1.0 Pengenalan
Sistem pengurusan
sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai satu cara pentadbiran pengurusan yang
bijaksana serta berkesan dalam mengawal sisa bahan pepejal yang akan dibuang
dan dilupuskan. Sisa pepejal adalah merupakan segala sisa yang dijanakan
daripada aktiviti manusia dan juga haiwan dalam bentuk yang dibuang dan tidak
diperlukan lagi. Di antara sisa pepejal dan separa pepejal yang biasa didapati
sebagai bahan buangan adalah seperti plastik, kaca, logam, kertas, kayu,
sisa-sisa makanan, sisa toksid dan sebagainya.
Sisa-sisa
pepejal dan separa pepejal ini perlu diurus dengan baik supaya tidak mengganggu
kesejahteraan manusia. Antara sistem yang diguna pakai adalah sistem pemungutan
dan sistem penyimpanan. Terdapat beberapa jenis sistem pemungutan yang biasa
dilaksanakan iaitu sistem bekas pegun dan sistem bekas diangkut. Bagi sistem
penyimpanan, terdapat beberapa kaedah yang digunakan seperti individual container, communal container dan on site collection.
Bagi
penduduk yang tinggal dikawasan rumah pangsa, sistem yang digunakan adalah
sistem pemungutan bekas pegun. Kaedah yang sering digunakan adalah seperti
kaedah angkut keluar seperti yang diamalkan di Australia dan kaedah pelongsoran
yang sering diamalkan di negara matahari terbit, Jepun. Kajian yang dilakukan
ini akan menyingkap keberkesanan kaedah pelongsoran yang diamalkan di rumah
pangsa di Taman Kenanga, Tampoi.
2.0
Latar
Belakang Kajian
Menurut Tan Sri Razali Ismail iaitu Pengerusi CyEn
Resources Sdn. Bhd, di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Disember 2005,
Malaysia perlu mengurangkan bahan buangan purata 1.5 kilogram setiap orang dan
menyokong peningkatan infrastruktur untuk mengendalikan bahan buangan selaras
dengan pertambahan penduduk.
Menurut beliau lagi,
Malaysia kini berada dalam situasi di mana penduduk menghasilkan lebih banyak
bahan buangan pepejal berbanding keluasan tanah bagi menampung bahan buangan
ini yang semakin berkurang.
Secara amnya kawasan Johor
bahru Tengah yang dipilih mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi meliputi
kira-kira 500,000 penduduk (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 1997).
Di samping kajian yang luas dan dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu
kawasan Timur dan Barat iaitu mempunyai keluasan 303.48 kilometer persegi dan
adalah merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai
pegangan harta tertinngi di antara PBT lain di Malaysia sebanyak 170,099 unit
(Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, 2003).
Pertambahan penduduk yang semakin meningkat
mempengaruhi kapasiti sampah. Di dalam Rancangan Struktur MPJBT 1991-2010,
kuantiti penjanaan sisa pepepal dijangka meningkat sehingga 40,400 tan pada
tahun 2010. Di dalam laporan ini juga, ada dinyatakan tentang anggaran pembuangan
sampah sisa pepejal dan peniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan
sehari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan sehari dan dijangka tahun 2010 ianya
semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan sehari.
Perkhidmatan pengurusan sisa-sisa pepejal di Johor Bahru
Tengah masih tidak memuaskan dan belum dapat mencapai tahap kualiti yang
secukupnya walaupun ada diantaranya telah diswastakan berdasarkan aduan awam
yang diterima. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan ini masih lagi gagal
memberi pengurusan yang berkesan seperti perkhidmatan kerja dijalankan tidak
mengikut jadual, spesifikasi kerja tidak dipatuhi, aduan sisa peepjal lambat
atau tidak diambil tindakan serta terdapat kawasan perumahan yang masih tidak
diberi perkhidmatan pemungutan sampah walaupun perumahan tersebut telah
mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (C.F.O).
Bagi
mengatasi timbunan sampah sarap yang dihasilkan tatkala kita bergerak ke arah
wawasan 2020, kita mesti memperbaiki kecekapan dalam pengurusan sisa buangan
dalam melantik para professional dan pada masa yang sama mendidik masyarakat.
Inilah satu-satunya cara menghalang krisis persekitaran.
Oleh yang demikian, kajian mengenai keberkesanan
sistem pengurusan sisa pepejal di kawasan Penguasa Tempatan Johor Bahru Tengah
perlu dijalankan bagi mewujudkan alam persekitaran yang sihat dan bebas dari
unsur-unsur pencemaran di masa depan.
Secara khususnya
kawasan kajian yang terlibat dalam kajian keberkesanan pengurusan sisa pepejal
adalah merupakan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan
terletak di Tampoi, Johor Bahru. Taman k
merupakan salah satu flat daripada beberapa taman-taman flat yang lain.
Bangunan flat ini
merupakan projek percubaan pasang siap bangunan flat di Johor Bahru. Mula
didirikan flat ini sekitar penghujung 1980-an dan diduduki pada tahun 1993.
Terdiri daripada 70 unit rumah, 6 unit kedai dan sebuah dewan.
3.0 Pernyataan
Masalah
Sistem
pelongsor sampah merupakan salah satu daripada sistem pembuangan sisa pepejal
di kawasan perumahan. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu menyelia keadaan
kawasan tersebut agar berada dalam keadaan baik dan teratur seperti yang
ditetapkan dalam Akta Alam Sekeliling 1974. Pembinaan sistem pembuangan sampah
dan kawasan persekitaran hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Ini
bertujuan untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang dibuat tidak
menimbulkan bau busuk dan pemcemaran alam sekitar. Bagaimanapun lawatan ke
kawasan perumahan pangsa Blok K 5, Taman Kenanga, Tampoi mendapati
beberapa masalah telah wujud seperti bau yang kurang menyenangkan serta
pemandangan yang tidak mata memandang. Ini mengganggu penduduk setempat
terutamanya kawasan perumahan yang berhampiran.
4.0
Persoalan Kajian
Menurut Abd Majid
(2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu
fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini membolehkan penyelidik
mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian kes ini
persoalan-persoalan kajian adalah :-
- Apakah sistem pembuangan sampah yang digunakan?
- Apakah kesan daripada penggunaan sistem ini?
- Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian?
5.0
Obejktif
Kajian
Berpandukan kepada persoalan kajian
di atas, objektif kajian ini adalah :
- Mengenalpasti sistem pembuangan sampah yang digunakan.
- Mengenalpasti kesan daripada penggunaan sistem pembuangan sampah.
- Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.
6.0 Dapatan dan Perbincangan Kajian
6.1 Pengenalan
Dalam bab ini, diterangkan berkenaan dengan dapatan
kajian yang telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian, tinjauan dan temubual
keatas penduduk setempat. Perbincangan
kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mengikut objektif kajian, di
mana objektif yang pertama berkenaan sistem yang digunakan, kesan daripada
penggunaan sistem pembuangan sampah ini dan pihak yang bertanggungjawab dalam
mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.
6.2 Sistem Pembuangan
Sampah yang Digunakan.
Kadar pembungan sisa
pepejal adalah berkadar terus dengan kepadatan penduduk di sesuatu
kawasan. Pertambahan kepadatan penduduk
akan menambahkan lagi kadar pembuangan sisa pepejal. Oleh yang demikian pembuangan sisa pepejal
secara berterusan tanpa pengurusan yang cekap dan berkualiti akan menyebabkan
kerosakan kepada alam sekitar dan gangguan kepada kehidupan persekitaran. Pengurusan yang terancang, terurus, efisien,
efektif dan berteknologi tinggi di dalam sistem perlaksanaannya akan menjamin
kesejahteraan kepada kehidupan manusia dan haiwan serta alam persekitaran di
muka bumi ini.
Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, didapati sistem
pembuangan sampah yang dijalankan di kawasan kajian ini ialah sistem pelongsor
sampah. Di mana sistem ini menggunakan
peti yang didalamnya terdapat saluran pelongsor yang disambungkan dari tingkat
atas hingga tingkat bawah. Peti ini
disediakan di bahagian tangga di setiap aras bangunan.
Rajah 1 dan Rajah 2
dibawah menunjukkan peti yang dimaksudkan di atas yang berukuran 30 cm x 30
cm. Pada peti ini terdapat pintu di mana
pintu ini adalah untuk keselamatan penduduk terutama sekali bagi golongan
kanak-kanak.
full report ada di
Click ads for your tq or like.