Pages

Wednesday, March 9, 2011

SISTEM SALIRAN DAN PENGAIRAN


Perimbangan udara dan air di dalam tanah adalah penting bagi mencapai prngrluaran hasil tanaman yang tinggi. Tanah yang sering dibanjiri air sehingga terendam adalah tidak sesuai untuk tanaman kerana kurang oksigen dan sudah dibajak. Sebaliknya  jika tanah terlampau kering, pembekalan sumber air seperti mata air ke ladang menjadi kiurang atau akan terhenti. Akibatnya tanaman akan terencat.
            Oleh itu, kawalan air mata amat penting kepada tanaman supaya pertimbangan udara dengan ir di dalam tanah terjaga.
            Sistem pengairan yang baik adalah ;
1.      Pengairan cara alur
2.      Lembangan
3.      Pengairan sempadan
4.      Pancutan air  dan sebagainya

CARA PENANAMAN

Biji benih  digunakan bagi kebanyakan sayur-sayuran. Sifat-sifat biji benih yang elok digunakan ;
a.       Tulin tidak bercampur biji benih lain
b.      Bebas daripada penyakit , serangga dan lain-lain kerosakan
c.       Segar dan sihat
d.      Daya percambahan yang memuaskan ( tidak kurang daripada 75 % )

UJIAN PERCAMBAHAN BIJI BENIH

            Digunakan sebelum menanam untuk  menentukan kadar biji benih yang diperlukan ..

  1. CARA PASIR 
§      Masukkan pasir ke dalam  bekas  contoh  plastic.
§      Lembabkan pasir dengan air.
§      Semaikan biji benih ke dalamnya, gunakan antara 20-50 biji benih dalam tiap-tiap bekas. Buatkan 3-5 replikasi.
§      Letakkan bekas di tempat yang sesuai selama 7-14 hari
§      Kirakan anak benih yang tumbuh dan peratus percambahan

 
CONTOH


25 biji benih kacang panjang dicambahkan dalam satu bekas plastic. Ujian  ini dilakukan sebanyak 4 replikasi.
Jumlah biji benih diuji = 25 x 4 = 100

Keputusan berikut diperolehi ;

Hasil Bercambah
1

2
3
4
5
6
7
8
9
Bilangan Bercambah
0
0
0
0
4
20
50
8
0

Peratus Bercambah  =   Bil. Biji Bercambah             x             100
                                    Bil. Biji Benih diuji     
                                 =    4 + 10 + 50 + 8                          x     100
                                                 100
                               =     72 %

Penentuan Kadar Biji benih yang diperlukan

Contoh ;

Kadar biji benih  yang disyorkan untuk 1 hektar tanaman kacang  panjang ialah 8 kg
Kadar  biji  benih yang baru   =    Kadar biji benih disyorkan          x            100
( diperlukan sebenarnya )                Peratus Percambahan      
                                          
                                               =      8 kg         x          100            =            11.11 kg
                                                         72
click ads for your tq



No comments:

Post a Comment