Want to know more, please click

Followers

Pages

Thursday, February 3, 2011

Kursus pemantapan & pemilihan JKM KDOJ di Pulau Tioman 29-3 / 2 / 2011

j29/1 Sabtu
8.40 am
Bertolak dr UTM dengan membawa 2 buah beg (beg galas & beg balik kampong). Seramai 21 orang peserta. Semuanya amat teruja untuk pergi ke pulau. Dalam bas apa lagi, tido la.
10.15 am
Makan nasi di Wadira d'Corner. Nasi + ayam RM 5.50.
12.23 pm
Sampai di jati Mersing. Perjalan mengambil masa 3 jam. Ilyas selaku ketua membeli tiket feri.
3.27 pm
Pergi ke jeti. Beri sedih kami terima kerana feri x boleh berlepas kerana ombak kuat. Perjalanan ke Pulau Tioman terpaksa ditunda ke besok pagi.
Pergi meronda di sekitar Mersing. Kat pantai ada ekspo, aku lalu ikut ekspo tu. Aku jumpa hospital. Aku tanya jaga kat mana tandas. Masuk tandas, membuang apa yg perlu dibuang.
Dah lega, pergi ke pekan sambil menyangdang beg galas. besar juga pekan Mersing ni jika nak dibandingkan dengan Kuala Pilah.
Beli syampu RM 9.90 dan sabun mandi RM 2
4.56 pm
Makan mee rebus RM 3.50 di tepi bot nelayan. Aku nampak budak berjaya tangkap 2 ekor kepah. Besar 2 tapak tangan ada.
7.15 pm
Pergi masjid yg terletak di atas bukit. Kali ni Kuala Pilah menang. Aku tengok macam jauh je. Rupanya x. Ada tangga, tu yg jd shotcut. Mandi, solat.
Lepas solat Isyak, pergi ke pekan. Aku jumpa babi. Mata bertentang mata, kalau kau kejar, aku lari. tengok2 dia lari dulu, nasib baik. Aku ingatkan seekor, rupanya 6 ekor, banyak tu dan besar2. Ada mamat tu tanya, apa tu bang. Aku jawab la babi. Kucing pun kecut perut.  Beli vitamin abot RM 39.90 sbb nak daki gunung kajang. Dia x bg plastik setiap hari Sabtu. Aku sokong.
Beli minyak wangi RM 4 kat kedai lain.
Perut pun dah kebulur, makan nasi gerong kampong RM 4 kat Medan Selera Seri Panchor.
11.45 pm
Nasib baik kaunter tiket tu baik hati bg pinjam tikar utk tidur. Aku cari port yg tersorok sikit. Tidur dalam kesejukan sebab x bw selimut. Sejuk wo sbb angin yg datang dr laut ditambah malam tu hujan dengan lebat. Nasib baik aku bw baju ladang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...