Pages

Friday, June 22, 2012

Teknologi dalam bidang pembuatan

Tanpa teknologi dalam kehidupan manusia akan menyebabkan kesukaran dan kesengsaraan dalam hidup. Adakah kemajuan sesuatu negara itu hanya diukur pada kecanggihan penggunaan teknologinya sahaja ataupun pada keupayaan untuk mengeluarkan teknologi yang canggih? Huraikan beserta data yang terkini jika ada.

Pembuatan didefinisikan sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk menghasilkan sesuatu produk daripada bahan mentah dan faktor pengeluaran lain dengan menggunakan proses, mesin dan teknik yang terancang sepenuhnya. Proses dan teknik yang digunakan dalam proses tersbut sentiasa disokong oleh teknologi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

            Pembuatan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah terdapat anggaran bahawa lebih daripada satu pertiga daripada nilai bagi semua barangan dan perkhidmatan  yang dihasilkan oleh sesebuah negara industri telah disumbangkan oleh aktiviti pembuatan.

            Bagi pendapat saya, kemajuan sesuatu negara tidak juga boleh diukur pada kcanggihan penggunaan teknologi tetapi penilaian perlu dilihat kepada keupayaan untuk mengeluarkan teknologi yang canggih. Dengan sumber semulajadi yang terdapat didalam sesebuah negara kemungkinan untuknya memperolehi kekayaan dan membeli teknologi dari negara lain. Sebagi contoh, negara-negara Asia Barat yang banyak membeli dan menggunakan teknologi dari negara lain tetapi tidak berupaya menggeluarkan teknologi itu sendiri. Kebanyakan belanjawan mereka diberikan kepada membeli teknologi terutama teknologi dalam pertahanan dan senjata. Di negara-negara seperti ini, rakyatnya akan menderita dan sengsara. Mereka seolah-oleh dijadikan eksperimen kepada teknologi dari luar.

            Untuk mengeluarkan teknologi yang canggih adalah memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebagai contoh, negara Jepun dan Rusia benyak membelanjakan belanjawan mereka untuk kajian dan penghasilan teknologi. Bagi negara- negara seseprti ini, rakyatnya digalakkan menerokai teknologi . Rakyatnya juga akan mendapat kesan dari penghasilan teknologi tersebut seperti peluang pekerjaan dan keadaan ini akan secara langsung akan meningkatkan taraf hidup mereka.

            Di Malaysia, kerajaan memberikan penekanan kepada penerokaan teknologi. Dalam belanjawan RMK 9, sebanyak 83.4 % diperuntukkan untuk pembuatan. Lihat Carta pai di bawah :


Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia.(2006),Bajet 2007.  
 Sumber : Berita Harian.(6 Januari 2007).Pengeluaran Sawit Mentah November Naik 10.8 Peratus. Ms5

Di Malaysia, kita menggunakan teknologi dan juga menghasilkan teknologi dari semasa kesemasa. Sebagai contoh dalam bidang pembuatan berasaskan kelapa sawit, berbagai penemuan telah dibuat. Dari segi produktiviti, industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Tahun 2003, purata penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun.
            Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus.Minyak solar diperoleh dari minyak bumi, dikenal sebagai bahan bakar motor diesel yang telah biasa digunakan. Sebagai pengganti minyak solar orang sekarang sudah mulai menggunakan biodiesel. Bahan bakar biodiesel berasal dari tumbuhan atau dari haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses transesterifikasi) sehingga diperoleh minyak methil ester (ME). Selanjutnya methil ester sering disebut dengan biodiesel atau bahan bakar motor diesel yang berasal dari minyak.   
            Biodiesel sudah banyak digunakan pada motor diesel tanpa modifikasi di Amerika Syarikat. Campuran yang banyak dipakai adalah 20% ME : 80% solar, dan 35% ME : 65% solar. Biodiesel murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin yang sedikit dimodifikasi atau tanpa modifikasi . Penggunaan 100% ME dapat menurunkan emisi gas asap sampai 50%, tetapi tidak disarankan, kerana dapat merusak dan menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan pengedap.
            Minyak sawit yang telah direaksikan dengan metanol, dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% solar. Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi minyak masak, karena kualiti yang kurang baik .
            Sebagai kesimpulannya, hasil dari data yang diperolehi, kemajuan sesebuah negara boleh di nilai dengan kemajuan dalam penghasilan teknologinya dan bukannya penggunaan teknologi dari luar semta-mata. Bagi Malaysia, kita sedang berusaha untuk menghasilkan teknologi dan telah pun mengasilkannnya terutamanya dalam pembuatan berasaskan kelapa sawit memandangkan kita merupakan pengeluar utama kominiti tersebut. Kerajaan sentiasa memberikan peluang kepada mereka yang melakukan peyelidikan dan kajian dalam penghasilan produk tertentu.

RUJUKAN

1.                  Zainal Abidin Ahmad.(1999).Proses Pembuatan Jilid 1.Skudai;UTM
2.                  Syed Ahmad Helmi Syed Hassan.(2004).Pengenalan Kejuruteraan Industri Bahagian 1.Skudai;UTM
3.                  Syed Ahmad Helmi Syed Hassan.(2003).Pengenalan Kejuruteraan Industri Bahagian 2.Skudai;UTM
4.                  Dr. Mohamad Nasir Mohamad.(2007).Dewan Kosmik.Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.                  Kementerian Kewangan Malaysia.(2006),Bajet 2007. Putrajaya; Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
6.                  Jabatan Penerangan Malaysia.(2006).Memperkasa Pertanian Baru.Kota Damansara;Percetakan Zainon Kassim
7.                  Jabatan Penerangan Malaysia.(2006).Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.Putrajaya; Global Printers
8.                  Berita Harian.(6 Januari 2007).Pengeluaran Sawit Mentah November Naik 10.8 Peratus. Ms5





Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment