Pages

Saturday, April 28, 2012

Perbezaan Antara Teknologi Pembuatan Dan Teknologi Pengeluaran p1

1.0 TEKNOLOGI
1.1       Definisi

            Perkataan teknologi berasal dari perkataan dasar Latin “texere” yang bermaksud membentuk atau menubuhkan. Teknologi boleh ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan.  Dalam bidang ekonomi, teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.  Teknologi melibatkan proses, sistem pengurusan, struktur, faktor manusia dan bukan manusia apabila menghadapi masalah dan kaedah bagaimana untuk  menyelesaikannya (Finn, 1967).

            Istilah teknologi berasal dari kata “textere” (bahasa Latin) yang ertinya “to weave or construct”, menenun atau membangun. Menurut Saettler (1960) bahawa teknologi tidak selamanya harus menggunakan mesin sebagaimana yang kita fikirkan selama ini, akan tetapi merujuk pada setiap kegiatan yang menggunakan ilmu atau pengetahuan tertentu. Bahkan disebutkan bahwa teknologi itu merupakan usaha untuk menyelesaikan masalah manusia (Salisbury, 2002).  Dalam kaitannya dengan hal tersebut, Romiszowski (1981) menyebutkan bahawa teknologi itu berkaitan dengan produk dan proses. Sedangkan Rogers (1986) mempunyai pandangan bahwa teknologi biasanya berkaitan dengan aspek benda – benda keras (terdiri dari objek fizik), dan aspek benda – benda lembut (terdiri dari perkara yang terkandung dalam benda - benda keras).  Berdasarkan kepada kefahaman – kefahaman tersebut secara Salisbury (2002) mengungkapkan bahawa teknologi adalah penerapan ilmu atau pengetahuan yang di organisasikan secara sistimatik untuk menyelesaikan tugas-tugas secara praktikal.

            Penggunaan istilah teknologi dalam pendidikan tidak terlepas daripada kajian Finn (1960) pada seminar tentang peranan teknologi dalam masyarakat, dengan judul penulisannya “Technology and the Instructional Process”. Melalui penulisan tersebut, beliau mengkaji hubungan antara teknologi dengan pendidikan. 
 
Teknologi juga merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang lain ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.  Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Makna yang lain juga digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.  Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Antara lain, definisi teknologi berdasarkan pakar – pakar dalam bidang tersebut ialah:

        i.            Teknologi sebagai penyusunan ilmu untuk mencapai tujuan praktik (Mesthene 1970)
Ø  Sebarang benda atau teknik yang praktikal dianggap sebagai teknologi

      ii.            Teknologi sebagai benda yang dibuat (artifak) atau dilaksanakan (teknik) dan cara membuat artifak atau melaksanakan teknik (Singer, 1954)

    iii.            Teknologi sebagai semua teknik untuk mencapai sebarang tujuan (Ellul, 1964)
Ø  Manusia menjadi hamba teknologi

    iv.            Teknologi sebagai pengawal alam sekitar (Carpenter, 1974)
Ø  Manusia sebagai tuan kepada alam tabii

      v.            Teknologi sebagai kuasa politik (Spengler,1934)
Ø  Disalah gunakan oleh Hitler untuk menguasai Eropah dengan teknologi ketenteraan yang hebat

Teknologi (Islam) sebagai satu cabang ilmu praktik untuk mencapai tujuan praktik, bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam sekitar, terkekang dalam
        i.            lingkungan had syari’ah (undang-undang), terlaksana mengikut sistem etika (Islam) yang mengutamakan keadilan & dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah (pengganti) Allah untuk mentaskhirkan (mengguna) alam tabii (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
Ø  Takrif ini memastikan perkembangan teknologi terkekang dengan perundangan, terlaksana dengan adil mengikut sistem etika & dipertanggungjawabkan kepada manusia
Ø  Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan dengan syarat tidak ada eksploitasi berlebihan sehingga mencabuli hak orang lain dan alam sekitar
Ø  Keimbangan dan keseimbangan teknologi dengan alam sekitar memastikan kesan sebarang teknologi terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan ekologi

1.2       Permulaan Teknologi

        i.            Teknologi bermula jauh lebih awal daripadakejuruteraan dan sains sejak pada zaman pra-peradaban lagi

      ii.            Manusia awal mencipta teknologi kehidupan seperti artifak alat mudah iaitu pisau, mata lembing, anak panah, batu pengisar, baji, dan kapak drpd batu untuk membantu mereka hidupTeknologi awal penting lain ialah penggunaan api yang terkawal, pembuatan pakaian dan alat kegunaan harian

    iii.            Peradaban agro (6000 bc) bermula dengan revolusi pertanian di lembah sungai subur yang mempunyai cuaca panas, pembanjiran tahunan yang mengendap tanah, rumput yang menghasilkan bijiran dan haiwan yang dijinakkan untuk makanan atau haiwan tunggangan

    iv.            Permulaan peradaban di Lembah Tigris & Eufrates di Iraq, Nil di Mesir, Indus di India, dan Huang Ho di China.

2.0       PENGELUARAN

2.1       Teori Pengeluaran

            Pengeluaran merupakan elemen penting dalam ilmu ekonomi dari segi hubungan kemasukan pendapatan, peningkatan taraf hidup dan memenuhi keperluan atau kehendak manusia serta memastikan kestabilan ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh kerana pentingnya aktiviti pengeluaran dalam ekonomi, ada sesetengah sarjana mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai ilmu undang-undang pengeluaran.

            Kepentingan pengeluaran dapat dilihat dari beberapa sudut. Dari segi ekonomi Islam, pengeluaran dianggap sebagai asas kepada penggunaan dan penggunaan amat penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia. Bagi memastikan penggunaan keperluan manusia dapat dicapai sama ada daruriyyat atau hajiyyat maka Islam meletakkan pengeluaran sebagai asasnya. Allah Taala tidak menjadikan semua sumber alam ini telah siap untuk memenuhi kehendak manusia, tetapi Allah menjadikannya berhajat kepada aktiviti pengeluaran agar dapat dimanfaatkan. Islam juga memandang pengeluaran sebagai satu ibadat dan juga sebagai satu mekanisme untuk melaksanakan perintah Allah Taala. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengeluaran dalam ekonomi Islam.

            Unsur yang paling penting dalam menentukan teori penawaran ialah hasrat manusia untuk mendapat untung yang maksimum. Oleh itu firma akan menjalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah hasil yang maksimum dengan kos yang minimum. Objektif memaksimumkan untung ini merupakan idea ciptaan Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776. Beliau mengutarakan pandangan bahawa setiap manusia didorong oleh ”suatu tangan yang tidak kelihatan” untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang pada zahirnya nampak mulia, tetapi sebenarnya orang itu melakukannya untuk mendapat untung bagi dirinya sendiri. Pengusaha kilang kasut, contohnya, bukanlah berniat untuk menyediakan pakaian kepada orang ramai, tetapi beliau membuat kasut demi mencari keuntungan untuk dirinya sendiri.


Lihat petikan di bawah daripada ”The Wealth Of Nations”:

...every individual necessarily labours to render the annual revenue of the society as great as he can. He generally, indeed, neither intends to promote the public interest, nor knows how much he is promoting it. By preferring the support of domestic to that of foreign industry, he intends only his own security; and by directing that industry in such a manner as its produce may be of the greatest value, he intends only his own gain, and he is in this, as in many other cases, led by an invisible hand to promote an end which was no part of his intention. Nor is it always the worse for the society that it was no part of it. By pursuing his own interest he frequently promotes that of the society more effectually than when he really intends to promote it. I have never known much good done by those who affected to trade for the public good.

            Ramai para ilmuan Ekonomi Islam mempertikai objektif memaksimumkan untung ini dengan menekankan bahawa ianya bercanggah dengan Islam. Objektif ini digambarkan sebagai sesuatu yang tidak bermoral, malah boleh membawa kepada amalan kegiatan haram seperti penindasan, riba, penipuan dan sebagainya. Pengeluar Islam boleh menjadikan keuntungan yang berpatutan sebagai objektifnya, tetapi harus juga mengambil kira aktiviti ekonomi sebagai suatu ibadat yang harus disertai dengan niat yang ikhlas. Selain dari itu pengeluar Islam juga harus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan mematuhi prinsip-prinsip syariah seperti, keadilan, khidmat masyarakat, keuntungan yang sederhana, dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa ruang gerak pengeluar Islam mempunyai batasan-batasan yang lebih berbanding dengan kawannya yang konvensional. Adakah kekangan yang banyak ini menjejaskan kemampuan pengeluar Islam untuk bersaing dengan rakannya yang konvensional? 

            Dari segi teori, Metwally (1989) telah memasukkan faktor zakat dalam analisis keluk hasil dan kos dan mendapati titik keseimbangan pengeluar Islam adalah lebih tinggi berbanding pengeluar konvensional. Ini bermakna jika pengeluar Islam sememangnya mematuhi kehendak Islam maka kesejahteraan yang dicapai oleh masyarakat Islam seharusnya lebih baik daripada masyarakat bukan Islam. Namun begitu kita harus ingat bahawa kebagusan sesuatu teori harus dilandaskan keatas amalan yang berfaedah. Dan ini memerlukan kajian empirikal yang khusus dan teliti. 

2.2       Definisi Pengeluaran

            Ekonomi Barat membataskan kefahaman tentang pengeluaran hanya pada mewujudkan barangan material (madiyyah). Ada sesetengah aliran mazhab ekonomi meluaskan konsep pengeluaran sehingga mencakupi aspek barangan (material) dan perkhidmatan selama mana ia dapat merealisasikan manfaat kepada manusia. Kemudian pakar ekonomi mula menyebut lafaz pengeluaran bagi menunjukkan makna yang merangkumi aktiviti berikut :

        i.            Kegiatan memindahkan barangan dari satu tempat yang mana kurang dimanfaatkan di situ ke satu tempat lain yang boleh dimanfaatkan dengan lebih banyak. Ia dinamakan “manfaat tempat”.
      ii.            Kegiatan mengumpul barangan dalam sumbernya dan memeliharanya daripada musnah. Menggunakannya ketika waktu kekurangan seperti aktiviti pengumpulan beras. Ini dinamakan “manfaat tempat”.
    iii.            Kegiatan yang dijalankan oleh golongan professional seperti doktor dan jurutera yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap manusia. Ini dinamakan “manfaat perkhidmatan individu”.
    iv.            Sebahagian ahli ekonomi menambah satu lagi bentuk manfaat lain iaitu “manfaat pemilikan atau pertukaran”. Manfaat ini disandarkan kepada material di mana ia boleh bertukar tangan seperti saham yang ditulis padanya kontrak pemilikan.

            Mungkin pengeluaran menurut ekonomi Islam boleh ditakrifkan sebagai mencurahkan kesungguhan (segala usaha) untuk mengembang sumber kekayaan mengikut asas-asas dan matlamat syariat bertujuan memastikan kesenangan masyarakat dalam memenuhi keperluan material dan rohani.


            Takrif ini menjelaskan hakikat dan asas pengeluaran iaitu kegiatan menggunakan kekayaan dan menambah serta mewujudkannya melalui kaedah mengembangkannya atau melaburkannya dalam sebarang projek pengeluaran. Ia turut menjelaskan bahawa sumber kepada penggunaan dan pelaburan ini ialah syariat Islam. Justeru, segala kegiatan pengeluaran wajib berada dalam lingkungan syariat Islam. Takrif ini juga menyebut objektif pengeluaran iaitu merealisasikan kesenangan kepada individu masyarakat Islam. Ini sekaligus mengekalkan kewujudan mereka malahan nilai mereka. Kesenangan ini tidak akan tercapai hanya pada keperluan material sahaja, bahkan perlu kepada keperluan maknawi (rohani) seperti intelektual (ilmu).

2.3       Objektif Pengeluaran

            Pengeluaran dalam Islam bukan semata-mata untuk mencapai manfaat material sebagaimana dinyatakan dalam sistem ekonomi lain. Bahkan ekonomi Islam ingin mencapai matlamat manfaat maknawi atau rohani yang mana akan membawa kepada kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Maka, seorang muslim tidak akan menjalankan aktiviti pengeluaran semata-mata untuk memenuhi kehendaknya atau kehendak keluarganya sahaja. Ia juga bertujuan memenuhi kehendak orang lain bahkan untuk semua makhluk Allah. Pengeluaran juga bertujuan menjadikan seseorang muslim tidak berhajat kepada manusia lain atau dengan kata lain menjadikan tangannya ialah tangan yang berada di atas. Sabda Nabi s.a.w. :

اليد العليا خير من اليد السفلى
            Maksudnya : “Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah”.

            Orang Islam akan menjadikan aktiviti pengeluaran sebagai mekanisme untuk ia menjalankan ketaatan kepada Allah dan beribadat kepadaNya. Bagaimanakah seseorang yang tidak mempunyai sebarang mekanisme atau wasilah yang melindungi daripada mati kebuluran atau ketakutan boleh melaksanakan ibadat kepada Allah Taala. Begitu juga seseorang yang tidak mempunyai bahan atau alat yang boleh melindunginya daripada kepanasan cahaya matahari pada musim panas atau daripada kesejukan musim sejuk. Orang yang tidak mempunyai mekanisme yang memberinya keamanan dan kesihatan kepada tubuh badannya juga tidak mampu melaksanakan ibadat kepada Allah Taala. Maka, benarlah bahawa pengeluaran merupakan satu mekanisme untuk mencapai matlamat asasi iaitu mengimarahkan dunia dan merealisaikan tugas khilafah atas muka bumi.

            Justeru, seorang muslim akan menjalankan aktiviti pengeluaran untuk mencapai objektif kehidupannya dan mengukuhkan masyarakat Islam. Ia juga bertujuan membangunkan konsep khilafah, taraf kebaikan (khairiyyah) yang diberikan oleh Allah dan juga taraf saksi kepada umat-umat lain di bumi ini. Firman Allah Taala (Ali Imran : 110) :

            Maksudnya : “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik          dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula             beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

            Maka pengeluaran dalam Islam tidak bermatlamatkan penguasaan ke atas sistem pasaran, atau matlamat penyorokan barang atau mengutamakan kebendaan duniawi seperti sistem kapitalisme. Matlamat utama pengeluaran dalam Islam ialah untuk mencapai kebaikan, kesenangan dan manfaat umum kepada seluruh masyarakat. Ini adalah kerana menjujung perintah Allah Taala dalam al-Qur’an (al-Qasas : 77) :

            Maksudnuya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah           kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan     bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-        hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya           yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;   Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

            Ia bertujuan untuk mencari keredhaan Allah kerana keredhaanNya adalah merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap muslim dalam segala aktiviti ekonomi yang dilakukan. Firman Allah Taala (al-An’am : 162-163) :

            Maksudnya : “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan      matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.        Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di       antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri      kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.

2.4       Faktor Pengeluaran

            Dalam bidang agihan pendapatan Ekonomi Islam menggariskan adanya pulangan kepada faktor pengeluaran dan juga ada habuan untuk bukan faktor. Ekonomi Islam hanya mengiktiraf tiga faktor pengeluaran iaitu, Manusia, Tanah dan Pengusaha. Ini berbeza daripada Ekonomi konvensional yang menyatakan ada empat faktor pengeluaran, iaitu Buruh, Tanah, Modal dan Pengusaha (ada juga penulis yang menjadikan Teknologi sebagai faktor pengeluaran kelima). Walaupun terdapat tiga faktor yang bersamaan, namun terdapat perbezaan yang ketara mengenai pendekatan Ekonomi Konvensional dan Ekonomi Islam terhadap faktor-faktor ini.

            Tanah merangkumi segala kekayaan dan khazanah yang terdapat di bumi laut dan udara. Ini adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Ekonomi konvensional hanya menyebut manusia harus mengambil kekayaan bumi ini dan menggunakannya atau memprosesnya untuk menjadikan barang penggunaan selagi mana ada permintaan untuknya. Islam juga menggalakkan manusia menikmati kekayaan ini, tetapi ada batasan dan syaratnya, seperti tidak merosakkan alam, tidak mengeluarkan barang haram, dan sebagainya. Mengenai faktor Tanah, nampaknya tiada perbezaan yang ketara di antara ekonomi konvensional dan ekonomi Islam.

            Bagi faktor Modal dan Pengusaha, terdapat perbezaan yang penting di antara pendekatan ekonomi konvensional dan ekonomi Islam yang mempunyai implikasi yang besar. Mengenai Modal, Islam tidak mengiktiraf modal pinjaman sebagai faktor pengeluaran tetapi hanya mengiktiraf modal ekuiti, manakala ekonomi Islam mengiktiraf hutang dan ekuiti sebagai sumber modal yang penting. Malah terdapat teori gelagat firma yang agak mantap mengenai campuran modal, iaitu adanya campuran yang optimum di antara hutang dan ekuiti. Disebabkan ilmuan ekonomi Islam kini sudah sependapat bahawa faedah keatas pinjaman adalah riba, maka perbincangan mengenai campuran modal dalam perniagaan Islam tidak releven kerana kesemua pembiayaan firma adalah melalui ekuiti. Adakah ini meletakkan firma Islam dalam keadaan kurang berdaya saing kerana pada teorinya, kos modal ekuiti adalah lebih tinggi daripada kos hutang. 

            Seperkara yang perlu diberi perhatian oleh ilmuan ekonomi Islam ialah amalan menyamatarafkan Modal Ekuiti dan Pengusaha (tanpa modal) dalam tuntutan ke atas keuntungan firma. Prinsip inilah yang mendasari amalan mudarabah oleh perbankan Islam di mana bank akan menyediakan wang modal dan Pengusaha akan menyumbangkan usaha dan kemahiran pengurusanya. Kedua-dua pihak akan berkongsi keuntungan yang terhasil, manakala kerugian sepenuhnya ditanggung oleh bank. Ini berbeza daripada ekonomi konvensional yang mengiktiraf penyumbang modal ekuiti sebagai pemilik firma manakala Pengusaha tanpa modal sebagai pekerja.

Click ads for your tq or like.



No comments:

Post a Comment