Want to know more, please click

Followers

Pages

Sunday, September 25, 2011

MINYAK WANGI DARIPADA SAWIT part 1


PENGENALAN


Minyak wangi ialah campuran minyak pati, sebatian aromatik, penguat dan pelarut yang memberikan bau yang menyenangkan pada tubuh badan, objek dan benda hidup. Jenis dan kuantiti sesuatu pelarut yang bercampur dengan minyak pati pula menentukan jenis sesuatu minyak wangi itu sama ada ekstrak minyak wangi. Umumnya, minyak pati ialah bahan utama dalam penyediaan minyak wangi dan ia diperoleh daripada bahan semula jadi.
Peningkatan luas penanaman kelapa sawit dan peningkatan penggunaan bahan mentah kelapa sawit sudah pasti membawa kepada peningkatan hasil bahan buangannya. Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk menggunakan semula sisa buangan ini bukan sahaja produk baharu terhasil malah pada waktu yang sama masalah lambakan bahan buangan kelapa sawit juga dapat dapat diatasi. Menyedari hakikat ini langkah yang diambil untuk penghasilan minyak wangi daripada bahan tempatan perlulah disokong oleh semua pihak. Manakala pihak pengeluar hendaklah memastikan pengeluarannya memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa serta citarasa pengguna seagai sasarannya.
Dalam kehidupan seharian penggunaan minyak wangi sering digunakan ketika menhadiri majlis-majlis tertentu, ke tempat kerja, aktiviti-aktiviti seharian dan sebagainya. Bagi setiap penggemar atau pengguna minyak wangi ini boleh dikatakan menggunakannya hampir setiap hari mengikut keperluan dan tujuan tertentu. Malahan jenis minyak wangi yang digunakan juga boleh menentukan ciri-ciri si pemakainya.

LATAR BELAKANG


Dahulu, bahan yang digunakan untuk membuat minyak wangi ialah damar, kulit kayu manis, herba, bunga, gambir, lada hitam, kapur barus, kopi serta tebu. Pemburuan pengusaha minyak wangi terhadap sumber untuk dijadikan ramuan membuat minyak wangi menyebabkan permintaan dunia yang tinggi terhadap bahan semula jadi ini. Peredaran zaman memperlihatkan lambakan minyak wangi terutama dari luar negara dalam pasaran tempatan.
Temu bual eksklusif  “Memperkasa pertanian baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan RMK-9” bersama Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd. Yassin pada 22 Jun 2006, “ kerajaan akan membangunkan program Pertanian baru dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian dan meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.’ Strategi ini menggariskan secara jelas strategi utama ke arah merealisasikannya. Dari sudut perkembangan ekonomi dunia, industri bioteknologi dunia dianggarkan meningkat dengan memberansangkan.
Oleh itu peluang ini direbut oleh pengusaha-pengusaha tempatan untuk meneroka bidang baru seperti pengeluaran minyak wangi ini. Hasrat mengkomersialkan hasil pertanan ini ke peringkat antarabangsa daripada peningkatan persaingan di peringkat global berdasarkan produk-produk yang berdaya saing, berpotensi dalam pasaran lebih meluas. Apa yang penting produk-produk yang dikeluarkan perlu inovatif serta memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa.
Misi Nasional yang dirangka dalam RMK-9 merangkumi lima teras utama yang mana dalam Teras Pertama ; Meningkatkan Nilai Tambah dalam Ekonomi Negara seperti yang dihuraikan di atas. Ianya meliputi tiga sektor utama ekonomi iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Perkembangan ini dilihat oleh seluruh warga Malaysia sebagai satu peluang untuk terus meealisasikan kemajuan dengan lebih cemerlang sebagai usahawan dan juga pengguna yang bijak memilih produk-produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa. Tambahan pula ianya dapat memenuhi sasaran pengeluaran produk halal negara bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa.

JENIS MINYAK WANGI


Terdapat empat jenis minyak wangi dan setiap minyak dibezakan berdasarkan peratusan sebatian aromatik yang terkandung di dalamnya.
Jenis minyak wangi tersebut adalah ekstrak minyak wangi yang mengandungi 20 peratus hingga 40 peratus sebatian aromatik dan Eau de Parfume (EDP) yang mengandungi 10 peratus hingga 30 peratus ekstrak sebatian aromatik. Eau de Toilette (EDT) pula mengandungi 5 peratus hingga 20 peratus ekstrak sebatian aromatik.Manakala Eau de Colognes (EDC) pula mengandungi 2 peratus hingga 3 peratus ekstrak sebatian aromatik.
Selain menentukan jenis sesuatu minyak wangi, kuantiti sebatian aromatik dalam minyak wangi juga menentukan tempoh masa aroma sesuatu minyak wangi itu mampu bertahan. Aroma ekstrak minyak wangi mampu bertahan paling lama sehingga 60 jam. Manakala EDC hanya mampu bertahan dua jam. Oleh itu, pengguna boleh memilih jenis minyak wangi yang mana satu sebagai pilihan mereka.
Kepelbagaian minyak wangi di pasaran mendorong pengguna bersifat selektif dengan memilih minyak wangi yang berjenama sahaja, sedangkan hakikatnya kesesuaian sesuatu haruman terletak pada kombinasi haruman tersebut dengan bau badan seseorang. Justeru sebagai pengguna yang bijak, kita wajar memilih jenis minyak wangi yang benar-benar sesuai dengan diri kita mengatasi jenama sesuatu produk.

KLASIFIKASI MINYAK WANGI


Minyak wangi boleh diklasifikasikan kepada enam famili olfaktif iaitu :
i.                    Famili Bunga
ii.                  Famili Chrype (bau-bauan bersumberkan shrubs, oakmoss dan labdanum)
iii.                Famili Herba
iv.                Famili Tumbuhan Berkayu
v.                  Famili Patchouli (berbau manis dan pedas)
vi.                Famili Vanila

i.                    Famili Bunga
Famili bunga ialah bau-bauan daripada bunga. Kebiasaannnya, bunga yang digunakan berbau harum seperti mawar, kenanga, melur dan sebagainya. Bunga mawar dipilih kerana baunya yang harum dan sesuai digunakan dalam apa-apa jua keadaan. Contohnya, air mawar yang dihasilkan oleh Syarikat Mustika Ratu bukan sahaja digunakan dalam makanan tetapi juga dalam acara perkahwinan ataupun acara pengebumian.
ii.                  Famili Chrype (bau-bauan bersumberkan shrubs, oakmoss dan labdanum)
Bau-bauan famili chrype adalah bersumberkan shrubs (minyak yang diperoleh daripada anggur), oakmoss (lumut berwarna kuning yang tumbuh pada pokok oak) dan labdanum (cecair yang berbau manis daripada sejenis tumbuhan iaitu Cistus ladanifer seperti aprikod dan kastard).
iii.                Famili Herba
Famili herba pula bersesuaian  dengan perwatakan lelaki yang keras. Lavender dan oakmoss tergolong dalam kumpulan ini dan ia bercirikan herba berbau tajam dan keras. Sesetengah tumbuhan boleh tergolong kepada famili olfaktif yang lain seperti oakmoss yang termasuk dalam famili chrype dan famili herba.
iv.                 Famili Tumbuhan Berkayu
Cedar (aroma yang diperoleh daripada pokok genus Cedrus) dan sandalwood (aroma yang diperoleh daripada pokok genus Santalum) merupakan contoh tumbuhan yang berasal daripada famili ini.
v.                   Famili Patchouli (berbau manis dan pedas)
Famili Patchouli yang biasanya digunakan untuk membuat kapur barus dan sering digunakan dalam penghasilan sabun. Ia lebih bersifat aroma terapi yang menenangkan fikiran seseorang.
vi.                 Famili Vanila
Famili vanilla merupakan famili olfaktif yang bersumberkan vanilla. Banyak produk telah dihasilkan daripada famili ini yang antaranya esen vanilla yang digunakan dalam makanan, ubat-ubatan, produk kosmetik dan minya wangi.

SEJARAH PEMBUATAN MINYAK WANGI

Seni pembuatan minyak wangi pada awalnya bermula di Mesir tetapi dimajukan dan diperhebat oleh orang-orang Arab dan Parsi. Selepas itu, barulah ilmu pembuatan minyak wangi mula tersebar ke Eropah pada awal abad ke-14. Di Asia Timur, kebanyakan minyak wangi bersumberkan kayu wangi. Contoh kayu wangi ialah kulit kayu manis, bunga cengkih dan kayu sugi.
Tamadun Islam telah menyumbang secara langsung alam perkembangan pembuatan minyak wangi. Hal ini terbukti apabila beberapa kaedah baharu untuk mengekstrak minyak pati diperkenalkan. Antaranya termasuklah penyulingan stim dan kaedah pemampatan bahan-bahan semula jadi oleh orang Islam pda waktu itu. Harga sesuatu minyak wangi menjadi lebih mahal apabila bahan-bahan semulajadinya sukar didapati dan perlu diperam bagi suatu jangka masa yang lama hingga mencecah beberapa tahun.
Menyedari akan kepentingan bahan eksotik ini, pedagang-pedagang Arab dan Parsi telah menyemai benih herba dan tumbuhan yang dapat menghasilkan minyak pati untuk ditanam di negara-negara mereka sendiri. Antara benih yang disemai termasuklah bunga melur yang ditanam secara meluas di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Pelbagai jenis sitrus pula yang berasal dari Asia Timur ditanam dengan meluasnya di Turki.
Minyak wangi yang telah lama digunakan oleh orang Islam di Asia Timur sebelum abad ke-14. Ia lebih dikenali sebagai minyak atar yang diperbuat daripada bunga safron dan dihasilkan menggunakan kaedah pengekstrakan kerana bunga saffron tergolong dalam famili bunga.
Pada zaman Renaissance (akhir abad ke -15), penggunaan minyak wangi tertumpu dalam kalangan pihak istana. Contohnya, pembuat minyak wangi diraja Rusia, iaitu Earnest Beaux telah menghasilkan Chanel No 5 yang pada asalnya diperintahkah oleh Raja Rusia pada waktu itu supaya membuat minyak wangi khas untuk keluarga diraja. Pada abad ke-18 pula, industri pemuatan minyak wangi semakin berkembang maju di Eropah sehingga pokok herba yang berpotensi dijadikan minyak wangi ditanam dengan banyaknya di Grasse, Perancis. Malah Perancis telah menjadi pusat penyelidikan dan pembuatanminyak wangi terpenting di Eropah pada masa itu.

DEFINISI PEMBUATAN

Pembuatan masa kini merupakan aktiviti komersial oleh syarikat-syarikat yang menjual produk kepada pengguna. Jenis pembuatan yang dilakukan bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan. Dari segi teknologi, pembuatan bermaksud aplikasi proses-prosesfizikal dan kimia untuk menukar geomatri, sifat dan atau rupabentuksesuatu bahan awalan untuk menghasilkan produk. Proses-proses yang digunakan untuk menjayakan pembuatan melibatkan gabungan mesin, alat, tenaga dan pekerja.
Manakala dari segi ekonomi pula pembuatan ialah transformasi bahan mentah kepada item yang lebih tinggi nilainya melalui satu atau lebih operasi pemprosesan.. Pembuatan akan menambah nilai ke atas bahan dengan menukar bentuk atau sifatnya atau dengan digabungkan bersama bahan lain yang telah juga diubah keadaannya. Bahan ini menjadi semakin  berharga melalui operasi pembuatan yang dilakukan ke atasnya.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PEMBUATAN

Pembuatan aktiviti yang kompleks melibatkan pekerja yang mempunyai bidang disiplin dan kemahiran yang luas, pelbagai jenis mesin, peralatan dan perkakas dengan beberapa peringkat automasi pula termasuklah komputer, robot dan peralatan pengendalian bahan. Aktiviti-aktiviti pembuatan perlulah responsif kepada sejumlah permintaan atau tuntutan dan’trend’ semasa serta persaingan pasaran yang semakin sengit cabarannya.
Antara factor-faktor yang mempengaruhi pembuatan ialah :
i.                    Sesuatu produk mestilah memenuhi sepenuhnya keperluan reka bentuk, spesifikasi dan piawaian.
ii.                  Sesuatu produk juga mestilah dihasilkan oleh kaedah yang paling ekonomik dan pada masa yang sama mesra alam.
iii.                Kualiti mestilah terbina ke dalam produk pada setiap peringkat, daripada reka bentuk sehinggalah penghasilan produknya.
iv.                Dalam persekitaran yang kompetetif, kaedah pengeluaran haruslah bolehsuai secukupnya sebagai respon kepada perubahan pasaran, jenis produk, kadar pengeluaran dan kuantiti pengeluaran di samping memberikan khdimat penghantaran yang tepatpada masanya kepada pengguna.
v.                  Pembangunan baru dalam bahan, kaedah pengeluaran dan penyepaduan komputer dktiviti teknologi  dan pengurusan bagi organisasi pembuatan mestilah dikemaskinikan sentiasa supaya tidak ketinggalan zaman dan relevan.
vi.                Aktiviti-aktiviti pembuatan haruslah dilihat sebagai suatu system yang besar di mana semua komponen berasingan adalah saling berhubungan di antara satu sama lain.
vii.              Para pengeluar hendaklah bekerja bersama atau seiring dengan pengguna bagi mendapatkan maklum balas yang tepat pada masanya supaya usaha pembaikan berterusan ke atas produk dapat dilakukan.
viii.            Organisasi pembuatan hendaklah sentiasa berusaha ke arah peningkatan produktiviti, yang ditakrifkan sebagai penggunaan yang optimum bagi semua sumber : bahan, mesin, tenaga, modal, pekerja dan teknologi. 

KAEDAH PENYEDIAAN / PEMBUATAN MINYAK WANGI

Terdapat pelbagai kaedah untuk menyediakan minyak wangi yang antaranya termasuklah kaedah penyulingan, pengekstrakan pelarut dan proses pemampatan.
Kaedah penyulingan merupakan kaedah yang sering digunakan untuk mendapatkan minyak pati ataupun sebatian aromatik Tumbuhan seperti bunga atau rumput yang dipilih, dimasukkan ke dalam kelalang penyulingan dengan pelarut. Seterusnya, larutan ini dipanaskan sehingga bau yang dikehendaki keluar daripada bahan tersebut dan dikumpulkan melalui proes kondensasi penyulingan wap. Dalam hal ini, pelarut berfungsi mengekalkan buau agar tidak hilang di samping mengumpul minyak pati.
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...