Want to know more, please click

Followers

Pages

Monday, November 21, 2011

Falsafah pendidikan saya

Berusaha mempelajari ilmu duniawi dan akhirat secara berterusan tanpa berputus asas untuk menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Ilmu menjadikan seseorang insan berguna, berkebolehan, dipandang tinggi, tidak mudah diperkotak-katikkan, bertanggungjawab dan menyebakkannya 
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
Mengidamkan pekerjaan yang sempurna

Rangkap-rangkap di atas menerangkan menimba ilmu tidak terhenti begitu sahaja. Kalau saya tidak mahu belajar, sudah tentu saya akan menggunakan diploma yang saya miliki untuk mendapatkan pekerjaan. Memandangkan keadaan semasa yang begitu hebat untuk mendapatkan pekerjaan dan gaji yang diterima, saya memandang ke hadapan dan membuat keputusan nekad dan menyambung pelajaran. Saya menggunakan waktu dan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya bak kata pepatah Melayu ‘Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar’. Dengan adanya ilmu di dada, seseorang itu akan dipandang mulia dan disanjung tinggi di sisi masyarakat.
Untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan, kita hendaklah melengkapkan ilmu di dada. Jika kita ingin mencari pekerjaan, kita hendaklah memenuhi syarat yang dikehendaki seperti pekerjaan tersebut mensyaratkan mesti mempunyai ijazah atau diploma. Kalau kita tidak memenuhi syarat tersebut, harapan untuk mendapatkan pekerjaan tersebut amatlah tipis kerana mestilah majikan memilih orang yang memenuhi syarat-syarat  yang telah ditetapkan.
Dengan adanya ilmu, ia dapat mengeluarkan seseorang dari belenggu kemiskinan dan kesempitan hidup dengan cara mendapatkan pekerjaan yang setaraf pendidikan yang dimiliki. Contohnya, jika seseorang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mungkin mendapat pekerjaan sebagai kerani. Jika seseorang memiliki diploma, beliau mungkin mendapat pekerjaan sebagai pembantu teknik. Jika seseorang memiliki ijazah, beliau mungkin mendapat pekerjaan sebagai jurutera dan begitulah selanjutnya.
Dalam keluarga saya, sayalah orang yang pertama dapat menjejakkan kaki ke universiti. Sebagai abang yang sulong, ia menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada adik-adik saya untuk belajar bersungguh-sunggguh dan menimba ilmu ke tahap yang lebih tinggi. Jika dibandingkan dengan saudara yang lain, anak-anak mereka telah pun memasuki universiti dan keluarga saya secara tidak langsung setaraf dengan keluarga mereka.
Maka dapatlah diamati bahawa semakin tinggi pendidikan seseorang, semakin senang seseorang mendapatkan pekerjaan yang diidamkan. Kalau kita tidak mempunyai ilmu, masakan kita mengimpikan pekerjaan yang bagus-bagus bak kata pepatah Melayu ‘Minta pucuk pada alu’. Janganlah menjadi seperti Mat Jenin yang selalu berangan-rangan untuk menjadi orang kaya tetapi tidak berusaha ke  arah itu dan sebaliknya hanya berangan-angan sahaja dan akhirnya bala yang menimpa ke atyas dirinya. Dalam kita mengejar dunia ini, saya juga tidak melupakan alam akhirat. Saya akan menghadiri ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang mengajar di masjid. Sedikit sebanyak ia dapat meningkatkan kefahaman, mendapatkan ilmu baru dan seterusnya mengamalkan ilmu tersebut.
Unsur eksistensialisme diterapkan dalam falsafah saya seperti ‘menyebarkannya’ iaitu membantu mereka meningkatkan kefahaman. Ilmu yang dipelajari bukan untuk diri sendiri tetapi disebarkan kepada orang lain dengan cara menyampaikan kepada mereka secara hikmah dan menjawab persoalan yang yang membelenggu diri mereka. Janganlah kita kedekut ilmu kerana ianya tidak membawa kepapaan kepada sesiapa yang menyampaikan atau memberikan ilmu kepada orang lain tetapi sebaliknya ilmu tersebut akan menjadi lebih bermanfaat. Terdapat unsur metafizik pada perkataan ‘akhirat’ iaitu tentang kerohanian. ‘Bertanggungjawab’ bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan penuh dedikasi dan tidak berbelah bagi. 
Dapat diperhatikan terdapatnya unsur aksiologi pada ‘Menerapkan nilai-nilai murni’ iaitu tingkah laku yang baik.  Contoh nilai murni ialah jujur, berkasih sayang, amanah, menepati masa, menepati janji dan seumpamanya. Perkara tersebut perlulah diamalkan dalam kehidupan seharian agar kita mendapat rahmat dariNya dan dihormati oleh masyrakat. Jika saya mengamalkan perkara yang bertentangan perkara di atas, sudah tentu saya akan dipulaukan. Melengkapkan saya dengan pelbagai jenis ilmu dan seterusnya menjadikan saya orang yang boleh membuat pelbagai kerja yang ditugaskan dengan sempurna. Ketelitian membuat sesuatu pekerjanaan amatlah dititik-beratkan agar memuaskan hati semua pihak. 

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...