PENGENALAN
Pembungkusan
merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang dipasarkan dalam memasaran
dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula memainkan peranan dalam
menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi produk. Kaedah pembungkusan produk
merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang
pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk
makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi keperluan
harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan
kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Kaedah
pembungkusan produk merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yang digunakan
dalam pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan
kaedah pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk yang dikeluarkan
mudah mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik. Kaedah
pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna
dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan.
ISU – ISU PEMBUNGKUSAN PRODUK YANG BIASA
TERJADI
Isu
– isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat dengan
persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit
(Stewart-Knox and Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi
ini, sehingga 71 hingga 88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan
kedudukan produk keluaran mereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999;
Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph, 1995). Bagi mengatasi masalah ini,
didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti produk perlu dilakukan bagi
memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan lebih baik.
Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan
pembungkusan telah meningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998;
Bloch, 1995). Selain itu, persepsi
pengguna juga perlu diambil kira dalam menentukan bungkusan yang digunakan bagi
memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk (Ampuero dan Vila, 2006).
DEFINISI PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan
dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan lansung dengan
produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan mengenal pasti
produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk
(Vidales Giovannetti, 1995). Secara lebih spesifik, terdapat 3 kategori
pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus dengan
produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi atau
hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih
pembungkusan kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan
pembungkusan yang mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua.
fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan
dan melindungi semasa proses mengkomersialkan produk.
Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa
pembungkusan merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan
jenama sesuatu produk. Antaranya pendapat yang disuarakan oleh Evans dan Berman
(1992) yang menyatakan bahawa pembungkusan merupakan ciri-ciri khas produk atau
sifat produk. Daripada pendapat yang disuarakan oleh beliau, dapat ditakrifkan
bahawa pembungkusan melambangkan ciri-ciri atau sifat sesuatu produk. Seperti
mana produk-produk yang terdapat dipasaran, pasti terdapat gambar atau maklumat
yang berkaitan dengan produk pada bungkusan produk yang dipasarkan. Gambar atau
maklumat yang dipaparkan bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas
kepada pengguna berkenaan produk yang dipasarkan. Pendapat ini disokong oleh
Olson dan Jacoby (1972) yang
menghuraikan mengenai perkaitan antara produk dan bungkusan. Pada pendapat
beliau, pembungkusan adalah elemen luaran bagi suatu produk. Elemen yang
dimaksudkan adalah elemen yang bertujuan untuk mengakui atau menggambarkan
produk. Akan tetapi, tidak mempunyai hubungan fizikal dengan produk itu
sendiri.
Dengan
kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut dan membungkus
bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga merupakan satu seni dan
teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk.
APA ITU PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan itu
boleh dikaitkan dengan kepelbagaian dimana didalam setiap sektor akan
menggunakan cara & teknologi yang berbeza contohnya :
a)
Menggunakan medium-medium yang ada untuk menghasilkan
produk yang terkini dan bermutu.
b)
Setiap sektor mempunyai headline dimana didalamnya
terdapat bahan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai imej
tersendiri.
c)
Pemilihan material yang paling sesuai untuk melindungi
produk tersebut dari kerosakan.
FUNGSI & PERANAN PEMBUNGKUSAN
- Mengekalkan kesegaran sesuatu produk contohnya makanan.
- Untuk melindungi produk dari faktor-faktor yang mempengaruhi seperti masa, rasa, bau dan barangan yang mudah rosak/pecah.
- Untuk menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi rekabentuk dan pemilihan warna.
- Salah satu cara memasarkan produk secara tak langsung.
- Memudahkan sesuatu produk dibawa kemana-mana dan untuk proses pengangkutan.
- Meningkatkan mutu barangan terutamanya supaya kelihatan menarik
- Menyimpan dan melindungi produk
- Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk pesaing.
10. Mempromosikan produk
11. Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.
MEDIUM-MEDIUM PEMBUNGKUSAN
- Kertas dan kadboard kertas
- Bahan-bahan dari plastik contohnya botol dan bekas makanan.
- Aluminium contohnya tin minuman ringan.
- Bahan-bahan yang boleh dikitar semula
JENIS – JENIS PEMBUNGKUSAN
Primer –
Pembungkusan termasuk bekas utama.
Contoh: Tiub ubat gigi Darlie
Sekunder – Kotak
yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran hendak digunakan.
Contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie
Pembungkusan
Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan
menghantar produk kepada pembeli.
LANGKAH - LANGKAH MENINGKATKAN INOVASI
PEMBUNGKUSAN PRODUK MASA KINI
Terdapat pelbagai cara yang di
jalankan oleh usahawan – usahawan kini untuk membangunkan pembungkusan produk
yang dihasilkan supaya mendapat tempat di pasaran antaranya adalah melalui:
Penggunaan teknologi
Pelbagai
mesin dan alatan yang berteknologi digunakan untuk menginovasikan produk yang
sedia ada menjadi lebih baik supaya mendapat kehendak pasaran, malah dapat
menarik perhatian pengguna untuk membeli produk tersebut.
Menggunakan khidmat pereka design
Untuk menghasilkan pembungkusan
label yang menarik usahawan – usahawan kini telah menggunakan pereka design
untuk menghasilkan label yang menarik dengan menggunakan rekaan dalam grafik.
Oleh itu pereka design akan mengklaskan jenis label yang akan direka bentuk
mengikut jenis pembungkusan yang di hasilkan, contohnya label terus pada botol
plastik/cup dan tin label cetakan atas kotak, label cetakan atas plastik
berlapis, label plastik PVC (shrinkable) dan lain-lain lagi.
Bantuan agensi
kerajaan
turut membantu dalam
memperkembangkan pembungkusan produk yang di hasilkan oleh kilang – kilang di
malaysia
Kemudahan
Pegangkutan
Dengan adanya kemudahan pengangkutan,
sesuatu pengurusan untuk penghantaran produk akan lebih sistematik dan kualiti
pembungkusan dapat dijaga.
KAEDAH PEMBUNGKUSAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
Terdapat
beberapa kaedah pembungkusan
menggunakan teknologi iaitu:
Pembungkusan hampagas
MenggunakanVacuum Packaging’
iaitu mengeluarkan udara daripada bungkusan, ia bertujuan untuk mengelakkan
proses pengoksidanan makanan berlemak/berminyak. Selain itu kaedah ini dapat
mengawal aktiviti mikroorganisma serta memanjangkan jangkamasa simpan makanan
Contoh Mesin
Kaedah Pembungkusan Hampagas
Hasilan produk dari pembungkusan hampagas.
Pembungkusan Bergas
‘Gas Packaging’berfungsi menggantikan udara di dalam
pembungkus dengan gas nitrogen, gas karbon dioksida atau kombinasi kedua-dua
gas tersebut. Gas N2 berfungsi mengelakkan proses pengoksidanan makanan
berlemak/berminyak dan memberikan kesan ‘cushioning’ pada makanan, manakala Gas
CO2 berperanan menyekat aktiviti mikroorganisma serta memanjangkan jangkamasa.
Contoh pembungkusan jenis bergas
Pembungkusan Regang
Stretch wrapping’menggunaan
plastik LDPE atau PVC yang boleh diregang dan dulang daripada polistirena (PS).
Plastik ini mempunyai ketelapan wap air dan gas yang tinggi. Selain itu, ia
sesuai untuk buahan, sayuran dan ikan malah sesuai juga untuk kuih muih,
makanan basah
Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Regang
Pembungkusan Aseptik
Aseptik atau basmi kuman
diperkenalkan di Sweden pada awal 1960an, susu dibungkus secara basmikuman
selepas melalui proses pempasteuran pada 140 0C selama 2 ke 3 saat, disejukkan
dengan pantas dan dibungkus dalam bahan pembungkus yang dibasmikuman dengan gas
hidrogen peroksida. Kelajuan pengisian adalah 60 karton per minit .
Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Aseptik
Pembungkusan retort
PEMATERIAN
Makanan berasid rendah seperti
hasilan daging kurma, rendang dan sebagainya. Oleh itu, makanan tersebut perlu
diproses dalam Retort sehingga suhu 121 C untuk membunuh kuman terutamanya
Clostridium Botulinum. Bahan pembungkus yang sesuai perlu tahan tekanan dan
suhu tinggi. Kebiasaannya 4 ke 5 lapis plastik tanpa lapisan aluminum. Produk
tersebut boleh disimpan dan dijual pada suhu biasa dengan tempoh penyimpanan
sehingga 2 tahun.
Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Retort.
Pembotolan
Pemprosesan dan pembotolan
makanan dan minuman bergantung secara asasnya sama ada makanan dan minuman
tersebut berasid tinggi atau berasidRendah. Botol terdiri daripada botol kaca
atau botol plastik(untuk makanan berasid tinggi). Makanan berasid tinggi
termasuklah sos tomato, sos cili,jem, jus dan lain-lain. Makanan berasid rendah
termasuklah sri kaya, makanan bayi, mentega kacang, minuman kacang soya dan
lain-lain.
Contoh Mesin Pembasuh Botol
PERSEPSI PENGGUNA
Persepsi
atau reaksi pengguna merupakan maklumbalas yang diberikan oleh pengguna
terhadap produk atau sesuatu yang ditawarkan kepada mereka. Ia berupa sejauh
mana rasa kepuasan hati atau luahan pendapat pengguna ke atas produk yang
ditawarkan (Olga Ampuero dan Natalia Vila, 2006). Pengguna merupakan seseorang
yang mempunyai kehendak dan mempunyai peranan penting kepada syarikat untuk
mencapai keuntungan atau kebaikan samada untuk mereka sendiri atau untuk
syarikat (Leon Bean, 2000).
Dalam
mencapai apa yang dikehendaki oleh pengguna, pihak pengeluar memerlukan
kemampuan teknikal, kemampuan integrasi dan kemampuan pengetahuan mengenai
pasaran (Shepherd dan Ahmed, 2000). Kemampuan pasaran memerlukan pemahaman
berkenaan kehendak pengguna (Lagrosen, 2001). Pengguna yang berpuas hati dengan
apa yang ditawarkan kebiasaannya akan setia pada pada produk yang ditawarkan
dan bersedia untuk menyediakan asas tunai yang mampan (Matzler et al., 1996).
Dengan erti kata lain, apabila pengguna dengan produk yang ditawarkan oleh
pihak pengeluar, mereka akan terus setia menggunakan produk keluaran syarikat
dan tidak cerewet untuk membelanjakan wang mereka bagi membeli produk keluaran
syarikat.
KAJIAN LEPAS
Ampuero dan Vila
(2006), mempersoalkan kebolehan pembungkusan untuk mempengaruhi respon pengguna
kepada produk. Mereka mengenalpasti warna, tipografi, gambarajah grafik dan
gambar sebagai pembolehubah yang terdapat persepsi pengguna terhadap produk.
Kajian yang dijalankan mendapati, perlunya kombinasi elemen-elemen ini bagi
memastikan kesan yang dikehendaki dapat dicapai. Selain dari elemen ini,
terdapat juga elemen yang dapat dikenalpasti, iaitu status, nilai, keselamatan,
negara asal, keunggulan dan prinsip kualiti.
Selain itu, terdapat satu lagi kajian terbaru berkenaan bungkusan, iaitu
tentang kepentingan pembungkusan produk yang dihasilkan oleh L.E. Wells, H.
Farley dan G.A. Armstrong (2007). Kajian yang dihasilkan oleh mereka menyiasat
tentang kepentingan rekabentuk pembungkusan bagi produk makanan dengan memahami
bagaimana pengguna melihat label pada bungkusan dan mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi keputusan membeli mereka. Hasil daripada analisis yang dijalankan
mendapati pengaruh pada bungkusan mempengaruhi pengguna untuk membeli
produk.
CADANGAN
Hasil daripada
pemerhatian yang telah dijalankan, beberapa cadangan dapat dibuat dalam membantu
dalam penambahbaikan pada bungkusan yang sedia ada selain meningkatkan prestasi
syarikat–syarikat di malaysia yang terlibat dalam pembungkusan produk. Selain
usahawan–usahawan di malaysia, cadangan ini juga boleh digunakan sebagai
rujukan oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Cadangan yang dimaksudkan adalah
seperti berikut:
a)Pihak syarikat
perlu mengekalkan kaedah bungkusan yang sedia ada kerana majoriti pengguna
mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembungkusan yang sedia ada.
b)Dalam
merancang untuk memilih bungkusan, 5 elemen utama pembungkusan hendaklah dikaji
terlebih dahulu agar bungkusan yang terbaik dapat dihasilkan. Setiap elemen
yang digunakan hendaklah diaplikasikan dengan baik pada bungkusan agar fungsi
setiap elemen tersebut mencapai matlamatnya
c)Mungkin pihak
syarikat boleh menggunakan bahan lain seperti tin dan balang plastik untuk
membungkus produk mereka. Ini bagi memberi lebih banyak variasi dan kelainan
kepada pengguna dalam memilih produk keluaran syarikat.
d)Selain bahan
yang digunakan, reka bentuk bungkusan juga boleh diubah mengikut satu kadar
waktu tertentu agar ianya bersesuaian dengan trend semasa. Reka bentuk
bungkusan yang menarik dapat menarik pengguna untuk melihat dan seterusnya
membeli produk keluaran syarikat.
e)Maklumat
pemakanan yang dipaparkan pada bungkusan hendaklah disemak dari masa ke semasa
agar maklumat yang dipaparkan benar-benar bertepatan dengan kandungan
bungkusan, jelas dan tidak mengelirukan pengguna.
KESIMPULAN
Kesimpulan
dari tugasan ini, didapati pengguna mempunyai persepsi dan penilaian tersendiri
ke atas pembungkusan produk – produk di pasaran. Walaupun terdapat pengguna
yang mempunyai persepsi negatif, namun jumlahnya amat sedikit. Akan tetapi
pihak syarikat tidak boleh mengabaikan perkara ini dan harus mengenal pasti
kekurangan yang mungkin tidak disedari oleh pihak syarikat. Ini adalah untuk
kebaikan bersama bagi pihak syarikat dan pengguna. Melalui bungkusan yang
menarik, berkualiti dan terbaik, pihak syarikat mempunyai kemampuan menjual
produk mereka dengan mudah di pasaran. Manakala para pengguna pula dapat
membeli produk yang berkualiti dengan bungkusan yang menarik dan terjamin. Selain itu, pihak syarikat tidak perlu
menukar bungkusan yang sedia ada kerana pengguna mempunyai tahap penerimaan
yang baik terhadap bungkusan tersebut. Pihak syarikat hanya perlu membuat
penambahbaikan kecil pada bungkusan sedia ada. Penambahbaikan yang dimaksudkan
adalah pengolahan warna pada bungkusan agar kelihatan lebih menarik, sesuai
dengan bungkusan dan menonjolkan produk di pasaran. Ini adalah berdasarkan
nilai min yang rendah bagi elemen warna pada bungkusan yang menunjukkan
kekurangan pada warna yang digunakan.
Click ads for your tq or like.
RUJUKAN
Ampuero. O. and Vila.
N. (2006). “Consumer Perception of Product Packaging.” Journal of Consumer
Marketing. 100-112.
Athanassopoulos. A, Gounaris. S. and Stathakopoulos. V.
(2001), “Behavioural responses to customer satisfaction: an empirical study”
European Journal of Marketing,Vol. 5/6. No. 35.pp687 – 707.
Blankson, C. and Kalafatis, S.P. (2001), “The development of
a consumer/customer-derived generic typology of positioning strategies”,
Journal of Marketing Theory and
Practice,Vol. 9 No. 2, pp. 36.
C.S. Higginson, M.J. Rayner, S. Drapper and T.R. Kirk
(2002), “How do consumer use nutririon label information?”, Nutrition and Food
Scienc. Vol. 32. No. 4. pp 145 – 152.
Deasy. D. (2000), “Express Brand Personality – Let your
package do the talking”Brand Packaging Magazin. March/April.
Edward U. Bond and Rose L. Fink (2003), “Customer
satisfaction and the marketing quality interface” Journal of Business and
Industrial Marketing.Vol. 18. No. 3. pp. 204 -218.
Gelperowic. R. and Beharrell. B. (1994). “Health Food
Products for Childrens: Packaging and Mothers’ Purchase Decision.” British Food
Journal.Vol. 96. No. 11. pp 4 – 8.
Gyimothy. S (2000), “Odysseys: analyzing Service journeys
from the customer’s perspective” Managing Service Quality.Vol. 10. No. 6. pp389
– 396.
Hill. H. and Tilley.
J. (2002). “Packaging of Children’s Breakfast Cereal: Manufacturers Versus
Children.” British Food Journal.Vol.104. Bil. 9.pp766 – 777.
Lagrosen. S (2005),
“Customer involvement in product development: A relationship marketing
perspective” European Jurnal of Innovation Management. Vol.8 No.4 pp.424 – 436.
L.E. Wells, H. Farley and G.A. Armstrong (2007), “The
importance of packaging design for own-label food brands” International Journal
of Retail & Distribution Management, Vol. 35 No. 9, pp. 677 – 690.
Rade B. Vukmir
(2006), “Customer Satisfaction” International Journal of Health Care Quality Assurance, Vol. 19 No. 1,pp.
8-31.
Silayoi. P. and
Speece. M.(2004). “Packaging and Purchase Decisions: An exploratary study on
the impact of involvement and time presure” British Food Jurnal. Vol. 106 No. 8. pp 607 - 628.
Silayoi. P. and Speece. M.(2007). “The Important of
Packaging Attributes: A Conjoint Analysis Approach.” European Journal of
Marketing. Vol. 41 No. 11/12. pp 1495 – 1517.
Salam, nama saya Amin dari UM... nak tanya saudara... dari mana saudara dapat bahan diatas ni? Boleh tak saya dapatkan versi penuh dalam bentuk pdf ke atau lain-lain sebagai bahan rujukan bagi menyiapkan tesis saya? Terima kasih...
ReplyDeletesy rasa dr senoir. versi pdf xde la amin. semoga post di atas dpt membantu saudara. sama2.
ReplyDeleteMaaf lambat balas,,, senior saudara dari universiti mana? Rujukan ni sangat berguna tapi malangnya tak dapat dimasukkan ke dalam tesis saya jika saya tak dapat tahu nama pengarang dan bahan versi penuh...
ReplyDeleteUTM. penulisan ini dibuat utk tujuan asignment.
ReplyDeleteBaik, terima kasih atas maklumat...
ReplyDeleteis the besT..:-)
ReplyDeleteTerima kasih atas info-info di sini. Sangat berguna.
ReplyDeleteterima kasih , segala informasi n details kat sini sangat berguna untuk tujuan final projek saya semester 5 .
ReplyDeleteKat mna yaa nak dpat versi penuh nii
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete