Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label Inovasi. Show all posts
Showing posts with label Inovasi. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

MINYAK WANGI DARIPADA SAWIT part 1


PENGENALAN


Minyak wangi ialah campuran minyak pati, sebatian aromatik, penguat dan pelarut yang memberikan bau yang menyenangkan pada tubuh badan, objek dan benda hidup. Jenis dan kuantiti sesuatu pelarut yang bercampur dengan minyak pati pula menentukan jenis sesuatu minyak wangi itu sama ada ekstrak minyak wangi. Umumnya, minyak pati ialah bahan utama dalam penyediaan minyak wangi dan ia diperoleh daripada bahan semula jadi.
Peningkatan luas penanaman kelapa sawit dan peningkatan penggunaan bahan mentah kelapa sawit sudah pasti membawa kepada peningkatan hasil bahan buangannya. Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk menggunakan semula sisa buangan ini bukan sahaja produk baharu terhasil malah pada waktu yang sama masalah lambakan bahan buangan kelapa sawit juga dapat dapat diatasi. Menyedari hakikat ini langkah yang diambil untuk penghasilan minyak wangi daripada bahan tempatan perlulah disokong oleh semua pihak. Manakala pihak pengeluar hendaklah memastikan pengeluarannya memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa serta citarasa pengguna seagai sasarannya.
Dalam kehidupan seharian penggunaan minyak wangi sering digunakan ketika menhadiri majlis-majlis tertentu, ke tempat kerja, aktiviti-aktiviti seharian dan sebagainya. Bagi setiap penggemar atau pengguna minyak wangi ini boleh dikatakan menggunakannya hampir setiap hari mengikut keperluan dan tujuan tertentu. Malahan jenis minyak wangi yang digunakan juga boleh menentukan ciri-ciri si pemakainya.

LATAR BELAKANG


Dahulu, bahan yang digunakan untuk membuat minyak wangi ialah damar, kulit kayu manis, herba, bunga, gambir, lada hitam, kapur barus, kopi serta tebu. Pemburuan pengusaha minyak wangi terhadap sumber untuk dijadikan ramuan membuat minyak wangi menyebabkan permintaan dunia yang tinggi terhadap bahan semula jadi ini. Peredaran zaman memperlihatkan lambakan minyak wangi terutama dari luar negara dalam pasaran tempatan.
Temu bual eksklusif  “Memperkasa pertanian baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan RMK-9” bersama Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd. Yassin pada 22 Jun 2006, “ kerajaan akan membangunkan program Pertanian baru dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian dan meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.’ Strategi ini menggariskan secara jelas strategi utama ke arah merealisasikannya. Dari sudut perkembangan ekonomi dunia, industri bioteknologi dunia dianggarkan meningkat dengan memberansangkan.
Oleh itu peluang ini direbut oleh pengusaha-pengusaha tempatan untuk meneroka bidang baru seperti pengeluaran minyak wangi ini. Hasrat mengkomersialkan hasil pertanan ini ke peringkat antarabangsa daripada peningkatan persaingan di peringkat global berdasarkan produk-produk yang berdaya saing, berpotensi dalam pasaran lebih meluas. Apa yang penting produk-produk yang dikeluarkan perlu inovatif serta memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa.
Misi Nasional yang dirangka dalam RMK-9 merangkumi lima teras utama yang mana dalam Teras Pertama ; Meningkatkan Nilai Tambah dalam Ekonomi Negara seperti yang dihuraikan di atas. Ianya meliputi tiga sektor utama ekonomi iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Perkembangan ini dilihat oleh seluruh warga Malaysia sebagai satu peluang untuk terus meealisasikan kemajuan dengan lebih cemerlang sebagai usahawan dan juga pengguna yang bijak memilih produk-produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa. Tambahan pula ianya dapat memenuhi sasaran pengeluaran produk halal negara bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa.

JENIS MINYAK WANGI


Terdapat empat jenis minyak wangi dan setiap minyak dibezakan berdasarkan peratusan sebatian aromatik yang terkandung di dalamnya.
Jenis minyak wangi tersebut adalah ekstrak minyak wangi yang mengandungi 20 peratus hingga 40 peratus sebatian aromatik dan Eau de Parfume (EDP) yang mengandungi 10 peratus hingga 30 peratus ekstrak sebatian aromatik. Eau de Toilette (EDT) pula mengandungi 5 peratus hingga 20 peratus ekstrak sebatian aromatik.Manakala Eau de Colognes (EDC) pula mengandungi 2 peratus hingga 3 peratus ekstrak sebatian aromatik.
Selain menentukan jenis sesuatu minyak wangi, kuantiti sebatian aromatik dalam minyak wangi juga menentukan tempoh masa aroma sesuatu minyak wangi itu mampu bertahan. Aroma ekstrak minyak wangi mampu bertahan paling lama sehingga 60 jam. Manakala EDC hanya mampu bertahan dua jam. Oleh itu, pengguna boleh memilih jenis minyak wangi yang mana satu sebagai pilihan mereka.
Kepelbagaian minyak wangi di pasaran mendorong pengguna bersifat selektif dengan memilih minyak wangi yang berjenama sahaja, sedangkan hakikatnya kesesuaian sesuatu haruman terletak pada kombinasi haruman tersebut dengan bau badan seseorang. Justeru sebagai pengguna yang bijak, kita wajar memilih jenis minyak wangi yang benar-benar sesuai dengan diri kita mengatasi jenama sesuatu produk.

KLASIFIKASI MINYAK WANGI


Minyak wangi boleh diklasifikasikan kepada enam famili olfaktif iaitu :
i.                    Famili Bunga
ii.                  Famili Chrype (bau-bauan bersumberkan shrubs, oakmoss dan labdanum)
iii.                Famili Herba
iv.                Famili Tumbuhan Berkayu
v.                  Famili Patchouli (berbau manis dan pedas)
vi.                Famili Vanila

i.                    Famili Bunga
Famili bunga ialah bau-bauan daripada bunga. Kebiasaannnya, bunga yang digunakan berbau harum seperti mawar, kenanga, melur dan sebagainya. Bunga mawar dipilih kerana baunya yang harum dan sesuai digunakan dalam apa-apa jua keadaan. Contohnya, air mawar yang dihasilkan oleh Syarikat Mustika Ratu bukan sahaja digunakan dalam makanan tetapi juga dalam acara perkahwinan ataupun acara pengebumian.
ii.                  Famili Chrype (bau-bauan bersumberkan shrubs, oakmoss dan labdanum)
Bau-bauan famili chrype adalah bersumberkan shrubs (minyak yang diperoleh daripada anggur), oakmoss (lumut berwarna kuning yang tumbuh pada pokok oak) dan labdanum (cecair yang berbau manis daripada sejenis tumbuhan iaitu Cistus ladanifer seperti aprikod dan kastard).
iii.                Famili Herba
Famili herba pula bersesuaian  dengan perwatakan lelaki yang keras. Lavender dan oakmoss tergolong dalam kumpulan ini dan ia bercirikan herba berbau tajam dan keras. Sesetengah tumbuhan boleh tergolong kepada famili olfaktif yang lain seperti oakmoss yang termasuk dalam famili chrype dan famili herba.
iv.                 Famili Tumbuhan Berkayu
Cedar (aroma yang diperoleh daripada pokok genus Cedrus) dan sandalwood (aroma yang diperoleh daripada pokok genus Santalum) merupakan contoh tumbuhan yang berasal daripada famili ini.
v.                   Famili Patchouli (berbau manis dan pedas)
Famili Patchouli yang biasanya digunakan untuk membuat kapur barus dan sering digunakan dalam penghasilan sabun. Ia lebih bersifat aroma terapi yang menenangkan fikiran seseorang.
vi.                 Famili Vanila
Famili vanilla merupakan famili olfaktif yang bersumberkan vanilla. Banyak produk telah dihasilkan daripada famili ini yang antaranya esen vanilla yang digunakan dalam makanan, ubat-ubatan, produk kosmetik dan minya wangi.

SEJARAH PEMBUATAN MINYAK WANGI

Seni pembuatan minyak wangi pada awalnya bermula di Mesir tetapi dimajukan dan diperhebat oleh orang-orang Arab dan Parsi. Selepas itu, barulah ilmu pembuatan minyak wangi mula tersebar ke Eropah pada awal abad ke-14. Di Asia Timur, kebanyakan minyak wangi bersumberkan kayu wangi. Contoh kayu wangi ialah kulit kayu manis, bunga cengkih dan kayu sugi.
Tamadun Islam telah menyumbang secara langsung alam perkembangan pembuatan minyak wangi. Hal ini terbukti apabila beberapa kaedah baharu untuk mengekstrak minyak pati diperkenalkan. Antaranya termasuklah penyulingan stim dan kaedah pemampatan bahan-bahan semula jadi oleh orang Islam pda waktu itu. Harga sesuatu minyak wangi menjadi lebih mahal apabila bahan-bahan semulajadinya sukar didapati dan perlu diperam bagi suatu jangka masa yang lama hingga mencecah beberapa tahun.
Menyedari akan kepentingan bahan eksotik ini, pedagang-pedagang Arab dan Parsi telah menyemai benih herba dan tumbuhan yang dapat menghasilkan minyak pati untuk ditanam di negara-negara mereka sendiri. Antara benih yang disemai termasuklah bunga melur yang ditanam secara meluas di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Pelbagai jenis sitrus pula yang berasal dari Asia Timur ditanam dengan meluasnya di Turki.
Minyak wangi yang telah lama digunakan oleh orang Islam di Asia Timur sebelum abad ke-14. Ia lebih dikenali sebagai minyak atar yang diperbuat daripada bunga safron dan dihasilkan menggunakan kaedah pengekstrakan kerana bunga saffron tergolong dalam famili bunga.
Pada zaman Renaissance (akhir abad ke -15), penggunaan minyak wangi tertumpu dalam kalangan pihak istana. Contohnya, pembuat minyak wangi diraja Rusia, iaitu Earnest Beaux telah menghasilkan Chanel No 5 yang pada asalnya diperintahkah oleh Raja Rusia pada waktu itu supaya membuat minyak wangi khas untuk keluarga diraja. Pada abad ke-18 pula, industri pemuatan minyak wangi semakin berkembang maju di Eropah sehingga pokok herba yang berpotensi dijadikan minyak wangi ditanam dengan banyaknya di Grasse, Perancis. Malah Perancis telah menjadi pusat penyelidikan dan pembuatanminyak wangi terpenting di Eropah pada masa itu.

DEFINISI PEMBUATAN

Pembuatan masa kini merupakan aktiviti komersial oleh syarikat-syarikat yang menjual produk kepada pengguna. Jenis pembuatan yang dilakukan bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan. Dari segi teknologi, pembuatan bermaksud aplikasi proses-prosesfizikal dan kimia untuk menukar geomatri, sifat dan atau rupabentuksesuatu bahan awalan untuk menghasilkan produk. Proses-proses yang digunakan untuk menjayakan pembuatan melibatkan gabungan mesin, alat, tenaga dan pekerja.
Manakala dari segi ekonomi pula pembuatan ialah transformasi bahan mentah kepada item yang lebih tinggi nilainya melalui satu atau lebih operasi pemprosesan.. Pembuatan akan menambah nilai ke atas bahan dengan menukar bentuk atau sifatnya atau dengan digabungkan bersama bahan lain yang telah juga diubah keadaannya. Bahan ini menjadi semakin  berharga melalui operasi pembuatan yang dilakukan ke atasnya.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PEMBUATAN

Pembuatan aktiviti yang kompleks melibatkan pekerja yang mempunyai bidang disiplin dan kemahiran yang luas, pelbagai jenis mesin, peralatan dan perkakas dengan beberapa peringkat automasi pula termasuklah komputer, robot dan peralatan pengendalian bahan. Aktiviti-aktiviti pembuatan perlulah responsif kepada sejumlah permintaan atau tuntutan dan’trend’ semasa serta persaingan pasaran yang semakin sengit cabarannya.
Antara factor-faktor yang mempengaruhi pembuatan ialah :
i.                    Sesuatu produk mestilah memenuhi sepenuhnya keperluan reka bentuk, spesifikasi dan piawaian.
ii.                  Sesuatu produk juga mestilah dihasilkan oleh kaedah yang paling ekonomik dan pada masa yang sama mesra alam.
iii.                Kualiti mestilah terbina ke dalam produk pada setiap peringkat, daripada reka bentuk sehinggalah penghasilan produknya.
iv.                Dalam persekitaran yang kompetetif, kaedah pengeluaran haruslah bolehsuai secukupnya sebagai respon kepada perubahan pasaran, jenis produk, kadar pengeluaran dan kuantiti pengeluaran di samping memberikan khdimat penghantaran yang tepatpada masanya kepada pengguna.
v.                  Pembangunan baru dalam bahan, kaedah pengeluaran dan penyepaduan komputer dktiviti teknologi  dan pengurusan bagi organisasi pembuatan mestilah dikemaskinikan sentiasa supaya tidak ketinggalan zaman dan relevan.
vi.                Aktiviti-aktiviti pembuatan haruslah dilihat sebagai suatu system yang besar di mana semua komponen berasingan adalah saling berhubungan di antara satu sama lain.
vii.              Para pengeluar hendaklah bekerja bersama atau seiring dengan pengguna bagi mendapatkan maklum balas yang tepat pada masanya supaya usaha pembaikan berterusan ke atas produk dapat dilakukan.
viii.            Organisasi pembuatan hendaklah sentiasa berusaha ke arah peningkatan produktiviti, yang ditakrifkan sebagai penggunaan yang optimum bagi semua sumber : bahan, mesin, tenaga, modal, pekerja dan teknologi. 

KAEDAH PENYEDIAAN / PEMBUATAN MINYAK WANGI

Terdapat pelbagai kaedah untuk menyediakan minyak wangi yang antaranya termasuklah kaedah penyulingan, pengekstrakan pelarut dan proses pemampatan.
Kaedah penyulingan merupakan kaedah yang sering digunakan untuk mendapatkan minyak pati ataupun sebatian aromatik Tumbuhan seperti bunga atau rumput yang dipilih, dimasukkan ke dalam kelalang penyulingan dengan pelarut. Seterusnya, larutan ini dipanaskan sehingga bau yang dikehendaki keluar daripada bahan tersebut dan dikumpulkan melalui proes kondensasi penyulingan wap. Dalam hal ini, pelarut berfungsi mengekalkan buau agar tidak hilang di samping mengumpul minyak pati.
Click ads for your tq or like.

Friday, May 6, 2011

INOVASI DALAM PENGURUSAN DAN PENGELUARAN KAYAK DARIPADA BAHAN LOGAM

 
1.      Pengenalan

            Sejarah tamadun dunia zaman dahulu dan sekarang menunjukkan betapa manusia bukan sahaja bujak membentuk pola hubungan interaksi sesama manusia, bangsa dan agama tetapi mereka turut berupaya berinteraksi dalam pelbagai hala sehingga terjalin kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang kehidupan. Setiap waktu, ada sahaja produk dan objek baru yang dicipta berikutan kretiviti manusia sehingga melengkapi dan menyenangkan kehidupan mereka di seluruh muka bumi.
            Dari semasa ke semasa, objek dan produk terhasil sentiasa berubah kerana mengalami inovasi. Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru (Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, 2011). Salah satu bahan yang tidak terkecuali mengalami inovasi ialah logam. Pelbagai produk telah terhasil melalui logam antaranya kereta.

  1. Latarbelakang sejarah produk
            Kereta merupakan salah satu ciptaan manusia yang hebat. Sejarah awal siapa yang mencetuskan idea kereta tidak dapat dipastikan. Penemuan roda dalam tamadun manusia memberikan impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Kereta tidak mungkin akan tercipta jika tiada roda. Selepas terciptanya kereta, pengangkutan amat penting kepada manusia untuk bergerak ke suatu destinasi ke destinasi yang lain dan juga sebagai medium untuk mengangkat barang. Sebelum penciptaan kereta, keldai, lembu dan kuda dikerah keringat mereka digunakan sebagai alat pengangkutan manusia.
            Idea membuat kereta tercetus pada tahun 3500 Sebelum Masihi berdasarkan prinsip mekanik. Idea ini tercetus di kalangan masyarakat Sumeria yang tinggal di kawasan di antara sungai Tigris dengan Euphrates. 5000 tahun selepas itu sehingga pertengahan abad ke 18, berlaku banyak kemajuan dalam bidang penciptaan kereta. Selepas itu, orang Roman telah mula mencipta kereta daripada besi. Enjin wap turut membuka ruang kepada peciptaan sesebuah kereta dan seterusnya mengubah lanskap teknologi dengan begitu cepat.
            Tahun 1771, kereta pertama dicipta oleh Nicholas Joseph Cugnot untuk keguaan Menteri Peperangan Perancis. Kereta ini menggunakan enjin wap dan beroda tiga. Tahun 1983, Amedee Bolle dari Perancis mencipta kereta wap untuk 12 orang penumpang. Tahun 1889, kereta moden telah dihasilkan oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach. Kereta ini menggunakan enjin gasoline dua liter, transmisi empat kelajuan dan berkuasa 1.5 kuasa kuda. Pada tahun yang sama, Karl Benz dari Jerman turut menghasilkan enjin berkuasa gasoline (Schey, John A, 2009).
            Tahun 1891, Panhard Levassor dari Perancis mencipta kereta berenjin hadapan. 1895, beliau mencipta kereta saloon (berkabin). 1896, Henry Ford dari Amerika Syarikat mencipta kereta berkuasa gasolin (Azhar Hamid et al., 2006).

  1. Sifat semula jadi dan ciri-ciri bahan/sumber yang dipilih

Logam
Ketumpatan
(kg/m³)
Takat lebur
(°C)
Haba tentu
(J/kg K)
Keberalian haba
(W/m K)
Aluminium
2700
660
900
222
Aloi aluminium
2630-2810
476-654
880-920
121-239
Kuprum
8970
1082
385
393
Besi
7860
1537
460
74
Keluli
6920-9130
1371-1532
448-502
15-52
Nikel
8910
1453
381-544
92
Tungsten
19290
3410
138
166

Sifat-sifat fizikal logam pada suhu bilik
            Ketumpatan sesuatu bahan ialah jsim per unit isipadu. Untuk sesetengah penggunaan, seperti kereta, penggunaan bahan yang ringan tetapi kuat adalah penting kerana hasilnya menjadi lebih ekonomik. Takat lebur sesuatu bahan bergantung kepada tenaga yang diperlukan untuk memisahkan atom-atom bahan tersebut. Bahan tulen mempunyai takat lebur tertentu. Sedangkan aloi mempunyai jula suhu lebur yan tertentu, sesetengahnya agak besar. Takat lebur aloi bergantung kepada komposisinya. Takat lebur logam mempunyaikesan yang tidak langsung kepada opesari pembuatan. Oleh sebab suhu penghabluran semula sesuatu logam itu ada hubungan dengan takat lebur, maka proses-proses rawatan haba dan pengerjaan panas memerlukan kita mengetahui takat didih dan takat lebur bahan yang terlibat.
            Haba tentu ialah tenaga yang perlu untuk meningkatkan suhu bagi satu unit jisim bahan sebanyak satu darjah. Unsure-unsur aloi memberi kesan yang kecil terhadap haba tentu sesuatu logam. Pertambahan suhu pada benda kerja akibat daripada operasi pembentukan atau pemesinan ada kaitannya dengan kerja yang dilakukan dan haba tentu bahan tersebut. Keberalian haba menunjukkan senang atau susah haba mengalir di dalam bahan tersebut. Lazimnya bahan logam dengan atom-atomnya terikat secara ikatan logam akan mempunyai keberaliran haba yang tinggi (Zainal Abidin Ahmad, 1999).

  1. Teknologi & Aktiviti inovasi

            Pada peringkat awal, badan kereta mempunyai kerangka keluli yang dipasang pada panel kayu. Selepas itu, kayu digantikan dengan badan keluli sepenuhnya yang masih perlu disatukan dengan kerangka yang lebih besar. Keperluan untuk mengurangkan berat menyebabkan persaingan untuk menghasilkan ekabadan. Semua badan keluli tanpa terkimpal dibuat daripada keluli berkarbon rendah yang mempunyai sifat pembentukan yang sangat dikehendaki.
            Pada tahun 1950-an, bumper kereta diperbuat daripada keluli yang ditekan dengan banyak yang disalut krom untuk melindungi daripada kakisan dan mempunyai kepancaran maksimum. Bamper yang digunakan kini mempunyai lapisan permukaan plastik supaya tahan lasak dan warnanya disesuaikan dengan warna badan kereta supaya kelihatan menarik. Plastic ini disokong dengan logam tekan (aloi keluli atau aluminium) yang mempunyai bentuk yang ringkas supaya dapat menahan hentaman.

            Bongkah besi tuangan bersifat lebih kuat dan dapat mengawal kesan menggeleding. Keadaan ini menyebabkan sesebuah kenderaan menjadi berat. Satu kaedah untuk mengatasi masalah ini dengan mencipta bongkah aluminium. Bahan tertentu perlu ditambah bagi meneguhkan aluminium dan mengurangkan ledingan akibat haba pembakaran.
            Kestabilan dan kekuatan rangka utama yang terletak pada casis ialah bahan binaan casis itu sendiri yang mana casis Proton Saga BLM diperbuat daripada keluli galvani (High Tensile High Strength Steel) yang mana mendapat pengiktirafan tiga bintang dari badan bebas TUV Germany, sama tahap dengan BMW 5 series. Besi galvani telah melalui proses kimia untuk tahan dari kakisan. Besi disaluti dengan lapisan zink kerana dapat mengelakkan pengaratan.
            Kaedah utama pembuatan keluli tahan kakisan adalah dengan menggabungkan logam lain dan zink. Apabila keluli tenggelam dalam zink yang cair, tindak balas kimia secara kekal boleh menjadikan keluli  bergalvani. Oleh kerana itu, zink bukan sahaja sebagai bahan tampal seperti cat dan tidak sebagai pelapik keluli tetapi ia benar-benar kekal menjadi sebahagian daripadanya (Wisegeek, 2005).
 
 Perbincangan

            Walaupun pelbagai inovasi dilakukan pada bahan-bahan untuk membuat sesebuah kenderaan, perkara yang perlu diambil perhatian kepada pembuat kenderaan ialah dengan menghasilkan kenderaan yang tidak terlalu berat. Jika terlau berat, sudah pasti kenderaan akan menggunakan bahan api yang banyak. Pada zaman sekarang, pengguna amat mencari-cari kenderaan yang jimat penggunaan bahan api.
            Penggunaan bahan logam mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja melambangkan nama syarikat malahan untuk keselamatan pengguna. Casis kenderaan mestilah kukuh dengan penghasilan logam yang berkualiti. Kita tidak mahu disebabkan casis yang lembut boleh menebabkan nyawa melayang.
 
      Penutup dan kesimpulan

            Automotif merupakan teknologi yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpanya, kita tidak akan mampu untuk bergerak dengan mudah ke mana-mana tempat yang ingin kita tujui. Teknologi yang dimajukan oleh manusia dalam kejuruteraan automotif merupakan satu perkara yang amat bermakna. Ia dapat digunakan untuk kebaikan bersama oleh semua orang. Malaysia juga tidak ketandusan dalam bidang automotif ini. Kita mampu untuk berkembangan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. Untuk itu, penerapan sains dan teknologi di kalangan semua orang perlu diteruskan demi menajadikan Malaysia sebagai sebuah negara mempunyai masyarakat berpengetahuan atau ’knowlegde society’.
            Logam untuk membuat sesebuah kenderaan mestilah ynag berkualiti dan telah menjalani penyelidikan agar kereta yang dihasilkan standing dengan jenama dari luar negara. Semoga tahun-tahun akan datang membawa Malaysia kearah kemajuan sains, teknologi dan inovasi yang cemerlang.

2.      Rujukan

Zainal Abidin Ahmad. (1999). Proses Pembuatan. Jld. 1. Skudai: UTM

Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi dan Muhamed Fauzi Othman (2006).            Rekacipta dan Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Edisi pertama. Skudai: Universiti         Teknologi Malaysia.

Schey, John A. (2009). Pengenalan kepada Proses Pembuatan. Jld 3. Kuala Lumpur: Attin Press             Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2011). Carian PRPM @ DBP Malaysia. Diperoleh pada Februari 8, 2011, dari laman web : http://prpm.dbp.gov.my.

Wisegeek (2005, Februari). What is Galvanized Steel. Diperoleh pada Februari 9, 2011 dari
            http://www.wisegeek.com
Click ads for your tq




Monday, April 11, 2011

INOVASI DALAM PENGURUSAN DAN PENGELUARAN KAYAK DARIPADA BAHAN KOMPOSIT (GENTIAN KACA)


Pengenalan

Era teknologi pembuatan dan rekabentuk produk yang begitu pesat pada masa kini telah membawa kepada satu perkembangan inovasi dalam kepelbagaian sumber bahan mentah untuk penghasilan produk. Komposit sebagai contoh adalah bahan yang dipertingkatkan keupayaannya dalam penghasilan produk. Menurut Kamus Dewan Bahasa komposit adalah bermaksud bahan yang dihasilkan melalui pencampuran dua atau lebih komponen atau bahan asli untuk membentuk suatu bahan yang mempunyai sifat yang lebih baik. Contoh yang banyak digunakan pada masa kini adalah pencampuran bahan logam menjadi aloi dan gentian kaca lembut (fibre glass) dengan bahan resin (gam + pengeras). Pelbagai lagi bahan komposit yang telah terhasil dari inovasi saintis dan jurutera yang terlibat dalam kejuruteraan bahan. Kemunculan pelbagai bahan komposit gentian kaca boleh di lihat berkembang pada tahun 1940an ketika kemuncak perang dunia kedua, pelbagai usaha yang drastik kearah revolusi dalam penghasilan barangan yang mempunyai sifat kekuatan tetapi ringan telah mencetuskan idea dalam penghasilan bahan komposit secara besar-besaran. Contohnya bahan komposit seperti aramid fibre yang digunakan untuk membuat helmet/ topi untuk kegunaan tentera. Fakta mengatakan penemuan penciptaan kaca telah dikesan semenjak 3500 sebelum masihi lagi di Mesopotamia, akan tetapi sejarah Fiber glass moden berlaku pada tahun 1930-an dimana Owens-Corning mula mencipta Fiber glass. Disini pengarang cuba menengahkan bahan komposit daripada gentian kaca yang mana lebih dikenali sebagai Fiber glass atau Fiber reinfoce polimer yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti inovasi manusia untuk menghasilkan kayak.  


Latarbelakang Sejarah Produk
           
Kayak adalah sebuah kenderaan yang boleh terapung diatas air yang biasanya digunakan untuk melalui kawasan berair seperti tasik, sungai dan kawasan persisir pantai. Sejarah kayak mula digunakan oleh masyarakat Artic dimana kayak digunakan untuk aktiviti memburu. Panjang kayak biasanya berukuran diantara 16 hingga 19 kaki dengan pelbagai bentuk samada mempunyai satu ruang dan dua ruang tempat duduk. Kini melalui inovasi dan perkembangan pembuatan kebanyakan kayak telah dikomersialkan dimana ianya diperbuat daripada Gentian kaca. Proses penambahbaikan atau inovasi ini telah menghasilkan kayak yang mempunyai ketahanan yang lebih baik, tahan hentakan, tidak mudah rosak disebabkan air, menjadi lebih ringan dan mudah dihasilkan untuk pengeluaran kayak berskala besar.

Sifat Semulajadi & Ciri-ciri Bahan

Fibre glass atau Gentian kaca adalah terhasil daripada percampuran kering antara pasir sungai(silica sand) dan limestone dan asid boric. Untuk menghasilkan Gentian kaca, bahan campuran tersebut perlu dicairkan pada suhu 1260 ̊C. Kebaikan bagi bahan composit dari jenis Gentian kaca adalah produk akhir akan menghasilkan kekuatan produk  yang mempunyai tegangan yang tinggi, rintangan kepada kepanasan yang tinggi, lebih ringan, kalis minyak dan air serta ianya murah dan merupakan penebat kepada arus elektrik.

Melalui inovasi dan perubahan teknologi kini, bahan fiber glass yang telah diproses boleh diperolehi dalam beberapa ciri seperti berikut :
v  Continous fibres
v  Chopped fibres (15mm panjang setiap tetali)
v  Woven fabric.
v  Mats ( Chopped Strand Mat, CSM )


Teknologi dan Aktiviti Inovasi

Kini teknologi Gentian kaca telah berkembang pesat dengan penemuan inovasi seperti Fiber reinfoce polimert yang digunakan dalam penghasilan bukan sahaja kayak akan tetapi banyak lagi produk lain seperti badan bot, tangki simpanan air, badan kereta solar dan lumba, sayap kapal terbang dan beberapa lagi produk yang seumpamanya. Ianya dipilih berikutan keupayaan dan sifat-sifatnya yang utama iaitu ringan dan kuat. Melalui inovasi kini terdapat beberapa kaedah dalam pembentukan produk menggunakan bahan komposit Gentian kaca untuk memudahkan cara pembuatan kayak contohnya:
v  Hand Lay-Up (bengkalai tangan)
v  Compression Moulding
v  Pultrusion Method
v  Filament Winding
v  Auto Clave Moulding
v  Vacuum Bagging
v  Infusion
Kaedah-kaedah yang digunakan di atas merupakan cetusan idea inovasi dalam menghasilkan bahan komposit Gentian kaca yang dapat meningkatkan kualiti produk dan  memudahkan pengeluaran produk secara besar-besaran.

Berikut dijelaskan salah satu kaedah yang biasa digunakan dalam penghasilan produk dari bahan komposit Gentian kaca iaitu secara Hand Lay-Up (bengkalai tangan)

Kaedah pembinaan : Hand Lay-Up (Bengkalai Tangan)
v  Proses membentuk gentian kaca lembut setelah dibasahi oleh resin ke atas acuan kepada bentuk yang dikehendaki (produk).

Acuan dihasilkan menggunakan kayu mengikut rupabentuk produk dan saiz yang dikehendaki dan kemudiannya pembentukan lapisan-lapisan daripada bahan-bahan seperti iaitu Gentian kaca, bahan pengikat iaitu resin dan bahan pengeras di sapukan keatas acuan untuk membentuk menikut bentuk acuan.
 
Kaedah pembinaan : Auto Clave Moulding
v  Proses membentuk gentian kaca diatas permukaan acuan yang dipicu secara automatik oleh alat pemicu rasin.

Perbincangan

Pembinaan produk dari bahan komposit tidaklah terlalu rumit. Malah kos barangan yang terlibat juga murah berbanding bahan lain. Namun bagi penghasilan produk dari kaedah bengkalai tangan (Hand lay-up) memerlukan kreativiti dan ketelitian kerana gerak kerjanya tidak dibantu oleh mesin. Sebarang kelalaian perlu dielak untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Seperkara yang agak sukar tetapi sangat penting dalam proses ini adalah untuk menghasilkan acuan. Acuan memainkan peranan penting dalam rupabentuk dan rekabentuk produk yang hendak dihasilkan. Daripada permasalahan seperti inilah timbulnya idea inovasi untuk memudah dan menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti penggunaan acuan berteknologi baru iaitu kaedah Auto Clave Moulding.

Permintaan barangan yang dihasilkan oleh bahan fiber glass kini sangat tinggi. Sebagai contoh pembinaan produk kolam ikan hiasan, landskap air terjun buatan, tangki air simpanan, bot dan banyak lagi, kini mendapat tempat dihati pengguna kerana keupayaan produk dari bahan ini yang kalis air, tidak berkarat, kuat dan ringan. Keupayaan produk komposit untuk direkabentuk juga tidak terbatas. Melalui inovasi dan pengurusan pengeluaran produk yang sistematik mampu menjadikan proses pengeluaran lebih mudah seterusnya dapat memenuhi keperluan manusia dan mempelbagaikan lagi produk untuk dihasilkan.


Penutup & Kesimpulan

Daripada hanya sekadar pasir seterusnya menjadi kaca dan terolah menjadi Gentian kaca yang boleh memberi tambah nilai produk keperluan manusia. Inilah yang dinamakan inovasi terhadap sumber kekayaan tuhan dimana manusia digalakkan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan memenuhi kehendak manusia. Jesteru itu inovasi pembinaan produk dari bahan komposit seperti fiber glass dan carbon fiber berkembang dengan begitu pesatnya sehingga kebanyakkan produk pada masa kini mengadaptasikan penggunaan bahan dari jenis ini. Sebagaimana pentingnya bahan-bahan binaan produk dari jenis besi, kayu dan plastik yang lazim digunakan begitu jugalah pengetahuan yang wajib diberi tumpuan kearah perkembangannya dalam bahan komposit ini.


Rujukan
Dr. Amran Alias(2009), Nota ‘Introduction to Composites’, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM.
Nota Fibre Glass Degree++ Short Course, Dr. Amran Alias, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM.

click for your tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...