Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label KEPENTINGAN. Show all posts
Showing posts with label KEPENTINGAN. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Bab 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan



“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”
                                                                                                           
1.1  Evolusi Keusahawanan
Peter F. Drucker, Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.
 
1.2  Konsep Keusahawanan

1.2.1        Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1)      Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran di mana proses tersebut dibangunkan.
2)      Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3)      Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4)      Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinisikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

1.2.2        Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.


Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinisikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinisikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi diterjemahkan kepada perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.

1.3  Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini  disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti  pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan di pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

1.4    Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.



1.5  Pembangunan Keusahawanan di Malaysia
Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan di sektor pertanian, kaum Cina berkerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih ke depan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah memfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995,  kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Ujian 1:
1.  Apakah 10 mitos keusahawan?
1.1        Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir
1.2        Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta
1.3        Usahawan selalunya seorang pencipta
1.4       Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat         menyesuaikan diri (anti sosial)
1.5        Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”
1.6        Kesemua usahawan memerlukan wang
1.7        Semua usahawan bergantung kepada nasib
1.8        Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan
1.9        Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.
1.10      Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim

2.  Bincangkan kepentingan keusahawanan.

        Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.
        Meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan
        Melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini  disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.
        Aktiviti  pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.
        Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.
        Melalui proses kreativiti dan innovasi, mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
        Membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan di pasaran.
        Individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

3.  Berikan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan di sektor pertanian, kaum Cina berkerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih ke depan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum lain.

Selepas kemerdekaan, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 telah memberikan dasar bagi semua pihak untuk mengalak dan memberikan sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada tahun 1995, Kementerian Pembangunan Keusahawanan telah ditubuhkan sebagai badan yang mengawal dan mempromosikan pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Ujian 2:

1.      Terangkan maksud keusahawanan
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinisikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

2. Nyatakan evolusi keusahawanan

3.  Siapakah usahawan?

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

4.  Berikan empat aspek asas keusahawanan.
1.      Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2.      Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3.      Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4.      Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Click ads for your tq or like.

Wednesday, March 16, 2011

PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

 Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan bagi setiap pelajar di Politeknik iaitu semasa semester 3 bagi pelajar Sijil dan semester 4 bagi pelajar kursus Diploma.  Para pelajar akan menjalani Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai ‘Praktikal’ selama satu semester di syarikat atau di kilang yang dipilih.  Dalam tempoh iti pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau prosedur syarikat tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan lain-lain.

 Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian.  Mereka akan mengambil aliran yang berkaitan engan kursus semasa menjalani praktikal untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa hadapan.  Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan perkara baru yang berkaitan dengankursus yang diambil di Politeknik.

Mereka juga dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman yang luas yang mana dapat membimbing pelatih untuk menjadi pekerja yang lebih produktif.  Di samping itu juga pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan suasana kerja yang tenteram dan ceria.

Pelajar juga dikehendaki untuk membuat Laporan Harian berkaitan dengan aktiviti di rempat kerja.  Mereka mesti menyerahkan buku Laporan Harian sekali dalam seminggu kepada pegawai di syarikat itu untuk diperiksa dan ditandatangani.  Selain itu, pensyarah daripada Politeknik juga melawat ke tempat diman pelajar akan membuat latihan industri untuk melihat perkembangan mereka dan berjumpa dengan pengurus atau pegawai terbabit untuk mengetahui keadaan atau suasana kerja yang dilalui oleh pelajar terbabit.

 
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Politeknik menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri untuk menimba pengalaman untuk kegunaan masa hadapan.


Objektif Latihan Industri:

  1. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  2. Meluaskan dan menambahkan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
  3. Mengenali diri sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap bakal majikan.
  4. Menimbulkan kesedaran dan meningkatkan minat pelajar tentang pelajaran di Politeknik kelak.
  5. Menilaikan kebolehan dan keupayaan diri pelajar di dalam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekejaan selepas tamat pengajian.
  6. Memupuk semangat kerja dan perhubungan baik antara majikan dan pekerja.
  7. Mengaitkan teori yang dipelajari semasa di Politeknik dengan apa yang dipraktikan di tempat latihan.
  8. Membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.
  9. Menanamkan sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan.

Semasa menjalani Latihan Industri ini, para pelajar dikehendaki membuat cacatan harian berkenaan dengan kerja yang dilakukan.  Ini memudahkan proses membuat buku laporan setelah tamat latihan.  Selain daripada itu pihak Politeknik juga mewujudkan system pembahagian markah yang wajib diisi oleh majikan di tempat latihan diadakan.  Dengan adanya sistemini, pelajar akan lebih tekun dan berusaha untuk melakukan terbaik bagi memperolehi markah yang cemerlang semasa latihan.

 

OBJEKTIF LATIHaN INDUSTRI

Latihan industri yang akan dijalani oleh pelajar Politeknik adalah berdasarkan beberapa objektif.  Antaranya adalah mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.  Inilah persediaan awal para pelajar sebelum menamatkan pengajian di politeknik.

            Selain daripada itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang diperolehi di luar kampus.  Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan berpeluang mempraktikkan segala pengetahuan yang dipelajari di kampus serta menerima pendedahan awal sesuatu perkara yang berkaitan dengan teori mahupun praktikal.

Latihan ini akan menimbulkan banyak kesedaran sikap serta meningkatkan minat para pelajar terhadap pelajaran di Politeknik.  Kaedah ini dipercayai akan menarik minat lebih ramai lagi bakal pelajar di luar untuk menyambung pengajian di Politeknik.  Latihan ini akan mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari kepada praktikal atau sebaliknya.  Malahan pelajar juga dapat mengenali peraturan-peraturan keselamatan di dalam latihan industri, serta menanam sifat amanah dan tanggungjawab semasa menjalani latihan industri.  Pelajar juga dapat meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat di sector industri.

OBJEKTIF LAPORAN

 Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah “ Laporan Latihan Industri (LLI)” yang lengkap mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Ungku Omar.  Setiap pelajar hendaklah menyediakan laporan mengenai aktiviti yang telah diikuti sepanjang latihan industri.  Di sini para pelajar Cuma dikehendaki mencatatkan segala aktiviti atau perkara yang telah mereka lakukan sepanjang menjalani latihan industri.

Salah satu objektif laporan adalah untuk melatih para pelajar supaya mampu menghasilkan sebuah laporan lengkap yang berperanan utama dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dan memenuhi kehendak sesebuah industri.  Selain daripada itu, laporan ini akan menjadi bukti di mana para pelajar telah tamat latihan industri dengan sempurna.  Objektif-objektif lain “Laporan Latihan Industri “ ini adalah seperti berikut:

  1. Menguji kemamapuan pelajar mendokumentasi aktiviti kerja harian sepanjang tempoh latihan industri secara teratur dan lengkap.
  2. Membiasakan diri pelajar untuk menyediakan laporan supaya lebih bersedia apabila mengharungi keperingkat yang lebih tinggi.
  3. Membantu para pelajar dengan memberanikan diri untuk berkomunikasi dan berinterasi dengan majikan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan laporan industri.
  4. Mendisplinkan para pelajar untuk belajar menguruskan masa dengan bijak dan teratur.
  5. menjadi satu bukti yang ditauliahkan dan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

            Latihan industri adalah satu tempoh pengajian di mana para pelajar diberi peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas.  Selain ilmu dan kemahiran , pelajar juga akan dapat menimba pengalaman daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan.  Zaman ii yang dikenali dengan ICT (Information Communication Technology) yang semakin pesat berkembang pada masa kini.  Kesan daripada itu pihak Politeknik telah mengambil keputusan untuk mengubah skop pembelajarn dari masa ke semasa.  Oleh yang demikian latihan industri adalah satu-satunya peluang keemasan bagi para pelajar.  Pelajar juga patut menyedari akan perubahan teknologi yang semakin canggih.  Oleh itu pelajar haruslah menunjukkan sikap positif dan bersungguh-sungguh semasa menjalani latihan industri.

Sepanjang menjalani latihan industri memang tidak dinafikan pelbagai dugaan dan cabaran yang harus dilalui oleh para pelajar dalam situasi ini, Pelajar tidak seharusnya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak menunjukkan kematangan diri seperti bertengkar denganrakan sekerja atau pun pihak majikan.  Merosakkan peralatan atau kelengkapan yang sedia ada semata-mata untuk melepaskan rasa ketidak puasan hati.  Seharusnya sikap ini perlu dihindari untuk menjaga nama baik Politeknik Ungku Omar.  Para pelajar hendaklah berbincang dengan pihak majikan  ataupun wakilnya dengan hati yang terbuka supaya perkara yang timbul tidak berlarutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...