Pages

Tuesday, March 8, 2011

bioteknologi


Bajet untuk sektor pertanian bagi tahun 2006 adalah bajet yang telah lama ditunggu dari segi visi dan strateginya. Inti pati bajet untuk sektor ini adalah ``propertumbuhan'' yang dipandu oleh sains dan teknologi. Walaupun sains dan teknologi adalah wahana utama yang dijangka memesatkan pertumbuhan, namun beberapa kelembapan dalam sektor pertanian dan makanan dan luar bandar ditangani serentak. Sektor pertanian juga dijangka menerima kesan positif daripada strategi yang digubal untuk sektor ekonomi secara keseluruhan. Iaitu, inti pati Bajet 2006 secara keseluruhan adalah selari dengan keperluan pertumbuhan dalam sektor pertanian.
Bajet 2006 menampilkan beberapa isu praktikal yang perlu ditangani di samping agenda bioteknologi yang dijangka akan memandu sektor ini ke tahap yang lebih tinggi.Visi kerajaan ke atas kepentingan bioteknologi adalah; bioteknologi berpotensi untuk (meningkatkan produktiviti pertanian; meningkatkan nilai tambah keluaran yang berasaskan-bio (seperti phytomedicines, perasa dan pewangi, biopesticides dan pharmaceuticals/nutraceuticals); melahirkan pelbagai keluaran baru dan meningkatkan pendapatan negara.
Beberapa langkah institusi telah diambil untuk melaksanakan projek bioteknologi ini seperti BioValley, BioNexus, Bioproducts Validation Centre. Kerajaan akan menubuhkan Malaysian Life Sciences Capital Fund untuk menyediakan dana pelaburan dalam bidang ini.
Industri bioteknologi merangkumi berbagai produk dan perkhidmatan biotek yang diperolehi daripada penggunaan teknologi yang melibatkan aplikasi organisma hidup, bahagian-bahagian dan komponen-komponen mereka, atau sistem-sistem dan proses-proses biologi. Malaysia adalah salah satu daripada 12 pusat biodiversiti mega di dunia dengan sumber-sumber semula jadi yang banyak bagi flora, fauna dan ekosistem-ekosistem. 
Kerajaan komited untuk mempromosikan industri ini  sebagai salah satu daripada bidang pertumbuhan baru dan usaha yang digembelingkan telah berjaya menghasilkan lebih banyak usahasama dan kerjasama antara pihak-pihak tempatan dan asing dalam menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk pengeluaran vaksin, kit diagnostik dan produk-produk biotek berkaitan yang lain.
Malaysia juga menawarkan sumber manusia mahir, di mana Dasar Pendidikan Negara memberi tekanan kepada sains dan teknologi.  Di Malaysia, terdapat 13 universiti  menawarkan program-program bioteknologi dan mempunyai kira-kira 3,000 mahasiswa yang mengikuti bidang teknologi setiap tahun, di samping program-program lepasan ijazah lain.  Kerajaan Malaysia menganggarkan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, akan terdapat kira-kira 23,000 tenagakerja penyelidik dan lebih daripada 5,000 saintis dalam bidang ini.
Malaysia juga menyediakan sokongan R&D yang teguh kepada para pelabur.  Oleh kerana berakar umbi daripada ekonomi bersifat pertanian, Malaysia mempunyai kepakaran R&D yang kukuh dalam industri-industri pertanian dan makanan, terutamanya tanaman perindustrian, tanaman makanan dan tanaman perhiasan.  Terdapat juga beberapa taman sains dan teknologi, pusat-pusat inkubasi dan pusat-pusat percubaan klinik yang menampung permintaan aktiviti-aktiviti bioteknologi dan R&D.  Antaranya adalah kemudahan seperti Medical Enterprise (CHIME), Pusat Teknologi Pintar UKM-MTDC dan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).
Kerajaan Malaysia sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif baru untuk menyegerakan pembangunan industri bioteknologi.   Langkah-langkah telah diambil untuk menyepadukan aktiviti-aktiviti penyelidikan di peringkat negeri, menggalakkan penyertaan pihak industri dan menarik pelaburan dan bakat-bakat berkualiti, menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan pemerdagangan khusus (paten, nasihat perundangan, rancangan perniagaan, rancangan pemasaran dan penyumberan rakan kongsi).
Bidang-bidang keutamaan yang telah dikenalpasti termasuk bioteknologi tumbuhan, bioteknologi haiwan, bioteknologi perubatan, bioteknologi makanan, bioteknologi perindustrian dan persekitaran, biofarmaseutikal, bioteknologi molekular dan bioinformatik.
Bidang yang diberi tumpuan bagi pembangunan lebih lanjut dalam industri bioteknologi adalah:
  • Bioteknologi makanan/bioteknologi pertanian
  • Biofarmaseutikal (antibodi dan vaksin)
  • Nutraseutikal
  • Biodiagnostik
  • Enzim perindustrian
  • Perikatan strategik dan perkongsian penyelidikan/penemuan bersama kompaun bioaktif untuk penjagaan kesihatan.

Contoh harian bioteknologi

Banyak produk-produk harian dipasaran kini adalah produk harian bioteknologi. Sebagai contoh, baju yang kita pakai kini adalah hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya. Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya datangnya dari pokok kacang soya transgenik.

Nenek moyang kita juga telah mahir dalam teknologi ini terutama sekali dalam teknik penapaian. Dari sini lahirlah tapai, air tuak, dan sebagainya. Yis pula telah terkenal sejak beribu tahunnya dalam peranannya dalam pembakaran roti dan teknik ini masih lagi digunakan sehingga sekarang.

Beras-beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.

Pernahkah anda melihat bunga-bunga di taman dan terfikir bahawa bunga-bunga ini adalah hasil pengubahsuaian oleh bioteknologi ?

Sebenarnya pokok-pokok ini pada asalnya tidak begitu sesuai di taman di negara ini memandang iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Tetapi dengan berkat usaha yang lama akhirnya tanaman ini berjaya menyesuaikan diri dengan cuaca khatulistiwa.

Dari pemerhatian ini dapatlah disimpulkan bahawa bioteknologi memainkan peranan yang penting dalam hidup harian manusia.
Masalah Pelaksanaan Teknologi Bioteknologi
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Kita bergantung kepada teknologi dan input luar. Sebanyak 95% daripada benih bagi tanaman sayuran dan 40% daripada benih tanaman buah-buahan adalah diimport dari China, Australia dan Taiwan. Justeru, kita perlu meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk mencari pembaharuan yang berterusan dan inovasi bagi mencari sumber-sumber benih alternatif dan menambahkan produktiviti dan keberkesanan kos pengeluaran pertanian disamping menghasilkan produk-produk baru yang inovatif. Kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh MARDI tidak sepatutnya terhad kepada mencari benih baru sahaja tetapi meliputi juga rantaian nilai tambah (value chain) yang lain seperti pemprosesan makanan, pengurusan air, penggunaan input pertanian, dan cara-cara pembungkusan. Lebih penting ialah langkah-langkah susulan yang diambil oleh MARDI bagi pengkomersialan penemuan-penernuan kajian dari makmal kepada pasaran oleh usahawan-usahawan tempatan melalui program pembangunan usahawan secara incubator di samping menggunakan teknologi bioteknologi.
Industri bioteknologi tidak berkembang.
Di Malaysia, industri bioteknologi pertanian merupakan industri baru yang belum berkembang luas. Penyelidikan bioteknologi memerlukan pelaburan yang tinggi untuk infrastruktur, peralatan, kemudahan dan sumber manusia dan pembangunan bioteknologi di negara kita hendaklah diterajui oleh sektor swasta (private-sector driven). Selaras dengan hasrat kerajaan ini, Projek BioValley Malaysia telah dilancarkan bagi membentuk satu hub baru bioteknologi di rantau ini. Projek ini akan menempatkan Institut Agro-Bioteknologi Kebangsaan yang khusus menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi pertanian. Makmal sementara telah dibangunkan di MARDI, sementara menunggu projek siap dibina di lokasi tetap di Dengkil. Potensi dalam bidang bioteknologi ini amat tinggi. Oleh yang demikian, produk-produk yang berasaskan bioteknologi pertanian perlu dikomersilkan untuk menjana sumbangan bagi pertumbuhan baru dalam sektor pertanian. Seterusnya teknologi ini akan mempengaruhi bioteknologi pemakanan.


No comments:

Post a Comment