Pages

Monday, June 11, 2012

ELITE IRON BOARD p1


PENGENALAN

Dalam menghadapi cabaran serta perubahan masa yang semakin mencabar, kita sering terdedah kepada permasalahan penggunaan barangan yang  semakin ketinggalan dari segi fungsi, bentuk serta kecekapan penggunaannya. Kini masa memainkan peranan penting dalam kehidupan, setiap perkara serta kerja yang dilakukan sebolehnya dapat memberi keselesaan kepada pengguna semasa proses menggunakan sesuatu produk tersebut. Bagi memudahkan serta mempercepatkan sesuatu aktiviti serta kerja yang dijalankan pelbagai penemuan serta rekacipta yang baru akan muncul yang terhasil daripada permasalahan yang timbul.
            “ELITE IRON BOARD” merupakan antara alatan yang  terpenting dalam sesebuah rumah. Manakala aktiviti menggosok pakaian merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi sekumpulan peringkat umur untuk kelihatan kemas dan cantik pada pandangan semua manusia.  Perciptaan pelbagai jenis Iron Board di pasaran ini perlu bagi membantu dalam proses menggosok pakaian dalam keadaan yang memberikan keselesaan kepada pengguna dan mempunyai ciri – ciri keselamatan yang maksimum . Perciptaan“ELITE IRON BOARD”   ini pastinya dapat membantu dalam proses menggosok pakaian dengan lebih senang dan sistematik kepada pengguna. Perciptaan barangan sebegini walaupun kelihatan biasa pada pandangan pengguna namun ia memberi impak yang cukup besar bagi sesiapa yang menggunakannya.
            Sebenarnya penciptaan produk “ELITE IRON BOARD” ini boleh dianggap penting untuk pengguna masa kini memandangkan semua pengguna perlu menjaga keselamatan semasa menggunakan sesuatu peralatan elektrik yang perlu ada ciri – ciri keselamatan semasa menggunakannya. Dahulu, kebanyakan orang ramai yang ingin menggosok pakaian untuk ke pejabat, sekolah, majlis, dan ke mana – mana sahaja hanya menggunakan alas kain sahaja untuk mengosok pakaian. Namun kini, dengan penciptaan Iron Board yang pelbagai jenis di pasaran yang lebih selesa, selamat, dan senang digunakan pada bila – bila masa sahaja. Perciptaan “ELITE IRON BOARD” ini di percanggihkan lagi daripada iron board yang sedia ada di pasaran dengan menambahkan ciri – ciri keselamatan kepada pengguna supaya dapat memberi kepuasan yang maksimum kepada pengguna. Idea “ELITE IRON BOARD” ini diilhamkan secara teratur dan sistematik dalam menyelesaikan masalah yang sering timbul dalam proses menggosok pakaian. “ELITE IRON BOARD” ini di cipta sebagai penyokong untuk memudahkan pengguna meletakkan seterika semasa proses menggosok pakaian di lakukan.

LATAR BELAKANG MASALAH

PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DATA

Bagi memastikan objektif penciptaan produk ini tercapai dengan jayanya serta diterima oleh segenap lapisan pengguna. Kajian yang lebih mendalam serta terperinci dilakukan. Kami berusaha mencari serta mengumpul maklumat serta data yang berguna dengan menggunakan pelbagai kaedah serta cara yang sistematik bagi memastikan penciptaan produk kami berjaya ke pasaran serta mendapat tempat  di hati pengguna. Melalui daripada segala pengumpulan maklumat dan data tentang produk yang akan kami ciptakan ini, kebanyakannya kami perolehi daripada pelbagai sumber diantaranya ialah melalui pencarian internet, buku, pemerhatian dan sebagainya. Bagi memastikan produk yang akan dihasilkan memenuhi permintaan pasaran semasa serta mendapat tempat di hati pengguna maka beberapa kaedah bagi pengumpulan data telah dijalankan diantaranya adalah :

  • Idea Sebenar
      Satu usul kajian telahpun kumpulan kami jalankan ke atas produk yang sedia ada di pasaran bagi memperoleh data serta maklumat yang lengkap yag berkaitan untuk diaplikasikan ke atas produk yang baru yang akan kami ciptakan. Antara perkara yang ditekankan adalah mengenai maklumat berkenaan dengan rekabentuk produk, penggunaan teknologi yang diketengahkan bersesuaian dengan produk yang akan direkaciptakan, serta berkaitan dengan bahan dan juga kekemasan produk juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi.

  • Pemerhatian
      Ahli kumpulan kami turut menjalankan aktiviti pemerhatian secara menyeluruh terhadap segala yang berkaitan dengan produk yang akan kumpulan kami keluarkan. Oleh itu, pelbagai kaedah pemerhatian kumpulan kami jalankan diantaranya pemerhatian ke atas pasaran, pengguna serta pusat-pusat penyelidikan bagi memperolehi maklumat tentang penggunaan peralatan, teknologi yang digunakan serta proses- proses yang berkaitan dengan rekabentuk yang telah dijalankan supaya kami dapat mengaplikasikannya ke atas produk keluaran kami.

  • Pencarian Melalui Internet
      Bagi memastikan produk keluaran kumpulan kami lebih kompleks serta memenuhi pelbagai fungsi yang memenuhi citarasa para pengguna maka pencarian maklumat melalui internet perlu dilakukan bagi memperlengkapkan lagi maklumat yang telah sedia ada sebagai tambahan bagi kumpulan kami membuat rujukan tentang produk rekaan kumpulan kami. Pelbagai laman web telah kumpulan kami terokai berkenaan dengan rekacipta produk keluaran kumpulan kami nanti.

  • Soal Selidik
      Maklumat melalui kajian soal selidik juga penting perlu dijalankan bagi mendapat komen serta maklumat keluaran produk mendapat tempat di pasaran mahupun di hati pengguna. Melalui maklumat kajian soal selidik ini akan digunakan bagi mengetahui keperluan para pengguna mahupun ianya memenuhi kehendak pasaran  serta kehendak pengguna.
    
OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang dikenalpasti dalam penciptaan ELITE IRON BOARDini antaranya ialah:-

i)                    Memberi kepuasan kepada pengguna semasa menggunakan “ELITE IRON BOARD” yang tidak melenguhkan atau menyakitkan badan semasa proses menggosok pakaian kerana posisi/kedudukan semasa proses menggosok pakaian lebih memberikan keselesaan kepada pengguna.
ii)                  dapat menhasilkan produk yang berkualiti dari segi struktur produk, fungsi,warna,rupa bentuk yang menarik dan kualiti terjamin.
iii)                dapat mewujudkan produk bukan sahaja kelihatan menarik tatapi ia dapat menjamin mutu keselamatan kepada si pengguna.
iv)                Menghasilkan produk ”ELITE IRON BOARD” yang dapat menembusi pasaran global sejajar dengan kehendak pasaran serta membaiki kelemahan produk Iron Board yang sedia ada di pasaran.
v)                  Memberikan dan menghasilkan suasana kerja yang lebih teratur dan mudah dalam proses menggosok pakaian.
vi)                Mewujudkan dan menghasilkan peralatan yang dapat memberikan tahap keselamatan yang lebih terjamin.
vii)              Memberikan gambaran yang lebih positif pada masyarakat berkenaan dengan reka bentuk “ELITE IRON BOARD” yang senang di gunakan.
viii)            Melahirkan insan yang lebih menghargai teknologi yang baru dengan penggunaan “ELITE IRON BOARD” yang terkini dan moden. 

PENYELESAIAN MASALAH

            Penciptaan “ELITE IRON BOARD” ini telah menyelesaikan banyak masalah yang berbangkit pada sekian lama. Ia sedikit sebanyak telah memberikan sedikit kemudahan kepada orang ramai dalam proses menggosok pakaian. Seperti yang kita tahu bahawa kehendak manusia sentiasa berubah dan mengharapkan Iron Board yang lebih baik lagi yang mana dapat memberikan kepuasan lebih maksimum kepada mereka.
            “ELITE IRON BOARD” dicipta dengan menambah ciri-ciri keselamatan yang sedia ada pada Iron Board yang biasa ada di pasaran. Produk ini amat mementingkan keselamatan pengguna. Ini bermakna produk ini telah mengatasi masalah yang dihadapi oleh iron board yang biasa yang kurang mementingkan ciri-ciri keselamatan kepada pengguna. Keselamatan pengguna amat dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi permintaan pasaran. 
            Iron Board biasa yang berada di pasaran sekarang masih lagi kurang memberikan kepuasan dari segi fungsi, rupa bentuk dan struktur. Jadi “ ELITE IRON BOARD” yang direka ini cuba mengambil kira segala aspek kehendak pengguna masa kini. “ ELITE IRON BOARD” yang direka ini amat memuaskan hati pengguna dari segi fungsinya yang amat berkesan, rupa bentuk yang kemas dan menarik serta mempunyai struktur yang baik. Dengan adanya ciri-ciri di atas maka masalah yang dihadapi oleh iron board biasa di pasaran dapat diatasi melalui penambahbaikan iron board biasa kepada “ ELITE IRON BOARD” yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pengguna.
            Iron Board yang berada di pasaran masih banyak kekurangan terutamanya dalam masalah penyimpanan selepas digunakan. Didapati Iron Board yang berada di pasaran terlalu besar, sukar disimpan serta sukar untuk dibawa ke mana-mana. Apabila bentuknya sebegini ia kurang sesuai di simpan pada ruang rumah yang sempit dan kecil kerana ia dianggap menyemakkan keadaan kerana tidak tersusun rapi. Dengan terciptanya “ ELITE IRON BOARD” ini pastinya akan menggantikan segala kelemahan yang ada pada Iron Board yang sedia ada. “ ELITE IRON BOARD”  yang akan diciptakan memudahkan pengguna untuk menyimpan dengan kemas dan rapi serta fleksibel kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana. 
credit to cikgu yusnani
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment