PENGENALAN
Sayur-sayuran didefinisikan sebagai sebahagian daripada tanaman yang umumnya dimakan untuk memenuhi kesempurnaan gizi seseorang. Berdasarkan definisi tersebut, sayur-sayuran dapat dibezakan mengikut kategori :
i) daun ( kangkung, katuk , sawi, bayam, selada air, )
ii) bunga ( kembang turi, brokoli, kembang kol, )
iii) buah ( terong, cili, paprika, labu, timun, tomato)
Bagi sayuran daun, ia dapat dibezakan mengikut kategori warna iaitu :
i) hijau tua seperti bayam, kangkung, katuk, kelor dan daun betik
ii) hijau muda seperti selada, seledri dan lettuce
iii) hampir tidak berwarna seperti kol dan sawi putih.
Warna hijau tersebut disebabkan oleh pigmen hijau yang disebut klorofil. Klorofil ini tersimpan di dalam kloroplas. Sayur-sayuran daun yang berwarna hijau tua, lebih banyak mengandungi klorofil daripada yang berwarna hijau muda. Di dalam kloroplas juga terdapat pigmen lain, iaitu karoten. Semakin hijau warna daun, maka kandungan karotennya akan semakin tinggi.
Berikut kita akan mengikuti cara penanaman sayuran daun untuk pengetahuan umum ;
PEMILIHAN BIJI BENIH
Biji benih yang baik adalah factor terpenting di dalam memastikan pertumbuhan sesuatu tanaman. Jadi untuk memilih biji benih, factor-faktor yang berikut perlulah dipertimbangkan ;
Ø Gunakan biji benih yang bebas daripada serangan kulat dan tanda-tanda berpenyakit
Ø Tiada kecacatan, pecah dan sebagainya
Ø Bersih dan bernas
RAWATAN
Cara untuk memastikan biji benih bebas daripada kulat ialah dengan cara menggaulkan dengan racun kulat iaitu dengan kadar 3 gram racun kulat bagi setiap 100 gram biji benih.
PENYEDIAAN TANAH
Kawasan tanaman hendaklah dibersihkan daripada sebarang tumbuhan. Tanah dicangkul sedalam 30cm , kemudian dibiarkan selama 1-2 minggu. Ini bertujuan untuk mendedahkan rumpai dan hidupan perosak kepada cahaya matahari agar musnah. Kemudian tanah dicangkul semula bagi memecahkan ketulan besar menjadi lebih kecil. Rumput yang separuh reput dibenamkam ke dalam tanah atau diambil untuk dijadikan kompos. Bagi kawasan yang luas jentera pembajak bolehlah digunakan.
Tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak tanaman sayuran adalah perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut ;
- Senang diusahakan
- Pengudaraan yang baik
- Struktur tanah yang stabil
- Resapan air yang baik , tinggi nutrient pemakanan serta kandaungan organic.
Tanah yang sesuai bagi tanaman sayuran daun ialah ;
- Tanah loam
- Tanah liat berpasir
- Tanah yang kaya dengan bahan organic
- Tanah yang mempunyai nilai pH 4.5-5.0
MEMBAJAK DAN MEMBUAT BATAS
Tanah hendaklah dibajak atau dicangkul sedalam 20 cm. Kaedah ini dapat memecahkan tanah, membalikkan dan mendedahkan tanah kepada cahaya matahari. Ini akan memberi kesan kepada organisma serta memudahkan proses penguraian mineral di dalam tanah.
Selepas itu , tanah yang dibajak atau dipecah-pecahkan dengan cangkul sehingga halus. Walaupun tanah sudah sesuai untuk tanaman , kedua-dua cara tersebut mengakibatkan pendedahan biji rumpai yang sebelum ini dorman di dalam tanah.
Setelah itu barulah batas dibuat dengan ukuran 1.2 meter lebar, 0.3 meter tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan. Bagi tanah bukan organic, taburkan dan gaul rata-rata baja kimia seperti Nutriat Kalium (MOP) di atas batas dengan kadar 250kg/ha.
Setelah batas siap, ia akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan serangga dan perosak daripada memusnahkan biji benih.
Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci tentang penyediaan batas ;
Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya. Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm -152 cm ( 3-5 kaki ) lebar. Tinggi 23 cm ( 9 inci ) atau lebih dengan lorong anatara batas selebar 61-122 cm ( 2-4 kaki ) .
Saliran yang baik merupakan keperluan terpenting bagi pertumbuhan sayur. Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh menggencatkan pertumbuhan akar atau penangkupan air menyebabkan akar terendam dan reput. Masalah saliran biasanya pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.