Pages

Tuesday, March 8, 2011

KESESUAIAN FABRIK DAN PEMILIHAN FABRIK


A.    SELUAR SLEK

Warna yang sesuai.
Warna merupakan factor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih fabric untuk seluar slek.hal ini adalah kerana warna juga boleh menimbulkan pelbagai masalah dari segi ketidaksesuaian atau ketidaksesuaian si pemakai. Oleh itu, warna yang sesuai untuk membuat seluar slek adalah dengan menggunakan warna yang gelap seperti hitam,biru tua dan sebagainya.

Mudah di basuh dan dicuci.
Fabric mestilah mudah di basuh atau dicuci mengikut kekerapan pakaian ini akan di pakai.Jika pakaian perlu dibasuh,adalah penting untuk memilih lapik dalam.

Harga yang berpatutan
Ini adalah untuk kepentingan pakaian dan banyaknya masa dan pekerjaan yang diambil untuk membuatnya. Banyaknya masa dan pekerjaan yang dibelanjakan untuk fabric perlulah seimbang dengan banyak kalinya pakaian ini dipakai. Seluar yang boleh dipakai untuk beberapa tahun hendaklah dibuat daripada fabric yang bermutu tinggi.

Ketebalan fabric
Pemilihan fabric yang tebal adalah paling sesuai untuk membuat seluar sleek.walaupun begitu, pemilihan fabric untuk membuat seluar slek tidaklah terlalu tebal kerana seselesaan perlu diutamakan. Jenis fabric yang digunakan perlulah menyerap peluh.

B.GAUN KANAK-KANAK

Jenis fabric
Fabric asli dibuat daripada sumber asli iaitu tumbuhan dan haiwan. Contohnya fabric kapas sesuia digunakan untuk membuat baju kanak-kanak kerana fabric kapas adalah fabric yang lembut dan fabric ini dapat menyerap lembapan. Fabric ini mudah diperolehi, mudah dikendalikan dan selesa dipakai.

Warna
Warna memainkan peranan yang penting untuk membuat pakaian kanak-kanak terutamanya gaun.hal ini adalah kerana,warna fabrik dapat menimbulkan suasana yang ceria dalam membuat gaun kanak-kanak. Oleh itu warna-warna yang lembut sesuai untuk membuat gaun.

Bentuk
Fabrik kapas bentuk sederhana sesuai untuk membuat gaun kanak-kanak.jenis fabrik kapas yang sesuai untu membuat gaun kanak-kanak adalah jenis poplin dan gingham. manakala Fabrik kapas bentuk nipis yang sesuai untuk membuat gaun kanak-kanak yang jenis nipis adalah jenis voile.

No comments:

Post a Comment