Pages

Thursday, March 10, 2011

KONSEP PRESTASI PELAJAR DI SEKOLAH (SCHOOL PERFORMANCE)


Prestasi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu, memahami, menguasai dan mampu mengaplikasikan apa yang telah di pelajari. Konsep prestasi pelajar di sekolah merujuk kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang di gunakan untuk mengukur prestasi pelajar dan tahap pemahaman pelajar dalam sesuatu matapelajaran yang di pelajari. Selain itu prestasi pelajar juga dapat di ukur melalui keterlibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran samaada di dalam mahupun di luar kelas. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah. Antaranya ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di gunakan semasa sesi pembelajaran di sekolah. Teknik yang di gunakan guru untuk mengajar mempunyai pengaruh yang besar kepada prestasi pelajar di sekolah. Guru perlu mengenalpasti masalah yang di hadapi pelajar ketika sesi pembelajaran dengan cara berinteraksi dengan pelajar. Selain itu guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran agar ia tidak stereotaip dan membosankan pelajar. Keadaan dan suasana bilik darjah juga merupakan salah satu  faktor yang  mempengaruhi tahap prestasi pelajar. Suasana persekitaran kelas yang cantik dan kondusif dapat membantu pelajar untuk lebih seronok belajar dan dapat mengurangkan tekanan ketika belajar. Selain itu sikap pelajar sendiri juga mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah. Pelajar perlulah mengelakkan sifat malas ketika belajar, menangguhkan kerja dan tidak ambil peduli tentang pelajaran. Sikap seperti ini perlu di elakkan untuk mendapatkan prestasi yang terbaik. Dorongan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap prestasi pelajar. Melalui dorongan ibu bapa pelajar akan lebih bermotivasi kerana ibu bapa sentiasa berada di samping mereka untuk memberi semangat dan perangsang. Selain itu, masalah kewangan juga mempengaruhi tahap prestasi pelajar. Bagi golongan pelajar-pelajar miskin mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan bahan rujukan tambahan serta kelas tambahan dan hanya bergantung kepada pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Ini menyebabkan mereka sukar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Masalah keluarga juga merupakan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah. Pelajar yang mempunyai masalah keluarga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas kerana memikirkan masalah keluarganya. Ini menyebabkan pelajar berasa tertekan ketika belajar dan mengabaikan pelajarannya. Kaedah belajar yang di amalkan pelajar juga mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah. Setiap pelajar perlu mengetahui samaada kaedah pembelajaran yang di gunakan sesuai atau tidak. Contohnya subjek matematik memerlukan pelajar faham apa yang di pelajari dan bukannya hanya sekadar menghafal rumus. Selain itu pelajar boleh mempelbagaikan kaedah belajar seperti menggunakan kad nota, gambarajah, peta mida dan sebagainya. Kesimpulannya, prestasi pelajar dapat di tingkatkan ke tahap yang paling maksimum sekiranya pelajar mampu mengenalpasti apakah masalah yang di hadapi dan menyelesaikannya.
                         

1 comment:

  1. pls la buat dlm perenggan. susah weyh nak baca

    ReplyDelete