"When shooting travel, you can’t go back to the scene and expect it to be the same. Things will change, the light or whatever. So seize the moment, stop and make the effort to get the shot. In other words, don’t procrastinate!" - Eric Meola
Saturday, March 31, 2012
singapura p7
Labels:
holiday to singapore,
singapore,
singapura
singapura p6
Labels:
holiday to singapore,
singapore,
singapura
Friday, March 30, 2012
singapura p5
Labels:
holiday to singapore,
singapore,
singapura,
snow city
Thursday, March 29, 2012
singapura p4
Labels:
holiday to singapore,
singapore,
singapura,
snow city
Saturday, March 24, 2012
PEMBUNGKUSAN p1
DEFINASI
Pembungkusan adalah operasi membalut dan membungkus
bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juaga merupakan satu seni dan
teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk.
APA ITU PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan itu boleh dikaitkan dengan kepelbagaian dimana
didalam setiap sektor akan menggunakan cara & teknologi yang berbeza
contohnya :
a) Menggunakan
medium-medium yang ada untuk menghasilkan produk yang terkini dan bermutu.
b) Setiap
sektor mempunyai headline dimana didalamnya terdapat bahan untuk menghasilkan
produk yang berkualiti dan mempunyai imej tersendiri.
c) Pemilihan
material yang paling sesuai untuk melindungi produk tersebut dari kerosakan.
FUNGSI & PERANAN PEMBUNGKUSAN
- Mengekalkan kesegaran sesuatu produk contohnya makanan.
- Untuk melindungi produk dari factor-faktor yang mempengaruhi seperti masa, rasa, bau dan barangan yang mudah rosak/pecah.
- Untuk menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi rekabentuk dan pemilihan warna.
- Salah satu cara memasarkan produk secara tak langsung.
- Memudahkan sesuatu produk dibawa kemana-mana dan untuk proses pengangkutan.
- Meningkatkan mutu barangan terutamanya supaya kelihatan menarik
MEDIUM-MEDIUM PEMBUNGKUSAN
- Kertas dan kadboard kertas
- Bahan-bahan dari plastik contohnya botol dan bekas makanan.
- Aluminium contohnya tin minuman ringan.
- Bahan-bahan yang boleh dikitar semula
LAWATAN KE ORIENTAL ASSEMBLERS SDN. BHD.
1. OBJEKTIF
Lawatan sambil belajar
yang dijalankan pada hari ini adalah untuk:
a)
Memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang proses pencantuman komponen kenderaan
dalam sebuah kilang atomotif dari mula hingga menjadi sebuah kenderaan.
b)
Melihat
dengan lebih dekat pengaplikasian teori automotif dalam industry automotif.
c)
Mengaitkan
mana-mana perkara baru yang boleh diperolehi dalam industri automotif untuk
dikaitkan dengan teori yang dipelajari di dalam kelas.
2.
LATAR
BELAKANG SYARIKAT
Oriental
Assemblers Sdn Bhd dulunya adalah Capital Motor yang ditubuhkan pada 1967
seterusnya bertukar milik kepada General Motor Assembler. Pada tahun 1980 ianya diambil alih oleh Oriental Assemblies
Sdn Bhd dengan pegangan 100% kepunyaan tempatan. Kilang ini merupakan kilang yang hanya
membuat 100% pemasangan kenderaan yang telah direka oleh syarikat pembuat
kereta terkemuka seperti Hyundai dan kereta keluaran dari China. Kesemua
bahagian kenderaan yang hendak dipasang adalah didatangkan terus dari pembuat
kereta asal dan dipasarkan di negara ini. Pengurus bagi syarikat ini
adalah Mr. Yap.
Bahagian
enjin kenderaan dibawa masuk secara siap dari pembuat kereta asal bagi
mengurangkan kos pemasamgan dan bagi menjamin mutu keluaran syarikat. Mengikut
penerangan yang telah diberikan, membeli terus bahagian enjin yang telah siap
adalah lebih murah berbanding memasangkannya daripada raw part. Ini kerana kos
untuk memasang sesebuah enjin adalah tinggi dinegara ini kerana ianya memerlukan
tenaga kerja yang mahir serta jangka masa pemasangan yang panjang.
Dahulu kilang ini
memasang kereta jenama Honda tetapi atas sebab-sebab tertentu pemasangan
tersebut terpaksa diberhentikan dan digantikan dengan pemasangn kenderaan
jenama Hyundai (Korea), Cherry (China), Sonata (Korea) dan LMG. Kilang ini mempunyai pekerja seramai 266
orang. Antara kemudahan yang terdapat di kilang ini ialah kafeteria, parking
motosikal berbumbung dan seumpamanya. Kilang ini dapat menyiapkan pemasangan 22
hingga 25 buah kenderaan sehari.
Pada masa sekarang
kegawatan ekonomi melanda negara, syarikat tersebut mampu mengharunginya dengan
mengambil altenatif seperti menjadikan 2 shift waktu bekerja kepada 1 shift
waktu bekerja. Keadaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos operasi
syarikat memandangkan permintaan kenderaan yang sedikit merosot.
1. JABATAN – JABATAN YANG BERKAITAN
DENGAN PROSES PEMASANGAN
Welding
Department (body)
Welding Department (body) merupakan jabatan
yang terpenting dalam proses pemasang kenderaan. Dimana komponen – komponen
yang diterima dari kilang asal seperti yang datang dari kilang Hyundai (Korea)
akan distamping dengan menggunakan mesin spot welding mengikut model dan jenis
kenderaan yang telah ditetapkan. Proses ini dilakukan secara semi automatic.
Jig-jig ataupun acuan untuk memateri komponen-komponen ini didatangkan khas
dari kilang pembuat kerata sebenar seperti Hyundai dari Korea. Ini adalah bagi
menjamin kejituan pemasangan dan kimpalan yang dilakukan dan memenuhi piawaian
yang telah ditetapkan oleh pembuat kerata sebenar. Mengikut kepada penerangan
yang telah diberikan juga, jig-jig yang digunakan juga diperbuat daripada
kilang dan vendor tempatan tetapi ianya perlu merujuk kepada pembuat kereta
asal untuk memastikan kualiti keluaran kilang ini.
Rajah
1: Pekerja sedang membetukkan kedudukan kerangka.
|
Rajah
2 : Plat bumbung distamping pada kerangka kenderaan.
|
Welding
Department (Auto Finish)
Fungsi
utama department ini adalah sebagai membuat pematerian terhadap pintu dan bonet
kenderaan. Di mana spot welding digunakan bagi mengimpal kepingan komponen-komponen
untuk dijadikan bahagian separuh siap kenderaan seperti pintu dan pemasangan
cermin. Spot welding adalah proses utama pada bahagian ini. Di mana kimpalan
dilakukan untuk mencantumkan kepingan komponen untuk dijadikan pintu dan bonet
kenderaan. Bahagian yang telah siap akan dihantar kepada bahagian printing department
untuk di cat dan dipasangkan pada bahagian body kenderaan pada jabatan final
assembly.
Rajah 3: Body kereta yang telah siap di welding. |
Painting
Department
Berfungsi sebagai bahagian proses
mengecat (coating) kenderaan. Di mana converyer yang membawa kerata ini dibawa
ke kebahagian bilik khas bagi melakukan proses penyemburan cat sesebuah kereta.
Terdapat 2 kaedah yang digunakan, iaitu kaedah menyembur secara manual dan
secra automechine (robot). Satu lapisan semburan cat (undercoat) diperlukan
untuk menghasilkan warna sesebuah kenderaan. Hasil semburan akan dialirkan di dalam
kebuk atau oven yang bertindak sebagai pemanas untuk mengeringkan cat yang
telah disembur. Kenderaan yang telah
disembur juga melalui tapisan quality control (QC) bagi menjamin mutu produk.
Kenderaaan yang mempunyai kecacatan pada bahagian semburan cat akan dipolish
secara manual sebelum di sembur semula.
Rajah
4: Cat kenderaan telah dipanaskan melalui topcoat oven.
|
Rajah
5: Setelah dicat, proses polishing mengambil tempat dan dilakukan secara
manual.
|
Rajah
6: Hasil selepas dipolish.
|
KERJA-KERJA
PEMASANGAN
Rajah
7: Final Assembler Department
|
Rajah
8: Proses pemasangan suspension system
|
Rajah
9: Pemasangan enjin
|
Rajah
10: Kenderaan yang telah siap dipasang.
|
Rajah
11: Pengujian sedang dijalankan.
|
Rajah 15: Chery SUV
|
1. REFLEKSI
Lawatan
yang telah dibuat merupakan lawatan pertama saya ke dalam kilang yang membuat
pemasangan kenderaan. Saya juga berasa kagum dengan keupayaan kilang tersebut
kerana diberi kepercayaan oleh syarikat pembuatan kereta di luar negara seperti
Chery, Honda dan Hyundai untuk menjalankan pemasangan kerata mereka di sini. Rakyat
tempatan mendapat faedah dan limpahan rezeki kerana dapat bekerja di kilang
tersebut. Saya mendapati bahawa kilang tersebut luas dan besar, susunan kerja
dan peralatan amat teratur.
Kilang
tersebut menggunakan teknologi yang terkini bagi meningkatkan hasil pengeluaran
kenderaan. Pada bahagian stamping, proses ini dilakukan secara semi automatik. Pekerja akan membuat kimpalan
titik antara plat badan kenderaan dengan kerangka. Kerja ini dilakukan dengan
teliti supaya benda yang dikimpal tidak akan tercabut jika dipindhkan ke
bahagian lain. Pekerja meletakkan kerangka kenderaan di atas meja dan
seterusnya melakukan proses mengimpal.
Pada awal proses
mengecat, beberapa orang digunakan untuk menyembur cat pada kenderaan. Pekerja
mesti memakai peralatan perlindungan diri seperti gogal kerana mereka bekerja
di dalam bilik yang tertutup dan terdapatnya cat yang bertebangan. Proses
pertenganhan pula, dilakukan secara automatik menggunakan robot dan dicat
beberapa lapis pada keseluruhan
badan
kenderaan tersebut. Hasil dari penggunaan robot tersebut, saya mendapati bahawa
cat pada kenderaan tersebut sekata dan tiada kesan tompokan yang tidak
diingini. Untuk mengeringkan cat dengan cepat, kenderaan tersebut seterusnya
dihantar ke topcoat oven. Pada bahagian ini, suhu disetkan pada julat tertentu
supaya dapat mengeringkan cat pada masa yang telah ditetapkan. Proses akhir
iaitu polish, kerja tersebut dilakukan secara manual menggunakan alat yang
tertentu. Setelah melalui proses tersebut, saya mendapati bahawa cat pada
kenderaan tersebut berkilat dan amat cantik sekali.
Proses
memasang komponen kenderaan dilakukan mengikut line yang ditetapkan. Komponen
tersebut termasuklah enjin, pintu, sistem brek, sistem gantungan, tempat duduk
dan lain-lain eksesori. Proses ini dilakukan dengan sempurna dan teliti kerana
jika pemasangan yang salah dilakukan, kesannya boleh membuatkan sesuatu line
akan terhenti dan membuang masa. Saya mendapati bahawa kilang tersebut amat mementingkan
masa kerana jika sesebuah bahagian mengalami masalah ia akan menjejaskan hasil
pengeluaran syarikat.
Di
sini juga aspek pekerja diambil berat. Sebelum syarikat menyerapkan pekerja ke
dalam sesuatu bahagian, perkara asas yang dilakukan ialah dengan memberikan
latihan yang secukupnya dan mengambil tempoh masa tertentu. Selalunya pekerja
yang telah lama ditempatkan pada sesuatu bahagian tidak sewenang-wenangnya
ditukarkan ke bahagian lain. Contohnya seseorang pekerja yang telah lama berada
di bahagian polish akan kekal di situ kerana pekerja tersebut telah pakar dalam
bidangnya.
Reka
bentuk kereta yang dihasilkan amat menarik dengan kombinasi warna yang sesuai.
Reka bentuk kereta pada rajah 14 lebih kurang sama dengan jenis kenderaan
Nissan Grand Lavina, kerata Chery pada rajah 15 lebih kurang sama dengan Isuzu D-Max. Usaha
syarikat tersebut untuk memasarkan kereta buatan luar negara harus menjadi
dorongan kepada yang lain kerana berani mengambil risiko dan berani merebut
peluang dan ruang yang diberikan kepadanya.
Harga yang ditawarkan bagi sebuah Chery MPV
sekitar RM 70000. Faktor harga juga memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan jualan sesebuah kenderaan. Walaupun saya belum menjumpai pemandu
yang membawa kereta Chery tetapi itu tidak bermakna bahawa orang ramai tidak
menyukai kereta tersebut.
KESIMPULAN
Saya
mendapat banyak ilmu pengetahuan yang berguna kerana saya hanya memandu
kenderan yang telah siap dipasang tanpa mengetahui cara ianya dipasang. Setelah
membuat lawatan tersebut, barulah saya mengetahui apakah proses-proses yang
perlu dijalankan, alatan yang digunakan dan seumpamanya. Ilmu yang telah
diterima akan digunakan pada masa yang akan datang.
Pemasangan kereta
bukanlah semudah ABC kerana tanpa perancangan yang sempurna kenderaan yang
dihasilkan akan mengalami kecacatan dan tidak sempurna. Saya juga mengucapkan
berbanyak-banayk terima kasih kepada syarikat tersebut kerana memberi peluang
dan ruang untuk menjalani lawatan sambil belajar tersebut. Lawatan ini
sewajarnya diteruskan untuk mendedahkan para pelajar tentang pembinaan sesebuah
kenderaan dan seterusnya di alam pekerjaan.
Click ads for your tq or like.
Labels:
automotif,
Cherry,
Hyundai,
kilang kereta,
lawatan,
LMG,
ORIENTAL ASSEMBLERS SDN. BHD,
Sonata
Subscribe to:
Posts (Atom)