Penggunaan batu bata bermula sejak dari zaman
dahulu lagi. Namun ia masih lagi kekal hingga sekarang dengan perubahan dari
segi bahan-bahan mengikut tempat atau negeri.
Apabila
kita menyebut tentang bata, ia selalunya brmaksud kepada penggunaan bata dari
tanah liat. Selain itu, terdapat juga batu bata yang dihasilkan darim pasir
beserta campuran simen dan ada juga dengan campuran batu baur.
1.0 MENGENALI BATA YANG
BAIK
Setiap bata yang
dihasilkan mempunyai mutu yang baik apabila ia memenuhi ciri-ciri seperti di
bawah :-
a)
bunyi yang nyaring apabila diketuk dengan sudip bata
atau keluli
b)
mempunyai ukuran yang tepat seperti yang dikehendali
c) ia juga akan menampakkan warna yang sekata
d)
mempunyai juring atau bahagian segi yang sama
e)
dapat menebat bunyi dengan baik apabila digunakan
f)
tahan api jika dibuat pembakaran yang betul
g)
dapat menahan bebanan yang dikenakan ke atasnya
h)
berupaya memegang sambungan mortar
i)
mempunyai berat
lebih kurang 4 kg bagi bata muka.
2.0 ISTILAH DALAM
KERJA-KERJA BATA
Bata- bata yang dihasilkan untuk
kegunaan di tapak pembinaan mempunyai istilah-istilah yang tersendiri seperti
sisi bata, kepala bata, lopak, sambungan tegak dan sambungan memanjang.
3.0 PERALATAN KERJA BATA
Dalam kerja
mengikat atau menerap bata, penggunaan peralatan yang betul adalah penting
untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja yang akan dilaksanakan. Alat-alat
di bawah adalah merupakan peralatan asas. Tanpa peralatan ini, sudah pasti
pekerjaan tidak akan sempurna dan dengan sendirinya akan melbatkan masa yang
banyak terbuang. Antara peralatannya ialah :-
3.1 Alat aras spirit
Dalam
kerja bata, penggunaan alat aras merupakan perkara yang penting untuk
memastikan kedudukan bata yang diterap dalam keadaan yang etul dan rata serta
dapat digunakan sebagai alat bagi mendapatkan ketegakan dan juga kelurusan
dinding.
3.2 Sesiku bangunan
Diperbuat daripada keluli dan digunakan untuk mendapatkan segi sesuatu
tembok bata dalam bentuk bersudut tepat.
3.3 Sudip bata
Alat ini menjadi alat utama dalam kerja
menerap bata dan juga dalam kerja-kerja bata yang lain. Ia juga boleh digunakan
untuk memotong bata secara kasar dan menerap bata.
3.4 Penukul dan bantalan
Alat ini digunakan untuk
memotong bata dan memecahkan dinding bata secara manual.
3.5 Paku dan benang
Digunakan untuk mendapatkan kelurusan tembok bata yang akan diikat atau
diterap. Ia mengelakkan tukang batu bata dari mengikat bata-bata dalam keadaan
bengkok. Selain itu, penggunaannya dapat mempercepatkan proses kerja.
4.0
BEKERJA
DENGAN BATA
Apabila bekerja dengan bata, seseorang itu
mestilah mematuhi beberapa perkara pokok seperti di bawah :
a) bata yang diikat atau diterap mestilah
tidak berlaku sambungan terus-menerus
b) letak mortar menggunakan sebelah tangan
sahaja
c) pegang bata menggunakan tangan yang
sebelah lagi
d) pilih permukaan pada bata yang baik
e)
ikat atau terap bata dengan betul mengikut jenis ikatan
f)
menggunakan peralatan yang betul
4.1
Penggunaan mortar
4.1
Meletakkan
mortar
Untuk menerap sebiji bata, anda mestilah meletakkab mortar dibahagian
permukaan lantai atau pada permukaan lapisan pertama bata mengikut teknik yang
betul seperti dalam rajah-rajah yang ditunjukkan di bawah .
5.0 IKATAN SISI BATA (STRETCHER
BOND)
5.1 Pengenalan
a)
Ikatan sisi bata mengandungi semuanya sisi bata kecuali
bata kerat setengah pada hujung terhenti atau buntu.
b)
Ia
digunakan khas bagi tembok ½ bata
atau 112.5 mm dan lekapnya ½
bata.
c)
Tembok
yang diikat dengan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban
yang lebih.
d)
Kebiasaanya
ikatan sisi bata digunakan bagi tembok sekat, tembok tandas, tembok dalam
struktur berangka.
6.0 GERBANG
6.1 Pengenalan
Gerbang merupakan satu bentuk bukaan yang
asli bagi bangunan. Pembinaan gerbang telah lama menjadi sati rekabentuk yang
terdiri dalam sejarah senibina terutamanya di negeri-negeri eropah. Pada
dasarnya, gerbnag dibuat dengan mengikatkan butir-butir bata atau batu di atas
sesuatu bukaan (tingkap atau pintu) supaya pembinaan di atasnya dapat
dilanjutkan dan bebannya ditanggung oleh gerbang. Butir-butir bata yang terikat
ini berupaya merentangi bukaan melalui tekanan dengan satu lapis ( ½ bata
tebal) ataupun beberapa lapis. Lapisan gerbang dinamankan gelang. Tebalnya
tiap-tipa gelang ialah ½ bata. Gerbang kerap dibina pada pintu dan tingkap,
kadangkala ia juga didapati pada jambatan dan kerja-kerja kejuruteraan awam
yang lain.
Gerbang boleh dibina dengan menggunakan
bata biasa, dinamakan gerbnag kasar ataupun menggunakan bata yang khas dibuat/
dipotong, dinamakan gerbnag tolok. Gerbnag kasar mempunyai sambungan berbentuk
segitiga dan tebal berbanding dengan sambungan nipis dan selari yang terdapat
pada gerbang tolok. ( Rajah 15.1 ).
6.2 Jenis
– Jenis Gerbang
Gerbang
ialah rekabentuk yang khusus dalam seni bina dan kegunaannya hendaklah memberi
pemandangan yang seimbang dengan keadaan sekitarnya. Jenis-jenis gerbang adalah
mengikut bentuk geometrinya. Gerbang-gerbang yang lazim didapati dalam
pembinaan tempatan ialah gerbnag separuh bulat. Didapati juga gerbang-gerbang
lain seperti gerbang tembereng, rata, Gothe, Tudor, separuh elips dan
sebagainya. Pembinaan gerbang-gerbang ini boleh dilakukan secara kasar ataupun
tolok.
a)
Gerbang
separuh bulat
b)
Gerbang
rata
c)
Gerbang
tembereng
d)
Gerbang
Gothe
e)
Gerbang separuh elips.
f)
Gerbang
ladam kuda
g)
Gerbang
Florentine
h)
Gerbang
bulat
6.3 Pembinaan Gerbang Bata
Pembinaan gerbang memerlukan cara yang
tersendiri. Cara pembinaannya adalah berbeza-beza mengikut bentuk, jarak
rentang, tebalnya dan beban yang akan ditanggung. Semua gerbang memerlukan
pemusat untuk memberi sokongan sementara dalam pembinaannya.
Pemusat
Pemusat biasanya di perbuat daripada kayu
atau papan lapis. Ia digunakan khas untuk menyokong butir-butir bata
dalam proses membina gerbang. Bentuk dan saiznya adalah dibuat mengikut
rekabentuk gerbang yang akan dibina. Rusuk pemusat dibuat dengan papan dan permukaannya dibuat dengan beroti
secara jarang ataupun rapat. Beroti ini digantikan dengan papan lapis kerana lebih menjimatkan masa
membuatnya. Pemusat mestilah dibuat dengan kukuh dan dialas dengan baji semasa
didirikan pada tempat bukaan tempat gerbang akan dibina. Pemusat disokong oleh
tiang kayu ataupun susunan bata secara sementara dab dikukuhkan dengan rembat
atau topang. Alas baji hendaklah dibuat untuk mendatarkan kedudukan pemusat.
Rajah 15.10 menunjukkan contoh-contoh pemusat yang digunakan untuk membina
gerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment