat award di mana pihak P diberikan amaran agar tidak mengulangi kesilapan
yang sama dan meminta P mengambil tandatanagn apabila sesuatu barang keluar
daripada kedai. Hakim juga meminta pihak P meminta maaf atas perkara yang
terjadi. Perjanjian pembelian antara PYM dan P dibatalkan. PYM mendapat RM 150
dari pihak P untuk duit minyak dan kos lain RM 200 manakala PYM terpaksa
membayar RM 570 ke P iaitu bayaran tertunggak selama 6 bulan.
Bayaran
kepada PYM mestilah dilakukan dalam masa 14 hari award ini dikeluarkan oleh
mahkamah. Sekiranya pihak P gagal membayar balik tuntutan PYM atau sebaliknya
maka mahkamah akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment