Want to know more, please click

Followers

Pages

Showing posts with label Islam dan isu-isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Islam dan isu-isu Semasa. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Penghijrahan sikap, minda ummah hadapi persaingan


Hijrah merupakan satu peristiwa amat penting dalam kehidupan orang Islam kerana terkandung di dalamnya pelbagai amanat dan pengajaran. Penghayatan yang penuh bermakna terhadap peristiwa ini sebenarnya mampu mencetuskan pelbagai sumber inspirasi dalam kehidupan seluruh masyarakat.
Sebagaimana hijrah Nabi Muhammad itu telah membawa banyak perubahan dan kemajuan dalam diri dan kehidupan Baginda s.a.w serta di kalangan golongan Muhajirin dan Ansar pada ketika itu yang telah melakukan penghijrahan demi membebaskan diri daripada belenggu kejahilan dan penindasan golongan kuffar, maka kini kaum muslimin perlu melihat peristiwa hijrah dalam konteks yang lebih global daripada hanya sekadar perayaan dan sambutan tradisi peristiwa ini.
Dan pada masa yang sama, mereka perlu membina kemampuan sebagai umat terunggul dalam merencana agenda negara dan dunia keseluruhan dengan menjunjung ciri-ciri keadilan dan kesamarataan dalam melaksanakan urusan pemerintahan.
Ini tidaklah pula bermakna mereka akan mengabaikan urusan kehidupan akhirat kerana dunia adalah langkah permulaan menuju akhirat. Kehidupan yang baik di dunia ini akan membawa kehidupan yang baik juga di akhirat nanti. Dan bagi memenuhi tuntutan kehidupan yang cemerlang di akhirat nanti pula, urusan dunia perlulah dilaksanakan secemerlang mungkin. Ini juga merupakan tuntutan Islam yang inginkan kehidupan yang sama-sama cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.
Walaupun umat Islam di negara ini hidup dalam keadaan yang amat selesa dan tidak mengalami sebarang penindasan sebagaimana yang berlaku di zaman Nabi yang memerlukan mereka melakukan penghijrahan fizikal, ini tidak bermakna mereka tidak perlu belajar apa-apa daripada peristiwa hijrah ini memandangkan banyak pengajaran yang tersirat padanya.
Sebagaimana peristiwa hijrah itu telah mengangkat martabat dan tamadun Islam serta umatnya, maka umat Islam di negara ini juga perlu melakukan penghijrahan ke arah membentuk masyarakat hadhari, yang mampu mengungguli ketamadunan dunia berlandaskan nilai-nilai yang murni.
Dalam konteks hijrah ini, mereka perlu berusaha berhijrah membina sikap dan budi pekerti yang mulia, meninggalkan amalan yang tidak berfaedah, apatah lagi yang tidak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan yang dituntut Islam. Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud: Daripada tanda-tanda sempurnanya keislaman seseorang Muslim adalah meninggalkan sebarang perkara yang tidak berkaitan (tidak berfaedah) baginya.
Nilai-nilai murni dalam kehidupan dan amalan budi pekerti yang mulia merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam masyarakat hadhari. Mereka ini maju, proaktif dan progresif, tidak mundur minda, berani mengubah sikap yang negatif, sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dan penampilan personaliti yang sempurna.
Sikap yang dianjurkan dalam al-Quran dan Sunnah ini akan membebaskan mereka daripada kelemahan keyakinan diri apabila bersaing dengan bangsa lain. Mereka juga perlu didedahkan dengan gambaran yang positif terhadap persaingan. Persaingan bukanlah semata-mata beradu kekuatan tenaga, tetapi adalah kekuatan minda yang diiringi sikap positif, berteraskan nilai yang murni.
Orang Melayu yang bersifat pemalu dan lemah lembut, pada umumnya melihat persaingan sebagai satu perilaku yang agresif. Amalan tolong-menolong dan bekerjasama yang diamalkan selama ini pula dianggap sebagai alternatif kepada persaingan. Oleh yang demikian, mereka lebih selesa dan berbangga jika kejayaan dan kemajuan yang dikecapi itu dicapai atas dasar secara bergotong-royong dan bekerjasama.
Keadaan ini berbeza dengan bangsa dan kaum lain yang melihat persaingan sebagai keutamaan untuk mencapai kejayaan. Dalam konteks ini, orang Melayu dan umat Islam negara ini perlu melihat persaingan dilakukan dalam suasana yang sihat dan adil. Persaingan yang perlu ada di kalangan mereka adalah sikap untuk menguasai pelbagai sektor dalam negara, sama ada sektor penting mahupun yang kurang penting, yang membantu kepada pertumbuhan dan kemajuan negara, tanpa tertinggal sedikit pun.
Pendek kata, persaingan bagi umat Islam negara ini adalah bagi memenuhi setiap peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor tanpa keciciran kepada bangsa lain. Malangnya, persaingan seperti ini yang tidak wujud dalam minda dan sikap mereka. Hasrat umat yang ingin membentuk sebuah masyarakat yang hadhari mungkin gagal jika mereka tidak berhijrah ke arah pembentukan sikap yang sedemikian rupa.
Kini sudah tiba masanya umat Islam melakukan penghijrahan sikap dan minda secara beramai-ramai untuk mengembalikan keunggulan tamadun Islam khususnya di negara sendiri. Mereka boleh menjadi satu bangsa yang unggul apabila berhemah dan berbudi pekerti mulia serta sentiasa mencambah idea untuk cemerlang dalam segenap bidang.
Click ads for your tq




Friday, April 29, 2011

ujian 2 Islam dan isu-isu Semasa


Arahan:     Jawab dua soalan sahaja.

1.    A.   Apa yang, dimaksudkan oleh misi dunia barat tentang globalisasi.

B.   Huraikan cabaran globalisasi dari sudut ekonomi terhadap dunia sebelah timur.

(markah 10)

  2.  A.   Jelaskan faktor-faktor utama yang melahirkan persoalan moral
                    dikalangan masyarakat.
                      -  Kelemahan institusi kekeluargaan.
                      -  Pengaruh media massa dan elektronik.
                      -  Sikap menyembunyikan masalah.
                      -  Kerapuhan pegangan agama
                      -  Pengaruh persekitaran

 B.    Nyatakan lima faktor utama penyelesaian terhadap masalah moral.
                      -  Penerapan dan pengamalan ajaran agama.
                      -  Pemimpin yang berkualiti.
                      -  Pengukuhan institusi keluarga.
                      -  Sistem pendidikan yang berkesan.
                      -  Pembudayaan ilmu.
                      -  Membina kepimpinan generasi muda.
(markah 10)

3.       A.   Nilai baik dalam dunia sains barat masih berpegang kepada fahaman sekular.
             Bincangkan

B.   Moral sains dan teknologi ciptaan barat berpegang kuat kepada faham
       emperikal dan menolak agama.  Beri komen anda.

(markah 10)

    4.   A.   Kezaliman dunia barat masa kini adalah dalam bentuk penguasaan
 politik dan kuasa senjata kepada dunia membangun. Huraikan.

B.      Budaya hidup masyarakat dunia hari ini adalah lahir daripada acuan dan pengaruh      
      budaya masyarakat barat.  Beri komen anda.

(markah 10)
Click ads for your tq



Monday, April 25, 2011

ujian 1 Islam dan isu-isu Semasa

Arahan: Jawab (2) dua soalan sahaja.


1. A. Apakah yang dimaksudkan oleh misi dunia barat tentang globalisasi dari
sudut kuasa politik.
- Usaha mendemokrasikan seluruh dunia. Ianya dirancang melalui penyebaran propaganda ideologi kedalam masyarakat. Selsepes era perang dingin dan kejatuhan soviet union.
- Ledakan globalisasi menimbulkan dua cabaran iaitu mewujudkan satu dunia satu ideologi dan cabaran kepada masyarakat mempertahankan ideologi dan pegangan dari serangan ideologi lain.
-

B. Huraikan cabaran globalisasi dari sudut cengkaman kapitalis barat terhadap dunia membangun.
- Berlaku persaingan dimana negara yang kurang mampu akan tengelam dalam pengaruh gergasi ekonomi. Syarikat gergasi akan terus menguasai pasaran dan melakukan perubahan dan strategi disamping mencari peluang dalam pasaran baru.
- Sistem kapitalis hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan akan melakukan apa saja untuk mendapat keuntungan.
- Membuka pasaran kepada pihak luar(AFTA, NAFTA dll)
- Wujudnya kuasa ekonomi baru seperti China dan negara asia lain.
- Penerimaan barangan barat dan hiburan.
(Markah 10)

2. A. Persoalan moral dikalangan masyarakat kini bukan sahaja disebabkan pengaruh
budaya barat. Bincangkan.
- Ibubapa yang lebih mementingkan metarialistik dan kurang memberikan tumpuan kepada anak-anak.
- Kurang didikan agama dan nilai-nilai murni.
- Ibubapa membiarkan anak-anak tanpa pengawasan. (tonton cerita lucah)
- Guru merahsiakan salah laku pelajar.
- Dipengaruhi 2 faktor iaitu unsur luaran yang didorong oleh persekitaran yang tidak membina dan media elektronik.

B. Adakah fahaman sekular mampu mengatasi masalah gejala social dikalangan
masyarakat. Beri komen anda.
- Sekular tidak dapat mengatasi masalah sosial.
- Fahaman sekular memisahkan agama dengan segala aspek kehidupan.
-
(Markah 10)

3. A. Nilai baik dalam dunia sains barat masih berpegang kepada fahaman sekular.
Bincangkan.

B. Sains, teknologi dan agama bersifat sepadu bagi membina masyarakat yang
beretika.. Beri komen anda.

(Markah 10)

4. A. Penjajahan dunia barat masa kini adalah dalam bentuk penguasai politik dan
kuasa senjata kepada dunia membangun. Huraikan.

B. Keadilan wujud dalam sistem ekonomi Islam. Beri komen anda.

(markah 10)


Click ads for your tq




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...