Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, June 18, 2013

KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI PANGSAPURI BUKIT BARU, TAMAN K 5, TAMPOI, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM



1.0      Pengenalan

Sistem pengurusan sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai satu cara pentadbiran pengurusan yang bijaksana serta berkesan dalam mengawal sisa bahan pepejal yang akan dibuang dan dilupuskan. Sisa pepejal adalah merupakan segala sisa yang dijanakan daripada aktiviti manusia dan juga haiwan dalam bentuk yang dibuang dan tidak diperlukan lagi. Di antara sisa pepejal dan separa pepejal yang biasa didapati sebagai bahan buangan adalah seperti plastik, kaca, logam, kertas, kayu, sisa-sisa makanan, sisa toksid dan sebagainya.

            Sisa-sisa pepejal dan separa pepejal ini perlu diurus dengan baik supaya tidak mengganggu kesejahteraan manusia. Antara sistem yang diguna pakai adalah sistem pemungutan dan sistem penyimpanan. Terdapat beberapa jenis sistem pemungutan yang biasa dilaksanakan iaitu sistem bekas pegun dan sistem bekas diangkut. Bagi sistem penyimpanan, terdapat beberapa kaedah yang digunakan seperti individual container, communal container dan on site collection.

            Bagi penduduk yang tinggal dikawasan rumah pangsa, sistem yang digunakan adalah sistem pemungutan bekas pegun. Kaedah yang sering digunakan adalah seperti kaedah angkut keluar seperti yang diamalkan di Australia dan kaedah pelongsoran yang sering diamalkan di negara matahari terbit, Jepun. Kajian yang dilakukan ini akan menyingkap keberkesanan kaedah pelongsoran yang diamalkan di rumah pangsa di Taman Kenanga, Tampoi.


2.0              Latar Belakang Kajian

Menurut Tan Sri Razali Ismail iaitu Pengerusi CyEn Resources Sdn. Bhd, di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Disember 2005, Malaysia perlu mengurangkan bahan buangan purata 1.5 kilogram setiap orang dan menyokong peningkatan infrastruktur untuk mengendalikan bahan buangan selaras dengan pertambahan penduduk.

            Menurut beliau lagi, Malaysia kini berada dalam situasi di mana penduduk menghasilkan lebih banyak bahan buangan pepejal berbanding keluasan tanah bagi menampung bahan buangan ini yang semakin berkurang.

            Secara amnya kawasan Johor bahru Tengah yang dipilih mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi meliputi kira-kira 500,000 penduduk (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 1997). Di samping kajian yang luas dan dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan Timur dan Barat iaitu mempunyai keluasan 303.48 kilometer persegi dan adalah merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai pegangan harta tertinngi di antara PBT lain di Malaysia sebanyak 170,099 unit (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, 2003).

Pertambahan penduduk yang semakin meningkat mempengaruhi kapasiti sampah. Di dalam Rancangan Struktur MPJBT 1991-2010, kuantiti penjanaan sisa pepepal dijangka meningkat sehingga 40,400 tan pada tahun 2010. Di dalam laporan ini juga, ada dinyatakan tentang anggaran pembuangan sampah sisa pepejal dan peniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan sehari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan sehari dan dijangka tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan sehari.

                        Perkhidmatan pengurusan sisa-sisa pepejal di Johor Bahru Tengah masih tidak memuaskan dan belum dapat mencapai tahap kualiti yang secukupnya walaupun ada diantaranya telah diswastakan berdasarkan aduan awam yang diterima. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan ini masih lagi gagal memberi pengurusan yang berkesan seperti perkhidmatan kerja dijalankan tidak mengikut jadual, spesifikasi kerja tidak dipatuhi, aduan sisa peepjal lambat atau tidak diambil tindakan serta terdapat kawasan perumahan yang masih tidak diberi perkhidmatan pemungutan sampah walaupun perumahan tersebut telah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (C.F.O).

 Bagi mengatasi timbunan sampah sarap yang dihasilkan tatkala kita bergerak ke arah wawasan 2020, kita mesti memperbaiki kecekapan dalam pengurusan sisa buangan dalam melantik para professional dan pada masa yang sama mendidik masyarakat. Inilah satu-satunya cara menghalang krisis persekitaran.

Oleh yang demikian, kajian mengenai keberkesanan sistem pengurusan sisa pepejal di kawasan Penguasa Tempatan Johor Bahru Tengah perlu dijalankan bagi mewujudkan alam persekitaran yang sihat dan bebas dari unsur-unsur pencemaran di masa depan.

            Secara khususnya kawasan kajian yang terlibat dalam kajian keberkesanan pengurusan sisa pepejal adalah merupakan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan terletak di Tampoi, Johor Bahru. Taman k merupakan salah satu flat daripada beberapa taman-taman flat yang lain.

Bangunan flat ini merupakan projek percubaan pasang siap bangunan flat di Johor Bahru. Mula didirikan flat ini sekitar penghujung 1980-an dan diduduki pada tahun 1993. Terdiri daripada 70 unit rumah, 6 unit kedai dan sebuah dewan.


3.0       Pernyataan Masalah

            Sistem pelongsor sampah merupakan salah satu daripada sistem pembuangan sisa pepejal di kawasan perumahan. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu menyelia keadaan kawasan tersebut agar berada dalam keadaan baik dan teratur seperti yang ditetapkan dalam Akta Alam Sekeliling 1974. Pembinaan sistem pembuangan sampah dan kawasan persekitaran hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Ini bertujuan untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang dibuat tidak menimbulkan bau busuk dan pemcemaran alam sekitar. Bagaimanapun lawatan ke kawasan perumahan pangsa Blok K 5, Taman Kenanga, Tampoi mendapati beberapa masalah telah wujud seperti bau yang kurang menyenangkan serta pemandangan yang tidak mata memandang. Ini mengganggu penduduk setempat terutamanya kawasan perumahan yang berhampiran.
4.0     Persoalan Kajian


Menurut Abd Majid (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian kes ini persoalan-persoalan kajian adalah :-

  1. Apakah sistem pembuangan sampah yang digunakan?

  1. Apakah kesan daripada penggunaan sistem ini?

  1. Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian?

5.0              Obejktif Kajian        


Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah :

  1. Mengenalpasti sistem pembuangan sampah yang digunakan.

  1. Mengenalpasti kesan daripada penggunaan sistem pembuangan sampah.

  1. Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.

6.0       Dapatan dan Perbincangan Kajian


6.1       Pengenalan

Dalam bab ini, diterangkan berkenaan dengan dapatan kajian yang telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian, tinjauan dan temubual keatas penduduk setempat.  Perbincangan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mengikut objektif kajian, di mana objektif yang pertama berkenaan sistem yang digunakan, kesan daripada penggunaan sistem pembuangan sampah ini dan pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.


6.2      Sistem Pembuangan Sampah yang Digunakan.

Kadar pembungan sisa pepejal adalah berkadar terus dengan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.  Pertambahan kepadatan penduduk akan menambahkan lagi kadar pembuangan sisa pepejal.  Oleh yang demikian pembuangan sisa pepejal secara berterusan tanpa pengurusan yang cekap dan berkualiti akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan gangguan kepada kehidupan persekitaran.  Pengurusan yang terancang, terurus, efisien, efektif dan berteknologi tinggi di dalam sistem perlaksanaannya akan menjamin kesejahteraan kepada kehidupan manusia dan haiwan serta alam persekitaran di muka bumi ini.

Daripada tinjauan dan  pemerhatian yang dijalankan, didapati sistem pembuangan sampah yang dijalankan di kawasan kajian ini ialah sistem pelongsor sampah.  Di mana sistem ini menggunakan peti yang didalamnya terdapat saluran pelongsor yang disambungkan dari tingkat atas hingga tingkat bawah.  Peti ini disediakan di bahagian tangga di setiap aras bangunan. 

Rajah 1 dan Rajah 2 dibawah menunjukkan peti yang dimaksudkan di atas yang berukuran 30 cm x 30 cm.  Pada peti ini terdapat pintu di mana pintu ini adalah untuk keselamatan penduduk terutama sekali bagi golongan kanak-kanak.

 full report ada di
Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...