PENDAHULUAN
1.1.
Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat
perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang
amat baik. Disamping dagingnya sebagai
sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kurang dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya
berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal
dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.
1.2.
Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara
terkawal pada tahun 1989 . Sebagai
permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan umur 6 bulan telah diimpot dari Kepulauan Mauritius. Disamping rusa
jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan
jenis Axis-axis.
1.3.
Kawasan
seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini. Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah
Seberang Perai Utara. Ladang ini ditanam
dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan
Leucaena leucocephala (petai belalang).
1.4.
Setelah
beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah
menggalakkan. Kini jumlah rusa jenis
Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih
kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang 50 ekor.
1.5.
Jabatan
Veterinar Negeri Pulau Pinang akan
membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan
Bumiputra di Pulau Pinang.
2. TUJUAN PEMELIHARAAN:
2.1
Sebagai
rekreasi dan kegemaran
2.2 Sebagai tindakan mencegah
kepupusan
2.3 Untuk Kajian bagi
mengenalpasti potensi
2.4 Sebagai sumber pendapatan
dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
2.5 Sebagai makanan enak
2.6 Sebagai Perhiasan
3. INFRASTRUKTUR LADANG
3.1 Alam
persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya
dengan Sistem Pemeliharaan Moden.
3.1.1
Tabiat
Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam
suasana persekitaran semulajadi. Rimba
yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun
dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah
perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.
Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan
manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan
ditempat-tempat yang tertentu
Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang
berada ditengah padok. Oleh yang
demikian di dapati rumput ditepi-tepi
pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di
pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi
tempat laluan ternakan ini.
Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah
disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan
perlulah ditanam. Walaubagaimanapun
perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini
hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka
menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.
Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang
dan berendam perlu dibina didalam padok
Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying
capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang
baik
3.2 Mempunyai kemudahan kawalan
dan penyelenggaraan
3.2.1 Pagar
Sekeliling
Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling
dengan menggunakan kawat jaring setinggi
2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar
ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .
3.2.2
Kawasan
ragutan dan makanan
Makanan yang
cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Untuk itu pedok-pedok hendaklah
mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa. Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah
diberi. Diladang Rusa, Pokok Sena diberi
dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa.
3.2.3
Pedok Kawalan
Keseluruhan
kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan
ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi
memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa. Pedok ini adalah merupakan pusat untuk
mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua
pedok ragutan dan juga rumah gelap
3.2.4
Rumah Gelap
i) Sebuah rumah gelap
perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
ii)
Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang
tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
iii)
Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar
360 digri bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi
rawatan atau dipindahkan.
iv)
Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan
cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat
rawatan.
v)
Lantai
tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
vi)
Mempunyai
pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap
3.2.5
Bangsal
Untuk Meletak Makanan
Setiap pedok perlu disediakan bangsal yang
berbumbung bagi meletak bekas makanan tambahan
dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh. Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan
takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.
3.2.6
Kolam
Mandi
Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang
terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih
disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik. Diladang ini dibina parit yang berkonkrit
bagi tujuan tersebut.
3.3 Mempunyai unsur-unsur keselamatan yang
cukup dan sempurna
3.3.1 Unsur-unsur Keselamatan
Ladang rusa yang dibina mesti mengandungi
unsur-unsur keselamatan terutama dari binatang buas atau liar. Pagar-pagar hendaklah sentiasa diperiksa
supaya tidak pecah atau reput dan hendaklah diperbaiki dari masa kesemasa. Pagar jaring besi setinggi 9 kaki serta mempunyai tiga lapis dawai duri
disebelah atas dan dibawah jaring mempunyai konkrit adalah sesuai.
3.4 Kawasan Rumput
3.4.1 Pastura
Keseluruhan kawasan ditanam dengan rumput
Brachiaria decumbens dan disebahagian tempat terdapat sedikit rumput molasses
3.4.2
Tanaman
Pokok Untuk Berteduh
Pokok-pokok Leucaena (petai belalang) ditanam
dibeberapa tempat ditengah-tengah pedok dan disekitar pagar keliling. Ini penting untuk tempat berteduh dan juga
untuk bahan makanan.
4. PEMELIHARAAN
4.1 Kawalan dan jagaan
Pemeliharaan dijalankan secara separa bebas,
dimana semua rusa-rusa dibiar
bebas meragut dalam satu-satu pedok selama 6 – 7
hari sahaja. Di minggu
seterusnya rusa akan dilepaskan dalam pedok
lain. Ini akan memberi masa untuk
rumput-rumput
ini tumbuh semula.
Setiap pagi rusa akan
berkumpul dalam kandang berhampiran kolam buatan.
Disini, rusa-rusa dikira dan
diperhatikan jika ada sebarang masalah.
4.2 Memberi Makan
Jam 8.00 pagi, takungan
makanan dibersihkan dan diisi makanan tambahan
(concentrate) sebanyak 1.5kg
seekor. Rusa tidak begitu memilih akan
jenis
makanan (concentrate),
asalkan bersih.
Pada waktu petang pula rusa
diberikan daun petai, daun kelapa sawit dan lain-lain
pucuk kayu yang mudah
diperolehi dari sekitar ladang.
Kira-kira 8-10kg daun-
daun diberikan untuk setiap
seekor sehari.
4.3 Pembersihan Kolam
Air kolam ditukar pada setiap
tiga hari sekali. Ini bagi menjamin
kebersihannya.
4.4 Jagaan Khas
Semasa rusa-rusa dikira setiap hari, keadaan
mereka diperhatikan. Perubahan yang berlaku mudah dilihat. Jika ada rusa-rusa yang sakit kesemuanya akan
dihalau kedalam rumah gelap untuk diasingkan dan dirawat.
Segala rawatan akan dilakukan dalam rumah gelap
pada waktu pagi. Ini disebabkan
rusa-rusa didapati lebih jinak diwaktu sejuk dan ditempat gelap. Termasuklah
untuk ujian kebuntingan dan urusan mengambil darah.
5. KESIHATAN DAN PENYAKIT
5.1 Kawalan
Penyakit
Kesihatan rusa hendaklah dijaga dengan rapi, walaupun pengalaman telah menunjukan
bahawa rusa dalam kawasan ladang tidak selalu berlaku masalah. Ladang ternakan rusa hendaklah dijauhkan dari pencemaran penyakit-penyakit
yang berjangkit. Penyakit-penyakit
seperti tersebut dibawah boleh mengancam kumpulan rusa dalam pemeliharaan.
Parasitic - Ectoperasite
(kutu, tick dan lice)
- Internal Parasite
- Longworm
Bacterial - Salmonelosis,
tuberculosis ceptospirosis,
Brucellosis, H.S pasteurellosis,
Pneumonia,
Johnnes Disease,
Meliodiosis
Viral - Malignant Catarrhal Fever
-
Foot and mounth Disease
- Bovire Viral Disease
Proto Zoal - Babesiosis,
toxoplasmosis, Anaplasmosis
5.2 Antara Penyakit/Masalah Yang Biasa
Dihadapi
5.2.1 Kutu
Rusa terlalu mudah dihinggapi kutu
terutama dimusim hujan. Semburan ubat
kutu (seperti Asuntol) dilakukan tiap tiga minggu
5.2.2
Luka-luka
Akibat gigitan kutu, rempuhan
pagar dan sebagainya rusa mudah mendapat luka-luka. Rawatan dengan Gusanex
spray atau Negusunt powder didapati memadai.
5.2.3
Sakit Mata
Biasanya dikalangan anak-anak rusam dimana mata tercucuk rumput dan
menyebabkan mata luka dan berair. Rawatan awal dengan Chloramphenicol memberi
kesan yang baik.
5.2.4
Bisul-bisul
Sering tumbuh dibahagian kaki, celah kuku atau dipangkal paha. Dengan memerhati cara rusa-rusa berjalan,
kecederaan ini dapat dikesan dan dirawat.
5.2.5
Cacing
Telur cacing dikesan melalui ujian
najis. Rawatan ubat cacing seperti
synantic tiga bulan sekali adalah memadai.
Kawalan penyakit perlu dilakukan
dari masa kesemasa. Contoh najis perlu
diambil untuk analisa cacing dan dihantar ke Makmal untuk mendapatkan keputusan
Contoh tanah dan air minuman serta air tempat berkubang perlu dihantar
untuk dianalisa bagi memastikan tiada apa-apa pencemaran
Sebarang peralatan seperti sisa dawai duri, plastik, kaca kaca botol yang
pecah, gelas, zink, paku, besi dan seumpamanya hendaklah dikeluarkan dari
ladang kerana ia boleh mencederakan ternakan dan memastikan semuanya selamat.
5
PEMBIAKAN
6.1
Musim Mengawan
Perhatian yang serius perlu diberi pada musim mengawan oleh kerana pada
musim inilah berlaku pergaduhan diantara jantan dan betina. Oleh yang demikian perlu dibuat perasingan
rusa baka dan jantan-jantan yang lain.
Musim mengawan adalah diantara bulan Januari hingga March. Jarak masa bunting (gestation period) ialah
diantara 150hari hingga 10 bulan mengikut jenis rusa. Tanduk rusa (Antler) akan matang sebelum dan
pada musim mengawan dan tanduk ini digunakan sebagai alat untuk mempertahankan
diri. Tanduk rusa ini akan jatuh selepas
musim mengawan (rutting season) dan tanduk baru (velvet) akan mula tumbuh.
6.2.
Kebuntingan
Diantara cara-cara melihat
kebuntingan yang mudah
i. Rectal Palpation
ii. Kenaikan berat badan
7. TANDUK (ANTLER DAN VELVET)
Tanduk velvet sangat berharga dan
dijual dikedai-kedai ubat tradisi cina. Tanduk velvet
ini ialah tanduk yang muda dan mempunyai baldu diatasnya. Kos velvet yang bermutu dianggarkan dari
RM3.00 hingga RM4.00 satu gram. Bagi
tanduk rusa sika setiap potongan tanduk boleh menghasilkan diantara RM1500.00
hingga RM2000.00.
7.1
Kaedah
Memotong Antler
7.1.1 Ubat pelali – anesthetic agen
7.1.2 Tutup Mata
7.1.3 Local Anesthetic
7.1.4 Tourniquet pada antler stump
7.1.5 Memotong (amputation) dengan gergaji atau
bolt cutter
7.2
Kualiti Antler
Antler digredkan kepada A,B,C dan
D. Antler yang bergred tinggi mestilah
i. Berbentuk
yang cantik
ii. Tidak
terlalu panjang
iii.
Belum mengeras
(calcified)
iv.
Tidak cacat semasa pemotongan
v.
Rongga udara yang halus dan sekata (fine pore texture
and even)
vi.
Berwarna merah jambu
7.3
Kegunaan Antler
Popular sebagai bahan ubatan
dinegara-negara Asia dan Timur Tengah terutamanya di Jepun, Cina, Korea
dan Arab.
7.4
Penemuan Kegunaan Velvet yang telah dibuktikan Secara
Saintifik
Dinamakan Pantin atau Rantarin
i. Menggalakan spermatogenesis dan pengeluaran
testosterone
ii.
Pengeluaran
sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin
iii.
Menambah
kekuatan dan kecerdasan
iv.
Pertumbuhan
berat badan (pig & chicken)
7.5
Pasaran
Antler dan Velvet
Pengeluaran antler suatu perniagaan yang baik
kerana ia dapat di pungut setiap tahun daripada rusa yang sama. Seekor rusa dapat menghasilkan tanduk seberat
10 lb setahun (rekod): Harga jualan
adalah RM100.00 satu paun di New Zealand.
Korea mengimpot 80% daripada velvet rusa New Zealand,
kira-kira 4 tan setahun dan dalam tahun 1980, ia mengimpot 20 tan.
Di Kuala Lumpur,
antler di jual runcit dengan harga RM 3.00 – RM4.00 satu gram. Di Malaysia tanduk rusa digunakan sebagai
barangan perhiasan sahaja dimasa ini.
Hanya sedikit penggunaan dalam perubatan.
8. PENGGUNAAN BARANGAN KELUARAN RUSA
LAIN:-
8.1
Kulit
Kulit rusa
digunakan sebagai barangan perhiasan dan pembuatan barangan kulit yang tinggi
mutunya seperti beg, kasut baju dan lain-lain
8.2
Ekor
Barangan perubatan di Hongkong RM50.00 – RM150.00
satu unit
8.3
Ligamen
dan Tendon
Bahan perubatan di Thailan dan Malaysia
8.4
Gigi
(incisor)
Export ke German untuk barangan perhiasan yang
dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
8.5
Tulang,
Penis, Embryo, Testes
Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai
ubat-ubatan