Pages

Wednesday, June 13, 2012

10.0 PENGGUNA YANG BIJAK


10.1  Petua membeli fabrik

BERI perhatian kepada perkara-perkara berikut apabila membeli fabrik :

1)    Menyentuh fabrik adalah penting. Mula-mula biarkan mata anda tertumpu kepada satu fabrik, kemudian sentuhnya. Walaupun fabrik tersebut kelihatan baik, sekiranya ia tidak selesa apabila terkena kulit anda, tolaklah.
2)    Hati-hati dengan sifat-sifatnya. Adakah anda lebih tertarik kepada fabrik lembut dan gebu, sofistikated? Keadaan musim atau cuaca boleh mempengaruhi pemilihan fabrik.
3)    Gunakan bisikan hati kecil anda untuk menentukan kesesuaian fabrik untuk pakaian: Tanya pada fabrik (perlahan) “Apakah yang awak mahu jadi?” Jawapannya ialah gabungan informasi yang anda perolehi dan kreativiti anda sendiri.
4)    Belilah fabrik tambahan yang diperlukan untuk digabungkan bagi membuat sepasang pakaian. Selalunya fabrik yang dibeli untuk sesuatu pakaian berhabuk kerana dibiarkan terlalu lama menanti fabrik yang sesuai untuk seluar atau blaus bagi dipadankan dengan fabrik berkenaan.
5)    Tarik fabrik dari gulungannya seberapa panjang yang boleh. Anda akan dapati fabrik berkenaan kelihatan lain jika dibandingkan apabila anda melihat secebis sahaja fabrik berkenaan. Jika boleh, bawalah fabrik tersebut ke cermin panjang dan balutkan diri anda dengannya. Sekiranya lampu-lampu kedai berkenaan mengubah warnanya, beli hanya sedikit sahaja (1/4 meter) dan analisislah  di rumah.
6)    Apabila memadankan dengan fabrik yang dibawa dari rumah, bawalah keseluruhan fabrik itu ke kedai, bukan secebis sahaja.
7)    Tahan diri anda daripada membeli fabrik hanya disebabkan ianya cantik. Apa yang kelihatan menarik pada gulungan tidak selalunya kelihatan cantik apabila dijadikan pakaian. Jika anda mesti memilikinya, anggaplah ianya sebagai satu perolehan. Jika anda beli 4 meter fabrik berkenaan, tanpa mengira bidangnya, anda berkemungkinan mempunyai fabrik secukupnya sekiranya anda membuat keputusan untuk dibuat pakaian.
8)    Pertimbangan kemampuan kewangan anda. Sekiranya anda menyukai fabrik mahal, belilah sedikit sahaja untuk dijadikan sebagai trimin hiasan kepada pakaian anda.
9)    Untuk menambah pengetahuan mengenai fabrik, lawatilah ke kedai-kedai dengan tujuan hanya untuk melihat-lihat, dan bukannya untuk membeli.


10.2  Merancang keperluan pakaian keluarga

MEMBELI pakaian memang menyeronokkan terutama sekali apabila anda mempunyai banyak masa dan wang untuk membeli apa sahaja yang anda mahu. Tetapi, apa yang akan terjadi sekiranya masa dan wang mencukupi? Namun membeli-belah pakaian masih lagi menyeronokkan sekiranya anda meluangkan sedikit masa untuk membuat perancangan. Kenyataan berikut menerangkan lapan idea (time-tested) mengenai pemilihan pakaian. Ia juga menyediakan kertas kerja langkah demi langkah yang boleh anda guna pakai bagi merancang perbelanjaan untuk pakaian keluarga anda.

1)    Belilah pakaian stail klasik - Ia lebih tahan lama
Stail yang ringkas dengan siluet semula jadi serta mudah dipadankan dengan badan, merupakan stail klasik yang kekal lama. Sut, kemeja dan skirt/ kain potongan A selama-lamanya merupakan stail klasik. Pakaian-pakaian tailored atau kasual selalunya boleh dipakai lebih lama daripada pakaian yang mana fesyennya terlalu remeh serta beropol-ropol.
Berikut diperturunkan beberapa pakaian klasik (stail yang tidak akan ditelan zaman):
*     Kolar dan lapel sederhana lebar, atau stail kardigan
*     Paras jaket labuh sedikit daripada bahagian punggung yang paling besar bagi bentuk badan wanita tinggi. Bagi mereka yang pendek adalah singkat sedikit
*     Lengan padanan
*     Lengan dengan gelembung yang sederhana
*     Blaus tidak terlalu ketat atau longgar
*     Slek atau seluar lurus tanpa kaf
*     Tepi kelepet slek atau seluar di atas tumit
*     Lebar ben pinggang antara 3 sm(1 ¼  - 1 ½ inci)
*     Skirt lurus, potongan A dan kedut sedikit
*     Blaus yang boleh dipadankan dengan blazer.
Pakaian klasik untuk kanak-kanak remaja termasuk kemeja-t,
           seluar jeans biasa, seluar jeans paras lutut, pakaian-pakaian stail
           olahraga atau sukan; selain daripada beberapa pakaian dari yang telah
           disenaraikan untuk wanita.
                        Sebahagian pakaian klasik untuk wanita boleh juga disenaraikan
           bagi lelaki dewasa dan juga kanak-kanak lelaki dengan ditambah perkara-
           perkara seperti tali leher sederhana lebar, kemeja belah hadapan
           sepenuhnya, kolar kontinental atau lain-lain kolar kemeja yang dianggap
           biasa.
            
2)    Belilah yang berkualiti tinggi- pulangan yang baik
Harga tinggi tidak semestinya menjamin kualiti pakaian yang baik. Namun, pakaian berkualiti tahan lasak dan tahan lebih lama daripada pakaian kurang berkualiti. Kualiti yang baik adalah hasil daripada rekaan yang bertepatan, pemilihan fabrik dan juga jahitan yang halus dan kemas.
Beberapa perkara apabila mencari pakaian berkualiti :
*     Label menyatakan kandungan gentian dan cara menjaga.
*     Keterangan mengenai kemasan – tidak mudah kotor, tidak renyuk, tahan gegat, tidak mengecut.
*     Kolar dan lapel rata serta seimbang. Kepala lengan rata dan gelembung sekata; tiada kedutan
*     Basi kelim cukup lebar. (fabrik yang tidak mudah berjerumbai dan fabrik berkait yang tidak mudah tertarik, bolehlah menggunakan basi kelim yang lebih kecil dengan tepi-tepinya dikemas dengan jahit pengemas tepi-overlock-supaya tahan lasak.)
*     Kemaskan tepi-tepi fabrik berjerumbai, misalnya dijahit tepi (overlock)
*     Kia kukuh, seimbang dan sekata
*     Kelim yang boleh memberi apabila fabrik menegang
*     Trimin hiasan yang tahan lama dan tiada had cara menjaganya.
*     Zip rata, tidak berkedut dan kepalanya boleh dilongsor dengan mudah
*     Jarak antara butang sama keseluruhannya dan lubang butang dijahit rapat
*     Saiz kelepet di baju, kain dan lengan baju, cukup lebar bagi membolehkan pengubahsuaian
*     Selesa dan padan dengan cantiknya

3)    Tentukan satu pelan atau skim warna yang paling menarik
Pilihlah perancangan atau skim warna. Pilih warna natural yang
           terbaik bagi anda, dan gunakan sebagai warna utama wadrob anda.       
           Warna-warna natural sesuai sepanjang masa. Gunakan pada kasut, beg
           tangan dan mungkin jaket serta lain-lain aksesori mahal yang anda selalu
           gunakan dengan perkara-perkara lain. Biru kelasi dan putih merupakan
           warna-warna natural sesuai dengan iklim negara ini.
                        Pilihlah warna yang lebih cerah dan terang yang harmoni dan blen,
          atau, kontras, untuk dipadankan dengan warna-warna natural. Untuk
          penjimatan, rancang wadrob mengandungi skirt atau kain, slek dan jaket
          menggunakan fabrik yang boleh digunakan sepanjang tahun, dalam
          pelbagai masa dan situasi. Apabila warna-warna berada dalam keadaan
          harmoni, anda boleh mencampur dan memadankan (mix-and-match)
          pakaian bagi menghasilkan lebih banyak pakaian.
                        Antara warna-warna natural ialah putih, perang kekuning-kuningan
          (tan), hitam, beige, biru kelasi, coklat dan kelabu.

   4)   Rancang untuk kepelbagaian
                        Salah satu kaedah terbaik untuk mempelbagaikan pakaian anda
          agar kelihatan banyak, ialah dengan mencampur dan memadan (mix-and-
         match) pakaian pelbagai cara.
                        Mulakan dengan pakaian utama warna natural dalam wadrob anda.
         Tambahkan lain-lain warna, corak dan fabrik klasik untuk lebih menarik dan
         menambahkan kepelbagaian. Warna-warna klasik yang dipilih adalah
         seperti jingga, ungu, merah pekat dan sebagainya. Corak-corak klasik
         adalah seperti dam, genggang, geometri dan lain-lain. Fabrik klasik
         termasuk bulu biri tulen, bulu biri campuran, kapas, kapas campuran,
         polyester, rayon dan akrilik.
                        Cara yang menjimatkan untuk menghias pakaian agar kelihatan
         Terkini ialah dengan menggunakan aksesori. Ia bukan sahaja memberi
         Kilauan kepada pakaian, tetapi juga kecantikan yang menawan.

  5)   Rancang untuk pengubahsuaian
                        Fleksibiliti boleh ditakrifkan dalam banyak perkara. Pertama, anda
         mungkin seorang yang mempunyai berat badan yang mudah turun atau
         naik. Ben pinggang dengan getah, lengan raglan, dan fabrik berkait, untuk
         membolehkan tegangan dan fleksibiliti yang anda perlu. Kedua, anda
         mungkin terlibat dalam pelbagai dalam pelbagai aktiviti.
                        Jika dalam sehari anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak,
        memandu, bekerja sambilan di luar rumah, membuat kerja-kerja kebajikan,
        dan menghadiri mesyuarat jawatankuasa kebajikan, anda perlu pakaian
        fleksibel yang boleh digunakan di mana-mana sahaja. Anda tidak perlu
        menukar pakaian. Rancang pakaian anda apabila anda bertukar-tukar
        aktiviti.
                        Anda boleh memakai apron labuh atau rob besar untuk
        mengelakkan pakaian anda terkena percikan minyak, rempah serta apa jua
        kotoran ketika anda di dapur.

6)     Wadrob yang dirancang dengan teliti tidak memerlukan kos yang terlalu
Tinggi
                Fikirkan kos tersembunyi apabila anda membeli pakaian, tidak kira berapa banyak anda berbelanja atau di mana anda membeli-belah. Membayar secara tunai atau menjelaskan baki akaun kad kredit sebelum hujung bulan, mengelakkan bayaran faedah. Faedah sebanyak 5 peratus yang dikenakan mungkin nampaknya tidak banyak. Tetapi 5 peratus yang dikenakan setiap bulan ke atas baki yang belum dijelaskan akan menjadi faedah 60 peratus setahun.
                Membayar secara ansuran sebelum mendapatkan barangan, mungkin membantu anda menyimpan, tetapi kedailah yang memperoleh manfaat dari apa jua faedah terhadap wang anda yang telah diperolehinya. Sekiranya anda gagal membuat bayaran, ia menyimpan wang anda dan juga barangan. Dengan disiplin diri, anda boleh menyimpan wang anda dalam akaun simpanan, dan faedahnya milik anda.
                Bagi barangan yang kosnya tinggi, ambillah masa untuk mengira anggaran kos bagi setiap pemakaian. Fikirkan berapa kali anda akan memakai pakian itu setiap minggu, dan untuk berapa minggu dalam setahun; kemudian bahagikan kos pakaian untuk mendapat kos setiap pemakaian.
                Anda akan terperanjat. Sut mungkin berharga RM900.00 sepasang. Sekiranya ia dipakai sekali dalam seminggu, selama 2 tahun, kos setiap kali memakainya adalah RM8.66. pakaian ke jamuan mungkin berharga RM450.00. Sekiranya ia dipakai hanya dua kali dalam setahun, kos setiap pemakaian ialah RM225.00. Sebaliknya, sehelai seluar jeans berharga RM150.00 dipakai dua kali dalam seminggu selama tiga tahun. Kos bagi setiap pemakaian ialah 93 sen.
                Ingatlah bahawa anda perlu memikirkan kos menjaga pakaian dari aspek masa dan kewangan. Pakaian-pakaian yang hanya boleh dicuci kering sahaja, memerlukan anda mengeluarkan belanja setiap kali dicuci. Mencuci pakaian di rumah juga tidaklah percuma, tetapi kosnya lebih murah jika dibandingkan dengan cucian di kedai-kedai dobi.
                Untuk mendapat nilai maksimum dari wang yang anda belanjakan bagi pakaian keluarga anda. Kertas inventori asas dan perancangan pakaian diformatkan untuk membantu anda dalam hal ini.
*     Analisis dengan teliti pakaian-pakaian yang sudah ada
*     Tentukan keperluan anda
*     Rangkakan perancangan yang realistik tetapi fleksibel

7)     Nilaikan wadrob anda sedia ada
Setahun sekai, keluarkan kesemua barangan dari dalam almari pakaian dan juga laci anda. Sisihkan kepada tiga kumpulan.

a)    pakaian yang masih padan dan kelihatan masih baik
*     masukkan pakaian ini semula ke dalam almari pakaian dan laci anda. Anda mungkin boleh ketemu kaedah baru untuk menggabungkan semasa mencuba.
b)    pakaian yang masih padan dan masih baik, tetapi perlu dicuci, 
diubahsuai atau dibaiki
*     masukkan semula ke dalam almari pakaian dan laci anda sesudah anda membaikinya.Sekiranya anda tidak boleh melakukannya sendiri, upahah orang lain untuk membuatnya
c)    Pakaian yang tidak boleh digunakan lagi, ketinggalan zaman, atau tidak padan lagi.
*     Rancang untuk mengadakan jualan lambak atau dermakan sahaja kepada orag perseorangan atau organisasi

8)     Kemas kini
Susun pakaian di dalam almari. Jadual yang ketat serta gaya hidup yang sibuk, adalah sukar memastikan almari anda dikemas rapi. Ambil masa beberapa minit setiap bulan untuk mengemas dan menyusun semula pakaian anda di dalam almari dan laci.

10.3  Cara berjimat membeli pakaian untuk keluarga

1)    Sebelum membeli pakaian baru, tanyalah pada diri anda sama ada anda benar-benar memerlukan
2)    Pertimbangkan untuk berbelanja di gedung-gedung yang menawarkan diskaun
3)    Bolehkah anda menahan diri daripada membeli pakaian baru sehingga jualan murah akan datang?
4)    Adakah ianya fesyen terkini dan boleh jadi ketinggalan zaman daam masa yang singkat?
5)    Apabila membeli-belah, sediakan satu perancangan yang jelas dan patuhinya.
6)    Ketahuilah ke mana harus anda tuju untuk mendapatkan tawaran harga terbaik bagi barangan tertentu
7)    Jangan membuang terlalu banyak masa di gedung-gedung kerana anda akhirnya nanti akan membeli barangan yang tak perlu
8)    Amakan menahan diri daripada terpengaruh dengan jualan murah sekiranya anda tidak dapat apa yang mahu
9)    Jika anda tidak memperoleh apa yang anda mahu, pulangkan tanpanya
10)  Apabila membeli-belah semasa juaan murah, belilah lebih pakaian-pakaian asas seperti baju tidur, pakaian dalam, stoking dan lain
11)  Sekiranya anda menggunakan kad kredit, jelaskan bil-bil anda sebelum tarikh yang ditetapkan
12)  cubalah beli pakaian di tempat-tempat yang tidak ekslusif seperti arked, bazaar, pekan sari, pasar malam, pasar lambak dan sebagainya
13)  Ingatlah bahawa harga yang tinggi tidak semestinya menjanjikan kualiti yang tinggi juga
14)  Cubalah beli di kedai-kedai jimat
15)  Beli hanya pakaian yang dijahit dengan baik dan boleh tahan lama dipakai
16)  Kekalkan kepada stail, warna dan fabrik asas
17)  Belilah pakaian versetail yang boleh digunakan untuk pelbagai majlis dan situasi
18) jangan membeli sesuatu pakaian hanya dengan sebab semua orang ain memakainya
19)  Belilah pakaian yang boleh dikordinasi antara satu sama lain (mix-and-match) supaya anda kelihatan seperti memiliki banyak pakaian
20)  Cuba beli pakaian-pakaian terpakai yang masih cantik dan baik lagi keadaannya
21) perhatikan iklan-iklan di akhbar untuk mendapat makumat mengenai jualan gudang, jualan penghabisan stok, jualan penutup gudang dan lain-lain
22)  perhatikan iklan-iklan menerusi pamplet dan lain-lain, berkaitan dengan tawaran pakaian murah
23)  Fikirkanlah untuk membeli atau menyewa sebuah mesin jahit dan membuat pakaian sendiri
24)  Pastikan pakaian-pakaian anda sentiasa bersih dan dibaiki apabila perlu. Ia tahan lebih lama
25)  Perbaiki sendiri pakaian anda
26)  Jaga pakaian dengan baik agar tahan lebih lama
27)  Ubah suai pakaian dewasa untuk anak-anak anda
28)  Simpan pakaian anak-anak anda yang sudah besar agar boleh diperturunkan kepada anak-anak yang lebih kecil
29)  Beli pakaian anak-anak satu atau dua saiz lebih besar agar tahan lebih lama
30)  Didik anak supaya menjaga pakaian mereka dengan baik
31) Beri perhatian yang lebih apabila menjaga pakaian-pakaian daripada kulit agar tahan lebih lama
32) Fikirkan kos menjaga dan memelihara pakaain. Beli pakaian yang boleh dicuci; jimat bayaran untuk cuci kering
33)  Elakkan daripada membayar kos cuci kering. Kebanyakan tanda di pakaian boleh di buang dengan cecair pencuci
34)  Tambahkan wang tunai dengan menjual pakaian-pakaian anak yang anda tidak mahu seperti di pekan sari, pasar malam, pasar lambak dan sebagainya.
35) Kalau boleh, tukar pakaian dengan saudara-mara, rakan-rakan dan jiran (khususnya pakaian kanak-kanak).
36) Tukar kepada pakaian lama atau buruk, yang boleh dicuci, apabila membuat kerja-kerja kotor di rumah.
37) Gunakan kain buruk untuk mengelap, atau membersihkan kotoran-kotoran yang terlekat di dinding, lantai dan sebagainya.
38) Jimat dengan menggilap sendiri kasut anda.
39) Baiki kasut-kasut lama agar boleh dipakai lebih lama lagi; ganti tapak dan lain-lain
40) Sebelum menyimpan, kasut-kasut hendaklah, digilap dan disangkut pada penyangkutnya
41) Sekiranya sudah bosan dengan kasut yang sedia ada, cubalah mewarnakan sendiri dengan warna lain.
42) Sentiasa bawa payung; persediaan sebelum hujan yang tidak di jangka
43) Cubalah berjimat dengan memesan pakaian atau barangan melalui mel atau jualan langsung
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment