OBJEKTIF
Selepas
mempelajari unit ini, pelajar dapat :
i. Menyatakan kepentingan dan kegunaan system
pneumatik dalam industri.
ii. Mengenalpasti kegunaan, fungsi serta simbol komponen pneumatik.
iii. Menerangkan serta menganalisis perjalanan
dalam litar pneumatik mudah.
iv. Mengatasi
masalah yang wujud dalam litar penumatik mudah.
PENDAHULUAN
Sistem
pneumatik adalah sistem yang menggunakan gas
termampat yang lazimnya udara, untuk menghantar
dan mengawal kuasa. Kos untuk
menjana sistem pneumatik ini sebenarnya jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan sistem hidraulik. Ini kerana udara
yang digunakan oleh sistem ini boleh diperolehi dengan percuma. Walau bagaimanapun, udara perlulah dimampatkan terlebih
dahulu oleh pemampat.
Dalam sistem pneumatik, udara
termampat digunakan sebagai tenaga. Udara dari atmosfera dimampatkan oleh
pemampat kepada tekanan yang tinggi dan disimpan dalam tangki. Udara termampat
ini digunakan untuk menghasilkan kerja yang digerakkan oleh alatan pengerak
linear atau putaran.
Secara amalinya, sistem pneumatik
selalunya digunakan untuk kerja-kerja yang ringan.
Ini disebabkan oleh ketumpatan udara adalah jauh lebih rendah berbanding
minyak. Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh sifat udara yang boleh
mampat. Ini menyebabkan penghantaran beban bagi sistem pneumatik menjadi kurang tepat berbanding dengan sistem
hidraulik. Di samping itu juga, peralatan sistem pneumatik lebih cepat menghaus. Ini disebabkan kurangnya
pelinciran antara komponen sistem tersebut yang bergesel. Untuk mengurangkan
masalah ini, sistem pneumatik memerlukan sedikit bahan pelincir.
Sistem pneumatik memerlukan udara
termampat daripada 40 l/min sehingga
20 000 l/min hantaran udara bebas piawai. Hantaran udara bebas piawai
(standard free air delivery) merujuk kepada udara bebas di atmosfera yang
berada pada tekanan atmosfera 1.013 bar (mutlak) dan suhu persekitaran pada 20oC
yang telah dimampatkan oleh pemampat dan ia disimpan di dalam penerima. Walau
bagaimanapun, kadar alir udara yang selalunya digunakan ialah 800 l/min
hantaran udara bebas piawai. Kalau dibandingkan dengan sistem hidraulik,
bendalir kerja sistem hidraulik akan dipamkan dari tangki menuju ke sistem.
Bunyi bising akan keluar dari pam
semasa beroperasi. Walaupun sistem pneumatik ini mempunyai pemampat yang
disimpan di tempat lain (selalunya tidak diletakkan bersama dengan alat kerja)
tetapi semasa operasinya, injap atau komponen lain sistem pneumatik ini akan
mengeluarkan bunyi akibat pelepasan udara ke atmosfera. Walaupun begitu,
penyenyap akan digunakan untuk mengurangkan masalah bunyi bising ini.
Sistem pneumatik digunakan secara
meluas dalam industri pembuatan yang banyak menggunakan peralatan ringan atau
seperti peralatan mesin canai mudah alih, pemutar sepana soket, sistem automasi
dalam industri pemasangan komponen elektronik dan sistem robotik yang digunakan
pada mesin larik CNC.
Kegunaan pneumatik
i.
Mengangkat dan memindahkan objek.
ii.
Memotong, mengecap, mengapit dan membentuk komponen.
iii.
Membungkus.
iv.
Memindahkan
bahan atau barangan (ambil dan letak).
v.
Menyusun peralatan.
vi.
Sistem pintu bas.
vii.
Penyemburan cat.
viii.
Robot.
Kelebihan dan kekurangan pneumatik
Pneumatik banyak digunakan kerana mempunyai
kelebihan. Di antara kelebihan menggunakan pneumatik ialah:
- Sistem pneumatik dapat dikerjakan dan dipraktikkan. Kecekapannya tinggi pada suhu bawah 120 o C.
- Sistem ini bersih dan selamat, jika berlaku kebocoran paip, ia tidak menimbulkan masalah pencemaran alam kerana ia hanya menggunakan udara.
- Pergerakan linear (linear actuator) dapat beroperasi dalam kelajuan yang tinggi.
- Injap pneumatik sesuai untuk fungsi logik dan digunakan untuk turutan yang kompleks dan kombinasi mesin.
- Elemen-elemen dan perkakasnya mudah dan ini menjadikannya ia murah
- Mudah untuk diselenggarakan.
Namun begitu pneumatik mempunyai kekurangan. Di
antara kelemahan sistem pneumatik ialah:
i.
Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya.
ii.
Memerlukan
pembersihan udara.
iii.
Daya angkat
yang rendah iaitu 25 kN.
iv.
Kedudukan perantaraan yang susah untuk
diubah.
v.
Pencemaran bunyi dan memerlukan
penyerap bunyi.
Risiko
menggunakan pneumatik.
Semua udara bertekanan adalah merbahaya. Udara yang bertekanan tinggi dan
nitrogen adalah beracun teapi tidak mudah terbakar. Oleh itu ia perlulah
dikendalikan dengan penuh berhati-hati. Ada
diantara sistem pneumatik yang beroperasi pada udara yang mempunyai tekanan
3000 psi. Udara yang bertekanan tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan pada
tubuh badan dan merosakkan harta benda. Beribu-ribu orang pekerja telah sesak
nafas dan buta mata kerana kecuaian semasa mengendalikan peralatan pneumatik.
Gas nitrogen yang terdapat didalam udara yang telah dimampatkan tidak dapat
membantu untuk pernafasan apabila ia dilepaskan pada udara sekeliling. Gas
nitrogen yang banyak akan menyebabkan 'asphyxia' iaitu kurangnya kandungan gas
oksigen dan bertambahnya kandungan gas karbon dioksida di dalam darah.
Langkah-langkah keselamatan
Kecederaan dan kemusnahan harta benda dapat dikurangkan semasa
menggunakan peralatan pneumatik dengan menitik beratkan langkah-langkah
keselamatan semasa mengendalikannya. Diantara langkah-langkah keselamatan yang
perlu dipatuhi ialah:
i.
Jangan menggunakan udara bertekanan tinggi untuk membersihkan tubuh badan dan pakaian.
ii.
Jangan sesekali
membaikpulih kebocoran semasa udara masih dalam keadaan bertekanan
tinggi. Sentiasa meletakkkan tag ‘bahaya’
pada alatan yang sedang dalam pembaikan.
iii.
Elakkan haba yang panas terkena pada sistem saliran
paip atau komponen dan elakkan mengalirkan udara yang bertekanan tinggi pada
paip secara mendadak.
iv.
Elakkan
membuka injap dengan cepat. Haba yang terhasil daripada tekanan yang mendadak
pada saliran paip yang kosong boleh menyebabkan berlakunya letupan jika terdapat minyak di dalam saliran paip. Injap
sepatutnya dibuka perlahan-lahan sehinggalah tekanan dikedua-dua belah bahagian
seimbang. Nilai purata
tekanan udara sepatutnya dikekalkan pada 200 psi persaat jika boleh. Selepas
itu barulah injap dibuka sepenuhnya.
v.
Jangan
sesekali menyuntik gas nitrogen
dengan banyak secara mendadak ruang yang kosong.
vi.
Jangan sesekali meletakkan selinder gas yang bertekanan
tinggi pada suhu melebihi 130˚F.
Click ads for your tq or like.
No comments:
Post a Comment