Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial. Show all posts
Showing posts with label SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Psikologi


Psikologi juga merupakan salah satu daripada bidang pengajian atau cabang disiplin Sains Sosial dan disiplin ini memberi pengaruh yang kuat dalam bidang akademik dan professional masa kini. Ianya berpengaruh kerana bidang Psikologi mengkaji tentang manusia iaitu berkaitan dengan sifat tabii, tingkah laku dan mengkaji minda dan jiwa manusia sama ada dalam konteks individu atau dalam konteks masyarakat dan social. 


            Perktaan Psikologi (Psychology) adalah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu Psyche (Psiko) yang membawa makna jiwa, rohani atau mental. Logos (-logi) pua bererti kajian. Oleh itu, perkataan Psikologi membawa makna kajian mengenai jiwa manusia. Kajian dalam Psikologi berbentuk kajian saintifik yang melibatkan beberapa kaedah penyelidikan iaitu kajilidikan, peninjauan, kolerasi, pemerhatian, kes kajian dan lain-lain. Kaedah-kaedah ini mempunyai ciri-ciri lojik, empirisis dan menggunakan prosedur penyelididkan yang spesifik.


            Selain itu, Psikologi mengkaji tingkah laku manusia iaitu perbuatan yang boleh dilihat dengan mata kasar terhadap tingkah laku lampau. Contohnya ialah makan, tidur, berjalan, menangis dan sebagainya. Psikologi  juga menjalankan kajian terhadap proses-proses jiwa dan mental manusia atau dikenali sebagai tingkah laku terselindung serta tidak dapat dilihat. Contohnya ialah mimpi, perasaan dan lain-lain.


            Keseluruhannya, Psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Namun, sesetengah kajian dalam Psikologi, kajian dijalankan ke atas haiwan seperti untuk melihat kesan dadah ke atas tikus. Kajian tersebut tidak boleh dilakukan ke atas manusia atas sebab-sebab kemanusiaan, etika dan kesihatan.


            Pada zaman keemasan Greek, ahli-ahli falsafah Yunani menyarankan beberapa pendapat bagi menerangkan tentang perihal kewujudan manusia. Antara tokoh falsafah Yunani ialah Plato. Plato menegaskan bahawa manusia adalah haiwan yang rasional iaitu dengan menaakul sahaja, manusia boleh berfikir dengan lojik. Oleh itu, manusia berupaya mengetahui kewujudannya untuk kesejahteraan hidup serta tingkah laku yang bermakna. Manusia tidak perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman hidupnya kerana semua pengetahuan keduniaan sudah ada di dalam jiwa, akal, dan fikirannya semasa dia dilahirkan.


            Aristotle juga menyarankan satu pandangan tetepi pandangannya berbeza dengan pandanga Plato. Aristotle menyatakan bahawa manusia adalah organisma biologi. Manusia merupakan gabungan sistem-sistem yang berinteraksi sesama sendiri yang terdiri daripada jiwa, akal, fikiran dan perasaan manusia. Jiwa dan akal fikiran dipengaruhi oleh alam sekitar dan pengalaman-pengalaman jiwa dengan alam sekitar. Menurutnya lagi, akal fikiran manusia adalah kosong semasa dilahirkan. Dengan peningkatan umur manusia, manusia mengisi sistem ini (jiwa) dengan pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu, jiwa dan perasaan manusia boleh difahami melalui hubungan dengan sistem-sistem lain di dalam tubuh manusia.


            Pada zaman Rene Descartes (1596-1650), seorang ahli falsafah yang dikenali sebagai ‘Bapa Psikologi Saintifik’ telah mengaplikasi falsafah dalam psikologi dan mencapai pada kemuncaknya pada zamannya. Descartes menyarankan manusia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu jiwa dan jasad atau tubuh badan yang terpisah tetapi berinteraksi sesma sendiri. Konsep ini lebih dikenali sebagai Pecahan Dualisme. Menurut fahamn Descartes, jasad manusia ialah satu sistem fizikal yang mana pergerakannya ialah secara automatic iaitu pergerakan fizikal tubuh badan terhadap rangsangan-rangsangan luaran.
           

            Konsep Dualisme menyatakan bahawa manusia mempunyai akal serta akal fikiran. Inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Jiwa manusia berfungsi sebagai tempat menyimpan buah fikiran, pengetahuan, ruang, masa dan lain-lain. Ianya diperoleh semasa manusia lahir ke dunia dan pengalaman-pengalaman masa depan akan membuktikan pengetahuan tersebut. Jiwa dan jasad manusia berinteraksi antara satu sama lain. Jiwa menerima gambaran daripada tindak balas fizikal manusia dari alam sekitarnya. Falsafahnya , ‘aku berfikir, oleh itu aku wujud’. (I think therefore I am) yang bermaksud tingkah laku manusia dibentuk oleh akal fikirannya.

            Pengaruh Descartes sungguh kuat pada zamannya iaitu dalam bidang Psikologi. Konsep Dualisme menjadi debat dikalangan ahli falsafah dan pelajar menyebabkan falsafah lain tidak diterima oleh cendikiawan pada masa itu. Menurut pakar psikologi dan falsafah, Descartes telah berjaya menggabungkan pendapat Plato iaitu manusia mempunyai akal fikiran semasa dilahirkan, dengan pendapat Aristotle iaitu manusia hanyalah bahan mental dan memerlukan pengalaman bagi akal fikirannya.


            Pada abad ke 17 dan 18 pula, penggunaan psikologi saintifik bermula di England. Pergerakan kearah falsafah empirisisme yang dipelopori oleh pemikir-pemikir seperti Locke, Hume, Berkely dan Mills. Emperisisme mengutamakan kaedah pemerhatian yang tepat, penggunaan pendapat, perbicaraan dan pemikiran yang lojik. Konsep Dualisme oleh Descartes diterima iaitu jiwa dan jasad serta mereka mendalami kefahaman konsep ini melalui kajian-kajian tentang jiwa manusia dengan cara analisis kendiri (introspection) dan kaji diri (self-analysis). Empirisisme menolak pendapat Plato dengan menyatakan Konsep Tabula Rasa. Konsep ini berpendapat bahawa jiwa dan fikiran manusia itu kosong semasa dilahirkan. Jiwa manusia dipenuhkan dengan pengalaman kederiaan (experienceoif senses) dan melalui pengalaman sensasi dari luar.


            Seperti mana yang dinyatakan tadi, empirisisme mengkaji jiwa manusia dengan cara analisis kendiri dan kaji diri. Analisis kendiri ialah satu daripada kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pakar-pakar empirisisme untuk memahami jiwa manusia. Kaedah ini menunjukkan bahawa buah fikiran manusia itu bukan hanya kederiaan sahaja tetapi merupakan satu lakuran kesemua kederiaan yang boleh dialami oleh manusia. Berdasarkan hasil daripada kajian ini, mereka menyarankan Prinsip Perkaitan iaitu meyatakan bahawa kejadian atau peristiwa yang berlaku sama-sama pengalaman kederiaan pada satu ruang masa yang spesifik.


            Pakar-pakar empirisisme masih lagi berada pada tahap falsafah spekulatif kerana mereka belum lagi memberi perhatian  sepenuhnya kepada kajian ke atas teori yang diutarakan. Namun, kecenderungan mereka ke atas psikologi jelas kelihatan kerana berjaya mengemukakan Prinsip Perkatitan, Kedah pemerhatian dan Konsep Tabula Rasa.


            Di Jerman, terdapat satu lagi pandangan yang menggerakkan psikologi iaitu Strukturisme. Strukturisme menitikberatkan kaedah kajilidikan atau eksperimentasi. Bermula dengan kajian fisiologi oleh Herman von Helmholtz yang berjaya mengukur kelajuan isyrat saraf dalam tubuh manusia. Diikuti pula teori dan kaedah kajian dalam bidang psikofizik oleh Gustav Fechner pada 1860. beliau mengaitkan persamaa matematik dengan kekuatan sensasi , manusia melalui tindak balas terhadap rangsagan seperti cahaya, bunyi, rasa, sentuhan dan laian-lain. Wilhelm Wundt, 1879 telah menubuhkan makmal psikologi pertama di University Leipzig. Maknma ini banyak menyumbnagkan tenaga menyelidik bidang fisiologi untuk diaplikasi kepada psikologi.

