Pages

Wednesday, March 9, 2011

PENGENALAN KEPADA PENGELUARAN SAYUR-SAYURAN



Bahan makanan yang mengandungi protein, serabut, vitamin, mineral, karbohidrat dan tenaga yang diperlukan untuk kesihatan badan

Penduduk Malaysia menggunakan lebih kurang 47 kg sayur seorang setahun

FAO mengesyorkan lebih kurang 140 kg setahun

Keluasan tanaman sayuran antara 10, 000 – 14,000 hakter setiap tahun

Kebanyakan lading sayuran diusahakan kecil antara 0.2 – 1.2 hakter

Malaysia mengimport lebih kurang RM 180 juta terutama sayuran iklim sederhana seperti bawang, ubi kentang dan kubis.

Malaysia juga mengeksport sayur ke Singapura lebih kurang RM 27 juta.

MARDI merupakan agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri pengeluaran sayur-sayuran dengan:

a)      mempergiatkan penyelidikan variety
b)      teknologi pengurusan tanaman yang berkesan dari segi kos dan
cara pengendalian
c)      teknologi pemprosesan
d)      mengadakan kursus-kursus teknik pengeluaran



Lebih 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di tanah rendah atau di dataran tanah tinggi.

Lebih kurang 14 jenis sayur penting banyak sekali ditanam oleh petani.
Antaranya ialah:
i.                    asparagus
ii.                  bawang
iii.                bayam
iv.                bendi
v.                  cili
vi.                halia
vii.              kacang buncis
viii.            kacang manis
ix.                kacang panjang
x.                  kangkung
xi.                kubis
xii.              sawi
xiii.            timun
xiv.            tomato


Jenis-Jenis Perusahaan Sayur-Sayuran

1.    Perusahaan Sendiri
   
        Hasil sayur-sayuran untuk menampung keperluan sendiri dan
        keluarga

2.    Perkebunan Pasaran

       Hasil dari perkebunan ini adalah untuk pasaran tempatan



3.    Perkebunan trak

       Hasil-hasilnya dipasarkan di pasaran jauh


Jenis Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran terbahagi kepada 4 bahagian besar:

1.  Jenis daun  -  sawi bunga, sawi putih, bayam, kangkong, kobis
     dll

2.  Jenis buah  -  Cili, terung, bendi, petola dll

3.  Jenis kacang  -  kacang panjang, kacang buncis dll

4.  Jenis akar umbisi dan bebawang - lobak putih, sengkuang, 
     keladi, halia bawang merah


Pemilihan Tapak Tanaman dan Penyediaan Batas

Bergantung kepada beberapa faktor berikut:

1,  Tanah kawasan terbaik mestilah rata (memudahkan membuat
      batas) Tanah/kawasan cerun
      landai boleh juga digunakan tetapi tanaman memerlukan teres.
2.  Mesti berdekatan dengan bekalan air
3.  Tapak tanaman mestilah di tempat terbuka dan tidak terdapat
      pokok-pokok besar atau bangunan yang melindungi cahaya
      matahari.
4.  Tanah yang baik untuk sayuran ialah tanah peroi yang subur.
     Tanah peroi mudah dikerjakan sama ada ia basah atau kering

5.   Berhampiran dengan jalanraya untuk kemudahan pemasaran
      hasil dan juga membawa input pertanian (baja, racun serangga
      dan alatan lading) ke kebun sayur.

Persediaan Tanah

1.  Kawasan tanaman hendaklah dibersihkan dari sebarang
      tumbuhan
2.  Tanah dicangkul sedalam 30cm kemudian dibiarkan selama 1-2
      minggu. Ia bertujuan untuk mendedahkan rumpai dan hidupan
      perosak kepada cahaya matahari agar musnah.  

 

Persediaan Batas


Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya. Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm – 152 cm (3-5kaki) lebar. Tinggi 23 cm (9 inci) atau lebih denngan lorong antara batas selebar 61 –122cm (2-4 kaki).

Persediaan Saliran


Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Aras air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh mengencatkan pertumbuhan akar atau penakungnan air menyebabkan akar terendam dan reput.

Masalah saliran biasanya terdapat pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.

Semaian Biji Benih


Biji benih boleh ditanam terlebih dahulu di tapak semaian ataupun ditanam ke ladang berdasarkan kepada beberapa cirri tertentu.


a)   Menanam terlebih dahulu di tapak semaian bagi:

·         Biji benih yang terlalu kecil untuk menggelakkan biji benih dilarikan
     atau dibanjiri air.
·         Biji benih yang mahal dan susuh diperolehi. Contoh: tomato, kobis
·         Biji benih yang menghasilkan anak benih yang memerlukan penjagaan rapi sebelum diubah ke ladang, dimana ia mudah diserang penyakit atau serangga. Contoh:  cili, tomato, dan terung.

b)   Menanam terus ke ladang bagi:

·         Biji benih yang besar, contoh: kacang buncis, bendi
·         Biji benih  yang murah dan mudah didapati
·         Sayuran berakar supaya akar tunjangnya tidak rosak semasa mengalih
Contoh: lobak putih
·         Anak benih sayuran tidak mudah diserang penyakit dan serangga


Menyemai di tapak semaian

a.  Anak batas

     Benih ditabur rata-rata dipermukaan batas yang telah  
     disediakan.
     Kemudian ditutup nipis-nipis dengan tanah pasir halus. Jika
     perlu buatkan lindungan atap, bagi mengelakkan timpaan hujan
     yang kuat atau panas matahari yang terik.
  

b.  Dalam kotak semaian atau pasu

     Gunakan kotak plastik atau kayu berukuran 60cm x 45cm x
     45cm dengan lantainya dilubangkan sedikit untuk air senang
      turun ke bawah (meresap).

     Campuran tanah untuk semaian adalah seperti berikut:

i)                    3 bahagian tanah atas
ii)                  2 bahagian bahan organan
iii)                1 bahagian pasir

      Di lapisan bawah kotak, bubuhkan serpihan batu-batu atau
      rumput kering. Kemudian dibubuh campuran tanah dan
      tinggalkan 3 cm di permukaan kotak atau pasu itu.

      Taburkan biji benih dan tutup nipis dengan tanah halus.
      Letakkan semaian di bawah lindungan. Sebelum diubah ke
       ladang, anak benih dibiarkan mengalami pengurangan
       lindungan dan penyiraman air supaya anak benih lebih sesuai
      dengan keadaan ladang.        

      Bila anak benih setinggi 8 –10cm, (berumur 3 – 4 minggu)
      barulah diubahkan ke batas yang telah disediakan. Apabila
      mengubah, hendaklah berhati-hati supaya akar tidak terusik,
      lakukan semasa tanah lembab (disiram terlebih dahulu).    

C.  Semaian dalam polibeg

      Gunakan polibeg berukuran 10cm x 15cm bergantung pada
      jangka masa anak benih di tapak semaian.
      Perlu disemai 1 – 2 biji setiap polibeg setelah disemai anak
  

       benih yang lemah dicabut dan yang sihat dikekalkan sehingga
       waktu mengubah.
       Cara ini memerlukan belanja dan tenaga yang lebih tetapi
       dapat mengurangkan gangguan akar semasa menanam ke
       ladang.

Menanam terus ke ladang

A. Benih halus

Benih ditanam di atas 4 jalur. Benih dikambus dengan kadar tidak lebih dua kali ganda dari ketebalan biji benih tersebut. Benih tersebut dicampur dengan 9 bahagian pasir dan digaul rata untuk memudahkan kerja menabur rata biji benih ke dalam jalur.

Apabila anak benih setinggi 5-7cm penjarangan dilakukan mengikut jarak tanaman yang disyorkan.

Benih halus juga ditanam dengan menaburkan nipis-nipis pada permukaan batas, kemudian bila telah cambah, penjarangan dilakukan.

Penggunaan Bahan Tampang   

a.  Keratan -  bagi kangukung atau keledek keratan sepanjang 20 –30cm yang mempunyai enam buku atau lebih adalah sesuai. Daun-daun dibahagian keratan yang hendak ditanamkan ke dalam tanah perlulah dibuangkan.

B.  Sulur yang berumur dua bulan biasan ya digunakan bagi keladi

c.   Bawang digunakan untuk membiakkan bawang putih, lobak merah dan sengkuang ditanam menggunakan biji benih.

No comments:

Post a Comment