Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label ladang. Show all posts
Showing posts with label ladang. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Pertandingan lanskap

 Alhamdulillah, johan. X sia2 pagi petang dtg buat. dr kamera member. dpt hamper. 
1

2

dalam ni ada ikan sepat

tasik tu ada ikan toman besar betis

5

6

7

terbaik

Prof Rashid, Pn Nornazira jd pengadil

cuaca panas terik

tahniah
Click ads for your tq



Friday, March 25, 2011

Sayur-sayuran

PENGENALAN

Sayur-sayuran didefinisikan sebagai sebahagian daripada tanaman yang umumnya dimakan untuk memenuhi kesempurnaan gizi seseorang. Berdasarkan definisi tersebut, sayur-sayuran dapat dibezakan mengikut kategori :

i)                    daun ( kangkung, katuk , sawi, bayam, selada air, )
ii)                  bunga ( kembang turi, brokoli, kembang kol, )
iii)                buah ( terong, cili, paprika, labu, timun, tomato)


Bagi sayuran daun, ia dapat dibezakan mengikut kategori warna iaitu :

i)                    hijau tua seperti bayam, kangkung, katuk, kelor dan daun betik
ii)                  hijau muda seperti selada, seledri dan lettuce
iii)                hampir tidak berwarna seperti kol dan sawi putih.


Warna hijau tersebut disebabkan oleh pigmen hijau yang disebut klorofil. Klorofil ini tersimpan di dalam kloroplas. Sayur-sayuran daun yang berwarna hijau tua, lebih banyak mengandungi klorofil daripada yang berwarna hijau muda. Di dalam kloroplas juga terdapat pigmen lain, iaitu karoten. Semakin hijau warna daun, maka kandungan karotennya akan semakin tinggi.


Berikut kita akan mengikuti cara penanaman sayuran daun untuk pengetahuan umum ;

PEMILIHAN BIJI BENIH

Biji benih yang baik adalah factor terpenting di dalam memastikan pertumbuhan sesuatu tanaman. Jadi untuk memilih biji benih, factor-faktor yang berikut perlulah dipertimbangkan ;
Ø  Gunakan biji benih yang bebas daripada serangan kulat dan tanda-tanda berpenyakit
Ø  Tiada kecacatan, pecah dan sebagainya
Ø  Bersih dan bernas


RAWATAN
Cara untuk memastikan biji benih bebas daripada kulat ialah dengan cara menggaulkan dengan racun kulat iaitu dengan kadar 3 gram racun kulat bagi setiap 100 gram biji benih.

PENYEDIAAN TANAH
Kawasan  tanaman hendaklah dibersihkan daripada sebarang tumbuhan. Tanah dicangkul sedalam 30cm , kemudian dibiarkan selama 1-2 minggu. Ini bertujuan untuk mendedahkan rumpai dan hidupan perosak kepada cahaya matahari agar musnah. Kemudian tanah dicangkul  semula bagi memecahkan ketulan besar menjadi lebih kecil. Rumput yang separuh reput dibenamkam ke dalam tanah atau diambil untuk dijadikan kompos. Bagi kawasan yang luas jentera pembajak bolehlah digunakan.

Tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak tanaman sayuran adalah perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut ;
  1. Senang diusahakan
  2. Pengudaraan yang baik
  3. Struktur tanah yang stabil
  4. Resapan air yang baik , tinggi nutrient pemakanan serta kandaungan organic.

Tanah yang sesuai bagi tanaman sayuran daun ialah ;
    • Tanah loam
    • Tanah liat berpasir
    • Tanah yang kaya dengan bahan organic
    • Tanah yang mempunyai nilai pH 4.5-5.0

MEMBAJAK DAN MEMBUAT BATAS
           
            Tanah hendaklah dibajak atau dicangkul sedalam 20 cm. Kaedah ini dapat memecahkan tanah, membalikkan dan mendedahkan tanah kepada cahaya matahari. Ini akan memberi kesan kepada organisma serta memudahkan proses penguraian mineral di dalam tanah.
            Selepas itu , tanah yang dibajak atau dipecah-pecahkan dengan  cangkul sehingga halus. Walaupun tanah  sudah sesuai untuk tanaman , kedua-dua cara tersebut mengakibatkan pendedahan biji  rumpai yang sebelum ini dorman  di dalam tanah.
            Setelah itu barulah batas dibuat dengan ukuran 1.2 meter lebar, 0.3 meter tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan. Bagi tanah bukan organic, taburkan dan gaul rata-rata  baja kimia seperti Nutriat Kalium (MOP) di atas batas dengan kadar 250kg/ha.
            Setelah batas siap, ia akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan serangga dan perosak daripada memusnahkan biji benih.

Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci  tentang  penyediaan batas ;
            Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya. Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm -152 cm ( 3-5 kaki ) lebar. Tinggi 23 cm ( 9 inci ) atau lebih dengan lorong anatara batas selebar 61-122 cm ( 2-4 kaki ) .
            Saliran yang baik merupakan keperluan terpenting bagi pertumbuhan sayur. Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh menggencatkan pertumbuhan akar atau penangkupan air menyebabkan akar terendam dan reput. Masalah saliran biasanya pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.

Tuesday, March 22, 2011

TEKNOLOGI TANAMAN TANPA TANAH


Pendahuluan

Penanaman tanaman tanpa tanah bermaksud menanam tanaman menggunakan bahan-bahan lain tanpa mencampurkan dengan tanah atau

Tidak menggunakan medium tanah.

Antara teknologi tanaman tanpa tanah yang biasa digunakan ialah:

·       Hidroponik
·       Coco-peat (habuk sabut)
·       Kultur in-vitro

Teknologi ini penting dan diperkenalkan disebabkan:

a)    Kekurangan kawasan penanaman
b)   Nilai harta tanah yang meningkat
c)    Kepelbagaian teknik penanaman
d)   Memudahkan penyelengaraan
e)    Mengawal penyakit yang berpunca dari tanah


HIDROPONIK


·       Berasal dari istilah greek “hidro” bererti air dan “ponos” berti
     kerja.Membawa maksud air yang bekerja.
·       Kajian telah bermula sejak 1600 sm


·       Belgian Jan Van Helmout (1600) ahli sains terawal mengkaji     
         hubungan tumbuhan dan air. Beliau mendapati bahan-bahan
         diperlukan oleh tumbuhan sebenarnya didapati oleh air
         daripada tanah.

·       Sachs dan Knop (1860) mengkaji menggunakan larutan
     nutrien yang mengandungi unsur pemakanan seperti
     Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium dan Magnesium.

·       W.F. Gericke (1930) telah menjalankan kaedah tanpa tanah
     secara komersial dan dinamakan “hidroponik”. Beliau telah
     berjaya menanam sayur-sayuran termasuk sayuran berakar
     seperti lobak, kentang sayuran kekacang, buah-buahan dan
     bunga-bungaan menggunakan medium sokongan kerikil dan
     pasir.

Kelebihan dan Kelemahan Sistem Hidroponik


Kelebihan:

1.    Mengeluarkan hasil tanaman yang lebih tinggi
2.    Nutrien yang seimbang dapat dibekalkan secara berterusan
3.    Penanaman tanpa musim
4.    Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi bentuk dan rasa
5.    Lebih berkualiti
6.    Penyakit tanaman dapat dikurangkan
7.    Tidak memerlukan pengawalan rumpai, menyiram, membajak





Kelemahan:

1.   Pembinaan system hidroponik memerlukan kos pembelian   
      alatan dan bahan yang tinggi daripada penanaman biasa.
2.   Penyakit cepat merebak dan sukar dikawal jika diserang
      bakteria, kulat.     
3.   Pengetahuan teknikal diperlukan untuk menyediakan larutan
      nutrien, menguji pH dan keberaliran elektir (EC) serta
      penambahan baja.

Jenis-Jenis Sistem Hidroponik:

Tidak semua tanaman sesuai menggunakan sistem hidroponik.
Antara tanaman yang sesuai adalah:

*   Pokok bunga-bungaan

      Contoh:  Marigold, kekwa dan ros

*   Sayur-sayuran (jenis berbuah dan jenis berdaun)

      Contoh:   Salad, Kubis, brokoli, bayam, timun.

*    Pokok jenis herba/pokok renek

       Contoh:   Kesum, padi, aloe vera.

Keperluan Asas Sistem Hdiroponik:

*  Keperluan hidroponik ringkas adalah:

-         bekas takungan
-         alat dan radas
-         bahan kimia
-         medium sokongan

 *  Bekas takungan diperlukan untuk:

a)    Menyimpan larutan

b)   Mengisi medium sokongan

·       Bekas biasanya diperbuat dari bekas plastik, gentian kaca atau kaca berlubang.

·       Bekas yang boleh bertindakbalas dengan larutan nutrien tidak
         sesuai.


Bahan Kimia:

*  Larutan nutrien

     i.  Makronutrien   -  N, P, K, Ca, Mg, dan S 
                                  -  diperlukan dengan lebih banyak

     ii,  Mikronutrien   -  fe, Mn, B, Cu, Zn, Cl, Mo, I, Co


*   Unsur-unsur nutrien boleh dibekalkan melalui bahan kimia
     seperti berikut:

       Unsur Nutrien
     Bahan Kimia
Nitrogen  (150 – 250 ppm)
Kalsium nitrat
Kalium nitrat
Ammonium fosfat
Ammonium sulfat
Fosforus (130 – 60 ppm)
Monokalium fosfat
Super fosfat
Kalium 9300 – 500 ppm)
Kalium nitrat
Monokalium fosfat
Kalium Sulfat
Magnesium (50 – 100 ppt)
Magnesium sulfat
Sulfur
Magnesium sulfat
Mangan (1-4ppm)
Mangan sulfat
Zink (0.05 – 2ppm)
Zink sulfat
Molibdenum (0.01-0.005 ppm)
Ammonium molibdat
Boron 90.3 – 0.5 ppm)
Asid boric
Ferum ( 4 – 6 ppm)
Ferum EDTA
Ferum sulfat

Medium Sokongan:

·       Bahan yang digunakan untuk menyokong pokok
·       Span, pasir, kerikil, pecahan batu-bata, rockwool, guli atau sebarang bahan yang mempunyai ciri berikut:

-         Berupaya menyimpan kelembapan
-         Bahan tidak organik dan tidak mudah reput
-         Mempunyai sliran yang baik
-         Mempunyai ruang pengudaraan
-         Tidak mengeluarkan bahan beracun
-         Mudah dicuci
-         Tidak mengandungi kalsium yang tinggi
-         Poros
-         Tidak bertindak balas dengan nutrien


Sistem Hidroponik Yang Lengkap:

*  Sistem pengeluaran hidroponik mempunyai berbagai kaedah iaitu:

a.     Kultur cecair
b.    Kultur pasir
c.     Kultur kerikil

A.  Kultur Cecair

*    Direka oleh Allen Cooper (1965).  Dikenali sebagai nutrien  
      film technique (NFT) atau nutrien flow technique kerana 
      larutan nutrien disalirkan secara berterusan.

      *   Asasnya: pergerakan larutan nutrien yang berulangalik dari 
            tangkai tadahan yang dipam ke palung dan balik semula ke
            tangki tadahan.

      *   Pergerakan larutan memberikan kelembapan dan
           pengudaraan yang optimum kepada tumbuhan. Kecerunan
           optimum adalah kurang daripada 1:100 (2-3 liter sahaja).

       *  Bagi 1 hektar tanaman memerlukan 10,000 – 15,000 liter
           isipadu larutan.


Unit Hidroponik Ringkas:

*  Mudah disediakan dan sesuai untuk penanaman di kawasan
    Bandar seperti di pangsapuri.

*  Memerlukan takungan, takung medium sokongan, medium dan
    larutan bahan nutrien.

B.  Kultur Kerikil

·       Menggunakan kerikil sebagai medium sokongan
·       Memerlukan penjagaan terhadap perubahan suhu, kandungan dan paras larutan nutrien.
·       Perlu distril selepas digunakan dan untuk penanaman seterusnya.

Pengurusan Sistem Hidroponik:

1.  Menyemai

·       Menggunakan biji benih yang baik
·       Menggunakan span atau rockwool yang dimasukkan ke dalam takungan yang berair.
·       Lubang hendaklah tiada melebihi 6 mm dalam
·       Kelembapan perlu dikawal
·       Sehari selepas ditanam larutan nutrien digantikan dengnan larutan nutrien yang sama kadar dengan tumbuhan dewasa.
·       Setelah pasangnan daun kedua tumbuh, bolehlah dipindahkan.

2.  Memindah

·       Gunakan sudip tangan untuk menjalankan kerja-kerja memindah
·       Elakkan kecederaan kepada daun anak benih
·       Masukkan anak benih bersama span atau rocklwool
·       Pastikan larutan nutrien telah disaliran dengan baik.

3.  Melatih dan Mengikat

·       Penting bagi tanaman jenis menjalar atau berbatang seperti tomato, timun dan musk malon.
·       Melatih dimulakan apabila pokok mencapai ketinggian 15 – 20 cm (4-5 helai daun).
·       Tujuan supaya pokok dapat tumbuh tegak dan tidak menjalar. Tidak menganggu pertumbuhan pokok lain.
·       Kaedah:  Mengikat tali raffia pada pangkal pokok dan penyokong atas.

4.  Mencantas dan Mengutil

·       Mencantas:  kerja membuang cabang sisi
·       Cantasan dibuat terhadap cabang sisi pertama hingga keempat sebelum cabang sisi mencapi 5 cm panjang
·       Bekas cantasan hendaklahj dirawat dengan racun kulat

5.  Mendebunga

·       Proses pendebungaan berbantu
·       Dilakukan dengan menggunakan debunga jantan pada stigma bung betina yang cukup kembang.

6.  Mengawal Serangga Perosak dan Penyakit

·       Serangga yang kerap menyerang seperti belalang, kumbang makan daun, ulat bulu, kutu daun dsb.
·       Menggunakan tangnan atau racun serangga seperti Sevin, Diptrex dan Malathion.
·       Penyakit yang biasa menyerang seperti kulat jelaga, bintik daun, mozek daun dan bintik hitam.
·       Kawal dengan racun kulat seperti Benlate, Captan dan Redomil.

7.   Memilih dan Menggantung Buah

·       Mengikat cabang buah ke penyokong atas semasa buah masih kecil
·       Perlu tentukan buah yang sesuai dan yang lain hendaklah dibuang

8.   Memungut Hasil

·       Sayuran boleh dicabut dengan mencabut keseluruhan pokok
·       Buah seperti timun dan tomato hanya petik buahnya sahaja.

9.  Pengurusan Larutan Nutrien

     Penting bagi menentukan keberaliran elektrik (EC) larutan
     nutrien
·       EC – electric conductivity menggunakan Meter EC
·       Nilai yang sesuai 2.4 – 2.7 milisimen/cm
·       Nilai piawai ialah 2.4 milisimen/cm
·       Jumlah bahan kimia yang perlu ditambah

Berat bahan kimia asal (g) x EC Piawai – Bacaan EC baru
                                            EC Piawai

·       Nilai EC perlu diuji 2 kali sekali

Tanda-Tanda Kekurangan Larutan

            Kekurangan Nutrien
                  Simpton
Nitrogen dan kalium
Tumbuhan lambat membesar
Daunya hijau kekuningan dan
Lebih kecil
Ferum dan mangan
Daun kekuningan bermula dari daun muda
Fosforus
Daun berwarna kekuningan dan terdapat tompok-tompok perang pada daun
Kalsium
Tepi dan hujung daun bergulung


10. Menentukan pH Larutan

·       Skala bacaan pH yang sesuai adalah 5.5 – 6.5
·       Menggunakan analisis komputer, kertas nitrazin, kertas litmus dan meter pH
·       Jika bacaan pH kurang 5.5 kawal dengan menambah kalium hidroksida atau natrium hidroksida pada kadar 10g untuk 1,000 liter bagi kenaikan pH 0.5.
·       Jika bacaan pH melebihi 6.5 turunkan dengan larutan asid hidroklorik cair (250ml) atau asid sulfik kepekatan 10% ke dalam 1,000 liter bagi
Penurunan pH 0.5.

click ads for your tq





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...