Untuk menjadikan mandi wajib itu diterima, kita
mestilah melakukan 3 perkara utama dan perkara
ini juga dikenali sebagai rukun mandi wajib.
Pertama mestilah berniat. Niat mandi wajib adalah
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah SWT"
Kedua adalah dengan menghilangkan najis daripada
seluruh anggota badan.
Ketiga adalah dengan meratakan air keseluruh anggota badan.
Niat mestilah dimulakan ketika air mula mengena pada anggota
badan kita.
Dalam usaha meratakan air ke anggota badan, kita mestilah duduk
bercangkung disertai juga dengan berdiri dan pastikan
seluruh anggota badan diratai air termasuk dibahagian berlapik.
Tetapi ada juga perkara sunat ketika mandi wajib dilakukan
seperti membaca bismillah, berwuduk dan menggosok seluruh
anggota badan.
No comments:
Post a Comment