Pages

Wednesday, June 27, 2012

ELITE IRON BOARD p3


SINOPSIS

            Kumpulan kami merekabentuk sebuah papan seterika yang canggih bersesuaian dengan namanya iaitu elite yang membawa makna canggih. Rekaan ini amat berguna kepada semua orang untuk mempermudahan kerja-kerja menggosok pakaian. Papan seterika ini mempunyai pelbagai penambahan yang menarik untuk kemudahan pengguna masa kini.

REKA BENTUK 1

Reka bentuk pertama, terdapat ahli kumpulan kami yang membuat cadangan untuk membuat perubahan pada kaki papan seterika sahaja. Seperti yang sedia ada, papan seterika tidak boleh dilaraskan kedudukannya menyebabkan pengguna hanya boleh menggunakannya secara berdiri sahaja. Dengan adanya perubahan yang bakal kami lakukan, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini dengan selesa. Bahagian kaki papan seterika ini akan di ubah menjadi kaki seterika yang boleh dilaras. Kakinya boleh dilaras dengan 3 aras kedudukan. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini secara berdiri dan juga duduk bagi pengguna mendapatkan kedudukan selesa. Tercetusnya idea ini adalah kerana melihat masalah yang timbul daripada pengguna-pengguna.

REKA BENTUK 2
           
            Cadangan reka bentuk yang kedua oleh salah seorang ahli kumpulan adalah papan seterika yang boleh dilipat-lipat kepada bentuk yang lebih kecil. Papan seterika masa kini terlalu panjang dan sukar untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. dengan adanya cadangan kami ini, papan seterika dapat disimpan dengan lebih mudah walaupun di tempat yang kecil atau terhad. Ia juga akan memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.

REKA BENTUK 3
           
            Papan seterika pada masa kini memerlukan pengguna menyangkut baju atau pakaian di tempat lain. Ini akan menyusahkan pengguna dan memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja mereka. Justeru itu salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah mencipta penyangkut baju pada papan seterika bagi menyelesaikan masalah yang ada. Dengan adanya perubahan yang bakal kami lakukan pada papan seterika, pengguna tidak perlu lagi menggunakan tenaga yang banyak untuk berulang-alik dari papan seterika ke tempat menyangkut pakaian. Pengguna boleh menyangkut pakaian pada tempat khas yang akan kami ubahkan pada papan seterika tersebut. Ini akan memudahkan pengguna yang sentiasa sibuk.

REKA BENTUK 4

            Untuk papan seterika ini pula, salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah memberikan cadangan supaya menggunakan kain alas papan seterika yang mempunyai ketahanan haba yang tinggi dan mampu untuk menahan daripada  berlaku kebakaran. Untuk papan seterika yang digunakan sekarang hanya menggunakan kain biasa yang tidak tahan pada haba yang tinggi. Ini menyebabkan kebakaran sering terjadi. Dengan adanya perubahan seperti ini, kita dapat mengurangkan kadar kebakaran.

            Setelah dibawa berbincang sesama ahli kumpulan kami, kami telah menggabungkan kesemua rekabentuk tersebut untuk menghasilkan papan seterika yang lebih baik. Untuk papan seterika ini kami menggabungkan dari segi  bahagian kaki papan seterika,iaitu yang  membolehkan pengguna menggunakannya dengan selesa. Bahagian kaki papan seterika ini akan di ubah menjadi kaki seterika yang boleh dilaras. Kakinya boleh dilaras dengan 3 aras kedudukan. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan papan seterika ini secara berdiri dan juga duduk bagi pengguna mendapatkan kedudukan selesa.
            Selain itu, bahagian menggosok papan seterika ini kami telah menggantikannya dengan cadangan salah seorang anggota kumpulan kami iaitu papan yang boleh dilipat-lipat kepada bentuk yang lebih kecil. Papan seterika masa kini terlalu panjang dan sukar untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan adanya cadangan kami ini, papan seterika dapat disimpan dengan lebih mudah walaupun di tempat yang kecil atau terhad. Ia juga akan memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.
            Kemudian kami juga telah menambah fungsi papan seterika ini dengan membuat penambahan dari segi tempat menyangkut baju atau pakaian yang dapat membantu pengguna menjimatkan tenaga dan masa.
            Alas kain yang biasa digunakan juga telah di gantikan kepada kain alas yang tahan kepada haba yang tinggi. Ini dapat mengurangkan kebakaran yang berlaku.
            Apabila kami menggabungkan kesemua cadangan-cadangan oleh anggota kumpulan kami, kami dapat menghasikan papan seterika yang boleh dilipat dan membentuk sebuah kotak yang dapat dijadikan juga tempat menyimpan seterika. Ini dapat membantu memudahkan pengguna untuk membawa kemana-mana seterika dan papan seterika tersebut.
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment