Pages

Saturday, July 28, 2012

falsafah pendidikan - pendidikan khas


1.1       FALSAFAH IDEALISME

Merupakan falsafah yang terawal di mana tokoh penting dalam falsafah ini ialah Plato, Rene Descates, Baruch dan lain-lain. Falsafah ini menekankan kerohanian dan kejiwaan dianggap pekara penting dalam kehidupan manusia. Dunia bukanlah kebendaan tetapi merupakan sistem falsafah yang menekankan kepada pemusatan fikiran dan kerohanian.

            Dalam persoalan metafizik, idealisme menganggap asas kewujudan adalah dalam bentuk kerohanian serta pemikiran bukan berbentuk fizikal atau material. Dalam persoalan epistemologi pula, pengetahuan hanya diperolehi setakat yang mampu melalui cara selain daripada kaedah saintifik. Antaranya dengan menggunakan keimanan, keautoritarian, intuisi dan juga taakulan. Persoalan aksiologi menganggap nilai dan etika adalah mutlak. Ia adalah ciptaan Tuhan dan bersifat hakiki. Kebaikan dan kecantikan yang dinilai pada masa kini adalah tetap dan tidak berubah pada masa lain.

1. 2      FALSAFAH REALISME

            Tokoh yang terlibat adalah Aristotle, Broundy, Pestalozzi dan Immanuel Kant. Realiti ialah hasil daripada interaksi individu dengan persekitaran atau hasil daripada pengalaman individu.     Persoalan epistemologi mengikut realisme apa yang diperhatikan atau diamati bukanlah yang dibentuk oleh pemikiran tetapi yang sebenarnya ialah wujud dengan sendirinya. Semasa dilahirkan fikiran manusia adalah kosong dan mereka akan belajar melalui pengalaman yang diterima atau dilihat.

            Persamaan nilai adalah tetap. Sesuatu nilai itu biasanya diukur dengan penaakulan. Nilai individu yang di anggap baik adalah yang diterima oleh masyarakat. Nilai yang kekal adalah hasil daripada tabii. Persoalan metafizik berbeza bagi setiap golongan, asasnya semua benda termasuk fikiran dan kerohanian adalah realiti.

1.3       FALSAFAH PRAGMATISME

            Di perkenalkan oleh Charkes Sanders Pierce, William James dan John Dewey. Pekara penting yang menjadi pegangan ialah pengalaman dan penyelesaian masalah. Perkara utama falsafah ini ialah untuk membina kehidupan manusia dan memenuhi keperluannya.

            Persoalan metafizik, fahaman ini mempercayai bahawa pengalaman menggambarkan realiti, di mana ianya ialah gabungan antara interaksi  individu dengan alam sekeliling. Persoalan epistemologi, menyatakan manusia akan dapat pengetahuan dengan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah yang dibuat.       Tentang nilai aksiologi, ia mempercayai bahawa nilai adalah relative dan ia boleh berubah-ubah mengikut masa atau mengikut sesuatu masyarakat.

1.4       FALSAFAH EKSISTENSIALISME

                Antara tokoh  falsafah ini adalah Jean Paul Sartre, Albert Camus, Martin Haideigger dan Maurice Merlean-Ponty ( Van Scottes, 1976). Falsafah ini terlalu individulistik dan terlalu bergantung pada faktor yang subjektif seperti intuisi, kejiwaan, penghayatan emosi dan perasaan dalaman seseorang.

                  Dalam persoalan metafizik, ia menganggap realiti didefinisikan oleh individu itu sendiri. Manusia harus menerima hakikat bahawa selepas dilahirkan ia membesar dan seterusnya menyedari tentang kewujudanya, keadaan dirinya dan kehidupannya. Persoalan epistemologi pula, menyatakan manusia mengetahui melalui pengalamanya. Samada betul atau salah tidak menjadi persoalanya kerana benar atau salah adalah relatif dan boleh berubah-ubah dari masa kesemasa. Dalam persoalan nilai, ia mencadangkan seseorang tidak perlu mematuhi sebarang norma atau nilai yang ditetapkan oleh sesuatu masyarakat. Nilai adalah asas bagi seseorang individu dan ia tidak boleh ditentukan oleh faktor luar. Ia bersifat individi atau hak peribadi.

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

2.1 FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di sekolah adalah suatu usaha bersama dalam suasana harmonis, bertanggungjawab ke arah menimbulkan suatu situasi pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan ke arah remaja yang percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, rajin dan cergas serta percaya kepada diri sendiri.

2.2 VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Perling cemerlang dalam semua bidang pada Tahun 2009.

2.3 MISI SEKOLAH
-          Menguruskan dan menyampaikan Pengajaran & Pembelajaran yang berkualiti
-          Melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik
-          Melahirkan murid yang aktif dalam kokurikulum
-          Melahirkan murid yang berakhlak mulia
-          Melahirkan guru yang cemerlang dan berwawasan
-          Mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan telus
-          Membina iklim perhubungan manusia yang mesra, pengasih dan penyayang
-          Memastikan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat

3. PENDIDIKAN KHAS
Falsafah Pendidikan Khas adalah serupa dengan Falsafah Pendidikan Biasa. Perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri serta boleh menyedari potensi sendiri bagi seorang individu dan seorang masyarakat. Falsafah Pendidikan bagi kanak-kanak Khas juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada kanak-kanak ini seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.

Perbezaan antara kanak-kanak khas dengan normal ialah mereka mengalami kecacatan iaitu autisme, sindrom down, cacat akal ringan, cacat akal berat, hyperaktif, hypoaktif, spastik dan pintar cerdas. Kalau kita tidak berfikiran jauh, kita menganggap apakah yang boleh dilakukan dan disumbangkan oleh kanak-kanak tersebut melihatkan sifat fizikalnya atau mindanya tidak sempurna. Pemikiran tersebut boleh memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut seperti mengabaikannya.
Bagi mengelakkan keadaan tersebut mejadi parah, maka pendidikan khas diwujudkan. Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuklah penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik pembelajaran & pengajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar seperti perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial.
Kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981

3.1 Matlamat Pendidikan Khas
1.      Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
2.      Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
3.      Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
4.      Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
5.      Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat
Diharapkan dengan adanya usaha tersebut dapat memberi manfaat yang berguna kepada kanak-kanak tersebut. Pada suatu hari nanti, kanak-kanak tersebut dapat berdikari menguruskan dirinya sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain dan seterusnya dapat meringankan beban ibu bapa. Apabila dewasa kelak, diharapkan pelajar tersebut mendapat pekerjaan berdasarkan kemahiran yang telah mereka kuasai.  

3.2 Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mennguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Kebangsaan Negara

3.3 Misi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan pendidikan, latihan dan bimbingan yang relevan dan berkualiti secara berterusan untuk melahirkan insan istimewa yang berakhlak, berilmu, berkemahiran, menyedari potensi diri sendiri, boleh derdikari serta mampu merancang dan menguruskan kehidupan sendiri.

3.4 Visi Pendidikan Khas

Menempatkan Kelas Khas ke tahap kebanggaan dan kepercayaan masyarakat khasnya dan Negara amnya melalui kejaan  yang dicapai dalam :-

  1. penguasaan kemahiran oleh individu murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dari segi kualiti dan kuantiti.
  2. mengembangkan potensi individu murud-murid melalui didikan, latihan, bimbingan dan pimpinan sebagai usaha membolehkan mereka hidup berdikari dan menikmati kehidupan yang sempurna.
  3. membina amalan disiplin yang baik, perkembangan jasmani dan kemasyarakatan yang sihat, pembentukan moral dan penerapan nilai-nilai yang terpuji.
  4. meningkatkan rasa tanggungjawab di kalangan pentadbir, guru dan murid bagi menjamin kelicinan perlaksanaan tugas dan aktiviti sekolah dengan lebih lengkap, berterusan dan berkesan.
  5. mewujudkan suasana kelas yang kondusif bagi perkembangan sahsiah yang sempurna.

3.5 Moto Pendidikan Khas

BERILMU BERAKHLAK BERDIKARI

Objektif

-          mengusai kemahiran kognitif, psikomotor dan persepsi melalui penumpuan semasa proses pembelajaran
-          meningkatkan minat murid untuk belajar kerana bahan sokongan digunakan lebih efisien
-          mengamalkan nilai-nilai islam dalam  kehidupan seharian untuk murid beragama islam
-          menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
-          meningkatkan disiplin diri melalui penglibatan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang tersusun
-          mengusai kemahiran komunikasi
-          mempunyai keyakinan dan konsep kendiri yang positif
-          mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek
-          mengusai kemahiran asas kehidupan

3.6 Kelas Pendidikan Khas

-          Kelas Pendidikan Khas (masalah pembelajaran) di sekolah in dijalankan mengikut kaedah stesen. Mempunyai tujuh stesen pembelajaran dan satu bilik pengurusan, jumlah murid adalah seramai 34 orang, 9 orang guru termasuk seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan tiga orang pembantu pengurusan murid. Jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas hanya layak untuk sekolah yang mempunyai lebih daripada 25 orang murid yang berkeperluan khas

-          Melalui kaedah stesen, murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Guru berada di stesen pembelajaran mengikut matapelajaran yang diajar. Murid akan bergerak dalam kumpulan ke stesen pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bertujuan menggalakkan mereka untuk bersosial dan mematuhi arahan.

-          Melalui Diagnosa perubatan, OKU yang diketegorikan di bawah masalah pembelajaran meragkumi
a.       Lewat perkembangan
b.      Down sindrom
c.       Slow learner
d.      Autisme
e.       Attension Defect Hyperactive (ADHD)
f.       Terencat akal (mental retardation)
g.      Masalah pembalajaran Spesifik seperti Dyslesia, Dysgraphia dan lain-lain

3.7 Teknik / Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Bermain sambil belajar
 
Bermain juga merupakan satu kemahiran yang penting untuk perkembangan pemerolehan bahasa, pemikiran dan imaginasi. Permainan yang sesuai di antaranya ilah permainan yang berbentuk aktiviti harian dan yang beleh menggalakkan pemprosesan maklumat dan berfikir.

Di antara kemahiran yang berguna untuk kanak-kanak ialah bermain dengan deria seperti sentuhan dan penglihatan, bermain alat permainan dengan betul, bermain alat permainan yang diperlukan konsentrasi, bermain sembunyi dan cari, bermain dengan permaianan yang boleh dimanipulasi, permainan set yabg perlukan imaginasi seperti set makan, set rumah dan set doktor serta permainan-permainan yang simbolik kepada aktiviti harian.

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment