Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Friday, March 18, 2011

SEJARAH KEMAHIRAN HIDUP



v  Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelakaran teras berunsurkan teknologi di tingkatan 1-3. mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan kagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
            Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja buat sendiri yang mudah yang berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyelenggaraan. Di samping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan.



MATLAMAT

·         Matlamat mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinsentif dan yakin diri dalam keadaan teknologi


SEJARAH KEMAHIRAN HIDUP


Pendidikan aneka jurusan yang mula diperkenalkan pada tahun 1965 di sekolah-sekolah menengah hanya memberi peluang kepada pelajar mengambil satu daripada mata pelajaran elektif yang ditetapkan ialah seni perusahaan,perdagangan dan keusahawanan sains rumahtangga ( ERT ) dan sains pertanian.sistem ini bertujuan untuk memberi peluang yang sama rata kepada pelajar-pelajar untuk memilih satu bidang pelajaran pra-vokasional mengikut kecenderungan minat serta bakat mereka masing-masing.

Sistem pendidikan aneka jurusan ini lebih mementingkan pencapaian pelajar dalam aspek akademik  dan mengetepikan aspek bakat,minat dan kecenderungan seseorang pelajar. Pengajaran matapelajaran elektif ini lebih menekankan ciri-ciri pengkhususan dalam bidang yang berkaitan sahaja tanpa mempunyai hubung jalin dengan pengetahuan  dari bidang elektif yang lain.

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan dasar Kerajaan  (1980 ), pendedahan murid-murid kepada bidang teknologi dan vokasional di peringkat menengah rendah amatlah terpisah sehinggakan ia merupakan suatu usaha kearah pengkhususan. Mata pelajaran kemahiran hidup mula dilaksanakan pada tahun 1989 di sekolah menengah rendah yang bercorak umum dan lebih berguna  dan berfungsional kepada kehidupan harian. Ia diwajibkan kepada semua pelajar di tingkatan 1.

Usaha ke arah menanam celik teknologi, kesedaran ekonomi dan kemahiran sosial di kalangan pelajar bermula pada tahap 2 di sekolah rendah lagi melalui matapelajaran kemahiran hidup. Kemahiran hidup ini juga ditawarkan di sekolah menengah rendah sebagai kesinambungan dalam persediaan pelajar menangani cabaran menjelang abad ke-21.  Perlaksanaannya melalui dua peringkat :

                                                                                    i.            Kemahiran hidup (program peralihan)
                                                  Bermula tahun 1989-1991 di tingkatan 1-3
                                                                                  ii.            Kemahiran hidup bersepadu
Bermula pada tahun 1992 di tingkatan 1

            Kemahiran hidup (program peralihan) bermula pada tahun 1989 mewajibkan semua pelajar  di tingkatan 1 mengambil elektif yang ditawarkan. Matapelajaran ini menawarkan unsur perdagangan dan keusahawanan atau kemahiran manipulatif atau kedua-duanya.
           

Kemahiran hidup bersepadu pula bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan aspek kemahiran supaya mereka berkemahiran untuk menghadapi kehidupan dengan lebih yakin,elektif dan produktif dalam dunia teknologi,perindustrian yang semakin kompleks masa kini. Kemahiran ini disepadukan dengan pemupukan nilai-nilai murni sebagaimana matlamat kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) dan selaras dengan falsafah pendidikan untuk melahirkan insan yang harmonis,seimbang serta berketerampilan. Matapelajaran kemahiran hidup bersepadu (KHB) memberi penekanan kepada perkembangan individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek secara seimbang,memerlukan bentuk penilaian yang boleh mengukur kedua-dua aspek kognitif dan bukan kognitif.
Aspek kemahiran praktik dan pencapaian bukan kognitif dapat dinilai secara berkesan melalui penilaian kerja kursus. Kerja kursus adalah kerja atau tugas sama ada dalam bentuk hasil (produk) atau proses dilakukan dalam satu tempoh masa tertentu dan mengikut peraturan yang ditetapkan matapelajaran KHB diajar di sekolah menengah rendah mengikut KBSM bagi menggantikan matapelajaran elektif iaitu seni perusahaan,perdagangan dan keusahawanan,sains rumahtangga dan sains pertanian. KHB merupakan sebahagian usaha pendidikan kea rah mempertingkatkan kemahiran praktis. Penanaman semangat keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar. Aspek kemahiran tertumpu khas kemahiran menjalankan kerja buat-sendiri yang mudah dan kemahiran asas yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Matapelajaran KHB terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian teras mengandungi 3 komponen iaitu perdagangan dan keusahawanan,kekeluargaan dan kemahiran manipulatif.

Setiap komponen teras mempunyai pecahan-pecahannya tersendiri seperti dalam komponen kemahiran manipulatif sahaja mengandungi 7 bidang manipulatif yang berupa bidang pravokasional iaitu:
a)      Lukisan teknik
b)      Kerja kayu dan logam
c)      Kerja paip asas
d)     Kerja elektrik asas
e)      Kerja elektronik asas
f)       Pengurusan diri
g)      Perkebunan

Bahagian pilihan pula mengandungi 3 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif
Tambahan (Pilihan 1), Ekonomi rumahtangga (ERT) (Pilihan II) dan sains pertanian   (Pilihan III). Pelajar dikehendaki memilih 1 komponen sahaja dari tingkatan 1 – 3.

            Manipulatif Tambahan peratusan bidang yang terkandung di dalamnya dari 40% bidang manipulatif, 20% perdagangan dan keusahawanan, 20% bidang pertanian
            Bagi pilihan ERT dan Sains pertanian 60% dari manipulatif, 20% ialah perdagangan dan keusawanan, 20% lagi dari bidang masing-masing.


Kemahiran Manipulatif Tambahan
           
Lanjutan daripada komponen Teras kemahiran manipulatif yang membolehkan pelajar mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam lukisan teknik, enjin, elektrik dan elektronik.

Kemahiran Hidup Bersepadu

            KHB merupakanmatapelajaran ters dalam KBSM bagi tingkatan 1-3. matapelajaran ini diperkanalkan pada 1989 yang bertujuan untuk membekalkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan harian dengan lebih proaktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks lagi sentiasa berubah. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang kenal faham teknologi, mempunyai sifat yakin diri, kreatif, inovatif dan produktif serta boleh berinteraksi dengan baik.


Kemahiran Manipulatif

            Kemahiran manipulatif ialah di antara komponen-komponen teras yang terkandung dalam matapelajaran KHB. Komponen teras ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktis dalam bidang teknologi. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berorientasikan teknologi khususnya di tempat tinggal dan tempat kerja kelak. Komponen ini merangkumi teknik operasi, peralatan elektro-mekanikal yang mudah teknologi bahan dan aspek kuantitatif. Antara aktiviti-aktiviti dijalankan oleh pelajar-pelajar ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan binaan, pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih, unsur pengurusan diri dan perkebunan.

Perdagangan dan Keusahawanan

            Dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan kepada amalan perniagaan ternasuk aspek-aspek kewangan dan simpan kira, pengurusanperniagaan, etika dalam perniagaan dan pengeluaran. Pelajar dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai konsumerisme.
            Tujuannya ialah untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat inkuiri, ingin mencuba serta tidak mudah putus asa, berkeupayaan mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang perniagaan yang bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.


Kekeluargaan

            Merupakan satu persediaan asas bagi mempertingkatkan kendiri pelajar, kesejahteraan keluarga dan keharmonian masyarakat. Tujuannya adalah untuk supaya pelajar boleh menganalisis diri sendiri untuk membentuk imej kendiri yang lebih baik dan boleh membuat keputusan yang biajk. Pelajar dapat memperolehi kemahiran untuk mewujudkan kemesraan dengan ahli keluarga, jiran dan masyarakat. Selain itu pelajar didedahkan kapada alam kerjaya yang bersesuaian dengan kecenderungan mereka masing-masing.


Matapelajaran KHB telah dilaksanakan melalui pelaksannan Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 menggantikan matapelajaran aneka urusan jurusan dalam Program Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) yang mana berupa matapelajaran elektif.
Matapelajaran elektif lama itu yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 ialah seperti berikut:
                                     I.      Seni perusahaan
                                  II.      Sains rumahtangga
                               III.      Sains pertanian
                                     IV.Perdagangan


Perbezaan yang ketara diantara matapelajaran elektif aneka jurusan dengan matapelajaran KHB ialah mengenai kesepaduan dalam satu matapelajaran itu. Bagi matapelajaran KHB bukan berupa gabungan daripada matapelajaran-matapelajaran yang terdapat dalam aneka jurusan dan ditambahkan dengan aspek nilai-nilai murni iaiti komponen kekeluargaan bersesuaiandengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum baru ini juga mangambil kira tentang rintasan kurikulum berbanding dengan matapelajaran daripada kurikulum lama.

click ads for your tq




Thursday, March 3, 2011

Liverpool F.C.


1. PENGENALAN

 Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England. Liverpool beraksi secara berterusan di dalam Liga Perdana Inggeris sejak Liga tersebut bermula dalam tahun 1992. Walaupun demikian, Liverpool belum pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris, dan hanya mendapat tempat sebagai naib juara semasa di bawah pimpinan Gerard Houllier dalam tahun 2003. Walaupun belum menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liverpool masih mengekalkan kedudukan sebagai pasukan paling berjaya beraksi di peringkat teratas Liga Inggeris, dengan 18 kali menjadi juara Liga Divisyen Satu Inggeris (Liga ini kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris), 7 kali menjuarai Piala F.A. England, dan 5 kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan 3 kali menjadi pemenang Piala UEFA. Liverpool juga menjadi ahli Kumpulan G-14 terdiri daripada kelab-kelab bola sepak paling unggul di Eropah.

2. SEJARAH KELAB  LIVERPOOL


Penubuhan Liverpool F.C.

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik Anfield. John Houlding menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah dengan Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park. Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Kemasukan ke Liga Inggeris

Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaah dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.
Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.
Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.

Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly


Bill Shankly seorang Legenda di Liverpool FC
Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun, Bill Shankly menjadikan Liverpool antara pasukan paling ternama di Eropah. Tindakan pertama Bill Shankly selepas mengambil alih jawatan pengurus adalah untuk membuang 24 orang pemain. Bill Shankly membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland dan mendapatkan Roger Hunt, Ian Callaghan dan Gerry Byrne. Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dan dinaikkan ke Divisyen Satu Liga Inggeris. Tahun 1964Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Bill Shankly menukar jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah seluruhnya, dan warna ini kekal digunakan hingga ke hari ini. Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. mengalahkan Leeds United 2-1. Liverpool juga pertama kali beraksi di benua Eropah, tetapi dikalahkan Inter Milan di peringkat separuh akhir. menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan
Dalam tahun 1966 Liverpool tewas pertandingan Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, (kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill ShanklyEmlyn Hughes, Ray Clemence dan Kevin Keegan dalam tahun 1971. Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah memenangi Piala UEFABorussia Moenchengladbach. Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A.. Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengurus Liverpool selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Bill Shankly mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya. memperkuatkan skuadnya. Beliau membeli setelah mengalahkan

Tradisi Boot Room


Masa Bill Shankly menerajui Liverpool beliau menggunakan kumpulan dipanggil Kumpulan “Boot Room”. Kumpulan ini berbincang di dalam bilik menyimpan but dan pakaian pemain. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya. Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan pasukan lawan. Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut..
Bill Shankly dan pasukan Boot Room menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield. Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain. Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...