Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, October 26, 2012

PENGENALAN KERJA-KERJA BATA p1


Penggunaan batu bata bermula sejak dari zaman dahulu lagi. Namun ia masih lagi kekal hingga sekarang dengan perubahan dari segi bahan-bahan mengikut tempat atau negeri.
            Apabila kita menyebut tentang bata, ia selalunya brmaksud kepada penggunaan bata dari tanah liat. Selain itu, terdapat juga batu bata yang dihasilkan darim pasir beserta campuran simen dan ada juga dengan campuran batu baur.

1.0          MENGENALI BATA YANG BAIK

Setiap bata yang dihasilkan mempunyai mutu yang baik apabila ia memenuhi ciri-ciri seperti di bawah :-

a)      bunyi yang nyaring apabila diketuk dengan sudip bata atau keluli
b)      mempunyai ukuran yang tepat seperti yang dikehendali
c)      ia juga akan menampakkan warna yang sekata
d)     mempunyai juring atau bahagian segi yang sama
e)      dapat menebat bunyi dengan baik apabila digunakan
f)       tahan api jika dibuat pembakaran yang betul
g)      dapat menahan bebanan yang dikenakan ke atasnya
h)      berupaya memegang sambungan mortar
i)        mempunyai  berat lebih kurang 4 kg bagi bata muka.


2.0       ISTILAH DALAM KERJA-KERJA BATA

Bata- bata yang dihasilkan untuk kegunaan di tapak pembinaan mempunyai istilah-istilah yang tersendiri seperti sisi bata, kepala bata, lopak, sambungan tegak dan sambungan memanjang.

3.0       PERALATAN KERJA BATA

Dalam kerja mengikat atau menerap bata, penggunaan peralatan yang betul adalah penting untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja yang akan dilaksanakan. Alat-alat di bawah adalah merupakan peralatan asas. Tanpa peralatan ini, sudah pasti pekerjaan tidak akan sempurna dan dengan sendirinya akan melbatkan masa yang banyak terbuang. Antara peralatannya ialah :-

3.1  Alat aras spirit

Dalam kerja bata, penggunaan alat aras merupakan perkara yang penting untuk memastikan kedudukan bata yang diterap dalam keadaan yang etul dan rata serta dapat digunakan sebagai alat bagi mendapatkan ketegakan dan juga kelurusan dinding.

3.2  Sesiku bangunan

Diperbuat daripada keluli dan digunakan untuk mendapatkan segi sesuatu tembok bata dalam bentuk bersudut tepat.

3.3  Sudip bata

Alat ini menjadi alat utama dalam kerja menerap bata dan juga dalam kerja-kerja bata yang lain. Ia juga boleh digunakan untuk memotong bata secara kasar dan menerap bata.


3.4  Penukul dan bantalan

Alat ini digunakan untuk memotong bata dan memecahkan dinding bata secara manual.

3.5  Paku dan benang
Digunakan untuk mendapatkan kelurusan tembok bata yang akan diikat atau diterap. Ia mengelakkan tukang batu bata dari mengikat bata-bata dalam keadaan bengkok. Selain itu, penggunaannya dapat mempercepatkan proses kerja.


4.0              BEKERJA DENGAN BATA

Apabila bekerja dengan bata, seseorang itu mestilah mematuhi beberapa perkara pokok seperti di bawah :

a)      bata yang diikat atau diterap mestilah tidak berlaku sambungan terus-menerus
b)      letak mortar menggunakan sebelah tangan sahaja
c)      pegang bata menggunakan tangan yang sebelah lagi
d)     pilih permukaan pada bata yang baik
e)      ikat atau terap bata dengan betul mengikut jenis ikatan
f)       menggunakan peralatan yang betul

4.1              Penggunaan  mortar

Bata- bata yang akan digunakan tidak akan kukuh sekiranya tidak menggunakan mortar semasa kerja menerap dilakukan. Mortar merupakan bahan yang dihasilkan dari campuran pasir dan simen serta kehadiran air yang secukupnya. Mortar menyebabkan bahan dapat diikat dengan kuat dan kemas mengikut nisbah bancuhan mortarnya.

4.1              Meletakkan mortar

Untuk menerap sebiji bata, anda mestilah meletakkab mortar dibahagian permukaan lantai atau pada permukaan lapisan pertama bata mengikut teknik yang betul seperti dalam rajah-rajah yang ditunjukkan di bawah .
 
5.0 IKATAN SISI BATA (STRETCHER BOND)
5.1       Pengenalan
a)                  Ikatan sisi bata mengandungi semuanya sisi bata kecuali bata kerat setengah pada hujung terhenti atau buntu.
b)                  Ia digunakan khas bagi tembok ½ bata atau 112.5 mm dan lekapnya ½ bata.
c)                  Tembok yang diikat dengan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban yang lebih.
d)                 Kebiasaanya ikatan sisi bata digunakan bagi tembok sekat, tembok tandas, tembok dalam struktur berangka.
 
6.0     GERBANG

6.1       Pengenalan

Gerbang merupakan satu bentuk bukaan yang asli bagi bangunan. Pembinaan gerbang telah lama menjadi sati rekabentuk yang terdiri dalam sejarah senibina terutamanya di negeri-negeri eropah. Pada dasarnya, gerbnag dibuat dengan mengikatkan butir-butir bata atau batu di atas sesuatu bukaan (tingkap atau pintu) supaya pembinaan di atasnya dapat dilanjutkan dan bebannya ditanggung oleh gerbang. Butir-butir bata yang terikat ini berupaya merentangi bukaan melalui tekanan dengan satu lapis ( ½ bata tebal) ataupun beberapa lapis. Lapisan gerbang dinamankan gelang. Tebalnya tiap-tipa gelang ialah ½ bata. Gerbang kerap dibina pada pintu dan tingkap, kadangkala ia juga didapati pada jambatan dan kerja-kerja kejuruteraan awam yang lain.
Gerbang boleh dibina dengan menggunakan bata biasa, dinamakan gerbnag kasar ataupun menggunakan bata yang khas dibuat/ dipotong, dinamakan gerbnag tolok. Gerbnag kasar mempunyai sambungan berbentuk segitiga dan tebal berbanding dengan sambungan nipis dan selari yang terdapat pada gerbang tolok. ( Rajah 15.1 ).
 
6.2       Jenis – Jenis Gerbang

Gerbang ialah rekabentuk yang khusus dalam seni bina dan kegunaannya hendaklah memberi pemandangan yang seimbang dengan keadaan sekitarnya. Jenis-jenis gerbang adalah mengikut bentuk geometrinya. Gerbang-gerbang yang lazim didapati dalam pembinaan tempatan ialah gerbnag separuh bulat. Didapati juga gerbang-gerbang lain seperti gerbang tembereng, rata, Gothe, Tudor, separuh elips dan sebagainya. Pembinaan gerbang-gerbang ini boleh dilakukan secara kasar ataupun tolok.

a)                  Gerbang separuh bulat
b)                  Gerbang rata
c)                  Gerbang tembereng
d)                 Gerbang Gothe
e)                  Gerbang separuh elips.
f)                   Gerbang ladam kuda
g)                  Gerbang Florentine
h)                  Gerbang bulat

6.3       Pembinaan Gerbang Bata
Pembinaan gerbang memerlukan cara yang tersendiri. Cara pembinaannya adalah berbeza-beza mengikut bentuk, jarak rentang, tebalnya dan beban yang akan ditanggung. Semua gerbang memerlukan pemusat untuk memberi sokongan sementara dalam pembinaannya.

Pemusat
Pemusat biasanya di perbuat daripada kayu atau papan lapis. Ia digunakan khas untuk menyokong butir-butir bata dalam proses membina gerbang. Bentuk dan saiznya adalah dibuat mengikut rekabentuk gerbang yang akan dibina. Rusuk pemusat dibuat dengan papan dan permukaannya dibuat dengan beroti secara jarang ataupun rapat. Beroti ini digantikan dengan papan lapis kerana lebih menjimatkan masa membuatnya. Pemusat mestilah dibuat dengan kukuh dan dialas dengan baji semasa didirikan pada tempat bukaan tempat gerbang akan dibina. Pemusat disokong oleh tiang kayu ataupun susunan bata secara sementara dab dikukuhkan dengan rembat atau topang. Alas baji hendaklah dibuat untuk mendatarkan kedudukan pemusat. Rajah 15.10 menunjukkan contoh-contoh pemusat yang digunakan untuk membina gerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...