Want to know more, please click

Followers

Pages

Sunday, September 25, 2011

MINYAK WANGI DARIPADA SAWIT part 1


PENGENALAN


Minyak wangi ialah campuran minyak pati, sebatian aromatik, penguat dan pelarut yang memberikan bau yang menyenangkan pada tubuh badan, objek dan benda hidup. Jenis dan kuantiti sesuatu pelarut yang bercampur dengan minyak pati pula menentukan jenis sesuatu minyak wangi itu sama ada ekstrak minyak wangi. Umumnya, minyak pati ialah bahan utama dalam penyediaan minyak wangi dan ia diperoleh daripada bahan semula jadi.
Peningkatan luas penanaman kelapa sawit dan peningkatan penggunaan bahan mentah kelapa sawit sudah pasti membawa kepada peningkatan hasil bahan buangannya. Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk menggunakan semula sisa buangan ini bukan sahaja produk baharu terhasil malah pada waktu yang sama masalah lambakan bahan buangan kelapa sawit juga dapat dapat diatasi. Menyedari hakikat ini langkah yang diambil untuk penghasilan minyak wangi daripada bahan tempatan perlulah disokong oleh semua pihak. Manakala pihak pengeluar hendaklah memastikan pengeluarannya memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa serta citarasa pengguna seagai sasarannya.
Dalam kehidupan seharian penggunaan minyak wangi sering digunakan ketika menhadiri majlis-majlis tertentu, ke tempat kerja, aktiviti-aktiviti seharian dan sebagainya. Bagi setiap penggemar atau pengguna minyak wangi ini boleh dikatakan menggunakannya hampir setiap hari mengikut keperluan dan tujuan tertentu. Malahan jenis minyak wangi yang digunakan juga boleh menentukan ciri-ciri si pemakainya.

LATAR BELAKANG


Dahulu, bahan yang digunakan untuk membuat minyak wangi ialah damar, kulit kayu manis, herba, bunga, gambir, lada hitam, kapur barus, kopi serta tebu. Pemburuan pengusaha minyak wangi terhadap sumber untuk dijadikan ramuan membuat minyak wangi menyebabkan permintaan dunia yang tinggi terhadap bahan semula jadi ini. Peredaran zaman memperlihatkan lambakan minyak wangi terutama dari luar negara dalam pasaran tempatan.
Temu bual eksklusif  “Memperkasa pertanian baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan RMK-9” bersama Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd. Yassin pada 22 Jun 2006, “ kerajaan akan membangunkan program Pertanian baru dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian dan meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.’ Strategi ini menggariskan secara jelas strategi utama ke arah merealisasikannya. Dari sudut perkembangan ekonomi dunia, industri bioteknologi dunia dianggarkan meningkat dengan memberansangkan.
Oleh itu peluang ini direbut oleh pengusaha-pengusaha tempatan untuk meneroka bidang baru seperti pengeluaran minyak wangi ini. Hasrat mengkomersialkan hasil pertanan ini ke peringkat antarabangsa daripada peningkatan persaingan di peringkat global berdasarkan produk-produk yang berdaya saing, berpotensi dalam pasaran lebih meluas. Apa yang penting produk-produk yang dikeluarkan perlu inovatif serta memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa.
Misi Nasional yang dirangka dalam RMK-9 merangkumi lima teras utama yang mana dalam Teras Pertama ; Meningkatkan Nilai Tambah dalam Ekonomi Negara seperti yang dihuraikan di atas. Ianya meliputi tiga sektor utama ekonomi iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Perkembangan ini dilihat oleh seluruh warga Malaysia sebagai satu peluang untuk terus meealisasikan kemajuan dengan lebih cemerlang sebagai usahawan dan juga pengguna yang bijak memilih produk-produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa. Tambahan pula ianya dapat memenuhi sasaran pengeluaran produk halal negara bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa.

JENIS MINYAK WANGI


Terdapat empat jenis minyak wangi dan setiap minyak dibezakan berdasarkan peratusan sebatian aromatik yang terkandung di dalamnya.
Jenis minyak wangi tersebut adalah ekstrak minyak wangi yang mengandungi 20 peratus hingga 40 peratus sebatian aromatik dan Eau de Parfume (EDP) yang mengandungi 10 peratus hingga 30 peratus ekstrak sebatian aromatik. Eau de Toilette (EDT) pula mengandungi 5 peratus hingga 20 peratus ekstrak sebatian aromatik.Manakala Eau de Colognes (EDC) pula mengandungi 2 peratus hingga 3 peratus ekstrak sebatian aromatik.
Selain menentukan jenis sesuatu minyak wangi, kuantiti sebatian aromatik dalam minyak wangi juga menentukan tempoh masa aroma sesuatu minyak wangi itu mampu bertahan. Aroma ekstrak minyak wangi mampu bertahan paling lama sehingga 60 jam. Manakala EDC hanya mampu bertahan dua jam. Oleh itu, pengguna boleh memilih jenis minyak wangi yang mana satu sebagai pilihan mereka.
Kepelbagaian minyak wangi di pasaran mendorong pengguna bersifat selektif dengan memilih minyak wangi yang berjenama sahaja, sedangkan hakikatnya kesesuaian sesuatu haruman terletak pada kombinasi haruman tersebut dengan bau badan seseorang. Justeru sebagai pengguna yang bijak, kita wajar memilih jenis minyak wangi yang benar-benar sesuai dengan diri kita mengatasi jenama sesuatu produk.

KLASIFIKASI MINYAK WANGI


Minyak wangi boleh diklasifikasikan kepada enam famili olfaktif iaitu :
i.                    Famili Bunga
ii.                  Famili Chrype (bau-bauan bersumberkan shrubs, oakmoss dan labdanum)
iii.                Famili Herba
iv.                Famili Tumbuhan Berkayu
v.                  Famili Patchouli (berbau manis dan pedas)
vi.                Famili Vanila

i.                    Famili Bunga
Famili bunga ialah bau-bauan daripada bunga. Kebiasaannnya, bunga yang digunakan berbau harum seperti mawar, kenanga, melur dan sebagainya. Bunga mawar dipilih kerana baunya yang harum dan sesuai digunakan dalam apa-apa jua keadaan. Contohnya, air mawar yang dihasilkan oleh Syarikat Mustika Ratu bukan sahaja digunakan dalam makanan tetapi juga dalam acara perkahwinan ataupun acara pengebumian.
ii.                  Famili Chrype (bau-bauan bersumberkan shrubs, oakmoss dan labdanum)
Bau-bauan famili chrype adalah bersumberkan shrubs (minyak yang diperoleh daripada anggur), oakmoss (lumut berwarna kuning yang tumbuh pada pokok oak) dan labdanum (cecair yang berbau manis daripada sejenis tumbuhan iaitu Cistus ladanifer seperti aprikod dan kastard).
iii.                Famili Herba
Famili herba pula bersesuaian  dengan perwatakan lelaki yang keras. Lavender dan oakmoss tergolong dalam kumpulan ini dan ia bercirikan herba berbau tajam dan keras. Sesetengah tumbuhan boleh tergolong kepada famili olfaktif yang lain seperti oakmoss yang termasuk dalam famili chrype dan famili herba.
iv.                 Famili Tumbuhan Berkayu
Cedar (aroma yang diperoleh daripada pokok genus Cedrus) dan sandalwood (aroma yang diperoleh daripada pokok genus Santalum) merupakan contoh tumbuhan yang berasal daripada famili ini.
v.                   Famili Patchouli (berbau manis dan pedas)
Famili Patchouli yang biasanya digunakan untuk membuat kapur barus dan sering digunakan dalam penghasilan sabun. Ia lebih bersifat aroma terapi yang menenangkan fikiran seseorang.
vi.                 Famili Vanila
Famili vanilla merupakan famili olfaktif yang bersumberkan vanilla. Banyak produk telah dihasilkan daripada famili ini yang antaranya esen vanilla yang digunakan dalam makanan, ubat-ubatan, produk kosmetik dan minya wangi.

SEJARAH PEMBUATAN MINYAK WANGI

Seni pembuatan minyak wangi pada awalnya bermula di Mesir tetapi dimajukan dan diperhebat oleh orang-orang Arab dan Parsi. Selepas itu, barulah ilmu pembuatan minyak wangi mula tersebar ke Eropah pada awal abad ke-14. Di Asia Timur, kebanyakan minyak wangi bersumberkan kayu wangi. Contoh kayu wangi ialah kulit kayu manis, bunga cengkih dan kayu sugi.
Tamadun Islam telah menyumbang secara langsung alam perkembangan pembuatan minyak wangi. Hal ini terbukti apabila beberapa kaedah baharu untuk mengekstrak minyak pati diperkenalkan. Antaranya termasuklah penyulingan stim dan kaedah pemampatan bahan-bahan semula jadi oleh orang Islam pda waktu itu. Harga sesuatu minyak wangi menjadi lebih mahal apabila bahan-bahan semulajadinya sukar didapati dan perlu diperam bagi suatu jangka masa yang lama hingga mencecah beberapa tahun.
Menyedari akan kepentingan bahan eksotik ini, pedagang-pedagang Arab dan Parsi telah menyemai benih herba dan tumbuhan yang dapat menghasilkan minyak pati untuk ditanam di negara-negara mereka sendiri. Antara benih yang disemai termasuklah bunga melur yang ditanam secara meluas di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Pelbagai jenis sitrus pula yang berasal dari Asia Timur ditanam dengan meluasnya di Turki.
Minyak wangi yang telah lama digunakan oleh orang Islam di Asia Timur sebelum abad ke-14. Ia lebih dikenali sebagai minyak atar yang diperbuat daripada bunga safron dan dihasilkan menggunakan kaedah pengekstrakan kerana bunga saffron tergolong dalam famili bunga.
Pada zaman Renaissance (akhir abad ke -15), penggunaan minyak wangi tertumpu dalam kalangan pihak istana. Contohnya, pembuat minyak wangi diraja Rusia, iaitu Earnest Beaux telah menghasilkan Chanel No 5 yang pada asalnya diperintahkah oleh Raja Rusia pada waktu itu supaya membuat minyak wangi khas untuk keluarga diraja. Pada abad ke-18 pula, industri pemuatan minyak wangi semakin berkembang maju di Eropah sehingga pokok herba yang berpotensi dijadikan minyak wangi ditanam dengan banyaknya di Grasse, Perancis. Malah Perancis telah menjadi pusat penyelidikan dan pembuatanminyak wangi terpenting di Eropah pada masa itu.

DEFINISI PEMBUATAN

Pembuatan masa kini merupakan aktiviti komersial oleh syarikat-syarikat yang menjual produk kepada pengguna. Jenis pembuatan yang dilakukan bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan. Dari segi teknologi, pembuatan bermaksud aplikasi proses-prosesfizikal dan kimia untuk menukar geomatri, sifat dan atau rupabentuksesuatu bahan awalan untuk menghasilkan produk. Proses-proses yang digunakan untuk menjayakan pembuatan melibatkan gabungan mesin, alat, tenaga dan pekerja.
Manakala dari segi ekonomi pula pembuatan ialah transformasi bahan mentah kepada item yang lebih tinggi nilainya melalui satu atau lebih operasi pemprosesan.. Pembuatan akan menambah nilai ke atas bahan dengan menukar bentuk atau sifatnya atau dengan digabungkan bersama bahan lain yang telah juga diubah keadaannya. Bahan ini menjadi semakin  berharga melalui operasi pembuatan yang dilakukan ke atasnya.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PEMBUATAN

Pembuatan aktiviti yang kompleks melibatkan pekerja yang mempunyai bidang disiplin dan kemahiran yang luas, pelbagai jenis mesin, peralatan dan perkakas dengan beberapa peringkat automasi pula termasuklah komputer, robot dan peralatan pengendalian bahan. Aktiviti-aktiviti pembuatan perlulah responsif kepada sejumlah permintaan atau tuntutan dan’trend’ semasa serta persaingan pasaran yang semakin sengit cabarannya.
Antara factor-faktor yang mempengaruhi pembuatan ialah :
i.                    Sesuatu produk mestilah memenuhi sepenuhnya keperluan reka bentuk, spesifikasi dan piawaian.
ii.                  Sesuatu produk juga mestilah dihasilkan oleh kaedah yang paling ekonomik dan pada masa yang sama mesra alam.
iii.                Kualiti mestilah terbina ke dalam produk pada setiap peringkat, daripada reka bentuk sehinggalah penghasilan produknya.
iv.                Dalam persekitaran yang kompetetif, kaedah pengeluaran haruslah bolehsuai secukupnya sebagai respon kepada perubahan pasaran, jenis produk, kadar pengeluaran dan kuantiti pengeluaran di samping memberikan khdimat penghantaran yang tepatpada masanya kepada pengguna.
v.                  Pembangunan baru dalam bahan, kaedah pengeluaran dan penyepaduan komputer dktiviti teknologi  dan pengurusan bagi organisasi pembuatan mestilah dikemaskinikan sentiasa supaya tidak ketinggalan zaman dan relevan.
vi.                Aktiviti-aktiviti pembuatan haruslah dilihat sebagai suatu system yang besar di mana semua komponen berasingan adalah saling berhubungan di antara satu sama lain.
vii.              Para pengeluar hendaklah bekerja bersama atau seiring dengan pengguna bagi mendapatkan maklum balas yang tepat pada masanya supaya usaha pembaikan berterusan ke atas produk dapat dilakukan.
viii.            Organisasi pembuatan hendaklah sentiasa berusaha ke arah peningkatan produktiviti, yang ditakrifkan sebagai penggunaan yang optimum bagi semua sumber : bahan, mesin, tenaga, modal, pekerja dan teknologi. 

KAEDAH PENYEDIAAN / PEMBUATAN MINYAK WANGI

Terdapat pelbagai kaedah untuk menyediakan minyak wangi yang antaranya termasuklah kaedah penyulingan, pengekstrakan pelarut dan proses pemampatan.
Kaedah penyulingan merupakan kaedah yang sering digunakan untuk mendapatkan minyak pati ataupun sebatian aromatik Tumbuhan seperti bunga atau rumput yang dipilih, dimasukkan ke dalam kelalang penyulingan dengan pelarut. Seterusnya, larutan ini dipanaskan sehingga bau yang dikehendaki keluar daripada bahan tersebut dan dikumpulkan melalui proes kondensasi penyulingan wap. Dalam hal ini, pelarut berfungsi mengekalkan buau agar tidak hilang di samping mengumpul minyak pati.
Click ads for your tq or like.

Thursday, September 22, 2011

beraya di rumah ijad part 4

1

kasi ejas sikit

under

4

5

6

7

banyak noise

9

10
Click ads for your tq or like.

rekacipta pengupas durian

Click ads for your tq or like.

SANITASI DAN KESELAMATAN MAKANAN


1.      Istilah
a)   Kebersihan
The creation and maintenance of conditions that will prevent food contamination or food-borne illness

b)   Pencemaran
The presence, generally unintended or harmful organisms or substances

c)   Pencemaran secara langsung
Is the contamination of raw foods or the plants or animals from which they come, in their natural settings or habitat. Foods can be easily contaminated by their general exposure to the environment. For instance grains can become contaminated by soil fumigants in the field, and shellfish can become contaminated by ingesting toxic marine algae

d)   Pencemaran secara tidak langsung
Is contamination that caused by chemical or micro organisms that transported by people like food handlers while processing, preparing, cooking or serving

2.      Faktor pencemaran makanan
a)   Kotoran dan kuman yang melekat pada sayuran yang tidak dibasuh bersih terutama sayuran yang dimakan mentah sebagai ulam seperti timun, daun pegaga, lettuce dan lain-lain
b)   Pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan diri seperti:
i)       Tidak mencuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas
ii)      Tidak merawat luka atau bisul yang dihidapi
iii)      Menggunakan tangan untuk memegang makanan berbanding menggunakan penyepit makanan khas
iv)     Mengabaikan peraturan menggunakan peralatan dapur dengan cara teratur seperti menggunakan kain pengelap pinggan mangkuk untuk mengelap meja untuk menguli doh roti
v)      Mengabaikan penjagaan dan pembersihan peti sejuk yang sepatutnya dilakukan setiap minggu
vi)     Menyediakan makanan terlalu awal berbanding waktu hidangan, peti sejuk tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak mengaplikasi aspek kebersihan dalam penyediaan makanan

3.      Pencemaran secara langsung
a)      Pencemar biologi
It is caused by bacteria, parasites and fungi. By understanding how those micro organisms live and reproduce, we can better understand how to protect food from them.


      i)       Bakteria
-     Adalah mikroorganisma satu sel yang membiak secara pembelahan sel:
            Kromosom (bahan genetic) membahagi dan kemudian nucleus terpisah
            Setiap nucleus yang baru membawa bersama mereka bahan sel
-     Setiap bakteria membahagi kepada 2 dan setiap bacteria tersebut kemudiannya membahagi membentuk 4 dan kemudaiannya membahagi lagi membentuk 16 dan seterusnya.
-     Dalam keadaan yang produktif, setiap bacteria membahagi setiap 15-30 minit. Dalam masa 12 jam ia boleh membentuk 72 bilion bacteria
-     Bakteria berbentuk rod boleh menghasilkan spora
Spora:   struktur dinding keras digunakan untuk melindungi bacteria dari
   persekitaran yang melampau. Suhu dan teknik sanitasi    mungkin
   tidak dapat memusnahkan spora bacteria
-     Bakteria penting dalam membantu sistem pencernaan makanan dan pereputan sampah
-     Bakteria di klaskan mengikut bentuknya:
a)         Rod:              pendek
b)         Cocci:           bulat, leper dan berkelompok seperti Coccus
c)         Spirilla:          bentuk keriting atau berlingkar seperti Spirillium
      -     Bakteria boleh dicegah dengan menghalang factor-faktor yang membolehkan bacteria hidup dan membiak: makanan, suhu, kelembapan, pH, masa dan atmosphere yang sesuai
a)   Makanan - makanan yang mudah tercemar yang menggalak pertumbuhan bacteria terutamanya makanan berprotein tinggi seperti daging, ikan, karangan laut, hasilan tenusi, telur, bijirin dan sesetengah sayuran
b)   Suhu - Kebanyakan bacteria membiak dengan cepat pada suhu antara
60’F - 120’F (16’C - 49’C). Oleh itu suhu di antara 40’F - 140’F (4’C - 60’C) dikenali sebagai zon suhu merbahaya seperti:
   dari 41’F (5’C) seperti dicadangkan oleh The Food and Drug Administration’s Model Food Code
   dari 45’F (7’C) seperti dicadangkan oleh perundangan tempatan
-     Menyimpan makanan di luar zon suhu merbahaya dapat mengurangkan kebolehan bacteria untuk membiak samada di bawah 40’F atau melebihi 140’F
-     Prinsip suhu-masa adalah: 
   menghidang makanan panas dalam keadaan benar-benar panas (antara 165’F - 212’F atau 74’C - 100’C) untuk membunuh bacteria yang mungkin tumbuh semasa penyimpanan sementara makanan sejuk dihidang atau disimpan dalam keadaan benar-benar sejuk.
-                                Semasa memanas atau memanas semula makanan:
i. dalam kuantiti yang kecil pada sesuatu masa
ii. Kacau dengan kerap
                           iii.   Panaskan makanan sebaik saja hendak menghidangkan makanan
iv.   Panaskan makanan sekurang-kurangnya sehingga 165’F/ 74’C sebelum meletakkan makanan tersebut di meja kukus

   Menyimpan atau menghidang makanan sejuk benar-benar sejuk pada atau di bawah suhu 40’F (4’C)

   Menyimpan makanan beku pada subu beku pada atau di bawah 0’F (-18’C) untuk memberhentikan bakteria dari membiak, bukan untuk membunuhnya

c)      Kelembapan - kelembapan yang diperlukan oleh bacteria dinamakan aktiviti air atau Aw. Air mengandungi 1.0 Aw. Makanan yang mengandungi kelembapan tinggi seperti  0.85 atau lebih Aw mudah tercemar

d)      pH - adalah darjah keasidan atau kealkalian sesuatu bahan bakteria aktif pada pH antara 6.6 hingga 7.5. Pertumbuhan bakteria terhenti pada atau di bawah pH 4.6

         e)      Atmosphere- Atmosphere yang diperlukan oleh bacteria bergantung kepada jenis pernafasannya.
         Bakteria aerobic memerlukan oksigen
         bacteria anaerobic memerlukan persikataran berkarbon dioksida
         Bakteria facultative boleh terus hidup samada ada atau
                        tidak oksigen

-  Bakteria penyebab pencemaran makanan seperti Staphylococcus dan Salmonella
a)         Salmonella
-     menyebabkan penyakit demam tifoid, keracunan makanan dan cirit birit
-     terdapat dalam najis manusia dan haiwan
-     disebar oleh agen pembawa seperti lalat, lipas dan lainnya
-     Dimusnahkan oleh haba yang tinggi


            b)         Staphylococcus  
                  -     Terdapat dalam hidung, kulit, air liur dan dubur manusia sihat tanpa menyebabkan apa-apa penyakit
                        -     Bakteria boleh menyebabkan kulit luka yang tidak dirawat bernanah. Nanah yang jatuh atas makanan akan mencemarkan makanan tersebut dan membiak sekiranya persekitarannya mengalakkan
                        -     Toksin yang di keluarkan oleh bacteria ke dalam makanan dan menyebabkan keracunan makanan sebaik sahaja makanan yang tercemar itu dimakan.
                        -     Bakteria Staphylococcus boleh dimusnahkan apabila dimasak tetapi racun yang di keluarkan tidak boleh dimusnahkan oleh haba
                 

ii.      Parasit
a)   Adalah mikro organisma yang bergantung kepada zat makanan daripada perumah yang didudukkinya untuk melengkapkan kitaran hidupnya
b)   Contoh parasit: Trichinosis, Anisakiasis dan Cyclospora
c)   Manusia dihinggapi parasit melalui pengambilan makanan yang tercemar.

iii.     Virus
-  Adalah benda hidup yang paling kecil
-  Mereka menyerang sel benda hidup dengan mengambil alih bahan genetic sel tersebut dan menyebabkan sel tersebut menghasilkan lebih banyak virus
        -   Virus tidak dipengaruhi oleh kelembapan, pH, kandungan oksigen dan persekitaran tetapi musnah oleh suhu melebihi 176’F (80’C)
         -  Mencegah jangkitan virus adalah dengan cara
            a)         mencegah pencemaran makanan itu sendiri
            b)         Memasak makanan tersebut kerana  Virus musnah pada suhu
                        tinggi
       -   Contoh virus:
           a)    Hepatitis A - dijangkiti dari karangan laut yang hidup dalam air yang tercemar
           b) Norwalk - tersebar melalui pengendali makanan dijangkiti oleh virus.

iv.     Fungi
-  Adalah sekumpilan tumbuhan terdiri daripada organisma satu sel hingga
-  Contoh: Molds, yis dan cendawan gergasi

b)      Pencemaran kimia
-     Contoh
a)      Kimia residual  - digunakan  dengan meluas dalam pengawalan penyakit tanaman, haiwan dan manusia seperti antibiotic
b)      Kimia perkhidmatan makanan - kebanyakan kimia yang mencemari makanan menerusi operasi perkhidmatan makanan seperti kerja-kerja pembersihan
c)      Toksik metals iaitu pencemaran yang berlaku apabila metal seperti mecury, copper, zing and lead termendap dalam makanan melalui air atau tanah yang tercemar

c)      Pencemaran fizikal
      Adalah objek bendasing yang termasuk ke dalam makanan secara
     tidak sengaja seperti rambut, kepingan kaca dari bekas yang retak
              atau pecah dan lain-lain.  .
      Disebabkan oleh amalan penjagaan keselamatan dan kebersihan yang rendah dan kurang latihan dalam aspek ini.

4.      Pencemaran secara tidak langsung
-     Adalah proses seperti landas cingang yang tercemar oleh jari yang terluka yang kemudiannya mencemarkan landas cincang tersebut dan seterusnya makanan
-     Pencemaran ini boleh dikurang atau dicegah melalui kebersihan diri pengendali makanan , makanan, peralatan digunakan dan kawalan serangga
Click ads for your tq or like.

beraya di rumah ijad part 4

1
2

nak balik dah

4

5

6

7

8

9

see you again

Click ads for your tq or like.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...