Pages

Friday, August 3, 2012

Poligraf


2.0       Pengenalan

Poligraf adalah  berasal dari dua perkataan iaitu “poly” yang bermaksud many (banyak) manakala “graph pula membawa maksud writing (catatan). Poligraf merupakan panyatuan daripada graf-graf berikut:-
                           Pneumograph           -           Merekod aktiviti-aktiviti pernafasan
                           Cardiograph             -           Merekodkan aktiviti kardiovaskular
                           Galvanograph           -           Merekodkan aktiviti sistem perpeluhan
            Secara rumusannya, poligraf dapat dinyatakan sebagai satu alat yang digunakan untuk menentukan samada seseorang itu bercakap benar atau tidak dengan mengesan sebarang perubahan dalan sistemtubuh seperti denyutan nadi, tekanan darah, perpeluhan yang mana ia boleh merangsang semasa menjawab sesuatu soalan.
            Ia juga merupakan alat yang boleh mengesan jika seseorang itu menyembunyikan sesuatu fakta dan ia digunakan untuk menguji kejujuran seseorang. Ia bukanlah ”lie detector”.
            Poligraf ini dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu konvensional dan komputer.

3.0              Komponen-komponen poligraf
3.1              Lingkaran tiub getah
Lingkara tiub getah diletakkan (di pasang) di bahagian dada dan di bahagian perut
Ia bertujuan untuk merekodkan aktiviti pernafasan (Pneumograph)

3.2              2 plat besi
Dipasang di jari tangan
                        Ia bertujuan untuk merekodkan aktiviti sistem perpeluhan (Galvanograph)

3.3              Cuff  tekanan darah
Dipasang di lengan
Ia bertujuan untuk merekodkan aktiviti kardiovaskular (Cardiograph)

4.0              Peringkat pemeriksaan poligraf
4.1              Pre Testing
Memerlukan kajian dan penulisan
Penilaian ke atas fakta kes
Mendapatkan butiran latar belakang
Merangka dan menyusun soalan-soalan yang perlu di tanya

4.2              Testing
Pemasangan alat-alat poligraf
Mandapatkan standard bacaan individu pada waktu itu
Ujian sekurang-kurangnya 4 kali ujian

4.3              Post Testing
Penilaian ke atas carta
Menjalankan pemeriksaan semula ke atas isu-isu yang baru timbul semasa sesi pemeriksaan di jalankan

5.0              Teori

5.1              Teori Psikologi
5.1.1        Fear Theory
Perasaan takut menyelubungi perasaan
Telah dilatih dari kecil bahawa jika menipu akan dikenakan hukuman
Menghasilkan satu tekanan/stress
                       

5.1.2        Faktor Psikologi
Datang terlalu awal atau terlalu lewat
Tidak boleh duduk diam
Tidak mahu pandang langsung kepada alat
Berpeluh dalam bilik berhawa dingin

5.2              Fisiologi
Berdasarkan anatomi manusia, ianya dikawal oleh satu Central Nervous System.
5.2.1        Voluntary
Boleh dikawal
Contohnya, angkat tangan dan kaki

5.2.2        Involuntary
Tidak boleh dikawal seperti takut dan marah
Bertindak balas secara langsung pada sebarang ancaman seperti bertemu polis ketika memandu tanpa lesen
Tidak dapat diperlahankan atau dipercepatkan seperti denyutan jantung.

6.0              Bagaimana ketidakjujuran dikesan

·         Dikesan melalui perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan seseorang apabila seseorang itu cuba bercakap benar atau tidak
·         Antara perubahan yang akan berlaku ialah:-
·         Penambahan tekanan darah
·         Panambahan dalam denyutan nadi / jantung
·         Panambahan / penurunan dalam pernafasan
·         Bacaan sebarang perubahan ini dirakamkan serentak oleh ketiga-toga saluran yang telah di pasang

7.0              Jenis-jenis soalan

7.1              Relevant
·         Soalan yang berkaitan terus dengan isu

7.2              Control
·         Tidak berkait secara langsung dengan kes yang hampir sama dengan soalan relevan

7.3              Irrelevent
Tidak berkaitan langsung dengan kes. Hanay untuk melihat bacaan nornal orang yang diperiksa

Terdapat antara 10~13 soalan yang akan ditanya dalam satu-satu ujian yang dijalankan.dalan satu-satu set soalan terdapat 3~5 soalan relevan sahaja.

8.0              Penggunaan poligraf
·         Penyiasatan dalaman
·         Kebocoran maklumat
·         Gangguan seksual
·         Pemecatan tidak sah
·         Kecurian oleh pekerja
·         Siasatan
·         Pengambilan ahli atau pekerja
·         Penyiasatan bank
·         Salahlaku
·         Penipuan insuran
·         Mengesahkan kebenaran pelanggan
·         Sukan (penggunaan dadah)
·         Penjara (hubungan warder / banduan)
9.0              Ketepatan dan Keputusan pemeriksaan
 
Keputusan pemeriksaan
·         Truthful                       -           Bercakap benar
·         Deceptive                    -           Tidak bercakap benar
·         Inclonclusive               -           Tidak dapt dipastikan

3.0              Punca kegagalan ujian (Alat)
3.1              Hyposimpathetic
Tidak percaya langsung kepada poligraf
IQ rendah
Gila
Bomoh
           
3.2              Hypersympathetic
Putus asa
Tekanan yang terlalu tinggi
Perasaan malu (contohnya VIP)        

4.0              Keselamatan
·         Tidak boleh dijalankan tanpa persetujuan individu yang diperiksa
·         Setiap soalan yang  ditanya akan dibincangkan terlebih dahulu dengan orang yang diperiksa
·         Pemeriksaan poligraf dirakam secara audio/video
5.0              Kesimpulan
            Poligraf merupakan satu instrumen yang mampu mengesan perubahan dalam sistem tubuh seperti denyutan nadi, tekanan darah, perpeluhan yang mana ia boleh dirangsang semasa menjawab sesuatu soalan. Ia juga merupakan alat yang boleh mengesan jika seseorang itu menyembunyikan sesuatu fakta dan ia digunakan untuk menguji kejujuran seseorang.
            Secara kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa instrumen ini mempunyai kelebihan dan mampu memberi impak yang besar kepada negara dalam pelbagai aspek terutamantya dalam aspek perundangan.
            Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil supaya instrumen ini dapat diguna dengan sebaiknya seperti mengadakan pusat latihan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dengan menjadikannya sebagai salah satu mata pelajaran.
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment