Pages

Friday, September 28, 2012

BUTTER CHOICE


JENIS PERNIAGAAN
Kami merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang menjalankan perniagaan eksport bahan makanan iaitu produk yang bertemakan mentega kacang (peanut butter).

PRODUK YANG DIPASARKAN
Syarikat kami mengeluarkan produk yang divariasikan daripada mentega kacang. Pemvariasian yang dilakukan terhadap produk ini, meliputi bahan perasa tambahan yang dipelbagaikan dan persembahannya pada pasaran. Pertambahan perasa pada produk ini termasuklah perasa strawberi, beri biru (blueberry), coklat, oren(orange), madu dan rangup (crispy).

PEMILIHAN PRODUK
Pemilihan produk ini adalah berdasarkan penerimaan pengguna terhadap produk makanan, tambahan pula ia ringan dari segi kegunaannya. Selain memperbaharui produk mentega kacang  yang sedia ada di pasaran singapura, ia juga bagi memperkenalkan produk yang berkhasiat dan menitik beratkan aspek kesihatan pengguna. Ditambah lagi dengan sifat produk ini yang mampu dinikmati oleh semua golongan walau apa jua aktiviti yang dilakukan.

SASARAN PASARAN (TARGET MARKET)
Produk kami ini disasarkan kepada tiga golongan utama dalam masyarakat di Singapura iaitu golongan pelajar, mereka yang berkerjaya dan kegunaan seisi keluarga. Produk ini umumnya, sesuai untuk golongan pelajar dan mereka yang berkerjaya selaras dengan kehidupan seharian mereka ini yang sentiasa aktif dan mengejar masa, tentunya produk ini dapat menjimatkan masa mereka untuk mengambil sarapan pagi yang berzat mahupun sebagai pelengkap snek. Begitu juga dengan seisi keluarga yang mana ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada ketika bersarapan, menonton, minum petang, mahupun aktiviti riadah bersama keluarga.
NEGARA DIEKSPORT
Kami memasarkan produk ini ke negara Singapura berdasarkan ciri-ciri tersebut.
1.      Jumlah kepadatan penduduknya yang tinggi (4.16 juta bagi keluasan 6.389 km²), memudahkan promosi kepada pengguna
2.      Ekonomi negara tersebut yang maju dan terbuka, tidak banyak halangan untuk menembusi pasaran produk makanannya
3.      Taraf hidup penduduknya yang tinggi dan stabil.
4.      Persamaan citarasa penduduk di negara Singapura dengan citarasa penduduk Malaysia  yang tidak jauh beza.
 
JANGKAAN PERBELANJAAN BAGI TIGA BULAN PERTAMA
JANGKAAN JUALAN DAN KEUNTUNGAN BAGI TIGA BULAN PERTAMA..

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment