Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, September 17, 2012

rumah dukun patah

rumah

garaj

kedai

pemandangan dr jln utama

berhampiran dgn jln utama
ada rumah, garaj dan kedai
keluasan 0.25 ekar
halaman bertar
Click ads for your tq or like.

Thursday, September 13, 2012

JENIS KELUARAN : MAKANAN KESIHATAN p1


TAJUK PROJEK     :           NATA DE COCO BERMADU
NAMA SYARIKAT :           WONDER FOOD SDN BHD
LOKASI                     :       SG LANCANG, BAGAN DATO, PERAK

1.                  Pengenalan Perniagaan

Syarikat yang ditubuhkan ialah WONDER FOOD SDN BHD.
Nama WONDER FOOD dipilih kerana produk nata de coco bermadu merupakan sesuatu yang baru dan masih terdapat sebahagian masyarakat yang belum pernah mengetahui tentang nata de coco bermadu. Terdapat banyak produk nata di pasaran semasa tetapi mengikut penyelidikan dan kajian syarikat kami belum ada yang mengeluarkan produk seperti yang kami keluarkan. Produk utama syarikat ini ialah perniagaan memproses kelapa untuk menghasilkan Nata. Nata  merupakan makanan sampingan yang diminati oleh orang ramai.  Syarikat mengambil inisiatif dengan mempelbagaikan bentuk keluaran syarikat iaitu dengan menghasilkan pelbagai perisa dan warna. Pemprosesan nata adalah satu proses yang agak mudah dan boleh dijalankan secara kecil-kecilan tanpa memerlukan pelaburan yang sangat tinggi. Pelaburannya hanya memerlukan mesin dan peralatan yang boleh diperolehi atau ditempah dari pembekal tempatan.
Pokok kelapa sangat berguna kepada manusia kerana hampir kesemua bahagian pokok boleh digunakan.  Keutamaannya adalah buah kelapa yang boleh menghasilkan pelbagai produk apabila diproses.  Selain dari kelapa muda yang digemari ramai, airnya juga jika diproses boleh menghasilkan produk baru dipasaran. Produk makanan yang baru diperkenalkan kepada rakyat negara ini iaitu Nata adalah produk berasaskan buah kelapa yang berasal daripada negara Filipina.

1.1       Latar Belakang Perniagaan

Lokasi perniagaan syarikat kami terletak di Bagan Datoh, Perak. Lokasi ini sangat stategik kerana berhampiran dengan kawasan penanaman pokok kelapa.  Selain itu, terdapat juga kawasan perumahan di sekitar lokasi kilang yang dapat meyediakan sumber tenaga buruh yang mencukupi. Segala kemudahan telah disediakan seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya yang dapat memudahkan pengagihan produk dipasaran tempatan dan sebuah pelabuhan yang untuk pasaran eksport.

            Bentuk perniagaan perkongsian di pilih kerana segala pengalaman kemahiran dan kepakaran pada ahli kongi dapat dikongsi bersama-sama. Selain itu, tugas yang kompleks dan susah dapat di selesaikan dengan cepat dan berkesan kerana dapat di bahagikan secara rata kepada setiap rakan kongsi. Setiap  ahli kongsi bekerjasama antara satu sama lain demi menjayakan perniagaan syarikat.

1.2       P enyediaan Pelan Perniagaan
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan. Lebih baik lagi jika mempunyai pelan yang strategik.  Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kerana tidak mempunyai pelan perniagaan atau 'business plan'. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan menbentangkan jangkaan bisnes untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang.


2          Maklumat Produk
Produk ini yang dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa yang mana sejenis mikriorganisma bertanggungjawab menghasilkan nata iaitu Acetobacter aceti sub spesies xylinum.  Bakteria ini menghasilkan selapis filem selulosa di atas permukaan cecair yang diperam.  Filem inilah yang dipungut  dan diproses untuk menghasilkan nata.

2.1       Jenis Produk
Bahan mentah utama untuk pengeluaran nata ialah air kelapa.   Air buah yang matang dan segar hendaklah digunakan.  Bahan lain adalah seperti gula dan ammonium sulfat yang berfungsi sebagai sumber nutrien untuk pembiakan mikroorganisma.  Asid asitik digunakan untuk mengawal pH keasidan air kelapa.  Kultur Acetobacter aceti sub spesies  Xylinum digunakan sebagai inokulum.  Perisa dan pewarna ditambah untuk menghasilkan produk yang menarik.
Produk nata adalah sejenis produk makanan ringan yang boleh dimakan terus, disejukkan sebelum dihidang atau sebagai bahan campuran ais kacang.

2.2       Proses Pengeluaran Nata
Proses pengeluaran nata terdiri daripada bebrapa perkara yang perlu diambil kira seperti carta alir proses, penggunaan bahan mentah, teknik dan cara proses penghasilan inokulum.

2.3       Carta alir proses pengeluaran nata de coco


 

2.4       Bahan Mentah
Untuk menghasilkan 300 botol nata, penggunaan bahan mentah sebanyak 150 L air kelapa diperlukan.  Anggaran ini hanya dapat dipastikan selepas 2 minggu memeramkan dan diproses.

2.4.1    Untuk peraman
            Air kelapa                                150 L
            Gula halus                                 12 kg
            Asid asitik glasial                        7 L
            Ammonium sulfat                   0.75 kg
            Inokulum nata                           15 L

2.4.2        Untuk pemprosesan dengan sirap
Nata yang dihasilkan                81 kg
Gula halus                                 81 kg
Air                                             81 L

2.5       Cara memproses
a)         Air kelapa yang bersih dan segar daripada buah kelapa matang digunakan.  Tapis air kelapa dengan menggunakan kain ”muslin”.
            b)         Didihkan selama 10 minit
            c)         Semasa panas, tambah gula halus dan ammonium sulfat.  Gaulkan.
            d)         Sejukkan cecair ke suhu bilik
            e)         Campurkan asid asitik sehingga nilai pH diturunkan kepada 4.5
            f)         Campurkan inokulum nata dan gaul
            g)         Letak bekas fermentasi yang telah dibersihkan dengan air panas di atas
rak.
            h)         Tuangkan cecair ke dalam bekas fermentasi sehingga aras 5 -7 cm.
            i)          Mulut bekas ditutup rapi untuk mengelakkan pencemaran.
            j)          Peram selama 14 hari pada suhu bilik di dalam bilik peraman.
            k)         Selepas ini, filem yang lebih kurang 1.0 – 1.5 cm tebal akan dihasilkan
pada permukaan cecair.  Filem tersebut dipungut , dibersihkan dan dipotong dalam bentuk kiub.
            l)          Rendam kiub nata tersebut untuk mengurangkan asid. Tuskan.
            m)        Rebus tiub nata dalam air berlebihan sehingga tiada perasa asid dan
tuskan.  Timbang kiub tersebut/
n)         Campur dengan gula halus pada nisbah yang sama dan biarkan semalaman dalam bekas yang tertutup.
o)         Pada keesokkan harinya, masukkan air pada nisbah yang sama dengan nata dan didihkan selama 10 minit.
p)         Masukkan tiub nata ( 270 g ) dalam botol yang bersih dan tambah sirap gula
            q)         Tutup botol dan pasteurkan dalam air mendidih selama 25 minit
            r)          Apabila botol kering, letakkan lebal dan masukkan dalam kartun.
            s)         Biarkan botol selama 3 – 4 hari pada suhu bilik supaya isinya sebati
dengan sirap.

2.6       Penghasilan Inokulum
            a)         Air kelapa ( 1 L ) ditapis dan dididih selama 10 minit.
            b)         Campurkan dengan 80 g gula halus dan 5 g ammonium sulfat.
            c)         Sejukkan ke suhu bilik dan masukkan asid asetik sehingga nilai pH 4.5
            d)         Bekas fermentasi inokulum dibersihkan dan dibilas dengan air panas
            e)         Tuang cecair ke dalam bekas dan campurkan 100 ml kultur nata
            f)         Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari pada suhu bilik untuk pembiakan
inokulim
g)      Inokulum yang terhasil bolehlah digunakan untuk menyediakan isipadu inokulum yang lebih banyak

2.7       Sanitasi Pemprosesan
Semua bekas perkakasan dan peralatan yang digunakan seperti botol hendaklan dibersihkan dengan betul iaitu mencuci menggunakan air panas.  Amalan pemprosesan yang baik mestilah diikuti pada tiap-tiap peringkat untuk menghalang pencemaran.

 

3          PEMASARAN

3.1       Pembungkusan
Pembungkusan nata de coco bermadu yang disediakan dalam saiz berikut:

i.    1 kg pack  
ii.      250 g (cawan)  
iii.  Pack tumbler 1.5kg & 900g  
3.2       Pasaran Tempatan
                    i.            Pengedaran Runcit di sekitar Bagan Datoh  
      (Rangkaian pengedaran sayuran Jabatan Pertanian Bagan Datoh)
                  ii.            Agen (15 agen di 6 buah negeri)  
                iii.            Promosikan Program “Contract Packing”  


3.3       Pasaran antarabangsa
           
            i.          Negara-negara Islam-perlantikan agen di luar negara
           
3.4       Sasaran Pemasaran
Pengikhtirafan dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu digunakan sepenuhnya untuk menembusi pasaran halal antarabangsa khususnya negara-negara Islam.  Dengan 1/3 jumlah penduduk dunia terdiri daripada umat Islam, pasaran produk  halal mempunyai pasaran yang amat besar.  Sungguhpun nata berasal daripada negara Filipina, tetapi Malaysia lebih dikenali sebagai negara Islam yang unggul.  Kekuatan ini membolehkan pasaran produk halal dari Malaysia lebih meyakinkan masyarakat Islam sedunia.  Pengeksportan produk Nata ke luar negara terutamanya ke negara Asia Barat dan Eropah adalah sasaran baru disebabkan faktor negara-negara berkenaan tidak mempunyai produk hasil kelapa. Asia Barat dan Eropah adalah negara berpotensi menggunakan produk Nata kerana sikap rakyat berkenaan yang suka mencuba sesuatu produk baru. 


3.5       PELABURAN MODAL


ANGGARAN PERBELANJAAN

1.         Harta Tetap
1.1       Tanah, Bangunan dan Kelengkapan                           RM   20,000.00
1.2       Kenderaan                                                                   RM 125,000.00
1.3       Mesin dan Peralatan                                                    RM   81,830.00
Jumlah                                                                  RM 226,830.00


ANGGARAN PENDAPATAN/JUALAN

Anggaran Kos Pengeluaran Sebulan
2          Kos pengeluaran
2.1       Kos bahan mentah                                                      RM  25,780.00
2.2       Kos pembungkusan                                                     RM  18,152.00
2.3       Kos buruh                                                                   RM   5,040.00
2.4       Kos perkilangan                                                          RM   4,540.00
            Jumlah kos pengeluaran                                          RM 53,512.00

Anggaran Modal pusingan
Kos pengeluaran                                                                     RM 53,512.00
Kos pemasaran dan pengurusan                                              RM   9,000.00
Peruntukan luar jangkaan                                                        RM   5,351.20
JUMLAH                                                                               RM 67,863.20

Anggaran Jualan Sebulan
3.         Jualan 30,000 botol x RM 2.70                                   RM 81,000.00

Anggaran Untung Rugi
4.         Jualan                                                                          RM  81,000.00
Kos pengeluaran                                                         RM  53,512.00
Untung kasar                                                             RM  27,488.00

3.6              ALIRAN TUNAI

                                                                                 
MYNATA SDN BHD
ANGGARAN ALIRAN WANG TUNAI (PEMBIAYAAN SENDIRI)


Click ads for your tq or like.


Wednesday, September 12, 2012

Bab III Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) p3


3.2.6    Sistem keselamatan video dalam kenderaan ( VSS- 512)

VSS-512 merupakan sistem keselamatan video dalam kenderaan yang kompak, dengan tujuan keselatan bagi pemandu dan keselamatan kenderaan. Sesuai digunakan bagi kenderaan seperti teksi, kenderaan polis, dan jenis-jenis pengangkutan yang lain. Sistem ini mampu mengawal aktiviti penumpang dan pencegahan daripada vandalisme serta menjamin keselatan pemandu kenderaaan tersebut. Sistem VSS-512 mengandungi unit kamera siang atau malam, alat perakam dan sistem kawalan pusat rakaman. Visual kameranya hitam putih yang membolehkan kamera tersebut berfungsi efektif pada waktu siang mahupun pada waktu malam. Alat perakam disimpan dan disorok didalam peti, dengan tujuan untuk mengurangkan risko daripada dikeasan ataupun dirosakkan. Alat perakam juga diletakkan didalam peti yang boleh dialihkan, dengan tujuan dapat memudahkan ia dipindahkan dari kenderaan kepada unit pemain rakaman. (Jika berlaku kemalangan ataupun bekalan tenaga mengalami masalah)Rakaman juga dapat disimpan selama dua jam kerana ia telah dibina bersama “ built-in backup power”.

3.3        Lensa

3.3.1     Pengenalan

Kamera litar tertutup tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, tetapi memerlukan lensa yang berkualiti tinggi serta bersesuaian.

3.3.2         Ciri- ciri lensa yang digunakan:

  1. Kualiti optic yang tinggi
  2. lensa yang boleh dicantumkan
  3. lensa manual
  4. lensa DC
  5. lensa video
  6. mekanisma lensa automatic yang tahan lasak
  7. Format 1/3” dan ½”
 

3.3.2         Bagaimana memilih lensa yang betul?

  1. mengukur kadar maksimum kelebaran ‘W’ pada pandangan.
  2. kenalpasti dan mengukur jarak ‘D’ di antara kamera dan objek yang dilihat.
  3. gunakan jenis kamera yang sesuai seperti ½” ataupun 1/3”.
 
3.4       Operasi Sistem Kamera Litar Tertutup

Kamera video akan merakam imej yang dilihat dan akan terus menghantar isyarat video ataupun input kepada unit pemprosesan maklumat (processor). Unit pemprosesan maklumat akan memproses maklumat yang diterima daripada isyarat video dan akan menghantarnya kepada perakam (recorder). Fungsi perakam ini adalah bertujuan untuk menyimpan data dan menukarkan isyarat video yang dihantar oleh unit pemprosesan maklumat. Isyarat video yang diterima dari unit pemprosesan maklumat (processor) akan ditukar kepada isyarat audio dan dihantar kepada mikrofon dan skrin paparan. Untuk skrin paparan, ia menerima dua isyarat iaitu isyarat video dan isyarat audio. Perakam juga menghantar isyarat video kepada cerakin (analyzer).
 
3.5       Faktor pemilihan

3.5.1    Pengenalan

Terdapat pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan mengapa sistem CCTV harus digunakan dibangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Faktor kewangan, faktor kekeangan tenaga, faktor keberkesanan dan faktor kecanggihan sistem maklumat merupakan salah satu aspek yang perlu diambil kira mengapa sistem CCTV harus dipasang di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.

3.5.1.1 Faktor Kos

            Kos pemasangan sistem litar tertutup adalah berpatutan dan tidak terlalu mahal. Sebagai contoh, harga untuk pemasangan empat kamera CCTV tidak melebihi empat ribu ringgit( bergantung pada jenis). Kos pemasangan kos operasi pada permulaan projek adalah agak membebankan Unit keselamatan, namun kberkesanan sistem ini harus diambil kira. Sebagai contoh, sistem ini mamapu mengawal sesuatu kawasan 24jam sehari dan mampu menambahkan kecekapan sistem keselamatan Unit Keselamatan UTM. Selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan moden. Unit keselamatan tidak harus bergantung 100% kepada kaedah konservatif dalam menjalankan tugas.


3.5.1.2 Faktor undang-undang

Sebagai langkah keselamatan, penggunaan CCTV pada sesuatu bangunan adalah tidak melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, penggunaan CCTV adalah terhad kepada kawasan awam. Penggunaan CCTV dalam kawasan peribadi seperti bilik pensyarah, tandas dan bilik kuliah adalah tidak dibenarkan kerana menggangu hak peribadi individu.


3.5.1.3 Faktor Teknologi

            Teknologi sistem litar tertutup adalah canggih dan terkini. Hasil video dan kejituan gambar imej boleh dilihat dengan jelas. Sebagai contoh dahulunya sistem litar tertutup dalah hitam putih, namun kini boleh diperolehi dalam keadaan paparan imej berwarna.


3.5.1.4 Faktor liputan dan aras kawalan

Kekangan tenaga manusia dapat diatasi dengan penggunaan sistem kamera litar tertutup. Hal ini kerana, CCTV dapat menolong Unit Keselamatan untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif dengan ruang liputan dan aras kawalan yang lebih besar. Sebagai contoh, Unit Keselamatan tidak perlu menaiki tangga untuk memeriksa setiap tingkat bangunan, kerana sistem CCTV dapat membantu Unit Keselamatan memantau keadaan pada setiap tingkat bangunan tersebut.


3.5.1.5 Faktor pengurusan dan sistem operasi

Sistem operasi CCTV tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Selain itu, pengurusan operasi CCTV adlah tidak begiru rumit. Hal ini kerana, Unit Keselamatan boleh menubuhkan Unit CCTV bagi memantau sistem operasi dan mengawal CCTV dari dalam bilik kawalan sahaja dengan wujudnya unit CCTV, kecekapan Uit Keselamatan UTM dapat dipertinkatkan lagi dan sekaligus dapat mengurangkan kadar kecurian dan kadar jenayah lain di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.


3.6       Perbandingan sistem operasi kawalan litar tertutup dengan operasi tenaga manusia Unit Keselamatan UTM


Bab IV



Kesimpulan daripada dapatan kajian

4.0       Kesimpulan dan cadangan
           
            Berdasarkan kajian kes yang dilakukan, kecuaian dari pihak pentadbiran juga menyebabkan kes kecurian meningkat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sebagai contoh, pintu bilik kuliah tidak dikunci setelah digunakan. Ini membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan dengan mencuri LCD projektor ataupun komputer dari bilik kuliah. Kekangan tenaga manusia juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes kecurian di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Adalah mustahil untuk pegawai keselamatan yang bertugas untuk melakukan rondaan pada setiap jam di seluruh kawasan UTM.

            Selaras dengan kemajuan komunikasi dan teknologi, pihak  Unit Keselamatan UTM harus mewujudkan Unit CCTV bagi mengawal keseluruhan UTM dengan pemantauan menggunakan CCTV. Ini sekaligus, dapat menambahkan kecekapan Unit Keselamatan dalam menjalankan tugas. Hal ini kerana, Unit CCTV dapat memantau keadaan selama 24jam. Jika berlaku kes jenayah, Unit CCTV dapat menghubungi pegawai keselamatan yang sedang bertugas untuk membuat tindakan di kawasan tersebut. Pemantauan dengan menggunakan CCTV diyakini dapat mengurangkan kadar kes jenayah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, pemasangan CCTV ini haruslah menyeluruh di seluruh kawasan UTM dan dihubungkan pada Unit Kawalan CCTV.

Untuk memastikan sesuatu kes dapat diselesaikan dengan mudah, pihak Unit Keselamatan haruslah menggunaan sistem CCTV yang bermutu tinggi dari segi paparan imej dan bukannya jenis hitam putih. Dari segi kos, tidak dinafikan bahawa pemasangan CCTV yang berwarna dan bermutu tinggi adalah mahal. Tetapi jika dilihat dari aspek yang lain, penggunaan sistem CCTV ini adalah untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Maka, tidak rugi jika menggunakan sistem CCTV yang bermutu dan berwarna, demi keselamatan warga UTM dan harta benda. Selain itu, penggunaan CCTV yang bermutu tinggi dapat membantu pihak keselamatan untuk menangkap suspek kerana dapat mengenalpasti wajah dan ciri-ciri suspek dengan lebih jelas.

Sikap peka sesama warga UTM juga harus dipupuk. Sebagai contoh, pihak keselamatan UTM boleh mempraktikkan kaedah RAKANCOP seperti yang dilakukan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia. Mustahil bagi pihak Unit Keselamatan untuk menjalankan tugas dengan lebih efisyen tanpa bantuan dan sokongan dari warga UTM. ‘Mata-mata’ ini dapat menyampaikan maklumat kepada pihak keselamatan secara terus. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Prestasi dan kecekapan Unit Keselamatan UTM pastinya meningkat jika kekuatan yang sedia ada kini ditambah dengan penggunaan teknologi canggih seperti sistem CCTV. Gabungan tenaga manusia dan teknologi pastinya mampu menambahakan kecekapan sesuatu produk. Kelemahan tenaga manusia seperti tidak mampu membuat pemantauan selama 24jam setiap hari, pastinya dapat diatasi dengan mengunakan sistem CCTV dengan lebih menyeluruh. Sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah yang menghantui warga UTM seperti kehilangan harta benda di dalam bilik, kes kecurian motosikal, kes kecurian kereta dan vandalisme yang semakin berleluasa. Sudah tiba masanya, Unit Keselamatan mempraktikkan penggunaan teknologi yang canggih disamping dengan bantuan serta sokongan dari seluruh warga UTM untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin berleluasa.
 
Rujukan

  1. ________. 7 Ogos 2006. “PJ to have more CCTV cameras”. New Straits Times. Malaysia.
  2. ________. 2005. “Use of Closed Circuit Television Cameras on UNL’s Lincoln Campus; For the purposes of Safety, Security, Facilities Management University”. University of Nebraska, Lincoln.
  3. Carnegie Community. July 1999. “Closed Circuit Television Surveillance of Public Space in Vancouver”. Vancouver.
  4. Gill, M& Spriggs. 2005. “A 2005 Assessing the Impact of CCTV. Home Office Research Study 292”. London, Home Office.
  5. www.bockoptronics.ca
  6. www.telegraph.co.uk
  7. www.philipscsi.com
  8. www.bsi-global.com/Security/Electronic/ BS 7958: 1999. xalter
  9. www.aic.gov.au/publications/tandi2
Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...