Pages

Friday, May 4, 2012

FERTIGASI



1.1 PENGENALAN

  • Sistem penanaman persekitaran terkawal boleh diertikan pengawalan factor persikitaran seperti nitrien, cahaya, suhu, kelembapan,udara, air, dan beberapa factor yang lain bagi meningkatkan tumbesaran dan penghasilan tanaman.
  • Fertigation – dari dua perkataan iaitu, “ferti” & “gation”, penyaluran air dan nutrient melalui sistem pengairan ke tanaman.
  • Kelebihan :
    • Penanaman intensif- jimat kawalan
    • Penggunaan terus nutrient- tepat, seragam & seimbang, ikut keperluan- berkesan dan cekap.
    • Flexibility – menjalankan pembajaan, senang guna baja kompoun, bekalan boleh diatur &  dipantau.
    • Penanaman sepanjang tahun, harga tinggi, dan pendapatan berterusan.
    • Jimat tenaga buruh
    • Elak penyakit akar dan daun
    • Hasil tinggi 5-8 kali ganda
    • Kualiti tinggi dan seragam
    • Masa matang singkat
  • Kelemahan
    • Kos pemulaan tinggi.
    • Pengetahuan teknikal adalah penting
    • Jangkitan cepat merebak jika cuai
    • Lubang titis boleh tersumbat
    • Ekonomik- terhad pada  beberapa tanaman sahaja
 
1.2 STRUKTUR

  1. Pemilihan lokasi
o   Rata
o   Saliran baik, tak banjir
o   Kawasan terbuka
o   Mempunyai bekalan elektrik dan air
o   Berhampiran jalan- mudah memasarkan hasil tanaman
o   Berpaksi utara –selatan supaya tanaman dapat cahaya sepenuhnya


  1. Terdapat 10 struktur persekitaran terkawal:
o   8 struktur tertutup (kalis serangga)
o   2 terbuka
o   Dipanggil CES (control Envoiroment Structure), bermula Ces 1 hingga 10.

  1. Ciri-ciri struktur

Bumbung
·         Hasil tanaman sepanjang masa
·         Kurang rumpai
Lantai
·         Rata- tanah,kelikir,konkrit
Netting
·         Mengurangkan serangan serangga
·         Mesh- lubang per inch (31,50 mesh)
Trellis
·         Bagi menyokong tumbesaran tanaman (manjalar, tidak tumbang)
Shading
·         Tujuan pengerasan
·         Mengurangkan sinaran cahaya matahari

Ces 1 / ces 2
·         Struktur kalis serangga
·         Ukuran 36m panjang, 4 m tinggi
·         Dperbuat drpd keluli
·         Bumbung jenis quonset sawtooth
·         Dinding berjaring
·         Lantai konkrit, batu kerikil
·         Ces 2 dilengkapi kipas
·         Kegunaan bagi amali pelajar HRt3007. tanaman persekitaran terkawal.
Ces3 / Ces 4
·         Struktur kalis serangga
·         Ukuran 30, 10m lebar, 2m tinggi
·         Diperbuat drpd keluli GI (galvanised iron)
·         Bumbung jenis quonset jacked roof dan diperbuat dari polyethylene
·         Dinding berjaring 32 mesh
·         Lantai tanah berpasir
·         Trellis ketinggian 2m
·         Shading atas sahaja
·         Dilengkapi dengan kipas
·         Kegunaan bagi amali pelajar HR3007 tanaman persekitaran terkawal
·         Ces 4 telah roboh semasa ribut pada 26 dis 2005

Ces 5
·         Struktur kalis serangga
·         Berukuran 20m panjang, 7m lebar, 4m tinggi
·         Diperbuat drpd keluli GI
·         Bumbung jenis quonset saw tooth dan diperbuat dari polyethylene
·         Dinding berjaring 32 mesh
·         Lantai tanah berpasir
·         Tiada trellis dan shading
·         Kegunaan bagi penyelidikan dan sementara ini digunakan sebagai stor.

Ces 6/ ces 7/ ces 8
·         Struktur kalis serangga
·         Berukuran 20m panjang, 10m lebar, 4m tinggi
·         Diperbuat dari keluli sederhana (mild Iron)
·         Bumbung jenis quonset sawtooth dan diperbuat drpd polyethylene.
·         Dinding berjaring 32 mesh
·         Lantai batu kerikil 0.5-1 cm padu
·         Trellis ces6 & ces7 – ketinggian 2m, ces 8 tiada trellis
·         Shading ces 6 & 8 _ atas sahaja
·         Kegunaan
o   Ces 6- amali pelajar pusat asasi sains pertanian
o   Ces 7 & 8 – penyelidikan.

Ces 9 / ces 10
·         Struktur terbuka
·         Berukuran 20m panjang, 10m lebar, 4m tinggi
·         Diperbuat dari keluli sederhana
·         Bumbung jenis gable jacked roof dan dperbuat dari polycarbonat
·         Tiada dinding
·         Lantai konkrit
·         Tiada trellis dan shading
·         Sebahagian ces 10 digunakan sebagai tempat simpanan media tanaman (sekan padi dan cocopeat)

1.3 PENGAIRAN
 
1. Terdapat 2 sistem diamalkan dlm sistem fertegasi
o   Autopot (pam, graviti)
o   Titis ( dripper)
  1. Autopot
Kelebihan autopot
·         Pengunaan nutrien lebih berkesan
·         Boleh beroperasi tanpa menggunakan pam (graviti)
·         Tanaman menentukan sendiri keperluan air dan nutrien
·         Kecekapan pengunaan air
·         Kawal penyakit akar
Kelemahan
·         Kos yang tinggi
·         Banyak komponen peralatan
·         Kerja pembersihan hydrotray selepas habis musim

  1. Titis (dripper)
Kelebihan
·         Kos rendah
·         Kurang komponen peralatan
·         Senang untuk digunakan
Kelemahan
·         Pembaziran air dan baja kerana mengalir ke lantai
·         Perlu menggunakan pam dan alat pengatur masa (timer)
·         Titis (dripper/emitter) mudah tersumbat

2. Komponen utama di dalam sistem pengairan :
  1. Tangki:
·         Stok- menyimpan larut nutrient pekat
·         Air – menyimpan air bersih untuk mencairkan nutrient pekat dan flushing
·         Nutrien – menyimpan larutan air dan nutrient sebelum disalirkan ke tanaman
·         Perlu dibersihkan sebelum musim menanam

  1. Pam:
·         Diperlukan bagi mengalirkan air dan nutrient ke media tanaman
·         Boleh juga tidak menggunakan pam jika tangki diletakkan lebih tinggi dari sistem pengaliran (graviti)
·         Perlu menyesuaikan keupayaan pam dengan kawasan dan /atau jumlah tanaman
·         Perlu alat pengatur masa jika pam tidak boleh memberhentikan pengaliran air dan nutrient secara automatik

  1. Paip:
·         Paip utama (primer) bersaiz 25 mm / 32mm digunakan bagi penghantaran air dan nutrien dengan kapasiti yang tinggi dari pam (tangki) ke kawasan penanaman
·         Paip pembahagi (sekunder) bersaiz 16mm digunakan untuk membahagikan penghantaran air dan nutrient dari paip utama (primer) ke baris tanaman
·         Tiub spageti bersaiz 4mm / 7mm digunakan untuk mengalirkan air dan nutrient dari paip pembahagi (sekunder) ke hydrotray atau media tanaman

  1. Joint/ Splitter
·         “T”, “Straight”, “L” – penyambung/ pembahagi dari paip utama (primer) ke paip pembahagi (sekunder)

  1. Stop Cork
·         “suis” bagi mengalirkan air dan nutrient ke baris tanaman

  1. Nipple
·         Penyambung dari paip pembahagi (sekunder) ke tiub spageti
  1. Stopper
·         Memberhentikan pengaliran air dan nutrient pada paip pembahagi (sekunder) di hujung baris tanaman

  1. Doser
·         Menitiskan larutan nutrient pekat dari tangki stok ke tangki nutrient

  1. Domper
·         Mengekalkan tekanan air dan nutrien dalam sistem pengaliran supaya pam boleh berhenti secara automatik (autopot)

  1. Penitis
·         Menitiskan air dan nutrient ke media tanaman. Kapasiti titisan 2 atau 4 liter/jam

  1. Hydrotray
·         Menakung air dan nutrient bagi kegunaan tanaman. Smart valve akan mengawal air dan nutrient masuk ke dalam hydrotray
1.4 PEMBAJAAN

  1. Tujuan
·      Menjamin pertumbuhan tanaman yang baik
·      Ketahanan terhadap penyakit
·      Mutu hasil tanaman tinggi

  1. Terbahagi kepada 2 jenis:
  • Tersedia dalam bentuk larutan pekat dijual secara komersial, untuk beginner/ hobbyist
  • Menggunakan garam kimis premium untuk menyediakan larutan stok nutrient pekat mengikut formulasi tertentu, untuk pengeluar komersial
  • Formulasi nutrient telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian, MARDI, UPM, Institut Ayer Hitam dan institute pengajian / penyelidikan luar Negara

  1. Stok Nutrien
  • Terdiri daripada 2 bahagian utama, Set A dan B. Diasingkan bagi mengelakkan mendapan
  • Set A
ü  2-4 komponen baja asas
ü  Contoh: calcium nitrate, iron
ü  Bancuhan berwarna keruh
  • Set B
ü  8 komponen baja asas
ü  Contoh: potassium nitrate, mono-patassium hyrodrogen phosphate
ü  Bancuhan berwarna cerah dan sejuk

  1. Penggunaan  Alat EC meter (electric conductivity)
  • Menentukan kepekatan nutrient dengan mengukur keupayaan arus elektrik mengalir di dalam larutan
  • Unit = milisiemen/ centimeter (mS/cm)
  • Nilai EC optimum adalah berbeza di antara tanaman dan peringkat tumbesaran
  • EC tinggi = tambah air, EC rendah = tambah nutrient pekat
  • Biasanya pecahan EC dilakukan seperti berikut:
ü  EC 1.5 – tanaman baru dipindahkan
ü  EC 1.8 – mula pada minggu 3 – 4
ü  EC 2.0 – tanaman mula berbunga / berbuah

  1. Penggunaan alat pH meter
  • Menentukan keasidan dengan mengukur kepekatan ion hydrogen di dalam larutan nutrient
  • Nilai pH optimum adalah di antara 6.0 – 6.5
  • pH tinggi = kurang Ferum, Kuprum, Maganese, Zink (mikro), tambah asid hidroklorik
  • pH rendah = kurang Kalium, Magesium, Calcium (makro), tambah Sodium hydroxide (NaOH)

Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment