Pages

Thursday, April 24, 2014

KES TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA JOHOR BAHRU (TTPM-JB)



SENARAI KES-KES PERBICARAAN DI HADAPAN YANG ARIF HAKIM:
PUAN MAZNAH BINTI HARON
HARI:  RABU            TARIKH:  13 JANUARI 2010                   JAM: 11.30 PAGI  
MAHKAMAH TRIBUNAL JOHOR BAHRU
NORAINI BINTI ABD JALIL - PIHAK YANG MENUNTUT
CHAN FURNITURE (M) SDN BHD - PIHAK PENENTANG
BARANGAN ELEKTRIK
SEBAB KEPUTUSAN
            Dalam tuntutan ini pihak yang menentang (PYM) telah memfailkan tuntutan kepada tribunal terhadap penentang iaitu Chan Furniture (M) Sdn Bhd untuk menuntut home theater yang telah dibawa ke kedai tersebut untuk dibaiki. Malangnya home theater tersebut telah hilang. Harga barang tersebut adalah RM 2280 dan PYM telah membayar 9 kali ansuran iaitu RM95/bulan maka jumlah ansuran yang telah dibayar oleh PYM sebanyak RM 855. PYM telah membeli barang tersebut dari P memandangkan pada masa tersebut P sedang membuat promosi iaitu pakej RM 10 untuk pembayaran pertama.  
            Persoalan utama kes ini ialah PYM tidak berpuas hati dengan servis yang telah dijalankan oleh P kerana bagaimana home theater tersebut boleh hilang daripada tanggungjawab. PYM ingin menuntut ganti rugi yang setimpal dengan barangan tersebut dan membatalkan kontrak pembelian.

 HURAIAN KES
            Pihak penentang yang diwakili oleh pengurus cawangan, En Liu dan seorang saksi iaitu Cik Ima berjawatan credit controller manakala PYM diwakili oleh Pn Noraini Binti Abd Jalil. Kedua-dua pihak berasaldari Mersing.
Pada 21/5/2008, PYM telah membeli sebuah home theater secara ansuran. Pada bulan Ogos 2009, home theater tersebut telah didapati rosak dan PYM telah membuat aduan ke P supaya home theater tersebut dibaiki. PYM membuat aduan melalui telefon. Pihak P telah mengarahkan 2 orang pekerja iaitu En Maha dan seorang lagi pergi ke rumah PYM dengan menaiki lori maka home theater tersebut dibawa ke P. PYM mendakwa tiada resit yang menyatakan bahawa 2 orang pekerja tersebut telah mengambil barang elaktrik tersebut dari rumah PYM. Pihak P mendapati bahawa barang tersebut telah tamat jaminan dan dan menyarankan kepada P jika hendak dibaiki, barang tersebut hendaklah dibawa ke kilang Samsung yang terletak di Johor Baharu.
Pihak PYM mengambil keputusan di dalam talian agar home theater tersebut tidak perlu dibaiki di kilang Samsung dan membayar deposit agar syarikat tersebut membaikinya. Sebulan selepas itu, PYM membawa deposit RM 50 untuk deposit baiki.  ingin mencari pihak lain yang tahu untuk membaikinya. Cik Ima memberitahu bahawa barang PYM tiada dalam simpanan P dengan alasan bahawa suami PYM telah mengambil barang tersebut. Suami PYM menidakkan apa yang diperkatakan oleh Cik Ima. PYM telah pergi ke kedai untuk berbincang mengenai masalah tersebut secara bersemuka. P tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan tersebut dan meminta wang ansuran.
Dari keterangan P, syarikat tersebut telah menerima laporan tentang kerosakan home theater daripada PYM. P mengesahkan bahawa 2 orang pekerja telah pergi ke rumah PYM dengan lori untuk mengambil barang tersebut. Pada 18/9/2009, bahagian pengurusan kredit telah mengesahkan bahawa PYM telah membayar RM 570/6 bulan.
P mendakwa suami PYM telah mengambil barang tersebut dan ini boleh dipertikaikan bahawa tiada tandatangan pada resit barang itu diambil. Kemungkinan orang lain yang menyamar menjadi suami PYM dan seterusnya mengambil barang tersebut.
Setelah mendengar kedua-dua penjelasan daripada pihak PYM dan juga pihak P, hakim tribunal telah membuat award di mana pihak P diberikan amaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan meminta P mengambil tandatanagn apabila sesuatu barang keluar daripada kedai. Hakim juga meminta pihak P meminta maaf atas perkara yang terjadi. Perjanjian pembelian antara PYM dan P dibatalkan. PYM mendapat RM 150 dari pihak P untuk duit minyak dan kos lain RM 200 manakala PYM terpaksa membayar RM 570 ke P iaitu bayaran tertunggak selama 6 bulan.
            Bayaran kepada PYM mestilah dilakukan dalam masa 14 hari award ini dikeluarkan oleh mahkamah. Sekiranya pihak P gagal membayar balik tuntutan PYM atau sebaliknya maka mahkamah akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment