Pages

Tuesday, June 12, 2012

ELITE IRON BOARD p2


KONSEP-KONSEP

KAJIAN PASARAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati hampir semua golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur memerlukan iron board untuk menggosok pakaian. Ini adalah kerana, menggosok pakaian adalah seperti satu kewajipan bagi masyarakat supaya pakaian yang dipakai nampak kemas. Jadi, untuk menggosok pakaian, maka iron board amat diperlukan supaya mudah untuk menggosok.
            Melalui kajian kami, di pasaran memang terdapat iron board yang dipasarkan dengan pelbagai jenama, rupabentuk dan harga. Macam-macam perbezaan antara setiap iron board yang ada di pasaran untuk menarik minat pembeli. Namun demikian, kami mendapati bahawa iron board yang ada di pasaran masih mempunyai banyak kelemahan. Jadi, kami berhasrat untuk memperbaiki kelemahan produk iron board yang sudah ada di pasaran dengan mengasilkan produk kami yang di beri nama “ELITE IRON BOARD”.
            Kami rasa, produk kami ini memang dapat menembusi pasaran tempatan mahupun antarabanga. Ini kerana, kajian pasaran yang telah kami jalankan mendapati bahawa pengguna inginkan produk yang mempunyai cirri-ciri kualiti yang terbaik dari segi rekabentuk, fungsi dan yang penting sekali mengutamakan keselamatan pengguna.
            Dengan produk “ ELITE IRON BOARD” kami ini, kami dapat ramalkan bahawa produk ini memang menepati kehendak pasaran.

STRATEGI PASARAN

Pemasaran produk ini akan menggunakan pelbagai jenis strategi pemasaran yang boleh diperolehi. Sebagai sebuah produk yang baru di pasaran adalah amat penting bagi mempergiatkan lebih kepada promosi memperkenalkan barangan kepada pengguna.  Strategi pemasaran boleh diertikan sebagai satu perancangan yang dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai matlamat. Untuk mencapai matlamat, dalam pemasaran perkara penting adalah “empat P” (product, Price, Promotian dan place), iaitu pengeluaran, harga, promosi dan tempat.
a) Keluaran :
            Kerana keluaran baru perlu diperkenalkan dipasaran, diterima pengguna serta menunjukan peningkatan yang baik. Keluaran mesti mempunyai sifat yang dapat menarik perhatian pengguna, antara sifat yang baik ialah reka bentuk, ekonomi, keselamatan, kualiti dan perkhidmatan.
b) Harga :
            Boleh didefinisikan sabagai nilai dalam bentuk wang dipersetujui oleh pembeli dan penjual. Harga yang ditentukan secara berpatutan akan menyebabkan jualan bertambah, imej keluaran dan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran bertambah baik dan campur tangan kerajaan berkurangan. Mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.

c) Promosi :
            Berbagai promosi barangan yang dirancang antaranya ialah tawaran istimewa, demontrasi, pengiklanan di media elektronik (audio atau audiovisual) dan media cetak atau secara jualan langsung. Pada peringkat pemulaan promosi mesin rempah ini akan dijalankan bagi memperkenalkan produk pada pelanggan supaya pengguna sedar akan kehadiran mesin ini dalam pasaran.

d) Tempat :
            Adalah faktor yang penting untuk menentukan kejayaan perniagaan. Tempat perniagaan yang dipilih perlu memenuhi ciri-ciri berikut iaitu mempunyai kemudahan infrastruktur, berhampiran pelanggan dan berhampiran pusat aktiviti perniagaan lain. Bagi mencapai tujuan ini perancangan yang rapi perlu dilaksanakan untuk mencapai kejayaan. Seterusnya beberapa langkah telah dibuat iaitu :
a)      menetukan objektif
b)     memilih pelbagai promosi
c)      mencari sasaran pasaran
d)     menilai dan mengawal keberkesanan promosi
e)      menyediakan belanjaan untuk promosi

KUMPULAN SASARAN
“ELITE IRON BOARD” yang kami reka ini, kami sasarkan kepada pelbagai peringkat umur masyarakat. Antaranya ialah:
        i)            ELITE IRON BOARD”  di reka kepada golongan  remaja, dewasa serta golongan veteran. Ini kerana “ELITE IRON BOARD” di reka bentuk dengan fungsi yang bersesuaian dengan semua peringkat umur
      ii)             ELITE IRON BOARD” ini  juga disasarkan kepada pelajar IPTA dan IPTS yang tinggal di asrama. Ianya dapat digunakan secara fleksibel dan dapat menjimatkan ruang bilik kediaman pelajar.
    iii)            ELITE IRON BOARD” ini juga adalah disasarkan untuk kegunaan di tempat-tempat penginapan seperti di hotel-hotel bagi kegunaan pengunjung.
    iv)            ELITE IRON BOARD” ini disasarkan kepada golongan yang mempunyai citarasa produk yang tinggi, mementingkan kualiti serta keselamatan.
      v)            ELITE IRON BOARD” ini juga disasarkan kepada golongan yang mempunyai butik dan kedai jahitan
    vi)            ELITE IRON BOARD” ini juga kami cuba sasarkan kepada industri pembuatan pakaian”

                  Kumpulan sasaran kami amat luas dan kami berharap produk kami ini memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan sasaran kami. Ini penting supaya produk kami mendapat sambutan yang baik di pasaran.

CARTA GANTT

PROSEDUR KERJA MENGHASILKAN PROJEK
Dalam menghasilkan projek ini, beberapa langkah diambil untuk menghasilkan produk akhir iaitu “ELITE IRON BOARD”. Bermulanya prosedur kerja ini setelah melihat kekurangan pada sesuatu produk yang berada di pasaran. Antara langkah kerja yang dilalui adalah:

Langkah 1
Perbincangan antara ahli kumpulan.
        Setiap ahli kumpulan hadir pada seisi perbincangan
        Setiap ahli bertukar pendapat dan idea yang bernas diutarakan

Langkah 2
        Setiap ahli dalam kumpulan mencetuskan idea untuk merekacipta produk
        Setiap ahli menghasilkan lakaran produk

Langkah 3
        Seisi kritikan setiap lakaran produk (kritikan dilakukan bersama oleh setiap ahli kumpulan)

Langah 4
        Pemilihan satu produk akhir yang hendak dilaksanakan dibuat berdasarkan komen positif

Langkah 5
        Setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea untuk menambahbaikan produk yang terpilih.

Langkah 6
        Aktiviti membuat model bagi “ELITE IRON BOARD” dilakukan bersama-sama antara setiap ahli

            Dalam menghasilkan projek ini, terdapat prosedur yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua ahli kumpulan. Antaranya ialah:

        Setiap ahli perlu hadir semasa seisi perbincangan dilakukan
        setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea bersama-sama untuk meningkatkan mutu projek
        setiap ahli kumpulan perlu saling hormat-menghormati dan mendengar pendapat orang lain dengan baik.
        Setiap ahli kumpulan perlu menepati masa semasa aktiviti dijalankan
        Kerjasama antara ahli amat dititikberatkan


Kos untuk menghasilkan sebuah model “Elite Iron Box” ialah sebanyak RM 17.40

MANUAL PENGENDALIAN

KESIMPULAN
Dalam perkembangan pesat ekonomi sekarang menuju negara maju, peralatan yang canggih dan bermutu bagi membantu manusia membuat kerja dengan lebih efektif adalah perlu. Penciptaan produk“ELITE IRON BOARD”  ini adalah antara perciptaan yang amat berguna dan penting bagi menggantikan Iron Board yang sedia ada yang tidak lagi releven dengan keadaan semasa. Bermula daripada cetusan idea hinggalah kepada terhasilnya produk sebenar menunjukkan bahawa idea sebegini tidak mustahil untuk dipertengahkan.
            “ELITE IRON BOX” ini jika dilihat mempunyai prospek yang cerah untuk dipertengahkan. Sudah menjadi trend pada masa kini, keselamatan merupakan antara faktor penting dalam membuat sesuatu pekerjaan. Dengan terciptanya “ELITE IRON BOARD” ini, pengguna boleh membawa iron board ke mana-mana dengan mudah kerana ianya direka dalam bentuk yang ringkas, kecil dan pelbagai fungsi untuk memberikan kesenangan kepada pengguna untuk menggunakannya. Ini adalah antara faktor penting yang mungkin menarik minat pengguna terhadap produk ini.
             Dalam proses menghasilkan produk pula penggunaan bahan yang berkualiti dan tahan lasak amat penting dan ini dititik beratkan semasa menghasilkan produk ini. Kualiti produk ini diletakkan ditempat yang paling teratas supaya ia dapat menembusi pasaran sama ada dalam atau luar negara.  Produk yang siap akan dinilai dan dijamin kualiti oleh badan yang ditauliahkan oleh kerajaan seperti SIRIM bagi memastikan pengguna tidak ragu-ragu dalam membeli mesin ini.
            Walaupun produk “ELITE IRON BOARD” mempunyai keistimewaan yang lebih berbanding dengan iron board yang biasa, namun harga yang dicadangkan adalah berpatutan dan boleh dimiliki oleh pelbagai peringkat masyarakat.
            Dalam penghasilan produk yang baru antara masalah yang paling penting adalah mendapat kepercayaan pengguna. Oleh yang demikian promosi adalah antara faktor yang penting dalam perkara ini. Ia haruslah dipergiatkan supaya kesedaran pengguna dipertingkat bahawa produk ini amat baik dan sesuai pada masa kini.
             
CADANGAN
“ELITE IRON BOARD” yang dihasilkan mungkin mempunyai beberapa kelemahan disebabkan ia merupakan hasil pertama daripada idea yang dipertengahkan kepada masyarakat. Sebagai satu reka cipta produk yang baru, produk ini pastinya memerlukan beberapa pengubahsuaian bagi memantapkan lagi produk pada masa hadapan. Beberapa cadangan telah dikenalpasti supaya maklumbalas tentang produk ini dapat diketahui dan segala kebaikan dan kelemahan dapat dapat diperbetulkan bagi memperbaiki mutu produk.

Antara langkah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna ialah:
1)      Mewujudkan pameran bagi produk “ELITE IRON BOARD” bagi memperkenalkan pada pengguna seterusnya mendapatkan maklumbalas
2)      Membina laman web bagi produk “ELITE IRON BOARD” dan mewujudkan ruangan komen pengguna terhadap produk ini
3)      Menyediakan talian online berkaitan produk “ELITE IRON BOARD”

Antara langkah bagi memastikan produk ini menembusi pasaran ialah:
1)      Pasaran haruslah diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi, tidak terikat pada pasaran tempatan. Ini boleh dibuat dengan membuat kajian tentang citarasa,budaya, dan kehendak disesebuah negara tersebut.

Setelah “ELITE IRON BOARD” ini kami pertengahkan dan mendapat maklumbalas daripada pengguna, kami bercadang untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada produk supaya menjadi produk yang lebih baik. Dengan itu maklumbalas daripada pengguna amat penting bagi kami.
Apa yang kami harapkan ialah produk kami ini dapat memberikan kepuasan kepada pengguna pada kadar yang maksimum. Ini kerana, kepuasan pengguna amat dititikberatkan dalam penghasilan produk kami.

RUJUKAN
1.      Aini Hayati Mohamed (2002). “STPM: Pengajian Perniagaan 1”. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn.Bhd
2.      Basic Invention modul SPE2032. (2006/2007). Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia.
3.      Amirmudin Udin. (2007). Reka bentuk Industri. Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia.
4.      Abu Bakar Mohd.Sheikh. (1994). Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras & Pilihan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
5.      http://ironaway.com
credit to yusnani
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment