BILANGAN
gedung membeli-belah pakaian telah bertambah dengan pesatnya dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Kini, terdapat banyak kompleks membeli-belah,
kesemuanya menyediakan gedung-gedung pakaian.
1)
Rancang
lebih awal
Sekiranya anda mahu
menggunakan kesempatan dari jualan murah yang ditawar gedung-gedung pakaian,
rancanglah perjalanan anda sebelum keluar. Perancangan yang teliti boleh
menjimatkan masa anda, mengurangkan keletihan, dan menjimatkan wang anda.
a)
Buatkan
senarai
Periksa wadrob anda dan juga wadrob
ahli keluarga anda. Sediakan dua senarai pakaian- satu untuk pakaian sedia ada
dan satu lagi untuk pakaian yang perlu atau mahu dibeli, dengan memberi
keutamaan kepada pakaian-pakaian paling penting bagi wadrob keluarga anda.
Catatkan juga pada senarai anda dengan keterangan mengenai jenis-jenis pakaian
– kemeja, blaus, jaket, seluar, kasut dan lain-lain, bersekali dengan pemilihan
warna dan fabrik yang diperlukan.
b)
Bajet
perbelanjaan anda
Sebelum membeli-belah, tentukan jumlah
amaun yang boleh belanjakan, termasuk amaun diperuntukan bagi setiapa pakaian.
Misalnya, anda tidak mahu membelanjakan sebahagian besar bajet anda hanya untuk
membeli pakaian yang akan dipakai sekali sahaja. Laburkanlah ringgit anda yang
telah diperuntukkan ini dalam membeli pakaian-pakaian simple dan klasik yang
boleh dipakai sepanjang zaman. Bawalah kalkulator untuk membantu mengawal
perbelanjaan anda agar tidak lari dari bajet dan juga untuk mengira harga
jualan murah serta harga diskaun.
2)
Buat
persediaan
a)
Bawa
contoh
Sekiranya anda merancang membeli
pakaian untuk dipadankan dengan pakaian yang sedia ada, pastikan anda membawa
pakaian itu bersama; ataupun bawalah tali pinggang, ves, atau sedikit benang
yang diambil dari bahagian yang tersembunyi dari pakaian berkenaan. Secebis sampel
atau contoh fabrik boleh diambil dari bahagian lapik, basi jahit atau kelepet
yang perlu disingkatkan. Lekatkan sampel atau contoh pada senarai anda
menggunakan pita bergam. Masukkan sampel dan senarai ke dalam bag plastik kecil
berasingan, sebelum meletakkannya ke dalam dompet anda agar mudah ditemui
apabila anda memerlukannya.
b)
Ketahui
saiz yang diperlukan
Sekiranya anda membeli pakaian untuk
ahli keluarga anda, dan kebanyakan dari kita selalu melakukannya, catatkan
senarai saiz mereka termasuk pelbagai ukuran (misalnya keliling dada, keliling
pinggang, keliling punggung, kelim sebelah dalam seluar, labuh lengan).
Kemaskini ukuran dari semasa ke semasa, terutama sekali bagi kanak-kanak. Bawa
pita ukur bersama-sama senarai belia anda untuk menyemak ukuran bila perlu.
Saiz tidak selalunya tetap dan sama antara satu label jenama dengan satu label
jenama yang lain. Carta saiz yang disarankan disertakan di penghujung kenyataan
ini.
c)
Pakaian
untuk membeli-belah
Pastikan anda memakai pakaian dalam
yang sama dengan yang anda akan pakai bersama pakaian yang anda rancang untuk
membeli. Pakaian dalam mempengaruhi hasil kepadanan keseluruhan sesuatu
pakaian. Pakaian yang mudah ditanggal dan disarung membantu memudahkan
kerja-kerja kita apabila membeli-belah pakaian. Elakkan pakaian one-piece yang memerlukan anda menanggal
atau menyarungnya melalui kepala. Memakai separates
membuatkan pertukaran pakaian lebih mudah.
Pilih dengan teliti sebarang barang
kemas yang akan anda pakai semasa membeli-belah. Saranan yang baik untuk
mengelakkan barang kemas anda daripada hilang atau rosak, ialah dengan
meninggalkannya di rumah. Beg tangan jenis bertali seperti beg sandang atau sling beg membiarkan kedua-dua tangan
anda bebas untuk membelek-belek pakaian dan sebagainya. Tapi awas; jaga-jaga
agar tidak diragut pencopet. Keluarkan barang-barang yang tidak perlu dari beg
tangan anda, untuk meringankan beban. Kasut yang selesa dipakai sangatlah
mustahak. Sekiranya kasut khas akan digunakan dengan pakaian yang hendak
dibeli, bawalah bersama kasut ini untuk menilai kesesuaiannya dengan pakaian
yang akan dibeli.
d)
Sebelum
pergi, ketahuilah :
Waktu urus niaga
Jenis pakaian dijual
Adakah gedung berkenaan menerima cek
peribadi, kad kredit, atau wang tunai sahaja?
Lokasi dan arah
Kemudahan bilik mencuba pakaian
e)
Beri
lebih masa
Gedung-gedung popular selalunya penuh
sesak dengan orang; oleh itu berikanlah lebih sedikit masa untuk beratur di
kaunter juruwang bagi membuat bayaran. Sekiranya anda bergopoh-gapah semasa
membeli-belah, anda mungkin terlepas pandang pada tawaran-tawaran terbaik
ataupun kecacatan atau kerosakan pada pakaian.
f)
Apabila
anda tiba
Cadangan yang baik ialah supaya anda
terlebih dahulu berjalan sekali lalu dalam gedung berkenaan untuk mengetahui
susun-atur kedai dan melihat bagaimana pakaian-pakaian disusun. Kebanyakan
kedai menyusun pakaian mengikut jenis dan saiz; tetapi ada juga yang menyusun
mengikut stail dan fesyen. Anda tidak perlu melihat di bahagian seluar kasual
sekiranya anda mahu membeli seluar formal. Carilah penanda bagi tawaran-tawaran
istimewa. Anda mungkin beruntung jika anda pergi pada awal musim jualan murah.
g)
Polisi
gedung
Ketahuilah mengenai polisi gedung
berkenaan. Kebanyakan gedung ada menampal peraturan-peraturan dan syarat-syarat
berkaitan dengan pertukaran barangan atau pembelian secara kredit pada dinding
bilik mencuba pakaian ataupun di pintu keluar. Sekiranya peraturan bagi
makluman kepada pembeli ini tidak didapati, tanyalah kepada juruwang atau
kakitangan jualan. Ada
gedung yang tidak membenarkan pemulangan atau pertukaran barangan.
Sebahagian gedung-gedung membenarkan
pertukaran barangan tetapi tidak mengembalikan wang anda. Ada juga yang membenarkan pertukaran
barangan, tetapi dalam jangka masa yang terhad selepas pembelian. (Amalkan
menyimpan semua resit pembelian, sama ada gedung itu membenarkan atau tidak
pertukaran atau pemulangan barangan. Beberapa masalah boleh ditangani dengan
lebih mudah sekiranya ada resit pembelian).
h)
Bilik
mencuba pakaian
Sekiranya tidak terdapat apa-apa
peraturan ditampal di dalam bilik mencuba pakaian, tanyalah pada kakitangan
jualan berapakah pakaian yang anda boleh bawa masuk ke dalam bilik mencuba
pakaian pada satu masa. Ini boleh membantu anda merancang masa membeli-belah
anda. Sekiranya ada had bilangan pakaian, anda perlu memilih pakaian-pakaian
yang teratas di senarai anda. Cubalah pakaian-pakaian ini. Jika terdapat banyak
pakaian yang perlu dipertimbangkan, jangan pulangkannya dahulu dan buat
keputusan kemudian nanti. Sekiranya tiada had mengenai bilangan pakaian, anda
mungkin boleh mencuba kesemuanya untuk menjimatkan masa yang dihabiskan
berulang-alik dari rak atau pengantung pakaian ke bilik mencuba pakaian.
i)
Kepadanan
pakaian
Hati-hati dengan kepadanan sesuatu
pakaian. Tidak kira serendah mana harga ditawar, ianya bukanlah merupakan satu
tawaran yang hebat sekiranya ia tidak padan. Pastikan anda selesa memakainya
dan anda boleh duduk, berdiri, membongkok, bergerak, dan mengangkat tangan
dengan mudah. Cubalah lihat diri anda dari semua sudut. Adakah gantungan
pakaian itu baik? Bagaimanakah penampilan keseluruhan? Sekiranya tanggapan mula
anda mengatakan bahawa ia tidak berkualiti, begitulah juga tanggapan orang lain
nanti.
Carilah kriteria-kriteria berikut
untuk membantu menentukan kepadanan yang baik :
i.
Kolar atau keruk leher
Rata pada badan; tidak terlalu ketat
menyebabkan ketidakselesaan, tidak terlalu longgar menyebabkan ruang antara
kolar dan leher.
Tiada kedutan atau tanda atau kesan
regang
ii.
Bahu
Kelim tidak kelihatan dari sebelah
hadapan atau belakang
Lubang lengan tidak terlalu sendat
Kelim lubang lengan di hujung bahu;
tidak jatuh atau tidak ke dalam (cut in)
Lengan tergantung lurus, tidak
berkelok-kelok dan tidak berpintal
Labuh lengan bagus (menutup tulang
pergelangan tangan apabila tangan dibengkok)
iii.
Dada
Tiada kedutan
Butang tidak menarik atau atau belah
merekah
Kelonggaran mencukupi untuk
keselesaan, tetapi jangan terlalu banyak memyebabkan terlalu longgar
Lisu pemadan dada betul-betul terletak
di kedudukan dan hujungnya kira-kira 1.2 sm ( ½ inci ) dari mercu dada
iv.
Pinggang
Terletak dengan baik
Ben tidak terlalu ketat, atau terlalu
longgar
Tiada kedutan atau tegangan
v.
Punggung
Pakaian terletak dengan elok di
bahagian punggung; tiada bonjol-bonjol, kedutan atau tegangan
Cukup ruang untuk duduk dengan selesa
Kelim sisi menegak lurus dengan
lantai; tidak menyerong ke hadapan atau ke belakang
vi.
Kelepet
Selari dengan lantai
Labuh yang baik dan sesuai untuk stail
pakaian dan bentuk badan anda
Setelah anda menyemak kesemua perkara
di senarai, anda sudah bersedia untuk menilai kualiti pakaian yang anda telah
pilih.
3)
Mengesan
kecacatan
Apabila membeli pakaian di
gedung, hati-hati dengan kerosakan atau kecacatan. Periksa dengan teliti setiap
bahagian. Berikut ialah beberapa perkara untuk dipertimbangkan :
Adakah kesemua bahagian sama saiz; (sebelah
lengan lebih kecil dari sebelah yang lagi satu, atau kedua-dua lengan terlalu
kecil untuk pakaian?)
Adakah bucu-bucu kolar dan lapel sama
lebar dan atau sama panjang?
Adakah saiz lapis dalam pakaian
tersebut menepati? (adakah ia terkeluar dan boleh kelihatan di sebelah bawah
jaket atau lengan?)
Adakah kedutan boleh digosok atau
ditekan
Adakah pakaian untuk sebelah atas
(blaus, jaket) dan bawah (seluar atau slek, skirt atau kain) sama saiz?
Adakah semua bahagian sama warna?
Adakah saiz tali leher atau tali
pinggang betul dan dari warna yang padan dengan pakaian?
Adakah corak fabrik mengikut arah atau
hala yang betul?
Adakah terdapat lubang, benang yang
tercabut, kecacatan atau kesilapan memotong pada fabrik? Pegang pakaian hala ke
cahaya.
Adakah semua bahagian ditekan atau
digosok dengan betul semasa membuatnya?
4)
Beli
dan baiki
Antara cara yang boleh
menjimatkan wang apabila membeli-belah pakaian boleh didapati di gedung-gedung
pakaian yang menjual pakaian yang rosak atau cacat sedikit. Sekiranya anda
boleh membaikinya sendiri, anda akan dapat mengurangkan kos yang tinggi.
Sekiranya kualiti fabrik baik, pakaian itu padan dengan baik, dan anda
mempunyai kemahiran, anda boleh :
Ganti butang-butang
Tambah dengan tali pinggang berfesyen
Buat semula kelepet
Betulkan labuh pakaian
Tambah trimin atau hiasan yang menarik
Tambah atau tanggalkan ped bahu
Besarkan lubang lengan yang terlalu
ketat
Tiruskan kelim sisi
Jahit semula sebahagian dari
kelim-kelim
Kemas tepi-tepi kelim atau basi jahit
Gunakan hias tampal, reben, atau kocek
untuk menutup kecacatan kecil di pakaian
Setelah anda mengenal pasti kecacatan
atau kerosakan di pakaian, anda hendaklah menentukan sama ada anda boleh
membuat kerja-kerja pembetulan atau pembaikan. Anda juga harus mengambil kira
masa yang diperlukan untuk membaiki pakaian itu.
a)
Adakah
harga bertepatan?
Setelah anda membuat pilihan, anda
hendaklah membuat keputusan pakaian mana yang akan dibeli.
Pertimbangkan kos setiap pemakaian.
Adakah ia satu pakaian yang akan dipakai selalu, atau kemungkinan sekali dalam
seminggu? Ataupun, adakah ia akan dipakai hanya dua kali dalam setahun? Adakah
ia boleh dipadankan dengan sekurang-kurangnya dua atau tiga helai pakaian yang
anda sedia ada? Adakah anda benar-benar memerlukannya adakah anda sukakannya,
atau anda tertarik dengan harganya? Jangan terperangkap dengan “ saya tidak
akan tersilap dengan harga ini”. Anda boleh membuat kesilapan sekiranya anda
tidak akan berasa seronok memakainya nanti.
Sekiranya pakaian itu untuk orang
lain, tanyalah soalan-soalan ini : bolehkah ia ditukar atau dikembalikan?
Apakah kesulitan yang berbangkit untuk menukar dan atau memulangkannya? Adakah
dia akan padan? Adakah orang itu benar-benar menyukainya? Adakah pakaian itu
selesa apabila dipakainya? Adakah apa-apa lagi yang diperlukannya? Adakah pakaian
itu mudah dijaga? Adakah pakaian itu boleh dipadankan dengan lain-lain
pakaiannya?
Beli hanya pakaian yang anda sudah
pasti. Sekiranya berasa musykil, jangan beli.
Click ads for your tq or like.