Want to know more, please click

Followers

Pages

Tuesday, November 29, 2011

sesi photo shoot sph dis p4

1
2

3

4

5

6


7

8

9

10
shoot by ijad.
Click ads for your tq or like.

Sunday, November 27, 2011

sesi photo shoot sph dis p3

1
2

3

4

5

6

7


8

9
10

Click ads for your tq or like.

Saturday, November 26, 2011

sesi photo shoot sph dis p2

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10
shoot by ijad
Click ads for your tq or like.

Friday, November 25, 2011

sesi photo shoot sph dis p1

ceria semua

fairus cepat sikit

hati2

kan dah tergolek

cepat jatuh, cepat bangun

jomlah safwan

puas2

kuningkan baju saya

peace

smile
shoot by ijad
Click ads for your tq or like.

TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI KELAPA SAWIT


1.       Pendahuluan.
          Teknologi (bahasa Greek: τεχνολογια < τεχνη (ketukangan) + λογος (perkataan, pengiraan) + akhiran ια) mempunyai lebih daripada satu definisi. Definisi yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
          Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
          Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
          Definisi teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
          Salah satu daripada definisinya ialah "pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk membantu penyelesaian masalah-masalah manusia". Sebagai kegiatan manusia, teknologi wujud sebelum sains dan kejuruteraan. Ia merangkumi pengetahuan manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam reka bentuk alatan, mesin ataupun proses. Teknologi boleh digunakan bukan sahaja untuk mesin, bahkan juga untuk tujuan biologi seperti penyelidikan sel tunjang.

2.       TAJUK : TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI KELAPA SAWIT

          Sawit atau kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada 1911.

Definisi

          Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 m. Bunga dan buahnya berupa tandan, bercabang banyak. Buahnya kecil, bila masak berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandung minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak. Hampas yang disebut bungkil itu digunakan sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.
          Kelapa sawit berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 m di atas permukaan laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur, di tempat terbuka dengan kelembaban tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2000-2500 mm setahun.

3.       Teknologi Yang Digunakan.

          Dari segi produktiviti, industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Tahun 2003, purata penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun.
          Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus.

            3.1       Pensterilan berterusan.

          MPOB berjaya membangunkan satu proses pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang. MPOB TOT 148 (2002): Continuous Sterilization of Oil Palm Fresh Fruit Bunches, by Sivasothy Kandiah, Rohaya Mohamad Halim, Yusof Basiron, Zulkifli Abd Rahman, and Ma Ah Ngan. Proses pensterilan tandan sawit secara berterusan yang dibangunkan MPOB berpotensi berdaya maju pada skala komersil.
Antara kebaikan proses ini :
  1. Tidak memerlukan gerabak sterilizer, trak rel, kren di atas, tippers, pengangkut pindahan dan traktor
  2. Memberi peluang untuk keseluruhan proses di kilang sawit dibuat secara berterusan, boleh diautomatikkan dan mengurangkan penggunaan buruh.
  3. Permintaan wap untuk proses pensterilan akan berada pada tahap yang tetap, mengurangkan ketidakstabilan tekanan wap, voltan dan frekuensi elektrik.
  4. Ketidakstabilan berkenaan biasanya menyebabkan masalah menjurus kepada kehilangan produk yang tinggi, kualiti produk rendah dan pengurangan keseluruhan.
  5. Mengurangkan atau menghilangkan keperluan pembakaran secara manual di boiler untuk memenuhi keperluan disebabkan ketidakstabilan tekanan wap, yang dapat meningkat kecekapan boiler, dan mengurangkan asap hitam/ tebal yang dikeluarkan boiler stack.
  6. Mengurangkan tumpahan buah sawit di kilang dan membantu ke arah persekitaran kilang sawit yang lebih bersih
  7. Membantu dalam reka bentuk dan pembinaan kilang sawit yang kecil dan mudah alih yang memerlukan pelan yang lebih ringkas berbanding kilang konventional.

            3.2       Teknologi dandang baru

          Teknologi Dandang masih baru iaitu inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam. Teknologi baru ini sangat relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat menangani pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut, kemarau dan ribut taufan.

            3.3       Pembuangan benda asing

          Teknologi Pembuangan Benda Asing menggunakan proses pemisahan dua peringkat bagi pengasingan benda asing bersama buah lerai daripada tandan kosong. Manakala teknologi Pensterilan Berterusan dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi pengilangan holistik yang membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui kawalan komputer dan menggunakan keperluan tenaga kerja yang minimum.
          Manakala teknologi rawatan efluen terkini dan lebih sistematik, tidak memerlukan pembinaan kolam mendapan yang luas di kawasan kilang berbanding kaedah rawatan efluen sedia ada.