           
Pakar strukturalisme menggunakan ksperimentasi adalah bertujuan utnuk menganalisis struktur serta kandungan jiwa manusia dan menjadi penyebab dinamakan psikologi struktur. Menurutnya, jiwa manusia adalah seperti gedung bagi menyimpan pengalaman kederiaan serta perasaan yang amat kompleks. Walaupun bagitu, strukturalisme mempuyai beberapa kelemahan iaitu penganalisisan komponen jiwa melalui teknik kaji diri gagal memberi penerangan tentang jiwa manusia kerana kaedah ini terlalu subjektif.

           
Freud menyarankan teori psikodinamik tentang manusia. Beliau berpendapat bahawa jiwa dan masalah mental manusia berada dalam ruang alam tidak sedar. Analisis kendiri strukturalisme tidak dapat diterima kerana objektif penyelidikan mereka di dalam alam tidak sedar. Namun, kebaikan sumbangan pakar-pakar strukturalisme ialah menagasaskan kaedah kajian eksperimantasi yang menjadi asas kepada penyelidikan saintifik.

            Pada abad ke 19 selepas kaedah eksperimen strukturalisme muncul pula pergerakan Funsionalisme. Pakar-pakar funsionalisme mengikut kaedah eksperimen strukturalisme dan berpegang pada Konsep Penyesuaian. Teori evolusi dan falsafah Pragmatisme dijadikan asas pendekatan mereka.

Teori Evolusi diasaskan oleh seorang saintis Inggeris yang bernama Charles Darwin. Teori ini mengutamakan hubungan antara strukturalisme dan fungsionalisme iaitu daripada organisma tingkat paling rendah seperti organisma monosel iaitu amoeba dan paramecium, ke tahap paling tinggi iaitu manusia. Teori ini memberikan gambaran dinamik tentang perkembangan haiwan dan manusia. Menurut teori ini, Darwin menyarankan konsep ‘siapa kuat dia menang’ (survival of the fittest). Konsep ini membawa manusia ke tahap tertinggi dan teragung. Mereka yang kuat dan cerdik akan terus mengeusai dunia, manakala yang lemah akan terus luput.


Falsafah pragmatisme diasaskan Charles Pierce dan William James. Usahanya dilihat sebagai satu pergerakan ke arah falsafah berbentuk praktikal. Pakar pragmatisme menekankan penggunaan hipotesis yang empirikal yang boleh diujikaji serta dinilai supaya mempunyai unsur-unsur praktikal. Hasilnya, pakar-pakar fungsionalisme menghasilkan satu skala mengukur tahap kecerdasan oleh Alfred Binet dan Henri Simon pada tahun 1905 di Perancis.

           
Kemudian, Psikologi Gestalt diasaskan sebagai reaksi terhadap pendekatan strukturalisme Wundt. Muncul di Jerman pada dekad 1910-an yang dipelopori oleh Max Weitheimer (1880-1943). Menurutnya, jika keadaan sedar manusia diselidiki hanya dari sudut pengalaman kederiaan sahaja, ia tidak akan membawa apa-apa makna yang relevan kepada manusia. Persepsi kompleks yang dialami oleh manusia tidak boleh dipecah-pecahkan kepada elemen yang ringkas. Sebagai contoh, kita mendengar muzik selalunya dilakukan secara menyeluruh. Kita jarang sekali dapat menikmati sesebuah irama lagu dengan sempurna jika mendengarnya sedikit-sedikit. Ini merupakan salah satu prinsip Gesltalt, iaitu jika sesuatu yanhg menyeluruh dibahagikan kepada beberapa elemen.

           
Satu daripada kajian awal yang mengukuhkan dakwaan bagi prinsip ini ialah fenomena pergerakan ketara. Weitheimer mendapati bahawa sekiranya dua buah lampu diletakkan secara berasingan tetapi jaraknya dekat, kemudian dihidupkan lampu itu satu per satu dalam gelap, cahaya lampu itu seakan bergerak ke depan dan ke belakang. Ini menunjukkan sistem persepsi manusia mengintegrasi beberapa pergerakan static yang berasingan kepada satu pergerakan yang berbentuk dinamik.


            Terdapat banyak teori menerangkan tentang tingkah laku. Ianya dikatogorikan dalam bentuk teras, atau kuasa dan perspektif. Dalam bentuk teras atau kuasa, terdapat tiga kategori iaitu dorongan dalaman (jiwa), aspek luaran (tingkah laku) dan yang memahami manusia keseluruhan.


Teori yang pertama ialah teori yang berteraskan dalaman manusia. Teori psikodinamik atau psikoanalisis yang diutarakan oleh Sigmund Freud (1894) merupakan teori psikoogi moden keraan berjaya menghuraikan sifat dan tingkah laku manusia secara menyeluruh. Teori ini berasaskan kepada konsep tenaga. Menurutnya, semua manusia didorongi oleh tenaga naluri manusia (eros) yang mengandungi tenaga untuk hidup (libido) dan tenaga kematian (thanatos). Tenaga-tenaga inilah yang mendorong manusia untuk memaparkan tingkah laku yang baik atau sebaiknya.


            Freud juga mencadangkan konsep alam tidak sedar iaitu kebanyakan daripada peristiwa kehidupan kita tersembunyi di alam tidak sedar. Seaatin itu, beliau mencadangkan struktur-struktur personality id, ego, superego sebagi komponen-ikomponen yang membantu personaliti manusia. Id wujud sejak lahir untuk mandapatkan keinginan. Ego wujud sejurus kemudian dengan fungsi utamanya mendapatkan apa yang hendak diingini manakala superego bertindak sebagai hati nurani dan pegangan moral individu. Interaksi id, ego dan superego serta bahan simpanan dalam am sedar dan tidak sedar akan membentuk sahsiah individu.


            Teori psikodinamik mempunyai akar umbi yang kukuh dalam falsafah determinisme, iaitu peristiwa lampau yang berlaku kepada diri kita akan membentuk personaliti masa depan. Ianya kurang popular kerana ahli-ahli psikologi masa kini yang rata-rata mengutamakan kepentingan jangkaan, harapan masa depan serta maksud yang tersirat disebalik perbuatan manusia.
           
           
Kuasa kedua dalam psikologi mengelompokkan teori-teori yang memahami gelagat manusia dari perspektif luaran. Behaviourisme atau psikologi tingkah laku penting dan masih kekal serta berpengaruh hingga kini. Ianya bermula dengan seorang pakar fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov. Ahli psikologi yang mempopularkannya ialah J.B Watson yang memulakan kajian-kajian psikologi dengan teori minda haiwan. Beliau banyak menganalisis tingkah laku haiwan yang boleh diperhatikan. B.F Skinner juga popular dalam ilmu ini. Beliau mengasaskan tingkah laku yang dikenali pelaziman operan. Menurutnya, tingkah laku diteguhkan dengan diberikan ganjaran. Maka, kebarangkalian tingkah laku berkenaan dilakukan sekali lagi akan meningkat. Ianya banyak diaplikasi dalam sukan, pendidikan dan sebagainya.


            Teori kemanusiaan dan kewujudan pula tertumpu kepada manusia itu sendiri. Tokoh-tokohnya ialah seperti Carl Rogers dan Abraham Maslow. Mereka bersetuju bahawa aspek-aspek jiwa, tingkah laku dan persekitaran haruslah diambil kira apabila kita memahami mana-mana aspek kewujudan manusia. Carl Rogrs mempelopori teori kemanusiaan berpendapat bahawa motivasi asas manusia ialah unutk mencapai kesempurnaan dirinya.


            Psikologi moden menekankan kepentingan sains empirikal dalam pendekatannya memahami tingkah laku manusia. Input bidang psikologi mestilah berasaskan kaedah-kaedah penyelidikan seperti pemerhatian yang objektif dan metod eksperimentasi. Kaedah-kaedah ini mestilah mempunyai kebolehpercayaan serta kesahan supaya hasil daripadanya boleh diguna untuk meramal serta mengawal tingkah laku demi kebaikan manusia.


            Skop bidang psikologi adalah pelbagai. Contohnya psikologi klinikal adalah satu skop yang penting dalam merawat sakit jiwa, kecelaruan mental serta tingkah laku bilazim. Tugas psikologi klinikal ialah mendiagnosis pesakit menggunakan kaedah psikologi. Psikologi kaunseling biasanya memberikan kauneseling kepada individu yang menghadapi masalah jiwa yang tidak serius contohnya pelajar sekolah. Psikologi pendidikan pula melihat spek kurikulum, latihan perguruan, ko-kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian tempat pengajian. Psikologi kanak-kanak pula mengkaji dan memahami kanak-kanak dari segi perkembangan fizikal, emosi, mental dan social kanak-kanak. Psikologi personaliti menyelidik perkembangan personality serta akibat daripada perubahannya.


            Kesimpulannya, psikologi merupakan salah salah satu daripada bidang Sains Sosial yang luas aplikasinya. Ianya mengkaji tentang jiwa dan tingkah laku manusia dalam segala aspek kehidupan.
click ads for your tq




Konsep Sains Sosial


1.0 : Pengenalan

Bidang sains sosial dan kaedah penyelidikan sains sosial menawarkan langkah untuk mengkaji dan seterusnya memahami tindakan dalam isu-isu berkaitan dengan sosial manusia. Di samping memberikan pandangan dan prosedur secara teknikal bagi meneliti perkara yang tidak terungkai yang terlepas dari pandangan masyarakat berhubung dengan soal yang ada kaitan dengan manusia itu sendiri.

Kajian sains sosial meliputi kajian tentang proses kehidupan sosial manusia seperti sosialisasi manusia, interaksi sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial atau kelas sosial, mobiliti dan konflik sosial dan sebagainya. Matlamat kepada pengkajian sains sosial ini adalah untuk mencapai kemajuan dan perkembangan. Selain mengecapi keseimbangan, kestabilan, dan keharmonian dalam masyarakat. Jika diteliti, kebanyakan daripada pengkajian sarjana sosial adalah merupakan sumber emosi yang teguh dan menyakinkan bagi masyarakat secara amnya. Pengkajian membolehkan persoalan yang berkesan menjadi suatu fakta. Nilai yang diperolehi menerusi kaedah kajian sains sosial adalah ia menawarkan suatu cara untuk mengenalpasti sesuatu isu menerusi pemerhatian dan secara logik. Kaedah kajian sains sosial secara tidak langsung turut membuka peluang untuk menangani permasalahan dan menerokai pengalaman dalam membuat perubahan sosial dan masyarakat.

 Dalam penyelidikan sains sosial, terdapat 2 bentuk data yang dapat dikategorikan iaitu data kualitatif dan data bentuk kuantitatif yang masing-masing menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mengkaji sesuatu kes. Pengumpulan data kuantitatif merangkumi teknik seperti eksperimen, survei, analisa kandungan, atau statistik sedia ada. Manakala data berbentuk kualitatif pula melibatkan teknik seperti kerja lapangan, temubual, pemerhatian ikut serta dan pemerhatian tidak ikut serta. Oleh yang demikian, kaedah mengumpulkan data adalah penting dalam pengkajian sains sosial kerana terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan untuk melakukan penyelidikan dan kepentingannya akan dibincangkan dengan lebih jelas.



2.0 : Konsep Sains Sosial

             Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khususnya ia merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 10). Ilmu sains sosial ialah ilmu mengenai manusia, terutamanya semua aspek mengenai kehidupan manusia berkelompok (Hunt & Colander.1993 : 4), dan penyelidikan sosial adalah lebih daripada pengumpulan kaedah dan ia merupakan  proses untuk membentuk pengetahuan dan juga merupakan proses untuk menghasilkan pengetahuan baru mengenai dunia sosial dengan menggunakan kaedah saintifik (Newman.1997 : 5).

Terdapat beberapa disiplin dalam sains sosial di antaranya ialah Sejarah, Sains Politik, Ekonomi, Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Undang-undang dan Linguistik. Sejarah merupakan salah satu disiplin dalam sains sosial yang mengkaji tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku seperti perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang di perolehi daripada dokumen lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 14). Menurut beliau lagi, disiplin sains politik  adalah kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam sistem politik yang berbeza-beza. Ahli sains politik selalunya meneliti sumber kuasa, bagaimana orang menggunakan kuasa, siapa menggunakannya, perebutan kuasa, dan proses mengawal dan menghadkan kuasa. Menurut beliau lagi, isu-isu yang lazimnya di minati ahli sains politik termasuklah konflik dan kestabilan dalam sesuatu sistem politik, political alignment dan organisasi, badan-badan dalam sistem pentadbiran, parti politik, kelompok kepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan. Tambah beliau lagi, ekonomi merupakan kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sistem ekonomi yang berbeza-beza. Menurut beliau lagi, ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana sebuah masyarakat menentukan bagaimana dan untuk apa sumber produktifnya yang terhad digunakan.       Di antara perkara yang di minati ahli ekonomi termasuk pola-pola gunatenaga manusia sehubungan dengan perubahan demokrasi, pertukaran barangan, penentuan harga barangan, sistem perbankan dan lain-lain lagi.

Psikologi adalah kajian mengenai tingkah-laku dan proses mental manusia (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Tambah beliau lagi, ahli psikologi lazimnya meneliti individu, interaksi semuka (face to face interaction) dan kelompok kecil untuk memahami antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran, pembentukan sahsiah, identiti kendiri dan stuktur-struktur kognitif. Menurut beliau lagi, antropologi adalah sains mengenai manusia di mana merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara kelompok-kelompok manusia dan prinsip-prinsip yang mendasari tingkahlaku dan hubungan sosial dalam sesebuah masyarakat, biasanya masyarakat bukan-Barat. Tambah beliau, antropologi merangkumi sub-disiplin antropologi fizikal, arkeologi, genetik, dan antropologi sosial. Menurut beliau lagi, ahli antropologi sosial menumpu perhatian kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam yang di hasilkan oleh manusia dalam masyarakat tertentu. Menurut beliau lagi, sosiologi merupakan kajian mengenai struktur sosial, tindakan sosial,budaya dan gaya hidup dalam sesebuah masyarakat. Ahli sosiologi biasanya mengkaji masyarakat maju, industri, dan moden, dan meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat berkenaan. Tambah beliau lagi, aspek-aspek dalam kehidupan sosial adalah seperti bentuk-bentuk famili, proses penuaan, pembangunan, perubahan sosial, pendidikan, kesihatan, devians, jenayah, gender,riadah, hubungan etnik, dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi usaha menguji dan menghasilkan kaedah penyelidikan baik kaedah kualitatif mahupun kuantitatif termasuk dalam sosiologi.

Disiplin undang-undang merupakan bidang kajian yang memfokus kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia dan statut atau rang undang-undang yang di gubal dan di laksanakan oleh pihak berkuasa (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Menurut beliau lagi, ilmuan sosial yang meminati fenomena undang-undang biasanya menanalisa jenis undang-undang, sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat. Tambah beliau lagi, linguistik merupakan kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Menurut beliau lagi, ahli linguistik meneliti bermacam-macam aspek tentang bahasa. Antaranya ialah bagaimana bahasa-bahasa manusia berbezaatau berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan dan bunyi untuk berkomunikasi antara satu dengan lain, sejauhmana bahasa mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia, hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.  Geografi merupakan sains yang memerihalkan berbagai-bagai aspek tentang bumi serta ciri-ciri fizikalnya, iklim, pembahagian bumi berasaskan sifat semulajadinya dan proses politik, dan kegiatan-kegiatan manusia (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Menurut beliau lagi, disiplin geografi terbahagi kepada geografi fizikal dan geografi manusia. Tambah beliau lagi, geografi fizikal merangkumi analisis tentang wilayah manakala geografi manusia memfokus kepada interaksi antara manusia dan wilayah.

3.0 : Lampiran A

Data Kuantitatif
Data Kualitatif
Mengukur fakta-fakta yang lebih bersifat objektif.
Membina realiti sosial dan  makna kebudayaan.
Fokus kepada pemboleh ubah.
Fokus kepada proses interaktif.
Kepercayaan (reliability) adalah penting.
Ketulenan adalah penting.
Nilai bebas.
Nilai adalah terang dan jelas.
Konteks bersifat bebas.
Konteks adalah terkawal.
Kes dan subjek yang ramai.
Kes dan subjek yang kurang.
Penyelidik tidak turut serta atau tidak terlibat dalam kajian.
Penyelidik turut sama terlibat dalam kajian.





4.0 : Kepentingan Penyelidikan Saintifik

Sememangnya penyelidikan saintifik dalam sains sosial amat penting kerana ia memberikan informasi atau maklumat yang ingin diketahui terutamanya dalam mengkaji disiplin-disiplin sains sosial. Memahami teori, pengkajian dan analisis perkaitan di antaranya yang mana setiap darinya memiliki peranan masing-masing untuk menyelesaikan bahagian yang tertentu dalam keseluruhan kajian yang dibuat. Selain itu, penggunaan alatan dan kemahiran melalui pendekatan saintifik yang teliti dan tegas ketika membincangkan isu dalam falsafah sains juga penting. Di samping menggalakkan penyesuaian dalam menganalisis berbagai pembolehubah berbanding dwi-pemboleh ubah yang kurang rumit dalam pengkajian sains sosial (Sedlack & Stanley, 1992 : ix). Di samping itu, penyelidikan sains sosial juga penting bagi menganalisis fenomena alam tabii, ini kerana ianya merupakan analisis tentang kehidupan seharian, atau pengalaman secara subjektif kehidupan harian ( Wysocki. 2004 : 13).

4.1 : Langkah Penyelidikan Sains Sosial

Secara konseptualnya, pengetahuan saintifik ialah ilmu pengetahuan yang telah secara sistematik dihimpunkan, diklasifikasikan, berhubungan dan ditafsir (Hunt & Colander. 1993 : 4). Kaedah saintifik juga merujuk kepada idea-idea, peraturan, teknik-teknik dan pendekatan yang digunakan oleh komuniti saintifik (Newman.1997 : 9). Terlebih dahulu, penyelidik hendaklah mendefinisikan masalah ia merupakan langkah yang terpenting dalam penyelidikan. Sekiranya masalah dapat di definisikan dengan betul, ia boleh menyelamatkan satu jumlah tenaga besar. Contohnya sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan, tidak kira berapa baik yang anda mampu lakukan ia tidak akan berkesudahan. Tajuk yang pilih untuk pelbagai sebab, mungkin kerana ia meningkatkan isu-isu sains sosial kepentingan asas, mungkin kerana ia telah tiba-tiba menjadi satu tumpuan kontroversi, atau mungkin kerana dana-dana penyelidikan telah didapati. Sebagai contohnya, Mahmood Nazar dalam tesisnya ingin meneliti perubahan dari segi psikologikal penagih dadah dalam masyarakat kerana beliau melihat bahawa penagih dadah itu sendiri merupakan sebahagian daripada masyarakat. Sebarang masalah yang dihadapi oleh golongan sedemikian juga merupakan masalah yang harus direnungi bersama.

Langkah yang seterusnya ialah menyemak hasil tulisan, yang mana pengetahuan tentang hasil tulisan yang berkaitan adalah penting kerana ia menyediakan latar belakang, cadangan pendekatan, menunjukkan apa telah telah dikaji dan belum dikaji, dan mengelakkan daripada membuat pengulangan. Selepas hasil tulisan disemak, suatu teori rangka kerja dibina dan hipotesis dirumuskan, penyelidik akan membuat satu kenyataan untuk meramal kajian-kajian dan mengapa setiap terma-terma dalam kenyataan di dalam rangka penyelidikan. Kemudian barulah penyelidik boleh menentukan dan memilih satu bentuk penyelidikan yang diingininya, iaitu sama ada dengan menggunakan kaedah kajian (survey), satu ujian (experiment), satu kajian pemerhatian (observation),  menggunakan sumber-sumber yang ada, atau satu kombinasi. Pilihan perlulah teliti kerana merancang adalah perkara utama proses menyiapkan penyelidikan.
Setelah itu, penyelidik boleh memulakan kerja-kerja mengumpulkan data dan membuat penelitian dengan merekodkan data yang diperolehi sepanjang tempoh kajian atau penyelidikan. Hanya selepas data selesai dikumpul, penyelidik akan mengambil langkah untuk menganalisis keputusan atau hasil kajiannya. Apabila semua data telah diperolehi, fakta-fakta diklasifikasikan bagi mengenalpasti tren-tren, mengiktiraf hubungan-hubungan, dan menjadualkan maklumat supaya ianya tepat untuk dianalisa dan ditafsir. Selepas ini, teori boleh diterima, ditolak ataupun diubahsuai bagi memenuhi kehendak kajian. Pada tahap membuat kesimpulan, laporan hendaklah disediakan dan ringkasan langkah-langkah yang telah dibuat dan perbincangan mengenai penemuan daripada penyelidikan tersebut dinyatakan dalam laporan ini. Satu laporan yang baik akan menerangkan kesimpulan-kesimpulan kajian, mencadangkan  andaian-andaian boleh diubahsuai disebabkan keterangan yang baru, dan soalan yang mungkin tidak berjawab dan seterusnya untuk kajian lanjut (Hunt & Colander.1993 : 18)




4.2 : Kaedah-kaedah dalam Penyelidikan Saintifik

Dalam penyelidikan saintifik, terdapat tiga kaedah utama yang digunakan untuk melakukan penyelidikan dalam sains sosial. Kaedah pertama ialah menggunakan kaedah tinjauan iaitu sama ada menggunakan teknik temubual atau soal selidik. Teknik mengumpulkan data melalui soal selidik merangkumi bahan pengukur di mana responden perlu membaca dan memberi respon kepada persoalan yang dikemukakan dan ianya amat sesuai bagi pengkaji yang memiliki idea teguh terhadap objektif kajiannya. Soal selidik berasaskan teknik yang tidak tersusun yang memerlukan responden untuk memberi jawapan sendiri jarang digunakan dan ianya mempunyai sedikit masalah kerana memerlukan responden untuk bermotivasi tinggi ketika menjawab soal selidik tersebut. Dalam mereka bentuk jadual, arahan hendaklah bercirikan soalan yang jelas dan  jadual tersebut perlulah ringkas dan mudah untuk difahami responden. Responden tidak boleh diiring oleh penyoal selidik dan perangkaan yang rapi adalah amat penting kerana keterjaminan data bergantung kepada tindak balas responden (Sedlack & Stanley. 1992 :215-216 ). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular untuk mengumpul data dalam kajian sains sosial. Penyelidik akan menyediakan soal selidik tertentu mengikut piawai yang di tetapkan dan menyerahkannya kepada responden. Langkah awal yang perlu di lakukan penyelidik adalah mengenalpasti masalah kajian dan konsep yang digunakan serta bagaimana ia beroperasi. Ia melibatkan proses ‘abstration’. Penyelidik perlu mendapatkan definisi-definisi yang menerangkan konsep serta perkaitannya.

Terdapat tiga cara dalam kaedah tinjauan iaitu secara individu (self-administered questionnaires), temubual dan tinjauan menggunakan telefon. Penghantaran borang soal selidik melalui surat merupakan kaedah yang selalu digunakan penyelidik dalam tinjauan individu. Penyelidik juga boleh menghantar soal selidik dengan membuat temujanji dan menghubungi responden dari rumah ke rumah (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Adakalanya penyelidik bersemuka secara terus dengan responden setelah borang soalselidik dihantar kepada responden. Melalui kaedah tinjauan secara individu ini responden boleh menjawab soalan yang diajukan tanpa rasa takut dan sangsi. Selain itu, melalui kaedah ini juga memudahkan penyelidik menyelenggarakan penyelidikan mereka dengan lebih senang dalam kumpulan yang kecil. Untuk mengatasi masalah borang soal selidik tidak dikembalikan, penyelidik mengambil inisiatif dengan menyediakan borang soal selidik yang lengkap dengan beralamat serta setem untuk di kembalikan.

Melalui pendekatan ini ia bergantung kepada kecekapan penyelidik dalam menyatakan maksud kajian dengan mudah, ringkas dan menetapkan tempoh masa yang munasabah untuk responden memberi maklum balas. Apabila cara menghantar jawapan secara pos tidak berkesan, penyelidik perlu mendapatkannya sendiri ataupun menggunakan kaedah temubual (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Terdapat juga penemuan baru dalam kaedah tinjauan secara individu seperti penggunaan komputer dan internet. Terdapat beberapa teknik baru yang sedang dicuba (Nicholls, Baker, dan Martin 1996 dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001: 77) iaitu seperti :

·      CATI (Computer assisted telephone interviewing).
Responden mendapat soalan melalui telefon dan menjawab soalan-soalan secara dalam talian.
·         CAPI (Computer assisted personal interviews).
Sama dengan CATI tetapi soalan di kemukakan secara temubual bersemuka.
·         CASI (Computer assisted self interviewing).
Penyelidik membawa computer ke rumah responden dan responden menjawab sendiri soalan dan memberi jawapan di computer.
·         TDE ( Touchtone data entry).
            Responden menghubungi nombor telefon penyelidik dan menjawab soalan dengan            menekan nombor-nombor telefon tertentu.

Pada masa kini penggunaan internet adalah secara meluas, pelbagai teknik tinjauan secara on-line telah diwujudkan. Kita berkemungkinan menyaksikan proses pengumpulan yang lebih mudah dan berkesan di masa hadapan. Penggunaan telefon mungkin murah dan cepat namun penyelidik tidak dapat bersemuka dengan responden dan kesannya mungkin penyamaran dan ketidakabsahan jawapan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 77)

   Kaedah kedua dalam penyelidikan sains sosial ialah kaedah kerja lapangan (Field Work/Study). Dalam kaedah ini, erdapat beberapa teknik yang selalu digunakan oleh penyelidik sains sosial dalam kerja lapangan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Pertamanya ialah teknik pemerhatian turut serta (Participant Observation) iaitu penyelidik diperlukan untuk turut serta dalam dalam kehidupan atau proses sosial yang berlaku (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Sekiranya penyelidik ingin  memahami bagaimana proses strategi pilihanraya dan kempen di buat oleh parti tertentu, penyelidik itu akan menganggotai parti tersebut dan cuba terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat parti politik yang berkaitan pilihanraya. Penyelidik bukan sahaja membuat kajian tetapi turut serta dalam kerja-kerja pilihanraya.

Teknik kedua ialah melalui temubual intensif (In-Depth Interview) yang mana ianya dilakukan secara lebih mendalam, tidak formal dan berkaitan topik-topik yang ringan sebelum menjurus kepada topi yang lebih serius (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Isu-isu yang dibincangkan berkaitan dengan isu-isu biasa tentang kehidupan dan kemudiannya menjurus kepada topik sebenar. Misalnya penyelidik berkumpul dengan ahli-ahli mesyuarat parti di kedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti Malaysia kalah dalam perlawanan bola sepak sebelum secara mendalam bertanya tentang penyertaan seseorang dalam parti politik tersebut.

Teknik ketiga yang termasuk dalam kadah kerja lapangan ialah kajian kes. Kajian kes biasanya bersifat kajian yang idiografik tentang individu, kumpulan, dan masyarakat (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Sebagai contoh, seorang ahli sains politik mengkaji tentang pergerakan politik tertentu ataupun seorang ahli sosiologi mengkaji tentang umpulan pekerja dalam sesebuah Bandar. Tambah beliau lagi, pengkaji biasanya akan mengfokus pada kumpulan tertentu di lokasi-lokasi tertentu dan pada masa yang tertentu.

 Teknik yang keempat adalah menerusi teknik etnografi dan ini biasanya di kaitkan dengan disiplin antropologi (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Teknik ini biasanya merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub budaya. Sebagai contoh, kajian tentang amalan puja pantai dikalangan masyarakat Melanau di kawasan pesisiran Pantai Mukah di Sarawak yang mana kajian ini bertujuan memahami budaya masyarakat Melanau dan membezakan ciri-ciri budaya atau melihat persamaannya dengan budaya lain, serta pengaruh budaya dalam kehidupan sosial yang lain.

Kaedah penyelidikan saintifik yang terakhir ialah menerusi kaedah “unobstructive”. Kaedah ini biasanya dilakukan apabila sukar untuk mendapatkan reaksi dari responden kerana mereka tidak menunjukkan reaksi terhadap penyelidikan ataupun tidak bertindakbalas terhadap proses ukuran yang di jalankan oleh seorang penyelidik (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 78). Terdapat tiga bentuk ukuran yang biasanya di gunakan dalam kaedah ini (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Ukuran yang pertama adalah melihat bukti-bukti fizikal yang boleh menunjukkan kesan tingkahlaku sosial seseorang. Keduanya, iaitu dengan meneliti bahan peninggalan, seperti dokumen, rekod, surat khabar ataupun buku. Dengan melihat laporan dan statistik yang ditulis, maka penyelidik dapat gambaran tentang realiti sosial yang ingin di kaji. Penyelidik juga boleh melakukan teknik analisis kandungan (content analysis) seperti melihat berapa kerap isu atau nama seseorang ahli politik muncul dalam surat khabar ataupun televisyen. Ukuran ketiga, pemerhatian yang dibuat secara tidak langsung dan tidak formal. Misalnya melihat simbol parti politik yang disukai oleh seseorang ataupun respon seseorang terhadap poster pilihanraya.

4.3 : Kepentingan Mengumpulkan Data

Kaedah mengumpulkan data merupakan satu kaedah yang paling penting dalam pengkajian sains sosial berasaskan kepada 10 sebab iaitu skop kajian, empirikal, keesahan, pengetahuan, reliabiliti, gambaran umum, penyelesaian, keberkesanan, rasional dan peristiwa. Kaedah mengumpulkan data dapat membantu menetapkan skop kajian dalam penyelidikan sains sosial. Sebagai contoh, Humaizi dalam tesis sarjananya yang mengkaji tentang pendedahan media elektronik Malaysia dan Indonesia terhadap masyarakat di beberapa daerah Acheh Timur telah menetapkan skop kajiannya berasaskan kepada faktor-faktor seperti taraf pendidikan jenis pekerjaan, umur lebih daripada 18 tahun dan menetapkan tempoh kajiannya dalam masa 3 minggu bagi memudahkan kajiannya. Selain itu, kaedah mengumpulkan data juga penting dari segi faktor empirikal. Seperti mana yang dinyatakan oleh Humaizi dalam tesis beliau, beliau menggunakan kaedah temubual dari rumah ke rumah yang dilakukannya bagi mendapatkan data. Pada pendapat beliau, adalah lebih baik kiranya ianya adalah melalui pengalaman menanyakan responden itu sendiri. Dengan merujuk kepada tesis sarjana Humaizi sekali lagi, melalui hasil daripada kajiannya masyarakat dapat mengetahui kesan pendedahan media elektronik Malaysia terhadap tahap kesedaran dan juga kesetiaan responden dari Acheh Timur. Oleh itu, kaedah mengumpul data juga memberikan data daripada pengkajian sebagai salah satu bentuk pengetahuan kepada masyarakat.
 
Sebagai mana yang dikemukakan oleh saudara Mahmood dalam tesis doktor falsafahnya yang mengkaji tentang perubahan aspek psikologikal penagih dadah yang mengikuti program pemulihan di pusat serenti. Beliau menggunakan teknik Cronbach Alfa untuk menilai dan menguji ketepatan tingkah laku secara konsisten. Berdasarkan kepada koefisyen alfa yang diperolehinya iaitu nilai sebanyak 0.689, Mahmood telah menyatakan bahawa ukuran kajian tersebut bertepatan dan mempunyai reliabiliti kerana bersesuaian dengan golongan responden iaitu golongan penagih dadah yang mana tahap harga diri mereka adalah bercampur-campur. Mahmood menganggap bahawa tahap harga diri di kalangan golongan penagih dadah lama dan baru adalah berbeza iaitu lebih tinggi di kalangan penagih lama berbanding yang baru. Menerusi pengumpulan data juga, pengetahuan dapat diperolehi.

Masyarakat juga memperolehi serba sedikit gambaran umum melalui pengumpulan data dalam penyelidikan sains sosial yang dijalankan oleh Mahmood. Melalui pengumpulan datanya yang digunakan oleh Mahmood menerusi Skala Harga Diri Rosenburgnya dapat memberikan masyarakat gambaran tentang tahap harga diri seseorang penagih dadah dan pendapat mereka tentang sejauh mana mereka berasa yakin berada dalam lingkungan sosial sesebuah masyarakat. Di samping itu, kaedah mengumpulkan data penting kerana keesahan maklumat. Mahmood telah mengaplikasikan penggunaan teknik yang pelbagai seperti Skala Harga Diri Rosenburg, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan sebagainya yang mana penyelidik mengkolerasikan setiap item dengan keseluruhan skor item (item total) bagi mendapatkan dan memperolehi ketepatan dalam hasil kajian sebaik yang mungkin. Dengan itu, keesahan dapat dicapai menerusi pengumpulan data.
Dengan mengambil contoh pula daripada hasil kajian Avnir dan Shor dalam A Systematic Qualitative Evaluation of Levels of Differentiation in Families with Children at Risk, mereka telah mengkaji tentang isu hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak yang mengalami masalah dan seterusnya menerusi kaedah temubual yang digunakan mereka. Mereka secara tidak langsung dapat mengemukakan cadangan bagi penyelesaian untuk masalah tersebut iaitu dengan memberi fokus kepada nilai kekeluargaan itu sendiri dengan keunikan yang terdapat pada anak itu sendiri, langkah penyesuaian, memberi privasi dan sebagainya (Wysocki. 2004 : 111-120).
  Keberkesanan juga diperolehi menerusi kaedah mengumpulkan data. Sebagai contohnya melalui penggunaan kaedah tinjauan seperti soal selidik yang digunakan dalam kajian mereka, Avnir dan Shor menganalisis data yang diperolehi berdasarkan soal selidik atau questionnaires untuk dijawab oleh ahli keluarga yakni dari kalangan ibu bapa. Seterusnya, mereka mengadakan analisis kandungan berdasarkan kepada gambaran yang diberikan oleh ibu bapa tentang hubungan kekeluargaan mereka dengan anak-anak (Wysocki. 2004 : 111-120). Dengan itu, teknik-teknik pengumpulan data yang bersesuaian akan memberikan keberkesanan dalam penyelidikan sains sosial.

      Selain daripada itu, rasionalnya sesebuah kajian itu juga dapat diketahui menerusi kaedah pengumpulan data. Misalnya dalam kajian Yogan dalam kajiannya berkaitan dengan tingkah laku ganas di kalangan pelajar semenjak daripada kes tembakan yang berlaku di Columbine High School pada April 1999. Kajian tersebut adalah rasional kerana ianya membabitkan perkembangan moral di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan remaja dan kanak-kanak sekolah dengan guru di sekolah. Ianya mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh para pelajar dan melihat kesan dan pengaruh rakan sebaya yang membawa kepada perilaku ganas tersebut (Wycoski. 2004 : 33 - 41).

Peristiwa juga merupakan salah satu sebab mengapa kaedah mengumpulkan data merupakan kaedah yang paling penting dalam penyelidikan sains sosial. Melalui kaedah pengumpulan data ini, kita dapat mengumpulkan data-data bagi sesuatu kes berasaskan kepada peristiwa atau sejarah masa lampau yang kemudiannya dapat dijadikan bahan penyelidikan dalam sains sosial. Seterusnya, dikaji selidik akan punca dan akibatnya serta dijadikan iktibar bagi generasi akan datang. Umpamanya, kes yang dikaji oleh Yogan berhubung dengan tragedi tembakan yang berlaku pada April 1999 di Columbine High School secara tidak langsung mempunyai signifikan kepada masyarakat hari ini. Sebelum kes yang berlaku di Columbine High School terdapat juga lagi beberapa kes yang hampir sama. Khuatir akan terulangnya kejadian ini, maka dikaji situasi dan hubung kait sosial antara pelajar dan guru untuk mengenal pasti sebab dan punca peristiwa itu berlaku (Wycoski. 2004 : 33 - 41).

5.0 : Kesimpulan

      Penyelidikan saintifik dalam sains sosial merupakan satu bentuk pemerhatian bagi membentuk permasalahan kajian bagi mencari dan mendapatkan penyelesaian bagi sesuatu perkara terutamanya yang berhubung kait dengan sains sosial. Dalam penyelidikan sains sosial, kaedah mengumpulkan data merangkumi teknik-teknik seperti membuat tinjauan atau survei, membuat pemerhatian, temubual, dan pemerhatian makmal. Kaedah mengumpulkan data dikatakan merupakan kaedah yang paling penting kerana ianya memberikan skop kajian, bersifat empirikal dari segi mendapatkan data kajian, mempunyai keesahan, reliabiliti, rasional, dan keberkesanan data yang diperolehi. Selain itu, kaedah mengumpulkan data turut memberikan gambaran umum, peristiwa serta pengetahuan kepada masyarakat tentang sesuatu isu dalam sains sosial yang meliputi individu dan masyarakat. Justeru, kaedah mengumpulkan data sememangnya merupakan kaedah yang paling penting dari segi peranannya dalam mendapatkan data bagi penyelidikan dalam sains sosial.


6.0 : Bibliografi
________________________________________________________________________


D. K. Wycoski. 2004. Readings in social research methods. Edisi ke-2. Canada.     Wadsworth.

Humaizi. 1993. Pelimpahan siaran media elektronik Malaysia : satu pendekatan     perspektif kegunaan dan kepuasan. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan        dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed. 1995. Perubahan psikologikal dari segi harga diri, profail      personaliti dan penggunaan mekanisme bela diri di kalangan penagih dadah yang mengikuti program pemulihan dadah serenti. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stanley and Sedlack. 1992. Social research : Theory and methods. Canada. Allyn and       Bacon.

Syarifah Zaleha Syed Hasan et. al. 2001. Pengantar sains sosial. Pusat Pengajian Jarak      Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia.

W. L. Newman. 1997. Qualitative and quantitative approaches. Edisi ke-3. Canada.          Allyn   and Bacon



Sunday, March 13, 2011

Pengantar Sains Sosial


Bagaimana ahli sains sosial melihat manusia?

-          Manusia mempunyai sifat-sifat          
- kebolehan berfikir and membuat penakulan (think and reason)
- mempunyai emosi, naluri (intuition)
- kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia lain melalui bahasa dan simbol-simbol
- berupaya memenuhi keperluan asas untuk “survive”
- keupayaan membentuk dan menggunakan alat-alat (tools) yang boleh membantu ahli-ahli kumpulan atau masyarakat mendapatkan sumber-sumber dari persekitaran untuk “survive”
- boleh mengeksploitasi persekitaran untuk mendapatkan sumber-sumber terhad
- manusia adalah “social animals” – iaitu hidup berkumpulan (organised groups)

Bagaimana ahli sains sosial melihat dan memahami kehidupan sosial (social life)
-          Manusia adalah social animals
-          Ada keperluan untuk hidup secara berkumpulan dan keperluan untuk survive
o   Dalam kehidupan berkumpulan (social life), wujud kumpulan yang bersifat formal dan informal
o   wujud budaya tertentu
o   ada proses-proses yang membentuk kehidupan sosial -
§  sosialisasi, interaksi sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial, kelas sosial, mobiliti sosial, konflik sosial
§  dalam proses kehidupan, menwujudkan peristiwa-peristiwa yang memperlihatkan perkembangan atau kemerosotan kumpulan atau masyarakat
o   Untuk memastikan kumpulan survive, umpama dalam usaha mendapatkan sumber-sumber terhad 
§  wujud persaingan, pergantungan, konflik, dominasi, eksploitasi, - demi untuk perkembangan kumpulan atau masyarakat, mencapai keseimbangan, kestabilan dan keharmonian dalam kumpulan atau masyarakat mereka

Jadi, bagaimana ahli sains sosial mengkaji masyarakat manusia?

-          Jadikan masyarakat manusia sebagai bahan kajian (subject matter)
o   Boleh kaji dari segi individu (individuals)- tingkah-laku individu, motif di sebalik tingkah-laku, pola-pola tingkah-laku tertentu, kesan secara langsung dan tidak langsung dari tingkah-laku individu – e.g. kewujudan budaya, simbol, dll
o    Ataupun kaji dari segi kumpulan manusia (groups)– bagaimana kumpulan diwujudkan, beroperasi, berkembang dan survive, pola-pola tingkah laku di kalangan ahli-ahli kumpulan
o   Kaji fenomena-fenomena sosial dan proses-proses sosial yang wujud akibat kehidupan berkumpulan atau kehidupan sosial – sebab musabab
-          Wujud teori-teori dan konsep-konsep
o   Cth model teori – teori fungsionalisme, teori konflik
o   Cth konsep-konsep – masyarakat, komuniti, budaya dan kebudayaan, sistem sosial, peranan sosial, struktur sosial, institusi sosial, organisasi sosial, norma sosial, nilai sosial (huraian dalam bahagian tentang konsep-konsep asas)

a)      Model teori fungsionalisme

- Teori fungsionalisme mengandaikan pelbagai aspek atau bahagian dalam sesuatu masyarakat mempunyai fungsi-fungsi tersendiri tetapi yang saling berkait dan bergantungan untuk mencapai keharmonian, kesepaduan, kestabilan dan keseimbangan dalam proses perkembangan masyarakat yang berkenaaan
- Demi mencapai keseimbangan, perubahan pada sesuatu bahagian akan menyebabkan perubahan pada bahagian lain. 
- Bahagian-bahagian atau aspek dalam masyarakat yang dimaksudkan ialah institusi-institusi sosial, amalan-amalan dan pelbagai proses sosial
- Seperti juga teori evolusi sosial, teori fungsionalisme menyamakan masyarakat dengan organisme biologi – Teori fungsionalisme mengganggap masyarakat sebagai organisme biologi yang boleh m enyara dirinya dan mengekalkan keseimbangan apabila menghadapi alam persekitaran yang menggugat
- Badan manusia mempunyai pelbagai organ yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang saling bergantungan dan bekerjasama untuk memastikan badan yang sihat.
- Dalam kontek masyarakat pula, institusi sosial, amalan, dan proses-proses sosial mestilah bekerjasama dan bercantum agar memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat berkenaan, membantu mengekalkan struktur masyarakat dan seterusnya menwujudkan kesimbangan dalam masyarakat tersebut.
- Oleh itu, institusi sosial, amalan sosial dan proses-proses sosial menyumbang kepada kestabilan dan kesepaduan keseluruhan masyarakat dan anggota-anggotanya dan bukan kepada individu-individu tertentu dalam masyarakat itu.
- Dua jenis fungsi yang menyebabkan proses keseimbangan dan kesepaduan dalam masyarakat, iaitu fungsi “manifest” dan fungsi “latent”.
- Fungsi bersifat “manifest” apabila fungsinya diketahui umum manakala fungsi latent ialah peranan fungsi sebenar yang tidak diketahui umum
- Di akhir tahun sembilan belas enam puluhan, teori ini dikritik kerana kelemahan-kelemahannya
- Di antara kelemahannya ialah ia terlalu mementingkan pendekatan yang berasaskan analogi organik atau biologi
- Ia juga tidak dapat menghuraikan perubahan sosial, ketidakstabilan sosial, dan konflik dalam masyarakat secara memuaskan kerana ia hanya mementingkan keharmonian dan kestabilan sosial sebagai akibat daripada kerjasama dan saling bergantungan semua proses dan aktiviti sosial
- Di antara ahli-ahli teori sosial yang menggunakan teori ini ialah pakar-pakar sosiologi seperti Talcott Parsons dan Emile Durkheim.


b)      Model teori konflik

- Teori konflik mementingkan peranan konflik dalam proses perkembangan masyarakat. Teori ini muncul akibat reaksi kepada teori fungsionalisme yang tidak dapat menerangkan perubahan dan perkembangan masyarakat dari segi konflik sosial
- Konflik adalah “pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama”.
- Jadi, unsur-unsur penting mengenai proses konflik dalam kehidupan sosial termasuk pertentangan, permusuhan, kekalahan dan kemenangan, kuasa dan “interests” (atau kepentingan). 
- Konflik dianggap sebagai perkara normal dalam masyarakat yang tidak dapat dielakkan.
- Thomas Hobbes adalah salah seorang pengkaji dan falsafah dalam sejarah sains sosial barat yang mula-mula sekali menarik perhatian kita kepada unsur konflik dalam perkembangan masyarakat
- Beliau berpendapat manusia sentiasa berperang dan berkonflik di antara satu sama lain (“a war of all against all”) 
- Pelopor-pelopor seterusnya selepas Hobbes yang wujud pada kurun ke lapanbelas ialah Karl Marx 
- Marx mengatakan punca konflik ialah hubungan sosial dalam proses pengeluaran
- Dua kumpulan manusia yang bertentangan dalam proses pengeluaran; iaitu kumpulan pemilik sumber-sumber pengeluaran yang digelar “borjuis” dan kumpulan pengeluar atau pekerja atau buruh yang dinamakan “proletari”
- Konflik berlaku kerana burjuis mengeksploitasi para pekerja dengan memberi upah yang tidak selaras dengan tenaga buruh mereka manakala pekerja membantah kerana upah yang sedikit dan keadaan pekerjaan yang tidak memuaskan. Contoh-contoh yang umum mengenai konflik di antara borjuis dan proletariat boleh didapati dalam masyarakat kita, walaupun gelaran-gelaran itu tidak atau jarang digunakan dalam masyarakat kita
- Pada pendapat ahli-ahli pengkaji lain, konflik adalah fenomena sosial yang penting. Sebagai contohnya, pada abad ke dua puluh, Lewis Coser (1956) dalam bukunya bertajuk Functions of Social Conflict berpendapat konflik bukan sahaja memainkan peranan untuk memecah-belahkan susunan sosial dalam masyarakat tetapi juga memelihara susunan sosial yang sedia ada
- Konflik juga boleh memperkuatkan organisasi sosial. Walaupun Ralf Dahrendorf (1959) dipengaruhi oleh Karl Marx, dalam bukunya Class dan Class Conflict in Industrial Society, dia mengubahsuaikan idea Marx dengan mengatakan bahawa konflik berlaku di antara beberapa kumpulan manusia dalam proses pengeluaran, dan bukan di antara dua kumpulan manusia utama sebagaimana yang dinyatakan oleh Marx
- Umpamanya, terdapat  beberapa kumpulan buruh yang dibahagi-bahagikan mengikut kepakaran-kepakaran yang berlainan. Dahrendorf berpendapat proses konflik menjadi rumit dengan adanya pelbagai kumpulan manusia dan juga proses mobiliti sosial, sebagai contohnya mobiliti atau perpindahan manusia akibat pertukaran perkerjaan
- Beliau juga mengganggap konflik sosial mempunyai dua peranan, iaitu menyumbang kepada integrasi sistem sosial, dan kedua membawa kepada perubahan sosial

click ads for your tq



Tuesday, March 8, 2011

Masa depan sains sosial


-          Masa depan sains sosial, khususnya di Malaysia, sememangnya ada, jadi ketiadaan masa depan sains sosial tidak perlu dipersoalkan
-          Ilmu sosial dan kemanusiaan, dengan teori-teori, konsep-konsep dan saranan-saranan yang dihasilkan melalui pemikiran kritis, objektif, sistematik dan saintifik yang selama ini memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat Malaysia masih mampu di masa hadapan untuk menwujudkan kesedaran dan menajamkan penelitian tentang peri pentingnya, mengikut pandangan Sharifah Zaleha Syed Hassan (2001), kesimbangan antara pembangunan kebendaan, sosial dan rohaniah demi menangani impak dari pembangunan yang akan terus pesat berlaku pada ketika itu
-          Di Malaysia, pihak kerajaan, pihak politik, pihak swasta, para akademik dan penyelidik dari universiti dan bukan universiti, NGOs, dan masyarakat awam, contohnya yang memperolehi pendidikan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, memang akan terus memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan perkembangan sains sosial di masa hadapan  
-          Ilmu sosial dan kemanusiaan di samping tenaga yang terlatih dalam kedua bidang itu masih, malah lebih diperlukan di masa hadapan untuk memahami, mengkaji dan menerangkan dilema, masalah dan isu-isu yang timbul akibat arus pembangunan yang mungkin akan menjadi semakin pesat pada ketika itu

-          Perkembangan sains sosial masa hadapan besar kemungkinan akan memperlihatkan garis pemisah yang semakin pudar di antara displin-displin sains sosial, dan juga di antara displin sains sosial dengan sains tulen – “fungsi interaktif” di antara displin sains sosial dan sains tulen (Ramasamy 2001)
o   Perkembangan dan pemantapan sains tulin dari segi iktisas dan ilmiah tidak mungkin dicapai tanpa pembangunan dalam bidang psikologi, sosiologi dan sejarah, lebih-lebih lagi di masa depan
o   Tanpa menghayati sejarah, interaksi sosial norma-norma sosial, nilai, norma penyelidikan, dsb, sukar untuk sains tulen mengalami perkembangan
o   Tanpa memanfaatkan maklumat dan pencapaian dari sains tulen, sukar bagi sains sosial menjadi satu displin yang bersifat saintifik
o   Jadi, kedua-dua displin di masa depan tidak boleh lagi diteliti secara berasingan tapi sebaliknya, seboleh-bolehnya diintegrasikan
o   Oleh itu, di peringkat universiti dan pusat pembelajaran di masa depan, harus dielakkan pembahagian dan pengasingan formal
o   Lagipun, di peringkat sains sosial, proses pencarian dan penubuhan ilmu semakin merangkumi pelbagai displin sains sosial – ini memperlihatkan potensi saling kebergantungan di antara displin-displin yang semakin meninggi di masa depan
-          Umumnya, corak perkembangan sains sosial masa hadapan bergantung kepada daya usaha pihak-pihak berkenaan mengkonstruksi, mengajar, menyebarkan, ataupun dalam pendapat Shamsul Amri Baharuddin (1992) membirokrasikan, ilmu pengetahuan sains sosial, melalui cara-cara berikut:

a)      Perkembangan yang harus ataupun boleh berasaskan lebih kepada pemikiran teoritis dan minda spekulatif dari minda empiris (H.M. Dahlan dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan 1992: 65-83, Khoo 1995, Abdul Rahman Embong 1995) – Penekanan yang lebih bukan sahaja pada ontologi dan metodologi dalam pemahaman tentang perkembangan ilmu pengetahuan sains sosial malah juga pada epistemologinya, begitu juga dengan peningkatan usaha pemahaman dan pengkajian ilmu pengetahuan sains sosial bukan sahaja dari segi empiris tetapi juga dari segi rasionalis dan teoritis

b)      Perkembangan samada melalui fokus pada displin atau kajian setempat (discipline versus area studies) –
- fokus pada displin dengan melihat isu-isu sains sosial mengikut displin-displin seperti sosiologi, antropologi, sains politik, psikologi dan sebagainya, guna teori-teori dan konsep-konsep yang berkenaan dengan displin yang difokuskan
- fokus pada area studies dengan melihat isu-isu sains sosial mengikut kawasan-kawasan geografi  tertentu (particular areas), katakan Asia Tenggara (Southeast Asian Studies) – pendekatan inter-disciplinary digunakan, kawasan yang ditentukan dikatakan mempunyai ciri-ciri dan sejarah tertentu, dan kedinamikan dalaman yang khusus kepada kawasan itu dan boleh dikaji dengan menggunakan semua pendekatan dari pelbagai displin sains sosial yang dianggap sesuai – semata-mata untuk memahami ilmu pengetahuan pribumi yang ada di kawasan itu tanpa membuat perbandingan dengan kawasan lain

c)      Melalui pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial mengikut displin atau area studies sains sosial samada di peringkat prasiswazah atau pasca siswazah (undergraduate versus post graduate studies)
–  kalau pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial mengikut area studies menjadi pilihan, maka area studies tentang sains sosial itu boleh ditawarkan di peringkat pra-siswazah dan pasca siswazah melalui jabatan yang ditubuhkan khas untuk area studies yang berkenaan (cth Southeast Asian Department di School of Oriental and African Studies/SOAS di London), biasanya dalam fakulti sains sosial atau kemanusiaan – cara ini ada keburukannya, iaitu orang yang mempunyai latarbelakang dalam sains sosial atau kemanusiaan sahaja yang layak, orang dengan latarbelakang sains tulen tidak akan diberi peluang
– tetapi kalau sains sosial diajar dan dikaji mengikut displin, maka ia boleh juga ditawarkan di peringkat pasca siswazah, ini bermaksud orang berlatarbelakangkan sains sosial, kemanusiaan dan sains tulen boleh menceburi displin ini di peringkat pasca siswazah

d)     Pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial di masa hadapan boleh dipertingkatkan bukan sahaja di peringkat universiti malah juga di peringkat bukan universiti –melalui institut penyelidikan yang ditubuhkan oleh kerajaan dan swasta di luar universiti-universiti untuk memenuhi matlamat tertentu, cth seperti institut yang bersifat research-oriented (LIPI di Jakarta, Institute of Southeast Asian Studies/ISEAS di Singapura, Persatuan Sains Sosial Malaysia/PSSM) dan think tanks, jadi ini bermakna di masa hadapan universiti bukan lagi dianggap tempat unggul untuk memperolehi ilmu pengetahuan sains sosial
-          Sumbangan pihak kerajaan, umpamanya, dilihat dari segi penubuhan dan perkembangan pelbagai institut penyelidikan sains sosial di Malaysia yang bertempat di Kementerian dan beberapa universiti tempatan – contoh di peringkat universiti ialah seperti Institut Tamadun dan Peradaban Melayu (ATMA) di UKM, Institute Peradaban Melayu di UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), Akademik Pengajian Melayu di UM, Asia Europe Institute di UM, contoh di peringkat kerajaan ialah Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Kementerian Sains dan Teknologi (IRPA) dan sekolah-sekolah, dan contoh di peringkat parti politik ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
-          Selain itu, ahli-ahli akademik dan penyelidik sains sosial boleh terus menyumbang kepada perkembangan kajian sains sosial melalui pelbagai program perundingan (consultancy) dan program latihan (training programmes) di pelbagai peringkat kerajaan pusat, kerajaan tempatan, di peringkat universiti dan pihak swasta
-          Seperti tenaga yang terlatih pada masa kini yang tidak lagi atau kurang menjadi pengkritik sosial, tenaga yang terlatih seperti para akademik pada masa hadapan boleh lebih menumpukan perhatian terhadap penyelidikan, pemahaman, pembelajaran dan pengajaran sains sosial yang lebih bersifat gunaan dan boleh membantu penggubalan dasar-dasar dan polisi-polisi pembanguan dan yang berasaskan kajian dan penganalisaan bersifat kuantitatif
-          Selain itu, seperti juga di masa kini, mereka mungkin akan terus dianggap sebagai generalists dan bukan specialists di masa hadapan; ini bermaksud pengkotakan atau specialisation dalam displin-displin sains sosial yang akan semakin berkurangan di masa hadapan

e)      Berkaitan dengan poin di atas, usaha boleh ditingkatkan di masa hadapan dalam kajian sains sosial yang bersifat akademik dan juga berorientasikan polisi (academic versus policy-oriented research) di kedua peringkat universiti dan bukan universiti
- Universiti mungkin tidak lagi dilihat sebagai tempat untuk menjalankan kajian akademik yang bermutu tinggi dan bersifat ilmiah, manakala tempat bukan universiti seperti institut penyelidikan kerajaan dan bukan kerajaan bukan lagi dianggap tempat menjalankan kajian bukan akademik yang tidak bermutu tinggi dan tidak bersifat ilmiah kerana untuk memenuhi matlamat tertentu (penggubalan polisi-polisi tertentu), dan juga memenuhi kepentingan pihak politik
- Di masa hadapan, usaha boleh dipergiatkan untuk menjadikan tempat bukan universiti itu sebagai tempat kajian bercorak akademik dan ilmiah dan juga untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu – usaha itu diperlihatkan melalui peningkatan kadar biayaan penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran sains sosial di kedua-dua universiti dan bukan universiti

f)       Masa depan sains sosial juga boleh ditentukan oleh peningkatan usaha menjalankan penyelidikan sains sosial asas (basic research) dan juga penyelidikan sains sosial gunaan (applied research) – Basic research ialah penyelidikan asas tentang pelbagai isu sains sosial, manakalan applied research ialah penyelidikan untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu, biasanya untuk menggubal polisi, membentuk dasar pembangunan, dsb. – universiti dan bukan universiti seperti institut penyelidikan memang memainkan peranan penting dalam usaha ini

g)      Jadi, masa depan sains sosial juga boleh ditentukan oleh kadar biayaan, oleh pihak kerajaan dan pihak swasta untuk penyelidikan, pembelajaran, pengajaran dan kajian sains sosial, samada di peringkat universiti atau bukan universiti, di peringkat pra-siswazah atau pasca siswazah, penyelidikan yang bersifat penyelidikan asas (basic research) atau penyelidikan untuk tujuan gunaan (applied research), dan penyelidikan berorientasikan akademik atau polisi-polisi tertentu – di samping itu, biayaan untuk kajian sains sosial harus diperbanyakkan berbanding dengan kajian sains tulen

h)      Sumbangan perspektif Islam terhadap perkembangan masa depan sains sosial
-          Sumbangan perspektif Islam telahpun ada di masa dahulu dan masa kini, dan akan terus wujud, malah mungkin dipertingkatkan, di Malaysia di masa depan
-          Di peringkat universiti, sejak tahun-tahun 1960an, 1970an dan 1980an, telahpun wujud “kesedaran keislaman” di kalangan ahli intelektual dan akademik, dan sehubungan dengan itu, ada usaha untuk menerapkan tradisi ilmu Islam dalam pemahaman, pengajian dan penyelidikan sains sosial Barat di universiti-universiti berkenaan (Mohd Kamal Hassan dalam Wan Hashim & Mahayudin Hj. Yahaya 1986: 20)
-          Di UKM umpamanya, ada usaha pada tahun 1980an untuk mengadakan perdebatan di antara para akademik, khususnya dari Pusat Pengajian Umum (PPU), FSKK (bidang pengajian Melayu, Sejarah, Sosiologi dan Ekonomi) dan FSP, berkenaan dengan pertembungan dan persepaduan ide-ide Western social sciences dengan teologi Islam (iaitu ilmu KeTuhanan)
-          Di masa hadapan, perspektif Islam masih boleh menawarkan pemahaman dan pandangan Islam tentang realiti, manusia, alam, ilmu dan sejarah yang mempunyai implikasi ke atas perkembangan ilmu pengetahuan sains sosial Barat yang juga tentang realiti, manusia, alam, ilmu dan sejarah – pendeknya, perolehan ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang manusia, budaya, masyarakat, alam dan sejarah di masa depan masih tidak boleh dipisahkan dari nilai-nilai agama Islam dan ilmu perlakuan moral yang berpandukan pada ajaran Islam (ibid.)
-          Jadi, pembentukan ilmu, khususnya ilmu pengetahuan sains sosial, dari perspektif Islam di Malaysia di masa hadapan memang tidak boleh dinafikan – ilmu pengetahuan itu memang boleh menyumbang terhadap pembangunan dan peradaban masyarakat Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...