Pages

Thursday, May 12, 2011

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL


Pengenalan
Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. Sesebuah organisasi secara umumnya mengandungi aset-aset yang penting dalam pengurusannya, antara aset-aset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia, alatan, bahan-bahan, serta kemudahan yang sistematik. Kesemua ini adalah sangat penting kerana kebergantungan antaranya.bagi menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk, sifat tanggungjawab pada setiap individu adalah penting terutama dalam berkumpulan.

Penuntutan terhadap ilmu pengetahuan dalam mengurus sesuatu organisasi amatlah perlu kerana ianya akan dapat membantu sesuatu sistem pengurusan agar menjadi lebih cekap dan berkesan.melalui pengalaman yang sedia ada, sedikit sebanyak ianya juga memberi panduan dalam mentadbir serta mengurus sesebuah organisasi.

Oleh yang demikian kombinasi antara ilmu pengetahuan, pendidikan serta pengalaman merupakan satu proses yang penting bagi mengurus sesebuah organisasi.

Tujuan
Organisasi Bengkel

            Mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.

            Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor, inventori, stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pembahagian tugas dalam kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, mengikut peraturan dan bedisiplin. Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam bengkel. Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang masa.

Pengurusan Bengkel Yang Berkesan
      Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan produktif berteraskan konsep tanpa cacat (Zero Defect). Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan. Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui interaksi antara guru dengan pelajar dan bengkel yang konduksif lagi selamat. Menghasilkan produk yang lebih bermutu, bahan dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancangkan. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.

Bidang Tugas / Tanggungjawab
Pengetua
·         Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal, meningkatkan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Hal pengurusan, pentadbiran, kewangan dan keselamatan.
·         Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
·         Mempastikan peruntukan kewangan bengkel digunakan dengan sewajarnya.

Penolong Kanan 1 (PENTADBIRAN / KURIKULUM)

·         Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya.
·         Bertanggungjawab kepada Pengetua dalamhal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
·         Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
·         Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

·         Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan penolong kanan 1.
·         Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kauseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.

·         Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Ketua  Bidang

·         Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
·         Bertanggungjawab kepada pengetua dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  yang berkaitan dengan bidangnya.
·         Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akedemik dan sahsiah pelajar.
·         Memantau guru-guru di bawah bidangnya dan mempastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Ketua Panitia

·         Mengetahui setiap bahagian bidang mata pelajaran dan pengurusan bengkel.
·         Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa peringkat panitia.
·         Menguruskan bengkel.
·         Menerima borang yang berkaitan dengan pengurusan bengkel.
·         Menyimpan borang (storage).
·         Pengurusan stok dan inventori.

Penyelia Bengkel

·         Menyelia bengkel dan memastikan operasi bengkel berjalan dengan lancar.
·         Membantu tugas KetuaPanitia :
1.      Menerima Borang
2.      Menyimpan barang (storage)
3.      Pengurusan stok dan iventori

Pembantu Bengkel

·         Menyemak stok dan iventori.
·         Menyediakan alatan dan bahan amali.
·         Membantu guru semasa pelajar menjalankan kerja amali.
·         Mempastikan bengkel dibuka dan dikunci selepas digunakan.
·         Menyelenggaradan membaik pulih alatan dan mesin.

Formen (PELAJAR)

·         Ketua bengkel yang menerima arahan daripada guru.
·         Mengurus dan menyediakan pelajar-pelajar lain untuk melaksanakan kerja penyusunan dan pembersihan peralatan bengkel.
·         Memastikan pelajar mematuhi peraturan disiplin di dalam bengkel.
·         Melaporkan segera kepada guru jika berlaku sebarang masalah dan kes kemalangan.

Penolong Formen

·         Membantu tugas-tugas formen.
·         Tolong menolong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru, formen dan semua rakan sekelas.
·         Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan, keselamatan dan kebersihan bengkel.
·         Menurut perintah guru dan formen.

Pengurusan Stok Dan Inventori

Penyimpanan Stok

·         Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan dengan teratur mengikut jenis dan di tempat yang selamat.
·         Stok yang belum digunakan hendaklah diasingkan daripada stok yang telah digunakan atau rosak.

Pengeluaran Stok

·         Barang-barang hendaklah dikeluarkan hanya atas permintaan dari guru-guru atau kakitangan yang diberi kuasa sahaja. Pengeluaran barang-barang hendaklah dicatatkan dalam buku stok pada hari dikeluarkan dan hendaklah ditandatangani oleh penerima.
·         Barang-barang yang telah dikeluarkan tetapi tidak digunkan hendaklah dikembalikan ke stor dan dimasuk kira dengan stok yang belum digunakan.
·         Catatan hendaklah dibuat di dalam buku stok.

Pemeriksa Stok

·         Pengetua hendaklah memastikan bahawa baki stok fizikal adalah sama seperti baki yang tercatat di dalam buku stok dengan menjalankan pemeriksaan stok dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun pemeriksaan stok hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
·         Pemeriksaan stok bertujuan untuk memastikan stok masih boleh digunakan. Stok yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dihapus kira. Sekiranya selepas pemeriksaan stok terdapat kehilangan stok atau kekurangan yang tidak dapat dikesan/cari, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada ketua Jabatan supaya tindakan susulan dapat diambil.

Penyelenggaraan Alatan

·         Sekiranya alatan tangan telah selesai digunakan ianya perlu diselenggara untuk memanjangkan tempoh hayatnya.
·         Alatan-alatan yang rosak juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada penggunaannya.
·         Bagi mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel kayu sekiranya berlaku kerosakan atau memerlukan penyelenggaraan di pusat servis maka catatan menyelenggara perlu dicatatkan di dalam kad butir-butir penyelengaraan harta modal dengan memenuhkan butir-butir seperti tarikh, butir-butir servis pembaikkan, nama tempat pusat servis serta kosnya.

·   Sesuatu harta modal boleh dilupuskan dari stok sekiranya ia telah memenuhi kretiria berikut :

1.      Tidak boleh digunakan akibat rosak teruk, tidak ekonomik untuk diperbaiki, lebih had tempoh hadnya, lusuh, buruk, cacat dan out of date.
2.      Tidak diperlukan disebabkan oleh stok tidak bergerak lebih dari 3 tahun atau lebihan stok

Click ads for your tq



No comments:

Post a Comment