Pages

Tuesday, March 8, 2011

Pembiakan dan Pengurusan Tanaman


Pembiakan di sini membawa maksud satu proses bagi memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan. Proses pembiakan ini boleh berlaku dengan dua cara iaitu pembiakan secara seks dan aseks. Pembiakan seks adalah melalui biji benih manakala aseks pula melalui keratan, tut, cantuman dan pembiakan mikro.
Pengurusan pula meliputi pengendalian pelbagai proses dari awal iaitu penyediaan kawasan sehingga akhir penanaman / harvesting / jualan. Teknik pengurusan yang cekap akan dapat menambahkan hasil ladang dan seterusnya memberikan keuntungan yang lumayan kepada pengusahanya.
Pengurusan tanaman yang baik dan terancang akan memudahkan kerja-kerja perladangan disamping mendapat hasil yang baik, berikut adalah beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk berladang :-
Ø  Menggunakan segala input secara optimum
Ø  Melakukan kerja mengikut jadual yang terancang
Ø  Wujudkan sistem menyimpan rekod
Ø  Menanam pada jarak yang sesuai
Ø  Menggunakan varieti tanaman yang baru
Ø  Melakukan pembajaan dengan betul
Ø  Mengawal perosak dan penyakit
Ø  Mengawal rumpai
Ø  Mengadakan sistem pengairan dan saliran
Selain itu, penyenggaraan tanaman penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam dapat hidup dengan sempurna. Antara aktiviti penyenggaraan yang terlibat adalah :-
  1. Penyediaan sungkupan dan naungan
  2. Penyiraman
  3. Pengawalan rumpai
  4. Pembajaan
  5. Pengawalan perosak dan penyakit
  6. Pemangkasan
  7. Penyulaman
  8. Penjarangan
  9. Kerja-kerja lain seperti memancang
Kepentingan pembiakan tanaman

            Pembiakan yang berterusan akan memastikan pokok-pokok atau spesis tertentu dapat terus wujud. Ini dapat mengelakkan daripada kepupusan spesis. Pembiakan juga akan menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan. Selain itu, kita dapat mengenalpasti kaedah terbaik untuk membiak tumbuhan. Akhir sekali ialah kita dapat menghasilkan baka baru.


Kepentingan pengurusan tanaman

            Pengurusan tanaman akan memastikan tumbuhan berada dalam keadaan yang sempurna disamping dapat memberikan hasil pulangan yang menguntungkan. Pengurusan yang baik dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengelak daripada serangan serangga perosak dan penyakit. Akhir sekali, pengurusan tanaman dapat meningkatkan kecekapan ladang.

Pengenalan kepada pengeluaran sayur-sayuran

            Sayuran merupakan bahan makanan yang kaya dengan sumber protein, serabut, vitamin, mineral, karbohidrat dan juga tenaga yang mana ianya diperlukan oleh badan kita untuk menjamin kesihatan yang berterusan. Mengikut kajian yang telah dibuat, lebih kurang 47 kg sayuran telah digunakan setiap orang penduduk di Malaysia.
            MARDI merupakan agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri pengeluaran sayur-sayuran dengan cara mempergiatkan penyelidikan varieti. MARDI juga dipertanggungjawabkan untuk memikirkan teknologi pengurusan tanaman yang berkesan dari segi kos dan cara pengendalian seperti menggunakan kaedah coco peat. Selain itu MARDI diperlukan untuk teknologi pemprosesan dan mengadakan kursus-kursus teknik pengeluaran.
            Terdapat lebih kurang 50 jenis sayuran telah ditanam di Semenanjung Malaysia tidak kira samada di tanah rendah mahupun di dataran tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Sayuran yang biasa ditanam boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu jenis daun, jenis buah dan jenis ubi.
Berikut adalah jenis sayuran penting yang banyak ditanam oleh petani :-


Ø  Asparagus
Ø  Bawang
Ø  Bayam
Ø  Bendi
Ø  Cili
Ø  Halia
Ø  Kacang buncis

Ø  Kacang manis
Ø  Kacang panjang
Ø  Kangkung
Ø  Kubis
Ø  Sawi
Ø  Tomato
Ø  Timun

click ads for tq




No comments:

Post a Comment