Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label Pembiakan dan Pengurusan Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Pembiakan dan Pengurusan Tanaman. Show all posts

Friday, March 11, 2011

COCO PEAT



Pengenalan

Coco peat adalah media tanaman organic. Ia dihasilkan melalui proses pereputan sabut kelapa dalam keadaan lembab dan berudara.
Pada asasnya, coco peat digunakan untuk memperbaiki stuktur tanah dan menyuburkan semula tanah. Ia adalah pembekal nutrien yang baik kerana mempunyai ciri-ciri pelepasan yang perlahan walaupun kandungan bajanya rendah. Dewasa ini coco peat boleh dikomersilkan kerana ia menjadi media penting dalam industri pertanian terutama dalam bidang landskap, semaian, pertanian, pertanian organic dan di kawasan pertanian.
Bahan mentah untuk membuat coco peat secara komersil terdiri daripada kelapa kering yang mudah diperolehi dengan jumlah yang banyak dan berharga murah. Coco peat merupakan bahan buangan daripada bahan lembut sabut kelapa. Ia boleh digunakan sebagai medium pertumbuhan atau sebagai campuran pemasuan. Coco peat dapat memperbaiki struktur tanah dan pasir dimana bahan ini baik dalam pengeluaran pertanian terutamanya untuk tanaman sayur dan buah-buahan.
Sebanyak 30 % coco peat boleh diguna atau dicampurkan dalam media penanaman untuk menambah baikkan. Tumbuhan boleh membesar di dalam medium coco peat. Tanaman yang mempunyai rumah hijau, kawasan yang mempunyai udara yang kering dan kerap mengalami banjir adalah ideal dan sesuai menggunakan kaedah penanaman jenis ini.

Jenis Tanaman
Antara jenis-jenis sayuran yang boleh ditanam dengan menggunakan kaedah ini adalah :
a.Sayuran jenis daun
i.Keluarga sawi (Crusifer)
-sawi putih
-sawi hijau
-sawi cina
ii.Bayam
iii.Kailan
iv.Kangkung

b.Sayuran jenis buah
i.Tomato
ii.Cili
iii.Terung
iv.Timun
v.Bendi
vi.Peria
vii.Kacang Panjang
viii.Kacang Buncis

Bagaimana Coco Peat Berfungsi ?

a.Coco peat boleh digunakan untuk penyemaian biji benih, sebagai tapak tanaman, taman dan medium penanaman.
b.Coco peat boleh bertindak sebagai pemegang air dan ia boleh memegang 8-9 kali beratnya air. Ia bersifat seperti span yang boleh menyerap air dengan cepat tetapi ia tidak menyebabkan air bertakung dan membenarkan pengaliran air berlebihan.

c.Coco peat berkeupayaan sebagai tempat simpanan dan pengeluaran tanaman untuk jangkamasa yang panjang. Ia mengandungi kandungan lignin yang tinggi (lebih kurang 45 %) yang mana tidak sesuai untuk pertumbuhan bacteria dan kulat. Ia juga tidak mengecut.

d.Ia mengandungi bahan pengoksidaan yang mana penting untuk pertumbuhan akar yang sihat. Biasanya ia mempunyai 96% ruang liang dan ini membenarkan air melaluinya dengan mudah dan menghalang air daripada bertakung. Dalam masa yang sama ia dapat memegang air yang banyak dan dapat digunakan oleh tumbuhan sekiranya diperlukan.

e.Ia mempunyai pH yang ideal iaitu antara 5.2 – 6.8 yang mana bersifat sedikit berasid dan sesuai untuk pertumbuhan pokok.

f.Ia senang digunakan. Ia boleh di dapati dalam bungkusan atau guni. Hanya perlu dicampurkan dengan bahan organic seperti tahi lembu dan sekam padi.

g.Coco peat boleh digunakan semula dalam tempoh 4 tahun. Proses pereputan yang agak lambat dan ia sesuai untuk tanaman dalam bekas seperti pokok bunga ros yang boleh hidup dalam jangkamasa yang panjang.

Kebaikan Coco Peat

a.Membekalkan bahan organic dan perapi semulajadi kepda tanah.
b.Berkeupayaan untuk memegang nutrien dan oksigen dengan baik.
c.Mempunyai pH antara 5.2 – 6.8
d.Perubahan kation yang baik.
e.Memegang kelembapan yang lebih baik dan lama
f.Memastikan perkembangan akar yang baik
g.100% tulen dan bebas daripada rumput, menjadi busuk dan jangkitan toksid
h.Disarankan supaya dicampurkan dengan tanah dengan nisbah 1:3
i.Tahan lama
j.Mudah digunakan
k.Proses penyiraman yang mudah
l.Tidak mengecut

Tuesday, March 8, 2011

Pembiakan dan Pengurusan Tanaman


Pembiakan di sini membawa maksud satu proses bagi memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan. Proses pembiakan ini boleh berlaku dengan dua cara iaitu pembiakan secara seks dan aseks. Pembiakan seks adalah melalui biji benih manakala aseks pula melalui keratan, tut, cantuman dan pembiakan mikro.
Pengurusan pula meliputi pengendalian pelbagai proses dari awal iaitu penyediaan kawasan sehingga akhir penanaman / harvesting / jualan. Teknik pengurusan yang cekap akan dapat menambahkan hasil ladang dan seterusnya memberikan keuntungan yang lumayan kepada pengusahanya.
Pengurusan tanaman yang baik dan terancang akan memudahkan kerja-kerja perladangan disamping mendapat hasil yang baik, berikut adalah beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk berladang :-
Ø  Menggunakan segala input secara optimum
Ø  Melakukan kerja mengikut jadual yang terancang
Ø  Wujudkan sistem menyimpan rekod
Ø  Menanam pada jarak yang sesuai
Ø  Menggunakan varieti tanaman yang baru
Ø  Melakukan pembajaan dengan betul
Ø  Mengawal perosak dan penyakit
Ø  Mengawal rumpai
Ø  Mengadakan sistem pengairan dan saliran
Selain itu, penyenggaraan tanaman penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam dapat hidup dengan sempurna. Antara aktiviti penyenggaraan yang terlibat adalah :-
  1. Penyediaan sungkupan dan naungan
  2. Penyiraman
  3. Pengawalan rumpai
  4. Pembajaan
  5. Pengawalan perosak dan penyakit
  6. Pemangkasan
  7. Penyulaman
  8. Penjarangan
  9. Kerja-kerja lain seperti memancang
Kepentingan pembiakan tanaman

            Pembiakan yang berterusan akan memastikan pokok-pokok atau spesis tertentu dapat terus wujud. Ini dapat mengelakkan daripada kepupusan spesis. Pembiakan juga akan menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan. Selain itu, kita dapat mengenalpasti kaedah terbaik untuk membiak tumbuhan. Akhir sekali ialah kita dapat menghasilkan baka baru.


Kepentingan pengurusan tanaman

            Pengurusan tanaman akan memastikan tumbuhan berada dalam keadaan yang sempurna disamping dapat memberikan hasil pulangan yang menguntungkan. Pengurusan yang baik dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengelak daripada serangan serangga perosak dan penyakit. Akhir sekali, pengurusan tanaman dapat meningkatkan kecekapan ladang.

Pengenalan kepada pengeluaran sayur-sayuran

            Sayuran merupakan bahan makanan yang kaya dengan sumber protein, serabut, vitamin, mineral, karbohidrat dan juga tenaga yang mana ianya diperlukan oleh badan kita untuk menjamin kesihatan yang berterusan. Mengikut kajian yang telah dibuat, lebih kurang 47 kg sayuran telah digunakan setiap orang penduduk di Malaysia.
            MARDI merupakan agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri pengeluaran sayur-sayuran dengan cara mempergiatkan penyelidikan varieti. MARDI juga dipertanggungjawabkan untuk memikirkan teknologi pengurusan tanaman yang berkesan dari segi kos dan cara pengendalian seperti menggunakan kaedah coco peat. Selain itu MARDI diperlukan untuk teknologi pemprosesan dan mengadakan kursus-kursus teknik pengeluaran.
            Terdapat lebih kurang 50 jenis sayuran telah ditanam di Semenanjung Malaysia tidak kira samada di tanah rendah mahupun di dataran tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Sayuran yang biasa ditanam boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu jenis daun, jenis buah dan jenis ubi.
Berikut adalah jenis sayuran penting yang banyak ditanam oleh petani :-


Ø  Asparagus
Ø  Bawang
Ø  Bayam
Ø  Bendi
Ø  Cili
Ø  Halia
Ø  Kacang buncis

Ø  Kacang manis
Ø  Kacang panjang
Ø  Kangkung
Ø  Kubis
Ø  Sawi
Ø  Tomato
Ø  Timun

click ads for tq




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...