1. Pendahuluan.
Teknologi (bahasa Greek: τεχνολογια < τεχνη
(ketukangan) + λογος (perkataan, pengiraan) + akhiran ια) mempunyai lebih
daripada satu definisi. Definisi yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan
alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait
rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses
terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam
bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa
dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Definisi teknologi yang diguna
pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia
ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan
seharian.
Salah satu daripada definisinya ialah
"pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk membantu
penyelesaian masalah-masalah manusia". Sebagai kegiatan manusia, teknologi
wujud sebelum sains dan kejuruteraan. Ia merangkumi pengetahuan
manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam reka bentuk
alatan, mesin ataupun proses. Teknologi boleh digunakan bukan sahaja untuk
mesin, bahkan juga untuk tujuan biologi seperti penyelidikan sel tunjang.
2. TAJUK : TEKNOLOGI DALAM
INDUSTRI KELAPA SAWIT
Sawit atau kelapa sawit (Elaeis
guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih
dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor,
Indonesia pada 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi
jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada 1870-an dan di Rantau
Panjang, Kuala Selangor pada 1911.
Definisi
Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24
m. Bunga dan buahnya berupa tandan, bercabang banyak. Buahnya kecil, bila masak
berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya
mengandung minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun,
dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan
ternak. Hampas yang disebut bungkil itu digunakan sebagai salah satu bahan
pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.
Kelapa sawit berkembang biak dengan
biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 m di atas permukaan
laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur, di tempat terbuka dengan
kelembaban tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya
curah hujan yang tinggi, sekitar 2000-2500 mm setahun.
3. Teknologi
Yang Digunakan.
Dari segi produktiviti, industri sawit
masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Tahun 2003, purata
penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun.
Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS)
dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun
dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan
25 peratus.
3.1 Pensterilan berterusan.
MPOB berjaya membangunkan satu proses
pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang. MPOB TOT 148 (2002):
Continuous Sterilization of Oil Palm Fresh Fruit Bunches, by Sivasothy Kandiah,
Rohaya Mohamad Halim, Yusof Basiron, Zulkifli Abd Rahman, and Ma Ah Ngan.
Proses pensterilan tandan sawit secara berterusan yang dibangunkan MPOB
berpotensi berdaya maju pada skala komersil.
Antara
kebaikan proses ini :
- Tidak memerlukan gerabak sterilizer,
trak rel, kren di atas, tippers, pengangkut pindahan dan traktor
- Memberi peluang untuk keseluruhan
proses di kilang sawit dibuat secara berterusan, boleh diautomatikkan dan
mengurangkan penggunaan buruh.
- Permintaan wap untuk proses
pensterilan akan berada pada tahap yang tetap, mengurangkan
ketidakstabilan tekanan wap, voltan dan frekuensi elektrik.
- Ketidakstabilan berkenaan biasanya
menyebabkan masalah menjurus kepada kehilangan produk yang tinggi, kualiti
produk rendah dan pengurangan keseluruhan.
- Mengurangkan atau menghilangkan
keperluan pembakaran secara manual di boiler untuk memenuhi keperluan
disebabkan ketidakstabilan tekanan wap, yang dapat meningkat kecekapan
boiler, dan mengurangkan asap hitam/ tebal yang dikeluarkan boiler stack.
- Mengurangkan tumpahan buah sawit di
kilang dan membantu ke arah persekitaran kilang sawit yang lebih bersih
- Membantu dalam reka bentuk dan
pembinaan kilang sawit yang kecil dan mudah alih yang memerlukan pelan
yang lebih ringkas berbanding kilang konventional.
3.2 Teknologi dandang baru
Teknologi Dandang masih baru iaitu
inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan
partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam. Teknologi baru ini sangat
relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi
menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat menangani
pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut, kemarau dan ribut taufan.
3.3 Pembuangan benda asing
Teknologi Pembuangan Benda Asing
menggunakan proses pemisahan dua peringkat bagi pengasingan benda asing bersama
buah lerai daripada tandan kosong. Manakala teknologi Pensterilan Berterusan
dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi pengilangan holistik yang membolehkan
operasi dijalankan berterusan melalui kawalan komputer dan menggunakan
keperluan tenaga kerja yang minimum.
Manakala teknologi rawatan efluen
terkini dan lebih sistematik, tidak memerlukan pembinaan kolam mendapan yang
luas di kawasan kilang berbanding kaedah rawatan efluen sedia ada.
3.4 Kitar semula
Kegiatan kitar semula melalui
penggunaan bahan biojisim sawit (berasaskan bahan kering) telah berada di tahap
90%. Tahap ini dijangka akan meningkat melalui pelbagai inisiatif yang telah
dilaksana untuk menggalakkan usahaniaga pengeluaran tenaga melalui bio-diesel
sawit serta program tenaga baru, di samping pengeluaran pulpa dan kertas, serta
bahan tambah nilai yang lain
3.5 Minyak
kelapa sawit sebagai minyak diesel
Minyak solar diperoleh dari minyak
bumi, dikenal sebagai bahan bakar motor diesel yang telah biasa
digunakan. Sebagai pengganti minyak solar orang sekarang sudah mulai
menggunakan biodiesel. Bahan bakar biodiesel berasal dari tumbuhan atau dari
haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses transesterifikasi) sehingga
diperoleh minyak methil ester (ME). Selanjutnya methil ester sering disebut
dengan biodiesel atau bahan bakar motor diesel yang berasal dari minyak
Biodiesel sudah banyak digunakan pada
motor diesel tanpa modifikasi di Amerika Syarikat. Campuran yang banyak dipakai
adalah 20% ME : 80% solar, dan 35% ME : 65% solar. Biodiesel murni
(100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin yang sedikit dimodifikasi
atau tanpa modifikasi . Penggunaan 100% ME dapat menurunkan emisi gas asap
sampai 50%, tetapi tidak disarankan, kerana dapat merusak dan menyumbat saluran
bahan bakar seperti paip dan pengedap.
Minyak sawit yang telah direaksikan
dengan metanol, dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% solar.
Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi
minyak masak, karena kualiti yang kurang baik .
Biodiesel nampaknya akan menjadi
energi yang mempunyai prospek dan masa depan yang cerah, kerana:
3.5.1. Biodiesel
tidak beracun, biodegradable, essentially free of sulfur dan carcinogenic
benzene, dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui, sumber yang dapat
didaur ulang, tidak menambah secara signifikan terdapat akumulasi gas rumah
kaca . Disamping itu hasil penelitian Schumacher dan Spataru menyimpulkan bahawa kenaikan ME dari kedelai
dan canola akan mengakibatkan penurunan partikulat, hidrokarbon dan CO, tetapi
menaikkan emisi Nox
3.5.2. Konsumsi
bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi dibanding dengan
solar murni. Demikian pula perbezaan torsi antara solar dan 30% ME
hampir-hampir tidak berbeza, sedang perbezaan daya yang dihasilkan hanya
sekitar 2%. Menurut kajian, tenaga yang dihasilkan biodiesel lebih rendah,
rata-rata 118,000 Btu, dan solar rata-rata 130,500 Btu.
3.5.3. Bilangan
setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan solar. Rata-rata biodiesel 53,
dan solar 42, sehingga dapat mengurangi detonasi atau knocking pada operasi
mesin.
3.5.4. Biodiesel
cukup menjanjikan sebagai bahan bakar alternatif untuk motor diesel. Kadar asap
yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah 4 BSU), NOx yang lebih
rendah, dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi pembentukan partikulat.
Kesimpulan
Penemuan teknologi terkini melibatkan kelapa sawit
sedah pasti banyak memberi kesan kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Ini
kerana Malaysia merupakan pengeluar utama dunia minyak sawit mentah dan sudah
pasti mejoriti masyarakatnya mengusahakan ladang atau kebun kelapa sawit. Contohnya
dengan penemuan teknologi biodesel sudah pasti kita mempunyai alternatif kepada
minyak petrol yang sekarang mengalami kenaikkan harga. Jika penggunaanya
diperluaskan sudah pasti juga permintaan keatas kelapa sawit meningkat dan
menjamin pendapatan penguisaha dan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit.
Bibliografi :
www.mpob.gov.my
www.bharian.com.my/m/BHarian/
Saturday/BeritaSawit/
www.kpu.gov.my...
www.felcra.com.my/eng/berita1.htm
www.e-kilangmpob.com.my
www.rcentre.utm.my
www.mosti.gov.my/opencms/opencms/MostePortal/
www.risda.gov.my/kpk/pontian.htm
www.frim.gov.my/con_archives.htm
www.usm.my/r&d/Announcement/PIPOC2005.htm
Click ads for your tq or like.