            3.4       Kitar semula

          Kegiatan kitar semula melalui penggunaan bahan biojisim sawit (berasaskan bahan kering) telah berada di tahap 90%. Tahap ini dijangka akan meningkat melalui pelbagai inisiatif yang telah dilaksana untuk menggalakkan usahaniaga pengeluaran tenaga melalui bio-diesel sawit serta program tenaga baru, di samping pengeluaran pulpa dan kertas, serta bahan tambah nilai yang lain

            3.5       Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel

          Minyak solar diperoleh dari minyak bumi, dikenal sebagai bahan bakar motor diesel yang telah biasa digunakan. Sebagai pengganti minyak solar orang sekarang sudah mulai menggunakan biodiesel. Bahan bakar biodiesel berasal dari tumbuhan atau dari haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses transesterifikasi) sehingga diperoleh minyak methil ester (ME). Selanjutnya methil ester sering disebut dengan biodiesel atau bahan bakar motor diesel yang berasal dari minyak    
          Biodiesel sudah banyak digunakan pada motor diesel tanpa modifikasi di Amerika Syarikat. Campuran yang banyak dipakai adalah 20% ME : 80% solar, dan 35% ME : 65% solar. Biodiesel murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin yang sedikit dimodifikasi atau tanpa modifikasi . Penggunaan 100% ME dapat menurunkan emisi gas asap sampai 50%, tetapi tidak disarankan, kerana dapat merusak dan menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan pengedap.
          Minyak sawit yang telah direaksikan dengan metanol, dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% solar. Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi minyak masak, karena kualiti yang kurang baik .
          Biodiesel nampaknya akan menjadi energi yang mempunyai prospek dan masa depan yang cerah, kerana:
          3.5.1. Biodiesel tidak beracun, biodegradable, essentially free of sulfur dan carcinogenic benzene, dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui, sumber yang dapat didaur ulang, tidak menambah secara signifikan terdapat akumulasi gas rumah kaca . Disamping itu hasil penelitian Schumacher dan Spataru  menyimpulkan bahawa kenaikan ME dari kedelai dan canola akan mengakibatkan penurunan partikulat, hidrokarbon dan CO, tetapi menaikkan emisi Nox
          3.5.2. Konsumsi bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi dibanding dengan solar murni. Demikian pula perbezaan torsi antara solar dan 30% ME hampir-hampir tidak berbeza, sedang perbezaan daya yang dihasilkan hanya sekitar 2%. Menurut kajian, tenaga yang dihasilkan biodiesel lebih rendah, rata-rata 118,000 Btu, dan solar rata-rata 130,500 Btu.
          3.5.3. Bilangan setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan solar. Rata-rata biodiesel 53, dan solar 42, sehingga dapat mengurangi detonasi atau knocking pada operasi mesin.
          3.5.4. Biodiesel cukup menjanjikan sebagai bahan bakar alternatif untuk motor diesel. Kadar asap yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah 4 BSU), NOx yang lebih rendah, dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi pembentukan partikulat.
Kesimpulan

          Penemuan teknologi terkini melibatkan kelapa sawit sedah pasti banyak memberi kesan kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Ini kerana Malaysia merupakan pengeluar utama dunia minyak sawit mentah dan sudah pasti mejoriti masyarakatnya mengusahakan ladang atau kebun kelapa sawit. Contohnya dengan penemuan teknologi biodesel sudah pasti kita mempunyai alternatif kepada minyak petrol yang sekarang mengalami kenaikkan harga. Jika penggunaanya diperluaskan sudah pasti juga permintaan keatas kelapa sawit meningkat dan menjamin pendapatan penguisaha dan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit.

Bibliografi :
*  Dr Ahmad Kushairi Din, Isa Zainal Abidin dan Mohd Din Aminuddin http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20050101145116/Article/pp_index_html
*  Jabatan Alam Sekitar http://www.jas.sains.my/jas
*  www.mpob.gov.my
*  www.bharian.com.my/m/BHarian/ Saturday/BeritaSawit/
*  www.kpu.gov.my...
*  www.felcra.com.my/eng/berita1.htm
*  www.e-kilangmpob.com.my
*  www.rcentre.utm.my
*  www.mosti.gov.my/opencms/opencms/MostePortal/
*  www.risda.gov.my/kpk/pontian.htm
*  www.frim.gov.my/con_archives.htm
*  www.usm.my/r&d/Announcement/PIPOC2005.htm
*  Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com


Click ads for your tq or like.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...