ABSTRAK
Lif merupakan pengangkutan menegak yang
digunakan di dalam bangunan tinggi untuk mengangkut manusia dari satu tingkat
ke tingkat yang lain. Lif terdiri daripada beberapa jenis mengikut fungsi
penggunaan seperti lif penumpang, lif barang dan lif untuk orang cacat.
Terdapat dua jenis pengoperasian lif iaitu menggunakan prinsip hidraulik (lif
hidraulik) dan menggunakan tarikan motor dan pemberat (lif elektrik). Lif
mempunyai beberapa sistem kawalan dan komponen yang perlu disenggarakan dan pembaikan
untuk mengelakkan kerosakan. Masalah kerosakan lif sering berlaku terutamanya
di rumah pangsa awam. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sistem
pengurusan penyenggaraan dan mengenalpasti masalah pengurusan penyenggaraan
yang menjadi punca kerosakan. Skop kajian ini ialah lif yang terdapat di Rumah Pangsa
Awam Larkin di Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini melibatkan dua kumpulan
responden iaitu penghuni rumah pangsa Larkin dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen, manakala pihak yang menguruskan kerja penyenggaraan
(Jabatan Perumahan Negeri dan Bahagian Mekanikal Jabatan Kerja Raya),
menggunakan kaedah temubual berstruktur. Hasil kajian mendapati sistem
pengurusan yang paling berkesan ialah sistem kontrak kerana dapat menggunakan
pekerja yang mempunyai kepakaran (specialist
work) berkenaan lif. Masalah pengurusan penyenggaraan lif ialah kekerapan
berlaku kerosakan seolah-olah tiada kerja penyenggaraan. Hasil kajian mendapati
punca utama kekerapan kerosakan ialah vandalisme di kalangan penghuni dan
bukannya berpunca daripada tiada kerja penyenggaraan.
Click ads for your tq or like.