PENGENALAN
NAMA TEMPATAN: Sawi Hijau/ Sawi Bunga, Sawi Putih
NAMA SAINSTIFIK: Brassica sp
Ciri – Ciri Sayuran
Batang
|
Kurus kecil atau besar dan padat. Berwarni hijau atau hijau muda
|
Daun
|
Berbentuk bulat.
Berwarna hijau atau hijau muda.
|
Bunga
|
Bunga berwarna kuning
|
Benih
|
Berwarna keperangan, berbentuk bulat dan kecil.
Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 2g
|
JENIS SAWI
JENIS
|
CIRI – CIRI
|
Sawi Hijau/ Sawi Bunga
(Choy Sam)
|
Berdaun tegak, berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20 – 25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau
|
Sawi Putih (Pak Choy)
|
Daun hijau tua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15 – 20 cm. Daun tebal, batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun
|
Sawi Jepun (Siow Pak Choy)
|
Saiz berukuan 12 – 15 cm. Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya compact di bahagian pangkal an tirus di bhagian daun. Urat daun tidak berapa prominent dan hujung daun bulat
|
Sawi Pahit
|
Tumbuh cepat dan mempunyai daun lebat yang melebihi 30 cm. Daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya di prosesuntuk dijadikan jeruk
|
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu
|
23 °C – 35 °C
|
Jenis Tanah
|
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong
|
pH Tanah
|
5.5 – 6.0
|
AMALAN KULTUR
Penyediaan kawasan
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2m lebar dan tinggi 20 cm – 30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam. Pengapuran dilakukan semasa pembajakan pada kadar 3 – 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam di tabur di batas pada kadar 3 – 5 tan/ha
Penyediaan anak benih
Jenis bahan Tanaman
|
Biji Benih
|
Keperluan Biji Benih/ha
|
1.5 kg
|
Rawatan Biji Benih
|
Guna racun Thiram pada kadar 3g/1000g benih
|
Penanaman Di Ladang
Cara Menanam
|
Biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur rata ke dalam jalur – jalur batas
|
Penjarangan
|
Boleh dilakukan selepas 10 hari bercambah
|
Jarak Tanaman
|
20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok
|
Pengurusan Air
Sawi memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman haruslah dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas
PENGURUSAN PEROSAK
JENIS PENYAKIT
|
SIMPTOM
|
Ulat Ratus
(Spodoptera litura)
|
Daun dan pucuk berlubang
|
Ulat Pangkas
(Agrotis ypsilon)
|
Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam
|
Kumbang Kutu
|
Daun berlubang halus dan diserang di semua peringkat
|
Ulat Plutella
|
Daun yang diserang menunjukkan lubang – lubang lutsinar
|
Kutu Daun
|
Daun berkedut dan kecut, gugur dan pokok terbantut
|
Ulat Lombong
|
Terdapat lingkaran pada permukaan daun. Batang yang diserang kecut dan layu
|
Reput Daun
|
Daun reput dan busuk
|
Reput Lembut
|
Terdapat reput yang berair dibahagian tang diserang. Bahagian ini akan berlendir dan berbau busuk
|